Islamic Clock

Wednesday, November 25, 2015

kenangan masa lalu




























Pic kenangan masa baby






















Tuesday, July 14, 2015

Jom Balik Kampung Nak Raya

Insyaallah malam nie akan bertolak balik ipoh untuk raya dan baru balik raya kat kampung....doakan semoga perjalanan kami sekeluarga selamat sampai ke destinasinya..........AMIN...

27 Ramadhan 1436H

Sedar xsedar arini masuk hari ke 27 Ramadhan....kejap jer masa berlalu skrg ni....semua orang dah sibuk ngan persiapan raya dan dah ada pun kawan2 yg dah balik kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang......

Salam Ramadhan 1436H

Bertemu lg kita pada Ramadhan tahun ni....insyaallah panjang umur kita berjumpa lg pada Ramadhan akan datang....Insyaallah............

Thursday, June 4, 2015

Bahagianya Hidup...

Masuk dunia perkahwinan, kebanyakan pasangan sering abaikan emosi dan perasaan isteri. Mungkin masing2 penat mencari rezeki dan menguruskan hal anak-anak, tetapi dari sudut ambil hati anda tetap tidak boleh letak tepi. Namun masalah ini boleh dibaiki, cuba ambil tahu beberapa perkara mudah ini...

1. Pegang Tangan

Sentuhan fizikal paling mudah bagi simbol cinta suami isteri adalah dengan pegang tangan tanpa diminta. Tetapi apa yang pelik kalau sudah halal, anak pula akan dijadikan satu alasan untuk pegang tangan pasangan. Perlu pasangan tahu, pegang tangan juga mampu kurangkan tekanan emosi isteri. 
Cuba buat waktu isteri merajuk, lagi cepat aura positif itu muncul. Mahu lagi istimewa, sesekali paut jari jemari waktu sama-sama menonton televisyen. Atau lebih manis curi pegang tangan waktu keluar membeli belah, walau payah dengan dukung anak. Jangan pula satu pasangan di depan, satu di belakang.

2. Beli Hadiah

Isteri selalunya tidak meminta. Ada yang menghulur dia menerima. Kalau pun pasangan sama-sama mencari rezeki di luar, apa salahnya jika anda selalu ada hadiah kecil buat tambat hati. Tidak perlu yang mahal, mencukupi walau sekeping coklat. Lebih puas hati jika anda belikan makanan atau barang kesukaannya. 
Waktu memberi mungkin boleh selit gurauan, semata untuk cungkil rasa cinta yang tersembunyi. Kadang penat kerja di rumah atau pejabat boleh hilang apabila mata melihat pemberian kecil dari orang tersayang. Tanda mengingati... 

3. Buat Sesuatu Tanpa Disuruh

Ya, mungkin masing2 penat tetapi jangan saling mengarah. Jika nampak sesuatu yang kurang enak depan mata, anda boleh memahami hati pasangan. Letak diri anda di tempat pasangan. Mungkin tidak sempat untuk kemas kerana anak-anak meragam. Jika mahu menjaga hati, anda sendiri boleh terus tolong pasangan. 
Bertindak lebih baik daripada mengarah. Isteri, kalau nampak suami bertindak dia akan terus rasa bersalah. Jadi automatik, esok-esok hari kerja harian anda lebih dijaga kerana tidak mahu apa yang suami buat sendiri, terulang seperti hari sebelumnya. 

4. Pujian tanda menghargai

Wanita lebih bertindak dan rasa dihargai jika suami selalu memuji. Mungkin hidangan tidaklah begitu istimewa, tetapi jika anda pandai ambil hati, isteri pasti lebih rajin masuk dapur walau penat seharian bekerja. Andai tidak begitu memuaskan, anda boleh sampaikan dengan cara lebih positif. Awas, jangan kritik kalau bab makanan yang dimasak. Nak menegur bab masak, suami kena sama-sama masuk dapur. 
Mahu lagi romantis, saling berebut saat menyuap depan anak-anak. Anak-anak tengok pun, pasti mereka dapat baca isi hati kedua ibu bapa yang sedang bahagia. 

5. Belajar mendengar

Memang tidak pelik kalau isteri selalu bercerita hal remeh sampai bertukar jadi bebelan. Saat mereka bercerita bukan kerana suka-suka ya, itu kerana mereka rasa tertekan dengan keadaan yang dilalui. Walau anda rasa perkara yang dikongsi agak tidak penting, tetapi belajarlah menjadi pasangan yang memahami. Faham saat pasangan berduka kerana sikap wanita, hanya meluah mereka akan rasa lebih puas dan disayangi.

sumber:Mingguan Wanita

Indahnya Kelahiranmu

Indahnya kelahiranmu......
hadirmu bagaikan sinaran dalam hidupku
dikau adalah A M A N A H yang besar buat diriku....
moga aku akan terus membesar dan mendidikmu tanpa erti jemu..

Wednesday, June 3, 2015

Setiap Luka Pasti Ada Penawarnya

 walaupun perit ku terpaksa tempuhi segalanya...
padaMu  ku berdoa moga diberi kekuatan untuk menempuhinya....
 mungkin ini hakikat yang terpaksa kuterima......
walau perit dan pedih kuterpaksa tempuhinya.........
 walaupun perit kan ku tempuhi jua......
 walaupun menderita ku terpaksa tempuhinya...........
 mungkin ini pengakhirannya...
walaupun jiwaku hilang....namun jasadku akan terus bertahan....
demi insan2 yang kusayangi.....bertabahlah......
janji Allah swt itu pasti....
siapalah A K U di sisinya.......

Tuesday, June 2, 2015

Nisfu Syaaban


Alhamdulillah, sekali lagi kita telah diberi peluang dari-NYA untuk sampai ke Bulan Sya’ban pada tahun ini. InsyaAllah dalam beberapa jam lagi, kita bakal berjumpa dengan Malam Nisfu Sya’ban. Mari kita ikuti pesanan Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid berkenaan Malam Nisfu Sya’ban:
Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda,
Yang bermaksud :
Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya’ban seraya berkata : Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya : Inilah malam yang dibuka padanya 300 pintu rahmat, ALLAH SWT mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyekutukan sesuatu dengan-NYA dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.

Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya : “Sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU daripada seksaan dan kemurkaan-MU. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepada-MU, sebagaimana ENGKAU memuji diri-MU sendiri maka bagi-MU segala pujian sehingga ENGKAU redha”.
Imam Syafie rahimahullah berkata: Lima malam yang dimustajabkan doa ialah malam Jumaat, malam 2 hari raya, malam awal Rejab dan malam NISFU SYA’BAN.
Amalan malam Nisfu Sya’ban :
Membaca surah Al-Fatihah & Yasin sebanyak 3 kali dengan dihadirkan niat berikut :
1] Niat pertama memohon untuk dipanjangkan umur dalam ketaatan.
2] Niat kedua memohon diberi rezeki yang banyak dan barokah.
3] Niat terakhir memohon ditetapkan iman.

‪#‎islamituindah‬

Nahkoda Kehidupan


Buah Kurma

Kurma berbuah lebat di Kota Bharu. Ini gambar 3 minggu lepas , dikhabarkan minggu ini kurma-kurma cantik ini telah mula masak ranum.
Nanti kami akan paparkan gambar terkini buah kurma di bulatan Jam Besar KB.

Bertabahlah Wahai Hati

 Inikah kehidupan......
 beratnya dugaanku.......
T A P I kenapa aku........
 S A L A H aku kah semua ini.........
mungkin aku bukan yang terbaik buatMu...
Perlukah aku mengundurkan diriku..........
mungkinkah ini jalan terbaik buat semua insan......

Inikah Cinta.......