Islamic Clock

Monday, May 24, 2010

Cabut Gigi

Akhirnya mama terpaksa akur jgak, rasanya jalan mudah utk atasi masalah sakit gigi yg makin berlarutan sejak akhir2 nie ialah cabut saja gigi yg sakit tu selesai masalah... mama pun dah bertanya pada bbrpa org Dr. bolehkah cabut gigi masa pregnant? Dr. kt boleh bergantung pd peringkat kehamilan...mama pun dah msuk 7 blan so Dr. kata bolehla klau nak cabut gigi.

Mama bukan apa dah lama sangat tak cabut gigi kat klinik nie rasa cam ngeri jer. Last skli mama cabut gigi masa umo mama 7 tahun. Hari ini mama kuatkan semangat ke klinik gigi utk cabut gigi yg rosak tu (asalnya gigi tu yg disimen kat sekolah rendah masa umo 7 tahun dulu,and simennya telah tertanggal and then baru2 nie gigi tu pecah hampir separuh)tu yg menyebabkan bila malam ia rasa cam berdenyut2 nak tido malam pun susah. Bila fikir2 baik mama cabut la sakitnya skli aje.....akhirnya mama ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) utk cabut gigi tersebut.

Mama harap selepas nie xderlla lg masalah sakit giginya.....Insyaallah....

Thursday, May 20, 2010

Penangan Sakit Kepala

Dah dua hari berturut2 putera mama bangun berjaga awal2 pagi....so dah dua hari la jgak mama xckup tidur....so bl kat opis mulala mama sakit kepala sbb xcukup tido. Apa nak buat, cam ni la kehidupan bila kita dah jadi mama, kena banyak berkorban demi anak2. Xcukup tido tu dah jd perkara biasa terutamanya masa anak2 masih baby. Semalam putera mama bangun lbih kurang jam 3am merengek2 tb2 xtau nape, nak kata demam macam x, tp nampakla putera mama mcam xsdap badan. Lama bangun xtido2, asyik merengek2 je xselesa, last2 dok beriba hampir sejam xjgak tido2. Lenguh mama dibuatnya, last2 mama tanya adik nak tido dalam buai ker?adik jawab nak....mama pun terusla masukkan adik dlm buai, lama jgak buainya tp xtido2 jgak last2 adik n mama terlelap jgak akhirnya slps azan subuh berkumandang. Bila mama sedar mama rasa badan adik mulai terasa bahang panas...tak lama lepas tu adik pun terjaga, mama angkat dari buai dan terus bg papa mnta papa tlg suapkan ubat sbb mama rasa pening jer nak bangun sbb xcukup tido. Tak lama lepas makan ubat badan adik kembali normal cam biasa. Lepas bersiap2 mama bertolak datang keje.

Pagi td lagi skli adik bangun berjaga, lebih kurang jam 4am adik bangun mnta susu, selalunya slpas mnum susu terus terlelap tapi pg td lpas mnum susu adik bangun berjaga....bl mama bpura2 tido adik tetap kejut mama temankan adik main sbb adik tengok smua orang tido... berkali2 mama suruh tido adik tetap xnak tido jgak..asyik main jer sorg2...last2 azan subuh berkumandang. Last2nya bila sampai ofis pg ni mama la yg menanggung sakit kepala sbb mengantuk xcukup tido...last2nya mama tido jap kat opis arini sbb xthan sangat and kepala pun dah berdenyut2..

Tapi itu dah jd perkara biasa bila kita dah bergelar ibu.......
kalu kita xberkorban utk anak2 siapa lg...............

Tuesday, May 18, 2010

Amalan-amalan Ketika Mengandung

Amalan-amalan ketika mengandung
1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
3. Membaca ayat-ayat Al-Quran

Surah-surah amalan ketika mengandung
o Al-Fatihah dan ayat Kursi
o Seluruh surah Yassin
o Seluruh surah At-Taubah
o Seluruh surah Yusuf
o Seluruh surah Luqman
o Seluruh surah Maryam
o Surah An-Nahl ayat 78

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

o Surah Al-A'raf ayat 189

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur

Link laman-laman web Al-Quran

* Syed Aftab Ali Bukhari - bacan Al-Quran dan terjemahan dalam bahasa Inggeris
* Al-Islam - bacaan Al-Quran dan terjemahan dlm pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu.

4. Membaca doa

o Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

o Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

o Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194

رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

o Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

5. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri

o Adab isteri terhadap suami ketika mengandung
1. Mengasihi dan menyayangi suami
2. Menjaga perkataan terhadap suami
3. Tidak terlalu cerewet
4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
5. Menghargai pandangan & nasihat yg diberikan suami, org tua serta keluarga
6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.

* Adab suami terhadap isteri

1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
3. Selesaikan selisih faham
4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dgn susu ibu shja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
* ia mengandungi kesemua nutrien yg diperlukan utk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
* mudah hadam
* sentiasa tersedia pada suhu yg tetap
* bayi yg menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yng perama mempunyai tumbesaran yg baik dan sihat

2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
* kolostrum, susu ibu permulaan yg dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yg dapat melindungi bayi drpd jangkitan kuman dan alahan
* mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dgn penyusuan secara lain

Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
* mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
* membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
* mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
* mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
* penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
* sebaik shja bayi dilahirkan anda patut memegang bayi anda dgn rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yg pertama slps kelahiran selama sekurang2nya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
* ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
* rootingreflex (mencari2 payudara) dan gerak balas hisapan kuat dlm masa 1 hgga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
* bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif
* susuilah bayi anda dgn susu ibu shja dari lahir sehngga ia berusia 6 bulan yg pertama
* susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
* bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
* susuilah bayi anda kerap sekurang2nya 8 hingga ke 12 kali dlm sehari termasuk penyusuan malam
* makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yg baik
* teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun

Prelacteal Feeds
Lazimnya bayi lahir dgn simpanan air yg mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan spti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum shja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sblm terhasilnya susu yg banyak (prelacteal) akan menyebabkan Bayi
* tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
* tidak akan mendapat kolostrum
* akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol

Ibu
* susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
* boleh menyebabkan bengkak payudara
* sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu

Apa yg perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yg mencukupi untuk bayi
* susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
* susui bayi anda dgn kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
* susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
* susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
* perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
* yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda

Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa
* anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
* merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
* membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
* mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda

Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
* susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
* sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
* penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yg banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
* biarkan bayi anda menyusu pada bila2 masa dan seberapa lama yg disukainya.

Rujukan
Pamplet Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Disember 2006

Uniknya Susu Ibu

Percayalah bahawa susu ibu itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana susu ibu…

1. sentiasa segar (fresh)
2. tersedia dalam suhu yang optimum
3. tersedia steril
4. tiada pencemaran
5. tersedia bila-bila masa
6. tiada tarikh luput
7. species-specific
8. susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
9. hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
10. mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
11. mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
12. mengandungi antibodi
13. mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
14. tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
15. mudah hadam
16. komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
17. komposisinya berbeza mengikut umur bayi
18. komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
19. komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
20. mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

Banyak lagi 1001 sebab dan keunikan susu ibu. Sebab itu US FDA pernah mengakui bahawa “…the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.” Malah khasiat dan komposisi susu ibu tidak mampu ditiru oleh mana2 susu lain di dunia! Subhanallah…

Foremilk & Hindmilk

Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk).

Apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yg agak cair (mengandungi air yg banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat) yg berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi.

Manakala di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yg agak pekat (hindmilk) dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air (berbanding foremilk) dan lemak yg tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yg tinggi dan ini penting untuk memberi tenaga serta penting untuk tumbesaran bayi.

Oleh itu, pastikan ibu2 membiarkan bayi menghabiskan sebelah payudara sepenuhnya dan tidak bertukar ke payudara yg satu lagi untuk memastikan bayi mendapat kedua2 foremilk dan hindmilk tersebut.

Cara Menggalakkan Pengeluaran Susu Ibu

Berikut antara langkah2 yg perlu diambil bg menggalakkan pengeluaran susu ibu dan seterusnya mengatasi masalah kekurangan susu atau tidak cukup susu:

1. Ibu perlu yakin (berfikiran positif)
2. Ibu perlu mulakan penyusuan seawal 1 jam selepas bersalin
3. Ibu perlu menyusukan bayi bila-bila perlu (on-demand) atau sekerap mungkin (biasanya 8-10 kali dalam 24 jam)
4. Ibu tidak perlu menghadkan tempoh masa penyusuan dan kekerapan penyusuan sehari
5. Ibu perlu sentiasa bersama bayi (rooming in) semasa di hospital
6. Ibu perlu memastikan bayi melekap dengan betul pada payudara ketika menyusu
7. Penyusuan pada waktu malam
8. Ibu perlu berehat secukupnya
9. Ibu perlu mengambil makanan berkhasiat secukupnya dan nutrisi seimbang
10. Bayi tidak diberi minuman lain selain susu ibu sahaja
11. Bayi tidak diberi puting tiruan, puting kosong atau pacifier untuk mengelak keliru puting

Pengeluaran susu ibu akan berkurangan jika ibu rungsing, stress, tidak yakin, bimbang, malu, dalam kesakitan, merokok atau minum minuman keras!

Wednesday, May 12, 2010

Temuduga

Esok pagi mama ada temuduga, tp rasa cam xbersemangat jer nak g interview kali ni. Mama xbuat ape2 preparation pun. Tambahan plak dah lama tak g interview lg la rasa cam bler jer. Esok juga mama kena buat ujian BSP lg skli, so agak terkejar2 jgakla nnti. Tp insyaallah klau xder ape2 aral mama akan hadir interview tu untuk cari pengalaman.. mana tau rezeki mama n anak2 suatu hari nnti...Insyaallah....

Doakanlah semoga mama tenang menghadapi interview esok pagi....

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu

SELAMAT HARI IBU.....
IBU...Pengorbananmu Tidak Ternilai.....

SEMPENA HARI IBU pada hari Ahad nie bersamaan 9 MEI 2010, mama mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT HARI IBU" pada IBU TERSAYANG yg JAUH DI MATA tapi sentiasa DEKAT DI HATI juga buat sahabat2 mama yg bergelar ibu/umi/mak/mama/mummy...sesungguhnye segala jasa & pengorbanan seorg ibu semenjak dia melahirkan dan membesarkan kita sukar di balas. Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki IBU.

Pada mereka yg bergelar suami/ayah/anak hargai lah WANITA ini (IBU)selagi hayat mereka dikandung badan....sesungguhnya pengorbanan seorang IBU sangat besar kepada kita semua......saya syg mak saya :)muah...muah....love u so much....

Gejala Buang Bayi

Gejala buang bayi kini menjadi seolah2 tiada kesudahan. Ada saja kes buang bayi dimana2, ianya agak membimbangkan tapi apakah jalan penyelesaiannya.......Hari ini seorang lagi mayat bayi lelaki yg baru dilahirkan ditemui hanyut di Sungai Klang berhampiran Kampung Bukit Lancung, Puchong.

Tuesday, April 27, 2010

Ulangtahun INSPEM Ke 8

Hari ini adalah hari langsung Majlis Sambutan Ulangtahun INSPEM yg Ke 8 yg berlangsung Di Dewan Auditorium Fakulti Kejuruteraan, UPM. Pada hari ini staf INSPEM akan membuat Persembahan Dikir Barat sebagai acara penutup Majlis Sambutan Ulangtahun Ke 8 INSPEM.

Tema sambutan pada kali ini ialah Pink, Putih dan Hitam.

Wednesday, April 21, 2010

Kencing Manis Semasa Mengandung

KENCING manis atau diabetes merupakan satu keadaan di mana paras gula (glukosa) di dalam darah badan melebihi paras normal.

Walaupun glukosa merupakan satu punca tenaga tetapi seandainya berlebihan akan menyebabkan permasalahan kesihatan, terutamanya semasa mengandung. Kencing manis semasa mengandung dipanggil diabetes gestasi.

Punca

Kencing manis berlaku apabila pengendalian badan terhadap insulin tidak teratur, sama ada dari segi pembuatan maupun penggunaannya. Insulin merupakan hormon yang menukar glukosa di dalam badan ke bentuk tenaga. Apabila pembuatannya ataupun pengunaannya tidak betul, paras gula darah akan meningkat dan ini dipanggil hiperglisemia.

Semasa mengandung, hormon yang dikeluarkan oleh uri (plasenta) mengganggu keberkesanan insulin, hasilnya, hiperglisemia mungkin berlaku. Puan boleh mendapat diabetes gestasi walaupun tidak ada risiko yang dikenal pasti. Lazimnya kencing manis yang berlaku semasa mengandung hilang selepas kelahiran. Namun demikian, risiko untuk mendapat kencing manis pada masa hadapan adalah tinggi.

Sekiranya puan pernah mendapat rawatan kencing manis semasa mengandung, maklumkan kepada doktor atau jururawat yang ditemui. Harus diingat bahawa risiko kencing manis meningkat dengan peningkatan umur semasa mengandung

Masalah kencing manis semasa mengandung

Risiko kesihatan akan meningkat dengan peningkatan paras gula darah. Setengah daripada komplikasi ini meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan. Inilah sebabnya mengapa paras gula darah perlu dikawal.

Permasalahan yang mungkin puan hadapi sekiranya puan berisiko untuk penyakit kencing manis semasa mengandung:

- Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.

- Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang. Puan mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yang melanda sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin.

- Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.

- Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang.

- Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih-lebih lagi apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.

- Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran.

Pengawalan kencing manis

Apabila puan menghadirkan diri kali pertama ke klinik perbidanan untuk membuat kad lawatan antenatal, puan akan diselidiki akan faktor-faktor risiko, sejarah perubatan serta sejarah perbidanan lampau.

Sejarah kesihatan sekarang seperti berat badan yang melebihi nisbah berat-tinggi yang disyorkan, umur puan, kandungan yang disyaki secara relatifnya besar, berat janin, kehadiran lebih daripada satu janin serta kandungan air likuor yang terlampau (mengikut umur kandungan). Pemeriksaan air kencing yang menunjukkan kehadiran gula di dalamnya bukanlah kaedah pengawasan pengawalan yang diamalkan di hospital.

Puan akan diuji untuk paras glukosa darah, paling mudah diambil dari jari dan hanya memerlukan setitik darah.

Puan juga akan ditanya bila kali terakhir ujian glukosa darah diambil, di samping masa puan makan dan minum. Sekiranya terbukti paras gula darah kapilari puan melebihi normal, puan akan dinasihatkan supaya menjalani ujian selanjutnya.

Sekiranya puan sudah pun mengalami kencing manis sebelum mengandung, puan dinasihatkan supaya menghadiri klinik kencing manis supaya pengawalan paras gula darah yang ketat dapat dimanfaatkan. Ini kerana paras gula yang tidak teratur dan tinggi dapat mencacatkan pertumbuhan serta tumbesaran janin, terutamanya yang berumur kurang dari 12 minggu. Semasa mengandung, pengawalan paras gula darah dilakukan dengan penggunaan insulin. Pil-pil tidak digunakan.

Pemakanan

Pemakanan seimbang penting terutamanya untuk mereka yang menghidapi kencing manis. Tumbesaran janin bergantung pada pemakanan puan. Perlu ditegaskan pemakanan yang diambil perlu diimbangkan supaya paras gula tidak naik melebihi normal.

Pemakanan puan bergantung kepada berapa berat badan, umur dan juga tahap kecergasan harian puan. Peringkat umur kandungan juga memainkan peranan dalam pemakanan puan.

Perawatan

Semasa mengandung, sekiranya puan memerlukan perawatan untuk kencing manis, ubat suntikan insulin diberikan.

Sebelum insulin diberikan, puan mungkin dimasukkan ke wad untuk menentukan dos optimum, mengenalpasti apa yang mungkin puan rasai sekiranya paras gula jatuh terlalu rendah, serta diajar cara-cara menyuntik dan juga mengendalikan alat-alat suntikan.

Ubat-ubat untuk dimakan mungkin diberikan sekiranya puan memang pesakit kencing manis sebelum mengandung lagi.

Senaman itu penting untuk mereka yang berpenyakit kencing manis. Walaupun puan mengandung, puan boleh juga bersenam, contohnya seperti berjalan-jalan dan senaman ringan lain.

Penjagaan kandungan

Semasa trimester pertama, ujian darah khas seperti darah hemoglobin berglikosi boleh dijalankan, di mana ujian ini meramalkan sama ada kecacatan janin merupakan satu kemungkinan. Puan juga mungkin dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan ultrasound pada minggu ke-18 hingga ke-20 kandungan untuk mengenalpasti sebarang kecacatan pada janin.

Pemeriksaan antenatal lain seperti yang dijalani ibu-ibu yang mengandung biasa turut dilakukan. Temujanji puan mungkin lebih kerap sedikit kerana doktor perlu memastikan pengawalan gula darah, dos insulin dan juga komplikasi lain dikenal pasti.

Lazimnya di hospital-hospital besar seperti hospital Universiti Sains Malaysia, puan akan dirawat dan hadir ke klinik gabungan khas yang terdiri daripada pakar perubatan dalaman dan pakar obstetrik. Puan juga mungkin dirujuk kepada pakar pemakanan serta jururawat mahir yang mempunyai pengkhususan dalam penjagaan ibu mengandung yang menghidapi kencing manis.

Kelahiran

Jangan runsing, sekiranya pengawalan gula darah puan stabil, saiz bayi biasanya tidak besar dan dalam kebanyakan kes, kelahiran berjalan secara normal.

Semasa proses kelahiran, pengawasan gula darah dan juga paras elektrolit lain diawasi dengan teliti. Sekiranya terdapat komplikasi ataupun keadaan tidak terkawal, berkemungkinan kelahiran bayi puan akan dirancangkan lebih awal dari tempoh masanya.

Penjagaan selepas mengandung

Kebanyakan bayi tidak mengalami komplikasi tetapi doktor akan memasukkan bayi ke wad rawatan khas untuk mengenal pasti sebarang komplikasi yang mungkin berlaku seperti:

- Paras gula darah yang rendah
- Paras kalsium dan magnesium yang rendah
- Peningkatan bilangan sel-sel darah merah
- Jaundis neonatal iaitu kulit bayi menjadi kuning
- Masalah dengan pernafasan

Kebanyakan masalah ini tidak berlaku sekiranya kencing manis semasa mengandung puan terkawal. Tidak ada halangan juga untuk puan meneruskan penyusuan badan untuk bayi.

Puan boleh mengamalkan mana-mana kaedah kontraseptif yang ada. Sekiranya puan mengandung dalam tempoh dekat, puan mungkin mengalami kembali diabetes gestasi.

Pengawalan paras glukos


Sejurus selepas bersalin, puan tentu merasakan keletihan yang amat sangat. Pada masa tersebut sekiranya puan belum makan atau minum apa-apa, regim insulin boleh diteruskan. Insulin diberhentikan sebaik sahaja puan mengambil makanan atau meminum minuman bertenaga. Pengawasan gula masih ditumpukan, dan sekiranya paras gula puan masih tinggi, ubat anti kencing manis akan dipreskripsikan. Sekiranya paras gula darah puan kembali normal, puan perlu ingat yang puan adalah lebih berisiko untuk mendapat kencing manis di kemudian hari. Jadi selalulah berjumpa dengan doktor.

Pengawasan berat badan

Tidak digalakkan puan menurunkan berat badan atau berdiet terlampau semasa tempoh mengandung. Selepas bersalin, puan bolehlah meneruskan agenda menurunkan berat badan dengan bersenam serta cara pemakanan yang betul. Perlu diingat yang puan juga akan memerlukan tenaga yang lebih untuk menjaga bayi kesayangan yang baru sahaja lahir ke dunia.

Tuesday, April 20, 2010

Suka Duka Kehidupan

Dalam menyusuri rencah kehidupan ini, pelbagai dugaan dan cabaran perlu kita tempuhi dalam meneruskan perjalanan hidup yang penuh onak dan duri. Kesabaran dan kecekalan diri amat penting untuk terus bertahan demi untuk kebaikan bersama, itulah lumrah kehidupan. Hari2 berlalu begitu pantas... tahun 2010 dah pun berada di penghujung bulan April. Dengan kesibukan aktiviti di ofis membuatkan aku tak berkesempatan nak merehatkan diri dari segala kepenatan. Walaupun xsihat, aku tetap meneruskan kerja2ku di opis walaupun DR. memberikan aku cuti sakit (MC) untuk berehat. Balik umah aku menyambung tugasku sebagai isteri dan jg mama kepada putera puteriku dlm menguruskan rumahtangga plak. Tapi kalau kat umah mama tak keseorangan papa akan membantu sedikit sebanyak meringankan beban tugas mama.

Begitulah lumrah kehidupan, putaran roda kehidupan insan bergelar manusia. Kadang kala mengembirakan, kdg ada yg menyedihkan, kdg ada yg menakutkan dan mcm2 lg. Ianya tak semudah yg kita sangka, rentak dan rencah kehidupan ini ada pelbagai ragam dan karenahnya yg tersendiri....susuri dan perhalusilah kehidupam kita dgn nilai kasih sayang yg berpanjangan agar kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna..........

Monday, April 19, 2010

Dugaan Buat Mama....

Mungkin ini dugaan Allah pada mama, mama bersyukur di atas rezeki dan anugerah yg kau berikan tapi kali ini mama diduga dengan masalah Diabetes, Dr. menasihatkan mama agar lebih berhati2 dalam pemakanan harian dengan mengamalkan diet yang berterusan. Ini adalah untuk kebaikan mama dan juga baby. Ini adalah kerana, bermacam2 kemungkinan boleh berlaku jika keadaan ini tidak dikawal dari peringkat awal.

Dr. menyarankan agar mama menukar diet/pemakanan harian bermula dari sekarang. Ini adalah penting untuk kesihatan mama dan juga baby yg dikandung. Mama tidak boleh mengambil sebarang makanan yang manis2, susu pekat manis xboleh diambl lgsg (tp mama mmg xminum susu pekat manis pun, tp skli-sekala tu adala ambk cth kalau mama buat jus carrot dll), susu pun mama hanya boleh minum susu yg rendah lemak sahaja so mulai skrg Dr. galakkan mama ambik susu Omega rendah lemah untuk mengawal kadar Diabetes agar terkawal(so dah xbleh ambik susu Anmum & susu Fenleaf lg sbb susu tu manis), banyakkan/lebihkan sayuran hijau, xboleh ambik sebarang makanan yg berubi (cthnya spti kentang,carrot,keledek dll, boleh ambik tp kena kawal bergantung kpda makanan apa yg diambil ) dll2 lg yg disarankan oleh Dr.

Dr. juga,menyarankan agar mama merujuk terus kepada mn2 Hospital sekiranya mama ada mengalami tanda2 Hipoglisemia atau Hiperglisemia. Hipoglisemia ialah kekurangan paras gula di dalam darah. Manakala Hiperglisemia pula ialah lebihan paras gula di dalam darah. Keadaan ini merbahaya kepada ibu dan juga bayi yang dikandung. So mama kenalah sentiasa berhati2, peka dgn keadaan smsa dan sentiasa mengawasi diet pemakanan harian. Selain itu, mama juga hendaklah selalu mendapat rawatan atau pemerhatian Dr. agar kadar Diabetes mama adalah terkawal.

Tanda2 kekurangan paras gula di dalam darah atau Hipoglisemia ialah :

* Cemas.
* Berdebar-debar.
* Berpeluh.
* Menggeletar.
* Terasa lapar.
* Terkeliru.
* Penglihatan kabur.
* Pening lalat.
* Tidak sedarkan diri.

Manakala tanda2 lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah :

* Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
* Kerap terasa haus.
* Muntah-muntah.
* Badan semakin kurus.
* Koma.
* Sukar bernafas.
* Sakit perut.

Doa2kanlah semoga mama & baby selamat semuanya dan dijauhi dari segala perkara yg tidak diingini...Amin...INSYAALLAH...

Thursday, April 15, 2010

Persiapan Ulangtahun INSPEM Ke 8

INSPEM akan mengadakan majlis sambutan ulangtahun penubuhannya yg ke 8 pada 27 April 2010 nnti. So buat masa skrg staf2 INSPEM sdg membuat persiapan untuk dipersembahkan pada hari tersebut. Hehe2.....agak2 mmpu x mama memberi komitmen sepenuhunya untuk menjayakannya...pada tahun ini INSPEM memilih tema persembahan Dikir Barat...harap2 dapat buat yg terbaiklah .....

GOOD LUCK semua...........

Monday, April 12, 2010

Sikap Manusia Sekarang.....

Mayat Bayi Dalam Timbunan Sampah

MAYAT bayi lelaki yang dipercayai dilahirkan cukup sifat ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah Sungai Choh, Rawang semalam kira2 pukul 8 pagi oleh seorang pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MHDS) ketika dia menjalankan kerja2 pembersihan di kawasan tersebut.

Masih tidak berkesudahan apabila manusia berhati syaitan sanggup membunuh zuriat sendiri dgn memilih tong sampah sbg ‘kubur’ insan cilik ini. Sungguh menyayat hati apabila mendengarnya.

Dimanakan sikap, nilai dan moral manusia zaman sekarang???Gejala sosial semakin hari semakin berleluasa sana-sini...akibatnya lahirlah insan yang tak bersalah dan teraniaya....dicampak dan dibuang sana-sini tanpa rasa belas kasihan.

Monday, April 5, 2010

1 April 2010

Tarikh Ulangtahun INSPEM yang ke lapan (8).
Semoga INSPEM terus maju jaya dan akan terus bersinar dimasa2 akan datang.

Sempena meraikan 8 tahun INSPEM satu Majlis Sambutan Ulangtahun INSPEM akan diadakan pada 28 April 2010 nnti. [jika tiada apa2 perubahan]

Thursday, March 25, 2010

Mengandung Dan Kencing Manis

Sumber : Utusan Malaysia Online

KENCING manis atau diabetes merupakan satu keadaan di mana paras gula (glukosa) di dalam darah badan melebihi paras normal.

Walaupun glukosa merupakan satu punca tenaga tetapi seandainya berlebihan akan menyebabkan permasalahan kesihatan, terutamanya semasa mengandung. Kencing manis semasa mengandung dipanggil diabetes gestasi.

Punca

Kencing manis berlaku apabila pengendalian badan terhadap insulin tidak teratur, sama ada dari segi pembuatan maupun penggunaannya. Insulin merupakan hormon yg menukar glukosa di dlm badan ke bentuk tenaga. Apabila pembuatannya ataupun pengunaannya tidak betul, paras gula darah akan meningkat dan ini dipanggil hiperglisemia.

Semasa mengandung, hormon yg dikeluarkan oleh uri (plasenta) mengganggu keberkesanan insulin, hasilnya, hiperglisemia mgkn berlaku. Puan boleh mendapat diabetes gestasi walaupun tidak ada risiko yg dikenal pasti. Lazimnya kencing manis yg berlaku smsa mengandung hilang slps kelahiran. Namun demikian, risiko untuk mendapat kencing manis pada masa hadapan adalah tinggi.

Sekiranya puan pernah mendapat rawatan kencing manis semasa mengandung, maklumkan kepada doktor atau jururawat yg ditemui. Harus diingat bahawa risiko kencing manis meningkat dgn peningkatan umur semasa mengandung

Masalah kencing manis semasa mengandung

Risiko kesihatan akan meningkat dgn peningkatan paras gula darah. Setengah drpd komplikasi ini meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan. Inilah sebabnya mengapa paras gula darah perlu dikawal.

Permasalahan yg mungkin puan hadapi sekiranya puan berisiko untuk penyakit kencing manis semasa mengandung:

- Janin menjadi besar dikenali sbg makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.

- Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang. Puan mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yg melanda sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin.

- Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.

- Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang.

- Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih2 lg apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.

- Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran.

Pengawalan kencing manis

Apabila puan menghadirkan diri kali pertama ke klinik perbidanan untuk membuat kad lawatan antenatal, puan akan diselidiki akan faktor2 risiko, sejarah perubatan serta sejarah perbidanan lampau.

Sejarah kesihatan sekarang spti berat badan yg melebihi nisbah berat-tinggi yg disyorkan, umur puan, kandungan yg disyaki secara relatifnya besar, berat janin, kehadiran lebih drpd satu janin serta kandungan air likuor yg terlampau (mengikut umur kandungan). Pemeriksaan air kencing yg menunjukkan kehadiran gula di dalamnya bukanlah kaedah pengawasan pengawalan yg diamalkan di hospital.

Puan akan diuji untuk paras glukosa darah, paling mudah diambil dari jari dan hanya memerlukan setitik darah.

Puan juga akan ditanya bila kali terakhir ujian glukosa darah diambil, di samping masa puan makan dan minum. Sekiranya terbukti paras gula darah kapilari puan melebihi normal, puan akan dinasihatkan supaya menjalani ujian selanjutnya.

Sekiranya puan sudah pun mengalami kencing manis sebelum mengandung, puan dinasihatkan supaya menghadiri klinik kencing manis supaya pengawalan paras gula darah yang ketat dapat dimanfaatkan. Ini kerana paras gula yang tidak teratur dan tinggi dapat mencacatkan pertumbuhan serta tumbesaran janin, terutamanya yg berumur kurang dari 12 minggu. Semasa mengandung, pengawalan paras gula darah dilakukan dgn penggunaan insulin. Pil-pil tidak digunakan.

Pemakanan

Pemakanan seimbang penting terutamanya untuk mrka yg menghidapi kencing manis. Tumbesaran janin bergantung pd pemakanan puan. Perlu ditegaskan pemakanan yg diambil perlu diimbangkan supaya paras gula tidak naik melebihi normal.

Pemakanan puan bergantung kepada berapa berat badan, umur dan juga tahap kecergasan harian puan. Peringkat umur kandungan juga memainkan peranan dalam pemakanan puan.

Perawatan

Semasa mengandung, sekiranya puan memerlukan perawatan untuk kencing manis, ubat suntikan insulin diberikan.

Sebelum insulin diberikan, puan mungkin dimasukkan ke wad untuk menentukan dos optimum, mengenalpasti apa yg mungkin puan rasai sekiranya paras gula jatuh terlalu rendah, serta diajar cara2 menyuntik dan juga mengendalikan alat2 suntikan. Ubat2 untuk dimakan mgkn diberikan sekiranya puan memang pesakit kencing manis sebelum mengandung lagi.

Senaman itu penting utk mrka yg berpenyakit kencing manis. Walaupun puan mengandung, puan boleh juga bersenam, contohnya seperti berjalan-jalan dan senaman ringan lain.

Penjagaan kandungan

Semasa trimester pertama, ujian darah khas spti darah hemoglobin berglikosi boleh dijalankan, di mana ujian ini meramalkan sama ada kecacatan janin merupakan satu kemungkinan. Puan juga mgkn dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan ultrasound pd minggu ke-18 hingga ke-20 kandungan untuk mengenalpasti sebarang kecacatan pd janin.

Pemeriksaan antenatal ln spti yg dijalani ibu2 yg mengandung biasa turut dilakukan. Temujanji puan mgkn lebih kerap sedikit kerana doktor perlu memastikan pengawalan gula darah, dos insulin dan juga komplikasi lain dikenal pasti.

Lazimnya di hospital2 besar spti hospital Universiti Sains Malaysia, puan akan dirawat dan hadir ke klinik gabungan khas yg terdiri drpd pakar perubatan dalaman dan pakar obstetrik. Puan jg mgkn dirujuk kpda pakar pemakanan serta jururawat mahir yg mempunyai pengkhususan dlm penjagaan ibu mengandung yg menghidapi kencing manis.

Kelahiran


Jangan runsing, sekiranya pengawalan gula darah puan stabil, saiz bayi biasanya tidak besar dan dalam kebanyakan kes, kelahiran berjalan secara normal. Semasa proses kelahiran, pengawasan gula darah dan juga paras elektrolit lain diawasi dgn teliti. Sekiranya terdapat komplikasi ataupun keadaan tidak terkawal, berkemungkinan kelahiran bayi puan akan dirancangkan lebih awal dari tempoh masanya.

Penjagaan selepas mengandung


Kebanyakan bayi tidak mengalami komplikasi tetapi doktor akan memasukkan bayi ke wad rawatan khas untuk mengenal pasti sebarang komplikasi yg mungkin berlaku seperti:

- Paras gula darah yg rendah
- Paras kalsium dan magnesium yg rendah
- Peningkatan bilangan sel-sel darah merah
- Jaundis neonatal iaitu kulit bayi menjadi kuning
- Masalah dengan pernafasan

Kebanyakan masalah ini tidak berlaku sekiranya kencing manis semasa mengandung puan terkawal. Tidak ada halangan juga untuk puan meneruskan penyusuan badan untuk bayi.

Puan boleh mengamalkan mana2 kaedah kontraseptif yg ada. Sekiranya puan mengandung dalam tempoh dekat, puan mungkin mengalami kembali diabetes gestasi.

Pengawalan paras glukos

Sejurus selepas bersalin, puan tentu merasakan keletihan yg amat sangat. Pada masa tersebut sekiranya puan belum makan atau minum apa2, regim insulin boleh diteruskan. Insulin diberhentikan sebaik shja puan mengambil makanan atau meminum minuman bertenaga. Pengawasan gula masih ditumpukan, dan sekiranya paras gula puan masih tinggi, ubat anti kencing manis akan dipreskripsikan. Sekiranya paras gula darah puan kembali normal, puan perlu ingat yg puan adalah lebih berisiko untuk mendapat kencing manis di kemudian hari. Jadi selalulah berjumpa dengan doktor.

Pengawasan berat badan
Tidak digalakkan puan menurunkan berat badan atau berdiet terlampau smsa tempoh mengandung. Slps bersalin, puan bolehlah meneruskan agenda menurunkan berat badan dgn bersenam serta cara pemakanan yg betul. Perlu diingat yg puan juga akan memerlukan tenaga yg lebih untuk menjaga bayi kesayangan yg baru shja lahir ke dunia.

Friday, March 19, 2010

Minggu Audit

Kejap jer rasanya masa berlalu skrg nie...sedar tak sedar kita dah berada hampir di penghujung Mac 2010 dah skrg nie....

Miggu ni agak sibuk sikit krna mama terlibat ngan Audit Kendiri,mama telah dilantik sbg Pembantu Audit yg telah bermula dari 16hb Mac dan berakhir pada 19hb Mac 2010 (arinila last daynya)...so mama tak berkesempatan nak update blog ni...

Tapi dalam kesibukan Audit, mama mohon pelepasan pagi tadi untuk ke klinik kerana ada temujanji yg xdapat dielakkan. Minggu depan plak sibuk ngan kursus plak. Mama terpaksa menjalani ujian MGTT kerana pada kelahiran lalu baby yg mama lahirkan big saiz so untuk pencegahan awal mama kenala jalani ujian tersebut....so pada 24hb. nnti mama ada temujanji dgn Dr. plak untuk dapatkan result/hasil dari ujian MGTT yg dijalankan pagi td (19hb Mac 2010). Doa2kanlah semoga mama n baby sihat2 selalu hendak-NYA....

Sesungguhnya anak2 adalah amanah Allah S.W.T. yg amat besar buat kita semua.......

Thursday, March 11, 2010

Jadikan Anak2 Sebagai Amanah


SEBAGAI manusia yg normal akal fikiran dan perasaan, membaca dan melihat laporan akhbar mengenai anak yg anak kecil didera dan diperlakukan secara kejam sememangnya membangkitkan kemarahan yg meluap-luap kepada si pendera.

Soalan yg pasti timbul di dalam sanubari kita ialah mengapakah ada manusia sanggup memperlakukan anak sekejam itu??? Tidak kasihankah dgn anak kecil yg tidak berdosa itu? Dan bermacam2 lagi persoalan yg bermain dlm hati sehinggakan ada antara kita menganggap si pendera seumpama berhati haiwan. Sekurang2nya haiwan pun sayangkan anak mereka, dijaga dan ditatang sehingga anak mampu berdikari. Inikan pula manusia yg dianugerahkan akal dan hati untuk berfikir dan merasa.

Inilah natijahnya apabila hati dan nafsu tidak mampu bersabar mengekang perasaan amarah dan akal tidak mampu membezakan kebenaran dan kebatilan. Apabila anak2 tidak dianggap sbg amanah yg perlu dijaga sebaik2nya, maka banyaklah kerosakan yg berlaku yg bakal berlaku.

Anak sebagai amanah, bukan sekadar anugerah

Sudah banyak kali kita membincangkan tntg peri pentingnya memelihara anak spti permata. Anak2 kecil sememang tidak bersalah krna mrka masih tidak matang dan tidak mampu mengawal emosi mrka. Orang dewasalah yg sepatutnya mengemudi anak2 mrka dgn tingkah laku yg baik supaya anak2 membesar dgn binaan sikap, pendirian dan emosi yg teguh apabila menjejak alam remaja dan dewasa. Peringatan spti ini sememangnya perlu diulang2 bagi menyedarkan golongan dewasa dan ibu bapa.

Mungkin sesetengah ibu bapa lupa bhwa anak itu adalah amanah Allah yg tidak ternilai harganya. Ramai yg tidak mempunyai anak sangat kepinginkan cahaya mata lalu pelbagai cara diusahakan untuk mendapat anak. Ada pula apabila sudah mempunyai cahaya mata, tidak menjaga dan mendidik anak dgn betul dan sempurna.

Mendidik dlm erti kata mestilah mengajar anak akan nilai asas dlm kehidupan, melimpahkan kasih sayang yg sewajarnya kpda anak2, membina kekebalan diri anak2 dari anasir2 tidak baik. Mengajar anak akan yg salah dan benar, serta memberi panduan dan pedoman berterusan agar anak membesar menjadi insan yg beriman dan teguh pendirian.

Sememangnya ia tidaklah semudah spti yg disebutkan. Namun itulah hakikat tanggungjawab ibu bapa terhadap anak2. Mendekati remaja menerusi pendidikan perlu bermula pada awal umur lagi. Jangka waktu yg paling kritikal bagi anak2 mencapai tahap remaja ialah sejak lahir sehingga ke peringkat akil baligh. Akil baligh merupakan puncak suatu proses membentuk manusia yg sudah boleh berdiri atas kaki sendiri. Di peringkat inilah perkembangan kognitif (akal-fikir) berlaku dgn subur yg membolehkan anak2 membuat tanggapan terhadap sesuatu.

Ajaran Islam umumnya tidak menghalang ibu bapa menghukum anak2, ttpi mestilah bersifat mendidik, tidak didorong perasaan amarah dan tidak melampaui batas syarak dan kemanusiaan. Ini kerana trauma drpd zaman malang kanak2 boleh menghantui alam remaja serta dewasa seseorang dan lukanya sukar disembuhkan. Ada juga anak2 yg membesar dgn kejadian dera dan pengabaian menjadi seorang yg agresif, sangat ofensif, serta tidak boleh menerima pendapat orang lain.

Anak2 bukan shja anugerah yg tidak ternilai drpd Allah, malah mrka adalah amanah yg perlu dipelihara sebaik2nya. Mrka perlu dididik supaya sentiasa kembali dan berdamping ke jalan Allah dan pangkuan keluarga, sekalipun ada membuat kesalahan agar proses pembaikan boleh berlaku.

Oleh itu, tanggungjawab ibu bapa berjalan sepanjang hayat mrka, bukannya melepaskan tanggungjawab itu kepada pihak lain spti sekolah atau penjaga. Ada pula yg menganggap anak2 sudah pandai berfikir sendiri akan baik buruk sesuatu perkara dan secara mudah menyalahkan anak2 sekiranya berbuat salah. Walhal ibu ayah sendiri tidak membekalkan anak2 dgn nilai2 asas dlm kehidupan dan didikan agama yg mencukupi.

Watak ibu dan ayah saling melengkapi

Justeru peranan ibu dan ayah amatlah penting dlm pembentukan watak dan pendirian anak. Ibu sering dirujuk sbg faktor penting dlm pendidikan. Bapa juga tidak kurang penting membentuk anak dlm kepemimpinan. Bapa adalah lambang ketua dlm sebuah rumah tangga. Didikan ibu dan kepemimpinan bapa boleh memberi perlindungan kepada isteri dan contoh kepada anak.

Pada diri seorang ibu ada unsur penting dlm proses didik, asuhan, kasih sayang, kesabaran dan memiliki kasih sejati terhadap anak. Allah telah memberikan kekuatan dan kesabaran yg tinggi kpda wanita yg bergelar ibu untuk menanggung kesusahan dan kepayahan demi anaknya.

Masakan tidak, seorang ibu sanggup melalui tempoh mengandung dgn susah payah sehinggalah melahirkan anak dlm kesakitan dan kepedihan. Ibu jugalah yg penat berjaga malam untuk menyusu dan menyalin lampin anak, dan bersengkang mata sekiranya anak kurang sihat. Naluri seorang ibu sememangnya berkehendakkan anaknya sentiasa dlm keadaan sihat dan sempurna.

Ibu adalah pelengkap kpda watak bapa. Ia menjadi faktor penting dlm proses pembangunan zuriat, anak dan generasi. Ibu yg berilmu dan berketerampilan memahami proses pertumbuhan dan pembesaran anak baik dari sudut minda, psikologi, emosi dan tabiat, serta memiliki cara dan kaedah berkesan bagaimana anak harus 'diremaja' dan 'didewasakan'.

Begitu juga dgn si ayah. Menjadi seorang ayah adalah peranan yg payah. Menjadi seorang ayah tidaklah bererti memonopoli segala hak dan tanggungjawab, tetapi dikongsi dan dilalui bersama2 secara sukarela dan penuh faham tanggungjawab. Watak ayah tidak sama dgn watak ibu, tetapi Allah menjadikan mereka berpasang2 untuk melakukan peranan saling melengkapi.

Dalam masa yg sama, ayah harus berasakan bhwa ibu adalah amanah Allah yg besar. Ibu juga perlu dikasihi dan disayangi. Semangat kebapaan memberi perlindungan, tunjuk ajar, bimbingan dan rasa persefahaman dgn ibu. Ia bakal mewujudkan suasana rumah tangga harmoni dan damai dan memberi contoh yg baik kpda proses pendewasaan anak2.

Sekiranya pertumbuhan dan kesuburan yg sedang berlaku kpda anak2 tidak didekati dgn ilmu dan keterampilan menerusi watak keibuan dan kebapaan nescaya pembesaran anak2 bakal mengalami kelompangan yg mudah dimasuki oleh unsur2 negatif. Ilmulah yg mampu memberi kekuatan kpda anak2 supaya apabila besar nanti ia tidak menyebabkan lahirnya kecelaruan di kalangan mereka. Oleh itu, anak perlu dipedomankan sekiranya berbuat salah, bukannya menghukum sesuka hati apatah lagi mendera dan mengasari mereka tanpa belas kasihan.

Kesimpulan

Bergelar ayah dan ibu adalah nikmat Allah yg tidak ternilai kpda manusia. Bagi mrka yg mengetahuinya, amatlah besar ganjaran yg bakal diperolehi jika menjaga dan mendidik anak2 dgn sesempurna mungkin. Tidak dinafikan bhwa kerosakan yg terjadi dewasa ini kebanyakannya berpunca drpd keruntuhan institusi kekeluargaan, ceteknya didikan agama dan moral serta dan kurangnya sikap kepedulian sesama kita.

Tuntasnya, tanggungjawab seorang ibu dan ayah adalah tanggungjawab seumur hidup. Anak2 kadangkala tergelincir drpd landasan, maka ibu bapalah yg perlu sentiasa mengawasi dan menasihati mrka supaya jalinan corak kehidupan anak2 menjadi kembali teratur dan harmoni.

Friday, March 5, 2010

Doa Seorang Isteri

Mama dapat dari one of my friend. Saje nak share di sini. Mari kita amalkan demi menjadi isteri yang mithali.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah

Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya..suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatanKau pandulah aku untuk menarik dirinyakeluar dari terus terlena

Ya Allah...

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu Ya Allah
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..Aku cacat tanpa hidayahMu..Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah

Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMuKerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa di hati..

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Petua Kebahagiaan Rumahtangga

Petua Kemesraan Rumahtangga...............

"Wahai isteri...berbaktilah pada suami kamu selagi mana kehendaknya tidak bertentangan dgn suruhan Allah swt dan Rasulullah...Sesungguhnya setiap kebaikan itu pasti Allah balas dengan kebaikan yg lebih berlipat kali ganda"

Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga dan Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dgn isteri2 baginda....

1) Tidur dalam satu selimut bersama isteri..
Dari Atha` bin Yasar:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba2 Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau."
( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ).

2) Mandi bersama isteri
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama2 memasukkan tangan kami ke dlm bejana tesebut."
( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).

3. Minum bergantian pada tempat yang sama
Drpd Aisyah r.a, dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).

4. Membelai isteri

"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya." ( Hadis Riwayat Ahmad ).

5. Mencium isteri
Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ). Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa
mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." ( Hadis Riwayat Ahmad ).

6. Berbaring di pangkuan isteri
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran."
( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

7. Memanggil dengan panggilan mesra
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg di sukainya spt Aisy & Humaira (pipi merah delima).

8. Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa2ku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan. "
( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).

9. Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah & baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena titisam darah itu saja & tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.." ( Hadis Riwayat Nasai ).

10. Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesunggu hnya aku pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanyya kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata, "Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w dan hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd masing2 isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat Ahmad )

11. Segera menemui isteri apabila tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan..... ..apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yg menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya krn pd diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pd wanita itu."
( Hadis Riwayat Tirmizi ).

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan sikap kerana sikap dan perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Inilah teladan yg perlu di contohi.....

Korban Terbaru Mangsa Dera

Budak 18 bulan patah enam tulang rusuk

Belum pun selesai kes Syafia Humairah Sahari, tiga tahun, yg mati ditendang dan dipijak teman lelaki ibunya, minggu lalu, seorang lagi kanak2 berusia 18 bulan pula menjadi korban terbaru kes penderaan.

Dalam kejadian di Pangsapuri Bestari Damansara, Kayu Ara di sini, malam kelmarin, K Hares-varran dikatakan dipukul dan dipijak suami jiran keluarganya hingga menyebabkan hati kanak2 lelaki itu pecah dan enam tulang rusuknya patah. Haresvarran dipercayai didera antara jam 10 malam dan 12 tengah malam kelmarin ketika ibu bapanya, masing2 penerbit filem dan pekerja sambilan, meninggalkan mangsa di rumah jirannya.

"Tak sangka jiran rapat yg kelihatan mesra dan penyayang boleh berubah menjadi ganas sehingga meragut nyawa anak kecil saya yg tidak berdosa," begitu luahan kemarahan S Karigalan, 42, sambil menatap mayat anak kecilnya, Harevarran.

"Perbuatannya tidak boleh diterima akal dan saya tidak akan memaafkannya. Bagaimana dia tergamak melakukan kekejaman ini terhadap anak saya yg tidak tahu apa-apa.

"Sepanjang enam bulan mengenalinya, dia (suspek) tidak menunjukkan sebarang kelakuan ganas, malah bersikap penyayang terhadap anak2 saya. Melihatkan penampilannya, memang saya tidak menyangka dia boleh bertindak sekejam ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Thursday, March 4, 2010

8 Punca Konflik Dan Penyelesaian

8 punca suami isteri konflik dan penyelesaiannya

DALAM perkahwinan, pertengkaran suami isteri perkara biasa. Malah, ada menganggap ia sebagai rencah kehidupan bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Namun, setiap pasangan inginkan rumah tangga aman tanpa sebarang masalah. Apakah penyebab timbulnya masalah dalam rumah tangga?

Berikut adalah lapan konflik menjadi punca pertengkaran dan cara mengatasinya.

1. Pendapatan

Pendapatan suami lebih besar drpd isteri sememangnya bukan perkara luar biasa. Namun, apabila berlaku sebaliknya masalah akan timbul. Ini kerana suami akan berasa rendah diri kerana pendapatannya tidak dihargai manakala isteri berasa dirinya tunggak keluarga sehingga menjadi sombong dan tidak menghormati pasangannya.

Penyelesaian:
Walaupun pendapatan isteri lebih besar drpd suami, cuba bersikap bijaksana dan tetap menghormatinya sbg ketua keluarga. Hargai dirinya walau berapa pendapatan suami. Jika anda berterusan mempersoalkan pendapatannya, lama kelamaan dia bosan dan akan timbul pertengkaran.

2. Anak
Ketidakhadiran anak dalam keluarga juga sering menimbulkan konflik berpanjangan antara pasangan. Mungkin selepas lima tahun perkahwinan, suami selalu menyalahkan isteri sebagai pihak yang mandul. Padahal, suami tidak mahu mendapatkan rawatan untuk mengetahui siapa yang bermasalah.

Penyelesaian:

Berbincang secara baik dgn suami dan bersama2 membuat pemeriksaan. Jika doktor mengatakan anda dan suami sihat, kenapa harus saling menuding jari? Mungkin Tuhan masih belum mahu memberikan rezeki kepada anda. Tuhan juga ingin menguji kesabaran anda dan pasangan. Jika masih juga belum dikurniakan cahaya mata sehingga 10 tahun atau lebih, berbincanglah untuk mengambil anak angkat.

3. Campur tangan keluarga
Kehadiran orang ketiga, misalnya adik ipar atau saudara-mara dalam keluarga kadang kala menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Hal kecil yg sepatutnya tidak menjadi masalah berubah menjadi besar. Misalnya soal pemberian wang saku kepada adik ipar atau wang kepada ibu bapa.

Penyelesaian:
Anda harus bersikap terbuka. Sebelum anda dan suami memberikan bantuan, sama ada untuk keluarga anda atau suami, bawa berbincang mengenai jumlah yg harus dikeluarkan dan siapa yg harus memberikan bantuan.

4. Seks
Masalah seks turut menjadi titik bengik dalam perkahwinan. Biasanya suami sering mengadu mengenai ketidakpuasan selepas melayan isteri. Suami umumnya bersikap ego dan tidak mahu tahu. Pada hal, banyak perkara menyebabkan isteri bersikap seperti itu. Contohnya letih, tertekan dengan kerja di pejabat atau hamil.

Penyelesaian:
Isteri atau suami yg mempunyai masalah hubungan seks dgn pasangan, sebaiknya berterus-terang. Ia dapat mengelakkan pasangan tidak curiga dan menerima keadaan seadanya.

5. Keyakinan
Pasangan yg sudah berikrar untuk sehidup semati tidak mempersoalkan mengenai keyakinan mereka untuk mengharungi bahtera kehidupan. Namun, banyak persoalan timbul selepas berumah tangga sehingga penyebab berlakunya pergaduhan.

Penyelesaian:
Tetap berpegang pada janji itu dan cuba untuk saling menghargai. Walaupun di pertengahan anda atau pasangan sepakat untuk memilih perpisahan, sebaiknya ia tiada paksaan.

6. Mentua
Kehadiran mentua dalam rumah tangga sering menjadi masalah. Ini kerana ada anak yg terlalu mengikut cakap mentua sehingga mengabaikan isteri.

Penyelesaian
Sekiranya anda tidak berkenan dengan komen atau teguran mentua, jangan tunjukkan riak wajah negatif di hadapannya. Cubalah berfikiran tenang, ajak suami bertukar fikiran suntuk mengatasi masalah.

7. Ragam berbeza
Menyatukan dua hati, bererti menyatukan dua peribadi dan selera yg tentu saja berbeza. Misalnya suami seorang pendiam, sementara isteri peramah dan cerewet dan belum termasuk soal hobi atau bersukan serta pelbagai benda yg ketara perbezaannya.

Penyelesaian:
Terima pasangan seadanya. Jika suami anda seorang pendiam, anda harus peramah. Cuba selami minat pasangan anda.

8. Komunikasi terbatas
Pasangan suami isteri yg sama2 sibuk biasanya tidak cukup waktu untuk berkomunikasi. Paling2 mereka bertemu ketika hendak tidur. Kadangkala, untuk sarapan pagi atau makan malam pun masing2 tiba lewat. Kurangnya atau tiada waktu berkomunikasi menimbulkan pengertian salah. Ini kerana suami tidak tahu masalah isteri, demikian juga sebaliknya.

Penyelesaian:
Sesibuk mana pun anda dan suami, tetapkan waktu untuk komitmen bahawa bersama keluarga adalah hal paling penting. Cari juga waktu bersama keluarga misalnya bersarapan dan makan malam bersama. Demikian juga dengan hari berhibur.
Usahakan untuk menikmatinya bersama keluarga. Walaupun anda dan suami bekerja seharian di luar rumah, namun keluarga tidak terabai sebaliknya keluarga dan karier harus seimbang.

Wednesday, March 3, 2010

Caesarean

Bersalin melalui caesarean~

KADANGKALA anda tidak boleh melahirkan anak secara biasa dan terpaksa melalui pembedahan di abdomen dan seterusnya di rahim untuk melahirkan bayi yg dikandung. Prosedur ini dipanggil pembedahan caesarean. Apa yg penting, anda sihat dan anak selamat.

Mengapa anda dibedah?

Ada ibu yg merayu supaya dibedah. Ini merupakan satu isu dan keputusannya sangat rumit dan memerlukan perbincangan serta pertimbangan terperinci. Kalau demikian niat anda, berbincanglah dahulu dengan doktor anda.

“Biasanya, keputusan pembedahan dibuat setelah anda berada di bilik bersalin menjalani proses kelahiran tetapi gagal disebabkan oleh kepelbagaian faktor yg akan diterangkan oleh doktor pakar perbidanan.

“Ada juga ibu2 yg memang dijadualkan secara elektif untuk kelahiran melalui pembedahan disebabkan oleh faktor2 lampau,'’ kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

Lain2 faktor yg diambil kira termasuklah permasalahan perubatan semasa dan juga mungkin kerana wujudnya masalah2 obstetriks (perbidanan) yg menghalang kelahiran normal.

* Mengandung kembar/berganda - ramai ibu yg mengandung anak kembar dua melahirkan anak secara normal. Bagaimanapun, ada segelintir yg memerlukan pembedahan - bergantung bilangan janin dikandung.

Jika lebih ramai maka kebarangkalian untuk dibedah bertambah tinggi. Kedudukan janin turut mempengaruhi cara kelahiran.

* Proses kelahiran terbantut

Berjam2 lamanya anda di bilik bersalin namun kemajuan pendilatan (pembesaran organ berongga) pangkal rahim tidak berlaku, walaupun ubat diberikan untuk menguatkan kontraksi (pengecutan) .

* Masalah pada janin dikandung

Bayi dikandung mungkin mengalami masalah di dalam rahim, bekalan oksigen tergendala, mungkin tali pusatnya terhimpit, terpulas dan sebagainya mengakibatkan bekalan darah dari uri ke bayi menurun.

Ini dikesan melalui pemerhatian elektronik ultrasound yang dipasang pada abdomen puan. Seterusnya, keputusan pembedahan dibuat.

* Masalah uri

“Uri mungkin berada di bawah (previa plasenta) yg menghalang bayi dari keluar. Satu lagi masalah, apabila uri terpisah dari dinding rahim dikenali sbg placenta abruption.

“Pendarahan yg banyak berlaku, pengaliran darah serta oksigen kepada bayi terbantut, kematian boleh berlaku,'’ jelas Dr. Shah Reza.

* Sejarah kelahiran pembedahan lampau

Sekiranya anda sudah pun dua kali dibedah, kelahiran kali ini mestilah juga melalui pembedahan.

Seandainya sejarah hanya sekali sahaja, keputusan kali ini bergantung banyak pada kejadian semasa pembedahan lampau.

Contohnya, jika pemotongan pada rahim bukannya di segmen bawah secara melintang, bermakna anda tidak boleh di cuba untuk kelahiran melalui faraj.

* Kemungkinan lain seperti saiz bayi yg besar secara relatif dibandingkan dengan tulang pinggul, kedudukan bayi songsang dan infeksi pada ibu seperti herpes genitalia (inflamasi kulit pada alat kelamin) yg boleh memudaratkan bayi semasa proses kelahiran.

Prosedur pembedahan

Dr. Shah Reza berkata, kebiasaannya di hospital, bilik bedah merupakan satu kawasan larangan.

Suami tidak digalakkan atau mungkin tidak dibenarkan berada di bilik bedah di samping isteri semasa pembedahan dijalankan.

“Jenis pembiusan mungkin secara setempat (anda sedar sepanjang pembedahan), mungkin juga pembiusan menyeluruh (anda tidur sepanjang tatacara).

“Ini bergantung kepada penilaian doktor pakar bius. Kadangkala pembedahan dilakukan kerana kecemasan, jadi tidak sempat persediaan dilakukan seperti pembedahan-pembedah an elektif yang lain.

Persediaan

“Jururawat akan menyediakan anda bagi tujuan pembedahan, ubat diberikan untuk mengurangkan keasidan di dalam perut.

“Anda dikhuatiri akan muntah dan termasuk ke dalam sistem pernafasan yang boleh memudaratkan kesihatan selanjutnya, ‘’ kata Dr. Shah Reza.

Bahagian untuk dibedah akan dicuci, bulu roma yang lebih akan dicukurkan. Tiub kateter akan dimasukkan ke dalam uretra (saluran air kencing) untuk mengosongkan pundi kencing.

Ia boleh mengurangkan insiden trauma pada pundi kencing semasa pembedahan. Ia juga sebagai pengawasan sistem perkumuhan buah pinggang.

Jarum dimasukkan ke sistem pembuluh vena di tangan untuk dimasukkan dengan cecair gantian seperti darah dan juga portal untuk ubat-ubat ke dalam badan anda, semasa dan selepas pembedahan.

Jenis-jenis pembiusan

Ia bertujuan menghilangkan kesakitan serta menenangkan anda semasa prosedur. Pembiusan, kata Dr. Shah Reza, mungkin secara menyeluruh dan juga berbentuk setempat seperti pembiusan epidural ataupun spinal, di mana anda akan sedar sepanjang prosedur.

“Doktor pakar bius akan berbincang dengan anda mengenai jenis-jenis pembiusan yang selamat untuk anda, bergantung sama ada pembedahan tersebut jenis kecemasan ataupun secara elektif. “Yang penting kesihatan puan semasa serta keadaan bayi diutamakan,’ ‘ kata beliau.

Kelahiran

Insisi dilakukan pada kulit dan tisu-tisu di abdomen.

“Lazimnya di Malaysia, insisi (torehan) di kulit dilakukan secara melintang. Otot-otot abdomen tidak dipotong.

“Insisi pada rahim juga secara melintang, ini mengurangkan pendarahan dan penyembuhannya bagus.'’

Bayi akan dikeluarkan melalui insisi yang dibuat. Uri juga dikeluarkan melalui cara yang sama. Untuk kulit, jahitan dibuat, kadangkala stapel digunakan (mahal).

Komplikasi

Sebagaimana pembedahan yang lain, kelahiran melalui pembedahan juga berisiko. Bagaimanapun, risiko jarang berlaku dan ditangani dengan cepat serta berkesan.

Antara risiko-risikonya adalah:

* Infeksi boleh berlaku di rahim, tisu-tisu dalaman dan juga di kulit
* darah boleh hilang dengan pantas dan banyak, memerlukan transfusi (pemindahan) darah
* Insiden ketulan serta pembekuan darah berlaku di pelvis, paru-paru serta di bahagian kaki
* Usus dan pundi kencing juga boleh tercedera
* Reaksi pada ubat-ubat serta pembiusan yang diberikan.

Selepas pembedahan

Kata Dr. Shah Reza, sekiranya pembiusan diberikan dari jenis setempat, anda boleh memegang si bayi selepas pembedahan manakala pembiusan menyeluruh memerlukan masa untuk sedar.

Anda akan dihantar ke bilik pemulihan pembiusan, petanda seperti tekanan darah, nadi, kandungan oksigen dan lain-lain parameter akan dipantau rapat sehingga kesemuanya stabil, sebelum anda dihantar ke wad.

Penyusuan dada digalakkan walaupun baru dibedah. Lazimnya, ubat-ubatan yang diberikan adalah selamat untuk penyusuan dada.

Anda mungkin berada di wad selama tiga, empat hari. Pengawasan lanjut diteruskan walaupun sudah stabil.

Ubat penahan sakit serta ubat-ubatan lain diberikan agar anda selesa dan dapat bergerak seberapa segera.

Kembali ke rumah

Doktor akan membekalkan anda dengan ubat penahan sakit, antibiotik serta vitamin bagi membolehkan penyembuhan berjalan sempurna.

Walau bagaimanapun, anda perlu menjaga kesihatan diri, hadkan aktiviti berat.

Anda juga mungkin mengalami:

* Kekejangan pada bahagian bawah abdomen, terutamanya semasa memberikan susu badan
* Pendarahan dan juga lelehan untuk empat hingga enam minggu
* Pendarahan mungkin dalam bentuk ketulan dan kadangkala kekejangan berlaku semasa ketulan dikeluarkan
* Sakit di bahagian pembedahan.

“Untuk mengelakkan infeksi, jangan masukkan apa2 cecair, tampon ataupun melakukan hubungan seks untuk beberapa minggu. Seorang suami yg baik seharusnya memahami keadaan isteri sekarang.

“Berikan badan anda masa untuk sembuh sebelum aktiviti2azim. Senaman ringkas yg tidak menyakitkan juga boleh dilakukan,'’ kata Dr. Shah Reza.

Segeralah berjumpa dengan doktor pakar perbidanan puan sekiranya demam berlaku, pendarahan semakin banyak, sakit yg tidak dapat dilegakan atau mana2 pengalaman yg sebelum ini tidak pernah anda lalui.

Kebaikan Kurma

Kebaikan Kurma ketika mengandung dan bersalin~

Hamil

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri2 kamu yg hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yg bakal dilahirkan itu menjadi anak yg penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yg merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yg harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yg mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila2 masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yg merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yg memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

1. KURMA

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

3. MADU

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yg kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.