Islamic Clock

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan Datang Lagi.....


Ramadhan semakin menghampiri, Ramadhan adalah bulan yg penuh kemuliaan....marilah kita sama2 mengharunginya.. Begitu pantas masa berlalu....rasanya Ramadhan tahun lepas masih baru sangat lagi....masih terkenang saat menyambut Ramadhan tahun lepas, mama bersalin sehari sebelum umat islam menyambut puasa Ramadhan. Mama, Tok Ma n Baby sambut Ramadhan di hospital dgn sikecil yg baru berusia sehari...... sedihnya, rasa mcm tak seronok jer berpantang di bulan puasa.... Sekarang umur Adik Iesya pun dah hampir nak mencecah setahun dah......

Puasa kali ni mama nak ajar Kak Iqa puasa...biar Kak Iqa belajar puasa siket2.... memula biar Kak Iqa rasa puasa sekerat hari pun tak apa... nnti lama2 Kak Iqa akan biasa dan faham ape itu PUASA......Kak Iqa awal2 lg cakap tahun nie nak belajar puasa. Takpe la...puasa la selagi terdaya...lg pun Kak Iqa baru nak masuk 6 tahun... masih lam proses belajar.... Insyaallah lama2 okla.....

Harap2 puasa tahun ini lebih sempurna dari tahun2 lepas....dan harap2 kita mampu utk lebih mendekatkan diri dgn Allah sepanjang bulan penuh barakah ini....

Ramadhan sudah di ambang pintu
Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban wa balighna Ramadhan

Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab, Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan (HR. Ahmad dan Thabrani)

اللَّهُمَّ بَلِّغْنا رَمَضَانَ وَأَعِنَّا عَلَى صِيَامِهِ وَقِيَامِهِ
عَلَى الوَجْهِ الّذِي يُرْضِيكَ عَنَّا
Ya Allah
Sampaikan kami ke gerbang Ramadhan
Bantulah kami untuk berpuasa dan berqiam
Sepertimana yang Engkau redhai dan Engkau kehendaki kami melaksanakannya

Dan untuk semua....seribu kemaafan dan keampuna ku pohon sekiranya ada salah dan silap...marilah kita memurnikan hati memaafkan sesama untuk menempuh Ramadhan kali ini dengan lebih bermakna....

Saturday, July 23, 2011

Malaysia vs Singapore

Sama2lah kita saksikan siapakah yg layak............
Malaysia vs Singapore
Akhirnya Malaysia kalah 5-3
Sama2lah kita tunggu perlawanan seterusnya pada ari Khamis, 28 Julai 2011 nnti....

Program Kecemerlangan Kemasyarakatan

Sejak bbrpa hari ini mama agak sibuk dgn program kat opis yg bermacam2. Skrg ini, Program Kecemerlangan Kemasyarakatan bersama org2 asli sdg berlangsung dan akan berakhir pada hari ahad ini (mulai 22 hgga 24 Julai 2011)...so ari minggu nie mama terpaksala keje lagi.....

Tuesday, July 12, 2011

Manakah Hilang Rasa Kasih n Sayang......

Manakah hilang nilai kasih sayang seorg ayah/bapa/papa terhadap anak kecil yg belum mengerti apa2 tntg erti kehidupan. Kenapa ada orang sanggup mendera@memukul anak2 sndri? Sedih n sayu sgt mama rasa bila anak2 kecil diperlakukan sedemikian rupa, xder ker rasa belas kasihan/ihsan pd anak2 darah daging sndiri yg belum cukup akalnya. Knpa orang yg berakal waras sanggup buat anak sndri...fikir2kanlah n renung2kanlah....

Mendidik anak2 kecil perlukan kesabaran diri yg tinggi, kita mestila bijak n byk bersabar dlm mendidik, membentuk, membimbing n menangani kerenah n ragam anak2 yg perbagai.......

Sunday, July 10, 2011

Update EBM Stok

Dah agak lama dah mama tak update stok EBM Adik Iesya, maklumla kesibukan harian mengatasi segalanya. So arini dikesempatan yg ada mama sempat godek2 deep freezer dan kemaskan ape yg patut. Rupa2nya stok EBM Adik Iesya masih byk lg, Syukur Alhamdulillah, buat masa skrg Adik Iesya masih lg guna stok EBM bulan Disember 2010. Mama kene cuba habiskan secepat yg mgkin stok EBM bulan Disember 2010. Bulan depan dah start puasa dah, so mama ingatkan bulan depan nak start guna stok EBM yg bulan Januari 2011 la plak. Buat masa skrg mama bekalkan Adik Iesya 7@8 botol x 3oz sehari utk digunakan di rumah uminya.

Ini adalah stok EBM bg bulan Mac 2011



Ini adalah stok EBM bg bulan April 2011



Ini adalah stok EBM bg bulan Mei dan Jun 2011




Ini adalah sebahagian dari stok EBM bg bulan Julai 2011


Doa2kanlah semoga mama berjaya menyusukan Adik Iesya atleast dua tahun @ lebih Insyaallah....

Adik Iesya @ 11 Month


Hari ini 10 Julai 2011, Adik Iesya telah genap 11 bulan. Syukur alhamdulillah, Adik Iesya juga masih lg fully BF with mama. Adik Iesya masih lum boleh berjalan sendiri sepenuhnya, masih lagi bertatih berdiri jatuh. Bila la agak2 Adik Iesya akan dapat berjalan sendiri sepenuhnya, mama harap menjelang umur setahun nnti Insyaallah Adik Iesya akan dapat berjalan sendiri sepenuhnya, AMIN...... Biasala tahap perkembangan setiap anak2 tak sama. Adik Iesya juga belum tumbuh gigi lg tp bila dah kenyang nyusu suka sgt gigit2 cik B mama.

Saturday, July 9, 2011

Akhirnya BERSIH Tetap Berhimpun


Wajarkah BERSIH ini diadakan...........

Sekurang2nya lima lokasi dijadikan tempat berkumpul perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Antaranya di Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo. Polis terus melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyekat kemaraan rakyat.

BERSIH

Akan adakah perhimpun BERSIH hari ini.........

Suasana sekitar Kuala Lumpur setakat pukul 8.30 pagi ini kelihatan lengang berikutan bbrpa jalan memasuki ke pusat bandar ditutup berperingkat2 ekoran bbrpa pihak merancang mengadakan perhimpunan haram. Pihak polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan di ibu kota mulai semalam menjelang perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bg memastikan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam terus dikekalkan. Keadaan trafik bagaimanapun dilihat terkawal dgn anggota polis berada di bbrpa kawasan bg mengawal lalu lintas ke pusat bandar, dgn kerjasama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sejak pukul 12 tengah malam tadi, polis telah menutup bbrpa jalan masuk ke pusat bandar dan trafik dilencongkan ke bbrpa jalan lain. Sekitar 58 jalan ditutup atau dilencongkan sepanjang perhimpunan haram Bersih hari ini.

Floria 2011


Hari ini ada Putrajaya Flower & Garden Festival 2011 yg bermula dari 9hb. hingga 17hb. Julai 2011 bertempat di Waterfront, Precinct 2, Putrajaya yg bertemakan Roses Are Forever.

So mama n papa ambil kesempatan bawa anak2 jalan2 kat Putrajaya untuk melihat keindahan bunga2an yg dipamerkan. So layan je la pic. anak2 mama sepanjang floria Putrajaya 2011.

Pic mama ngan anak2...


Pic Kak Iqa ngan Abg Syahmi sedang tgk kolam air.....mesti best ni mama kalau leh main air kolam nie.......


Pic Kak Iqa ngan Abg Syahmi posing sekitar floria putrajaya 2010...

Friday, July 8, 2011

Selsema Lagi

Selsema n sakit tekak mama masih lum baik sepenuhnya lg, kalau dok kat opis rasa cam xselesa sangat2, kadang tu rasa cam susah sgt nak bernafas biasala bilik kat opis kan aircond.....sejukkkk....

Anak2 mama pun dah mula selsema, nie mesti jangkit dari mamanya. Semua tak demam just selsema jer. So esok pagi mama kenela g klinik ambik ubat selsema maklumla anak2 mama nie dah lama tak demam n selsema. Semoga semuanya cepat2la pulih n sihat cam biasa.

Pelajar Prasekolah Direhatkan

Hari ini Kak Iqa xsekolah, semua pelajar Prasekolah direhatkan hari ini sempena memberi laluan kepada guru2 untuk menghadiri Majlis Perasmian Buku Panduan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap masalah keciciran murid dlm pembelajaran dapat diatasi dgn pelaksanaan sistem Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terutamanya dlm menguasai kemahiran 4M, membaca, menulis, mengira dan menaakul. Muhyiddin, yg jg Menteri Pelajaran, berkata ini krna usaha memperkenalkan PBS dlm proses menilai dan mentaksir pencapaian murid merupakan langkah penting untuk menentukan tahap penguasaan murid scra bersistematik pada setiap peringkat pengajaran dan pembelajaran.

Ketika melancarkan Buku PBS, beliau berkata PBS, yg merupakan penambahbaikan kepada sistem pentaksiran untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah, dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun ini dan Tingkatan 1 pada 2012. Muhyiddin berkata kangkah itu bersesuaian dgn konsep "no child is left behind" (tidak ada seorangpun kanak2 tercicir) spti yg diamalkan di Amerika Syarikat yg meletakkan standard tertentu dan mewujudkan matlamat yg boleh diukur dan menjurus kepada penambahbaikan hasil pembelajaran.

Melalui maklumat yg dikumpul dlm pentaksiran yg dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru atau pihak sekolah dapat memberi maklumat balas yg konstruktif serta mengambil langkah susulan yg bersesuaian bagi memastikan kelemahan setiap murid dapat diatasi agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Thursday, July 7, 2011

Bungkusan Dah Sampai

Alhamdulillah, bungkusan Buah Durian Belanda yg Abg Ngah pos pagi semalam telah selamat tiba di Pusat Pos Laju Kota Bharu awal pagi td. Alhamdullah lege rasanya, bukan ape risau takut xsempat sampai arini jer maklumla esok dah Jumaat, Kelantan kan cuti ari Jumaat. Tadi lebih kurang dalam kol 3 lebih adik sms bgtau bungkusan dah selamat sampai dah...
Inilah dia Buah Durian Belanda yg telah selamat sampai ke kampung... Pak Su kata sedap dan isinya pun manis......

Tuesday, July 5, 2011

Mama Tak Sihat

Mama mula sakit tekak sejak habis seminar Sabtu yg lalu, mama rasa mybe sbb mama minum ais sejuk masa lunch hari seminar tu, maklumla mama kan dah lama xminum ais. Malam tu tekak mula pedih n perit rasanya bila nak menelan dan last2nya mlm tu mama demam mengejut, nasib ada stok ubat demam. Semalam terpaksala g klinik sbb xder stok ubat sakit tekak, Doktor kata : tekak mama dah merah sgt n bengkak sbb tu rasa perit n suara pun jd ada xder jer. Alhamdulillah, bila lepas makan ubat rasa ok sikit n rasa beransur pulih tp kdg2 rasa lg peritnya klau mkan mkanan yg pedas2. So buat masa skrg nie tpaksala jaga makan dl spya tekak cepat2 baik spti sediakala, Insyaallah.

Keluar Hospital

Petang semalam adalah last rawatan kimo tambahan utk Pak Su dan hari ini Pak Su dah boleh kuar hospital jika kesihatannya baik. Selepas ini, Pak Su boleh berehat di rumah dan datang semula ke spital mengikut temujanji yg telah ditetapkan untuk menjalani pemeriksaan n rawatan kimo shja. Ini semua adalah bergantung pada keaadaan kesihatan Pak Su. Harap2 kesihatan Pak Su akan beransur pulih spti sediakala, Insyaallah, AMIN.......

So, next temujanji untuk pemeriksaan susulan Pak Su adalah pada hari Ahad ini, bersamaan 10hb. Julai 2011.

Saturday, July 2, 2011

Mama@Hasil Fresh EBM


Hari ini gara2 bawa pump susu tp tertinggal satu part, so terpaksala mama perah scra manual/marmet aje....tapi Alhamdulillah syukur hasilnya sama aje sbgmana perah guna pump. Inilah hasil marmet mama utk tghari nie......... Alhamdullah, dapat jugak dlm 11oz. Teruskan usaha mama demi untuk kesihatan n kebaikan pembesaran Adik Iesya.......

Seminar Etnosains & Etnomatematik


Hari ini mama keje walaupun weekend, mama tinggalkan putera n puteri2 mama dgn papanya. Mama harap anak2 mama baik2 aje dok ngan papa arini. Hari ini, Laboratori mama menganjurkan Seminar Etnosains dan Etnomatematik Rumpun Melayu. Alhamdulillah, seminar ini mendapat sambutan yg baik yg mana bilangan peserta yg hadir adalah melebihi dari jangkaan. Para peserta adalah terdiri drpd pensyarah2 n jg pelajar2 dari UiTM, UPM, UKM, INSPEM sndiri dll institusi.

Thursday, June 30, 2011

Khasiat Buah Durian Belanda

KHASIAT BUAH DURIAN BELANDA 10 KALI GANDA KUAT DARI KEMOTERAPI?

Mama cukup tertarik mengenai Buah DURIAN BELANDA. Mungkin ramai tak tahu dan mama pun sebenarnya baru tahu yg buah ini mempunyai banyak kebaikan dan merupakan Pembunuh semulajadi Sel Kanser. Apa yg menarik adalah mengenai kekuatan buah ini yg dikatakan 10 ribu kali ganda kuatnya dari kemoterapi. Kenapa tak diwarwarkan selama ini dan kenapa segelintir yg tahu mengenai khasiat buah ini?

So skrg nie mama tengah usaha untuk dapatkan Buah Durian Belanda nie untuk cuba merawat adik mama. Alhamdulillah, pagi tadi Abg Ngah mama dah jumpa buah ni ada jual kat (lupala plak nama tempatnya).....Harga sekilo dlm belas2 jg la. Alhamdulillah, bersyukur akhirnya jumpa juga ape yg dicari.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor/kanser yg sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sbg anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yg kurang baik.

RAMAI yg tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden. Buah Durian Belanda yg buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yg tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang drpd mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yg inginkan zuriat. Bg ibu yg baru melahirkan anak, digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, hasil kajian yg dijalankan mendapati, bahan yg terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sbg aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yg terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yg mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan/penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Mama EL Semalam

Semalam mama terpaksa ambik EL, ape nak buat anak mama xsihat. Kali nie Kak Iqa plak yg kene chiken pox, nak xnak terpaksala ambik EL. Cikgu sekolah Kak Iqa awal2 lg call bgtau Kak Iqa kene chiken pox dan pesan jgn datang sekolah dulu selagi xsihat betul2. Bukan ape, chiken pox nie kan berjangkit. So minggu nie mama dan papa terpaksala bergilir2 ambik cuti.

Mama dan papa doakan semoga Kak Iqa cepat2 sumbuh dan boleh ke sekolah cam biasa, Insyaallah.

Monday, June 27, 2011

Kesihatan Adikku

Syukur Alhamdulillah hari Ahad yg lepas bersamaan 26hb. Jun 2011, Pak Su dah dapat kuar wad pengasingan dan dok dlm wad biasa cam dulu smla, itu satu perkembangan yg sihat buat Pak Su. Marilah kita sama2 doakan semoga kesihatan Pak Su bertambah baik.

Rawatan kimo pun sudah disambung semula macam biasa, Doktor meneruskan rawatan kimo tambahan selang sehari yg masih berbaki lg dua sesi n kimo asas yg masih berbaki lg dua sesi. Semoga Pak Su tabah dan kuat mengharunginya, ini semua adalah dugaan Allah swt kpda kita semua. Insyaallah setiap penyakit pasti ada penawarnya, yg penting kita mesti berusaha, tabah dan sabar mengharunginya.

Friday, June 24, 2011

Perjumpaan Ibubapa

Hari Sabtu, 25hb. Jun 2011, pihak Prasekolah mengadakan Majlis Perjumpaan bersama Ibubapa bagi melihat perkembangan persekolahan anak2 dan menandatangani Buku Rekod Laporan Pelajar bg pertengahan tahun 2011.

Hari Ahad pula, 26hb. Jun 2011, Jawatankuasa Penduduk akan mengadakan Majlis Gotong-royong sekitar taman perumahan dan semua penduduk dikehendaki hadir untuk sama2 menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.

Birthday Mama


24hb. Jun, arini adalah birthday mama, pagi2 lg Papa n Kak Iqa dah wish besday utk mama. Thanks a lots. Jgn lupa bg hadiah untuk mama tau...he2he2.....

Inilaa kek besday mama, permintaan anak2 nak juga bl kek besday untuk mamanya....

Lilin kat atas kek tu permintaan kak Iqa dan Abg Syahmi la....

Thursday, June 23, 2011

Production Makin Bertambah


Alhamdulillah, production dah makin bertambah sehari dua nie. Berkat usaha dan kesabaran kita pasti akan berjaya. Mama masih kena teruskan usaha mama untuk terus mempertingkatkan lagi production. Ape2 pun mama kene tenangkan fikiran mama, xboleh nak fikir2 sangat nnti production akan jadi lg down.

Bakul Untuk Anak2 Mama

Alhamdulillah, akhirnya dapat jg mama beli bakul kain untuk anak2 mama, almaklumla bakul kain yg lama tu dah rosak. Bakul lama tu nampak elok lg cuma tangkainya ajer yg uzurnya, dah abis smua skrunya tanggal dari tapaknya. Kak Iqa dah bbrpa kali tanya bila mama nak tukar bakul lain bakul nie dah xcantik dah katanya.... dah koyak dah tangkainya....

So arini ada carboot sale kat UPM, mama g la jengok2 kot ada Pak Cik jual bakul tu datang. Alhamdulillah, syukur... Pak Cik jual bakul tu datang bulan nie so mama terus jer la beli bakul tu untuk kemudahan anak2 mama juga.....cam mn cantik tak bakul baru nie Kak Iqa????

Wednesday, June 22, 2011

Gelora Perasaan

Sejak kebelakangn nie mama rasa mcm tak berapa happy sangat, biasalaa ini adalah lumrah kehidupan... mcm2 dugaan dalam hidup nie. Adakalanya kita gembira, adakalanya kita sedih. Macam2 yg nak difikirkan, macam2 yg nak diuruskan, masalah kesihatan adik mama jg merupakan salah satu faktor yg membuatkan fikiran mama tak tenteram dan gundah gulana. Inilah dugaan dan hakikat yg amat berat untuk mama sekeluarga untuk menerima dan mengharunginya.

Ya Allah Ya Tuhanku Kau kuatkanlah dan kau Tabahkanlah hati mama dan keluarga mama untuk terus berjuang untuk mengharungi gelombang kehidupan ini. Kau berilah kami sekeluarga peluang untuk kami sekeluarga membuat yg terbaik demi untuk kesihatan adik. Doa2kanlah semoga adik akan cepat2 sembuh seperti sediakala...Insyaallah..

ctt: rawatan kimo kali ke 4 yg sepatutnya pada hari Jumaat, 17hb.Jun 2011 xdapat dijalankan kerana adik demam. Adik mulai demam sejak DR. mulakan rawatan untuk kimo tambahan pd hari Ahad, 12hb. Jun 2011 yg lalu. Rawatan kimo yg seterusnya hanya akan dimulakan bila keadaan kesihatan adik bertambah baik.

Tuesday, June 21, 2011

Production Down


Sejak pulih dari chiken pox nie mama perasan production susu agak down sedikit berbanding biasa. Mungkin badan penat, letih ker atau kesan dari ubat tak pastila plak mama... tapi sejak dua hari nie susu sedikit berkurangan berbanding biasa...tp mama tetap pump cam biasa dan pastikan yg mama akan bawa pulang hasil pump atlest 15oz ke 20oz jgak dlm sehari. So mama kene lebihkan sesi pump skrg nie untuk membantu meningkatkan lg production susu. Doa2kanlah semoga mama akan terus sucsess dlm usaha mama untuk terus menyusukan Adik Iesya atleast 2 tahun berjaya, Insyaallah......