Islamic Clock

Tuesday, June 2, 2015

Bertabahlah..................

Ya Allah kau berkatilah kehidupanku....
mampukah aku nak rentasi semua dugaan, cubaan dan halangan dalam meneruskan sisa-sisa kehidupanku... 
Kau kuatkan dan tabahkanlah diriku..........


Pilihan Hidup


Mencari Ketenangan


Bunga Kehidupan


Salam Nisfu Syaaban


Maafkan Diriku



maafkan aku sayang..
andai telah mengguris hatimu
andai telah menyedihkan perasaanmu
aku tiada niat di hati
melahirkan maksud sebegitu..
 maafkan aku sayang..
andai bicaraku tiada garis
hingga buat dirimu menangis...

izinku melafaz kata maaf
memadam kegelisahan taman hati

izinku menghukum diri
meyingkir jauh keegoaan hati...

maafkan aku sayang....

Hatiku Yang Telah Kau Lukai

Jauh dilubuk hatiku yang paling dalam, 
ku sElalu berharap engkau datang menghampiriku
tuk yang terakhir kalinya.
Memang kusEdari bahAwa diriku terlalu sibuk atau terlalu penyecut
atau aaahhh rasanya naif, untuk berkilah semacam itu.
Aku ini sudah dewasa usiaku sudah berkepala empat,

tapi kenapa ku tak berdaya untuk menggenggam sebenih cinta dari seorang wanita.
Apakah ini karena ku pernah kecewa diwaktu yang lampau,
cinta ku layu sebelum bersemi karena dia.

Kau bilang tak suka padaku, tapi kenapa kau membuang anak panah tepat di jantungku.
Kau bilang sudah ada teman RAPAT, tapi kenapa kau sibuk memperhatikanku.
Ku sambut simpatimu, tapi kau campakkan begitu saja tanpa ada rasa bersalah.
Ku usung benih cinta ini dari kerikil tajam yg kulalui tanpa rasa perih dan pedih.
Ku bangun kerajaan cinta dalam lubuk hatiku dalam hitungan bulan, namun kau hancurkan dalam hitung detik.

Oh… Tuhan, kenapa ku harus mengalami semua ini.
Apakah ku berdosa, dan dosa apa yang telah kulakukan, sehingga ada seorang bidadari cantik yang memunahkan hati ini.

Seandainya ku tahu kesalahan itu,
ku akan perbaiki walaupun harus menuruni jurang yang dalam,
laut yang luas, bahkan sampai ke ujung dunia,
akan kulangkaui, jika engkau memberikan kata CINTA untukku.

Namun semua itu hanyalah mimpi, dan yg kudapati hanyalah bayang2nya.
Kucuba menyelami diri, apakah ku pantas untukmu,
tetapi kenapa kau memberi harapan. Itulah awal dari kesalahanmu yang pernah kuketahui, namun ku terus memburunya.

Aku Cuma Insan Biasa

aku ni seorang insan biasa..
tiada yang sempurna..
aku cuma mengharapakn agar kau menerimaku dengan penuh ikhlas
semua kelemahanku
kau tutupilah dengan kelebihanmu..

andai kau ikhlas denganku..
maka buktikanlah dengan kasih sucimu
yang tak pernah kau berikan pada mane2 perempuan..
aku paham..bukan senang untuk menjaga sekuntum bunga
agar tidak layu..
namun ku jua paham,untuk memetiknya haruslah aku meminta izin kepada penjaganya
dahulu..

namun aku tidak kisah jika itu kemahuanmu..
jika benar kau mencintaiku..
cintailah aku dengan sepenuh hatimu..
bukan mencintai hartaku,pangkatku,penampilan ku..
tapi cintailah aku kerana-NYA..

sanggupkah dikau wahai sayangku..

i'm not perfect person

Saya tidak sempurna seperti yg awk pikirkan..
saya tidak sebaik seperti yg awk mahu kan.
saya tidak sesabar seperti yg awk jangkakan..

awak mahukan saya isikan kekosongan hati awak..
tapi pernahkan awak bagi peluang???
pernahkan awak fikir perasaan saya bile saya menunngu sebuah jawapan,
yang hanya awak fikir adalah hati dan perasaan awak

apabila awak melakukan kesalahan,
susah sangat ke nak mintak maap??
susah sangat kew nak pujuk saya??
atau siapa saya ini di mata awak..??

pernah tak awak pikir ego awak terlalu tinggi,
jika benar awak sayangkan saya,
awak perlu buang ego itu,
awak perlu percaya pada pasangan awak..

tapi apa yang saya dapat???
awak samakan saya dengan ex awak..
seolah-olah saya ni terlalu teruk..
jika awak sudah bencikan saya..
mengapa awak tidak menyatakannya sahaja..
malah awak terus buat hati dan perasaan saya tergantung meniti jawapan di bibir awak..

saya tau saya tidak layak untuk awak lagi..
sebab awak tidak berniat nak pujuk saya..
saya akan pergi dari hidup awak..
agar awak tenang semula..

tapi percayala..
hati saya cuma ada awak..
terima kasih kerana pernah membuatkan saya tersenyum..
saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan awak..

Hargailah Dirinya Seadanya

Jika kamu memancing ikan…. setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu. …
 
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….
 
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.. ..
 
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan… yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Orang Kata Cinta Datang dan Pergi

orang kata...
cinta datang dan pergi...
orang kata..
cinta datang ketika hati kita sepi dibuai mimpi...
orang kata lagi..
.cinta tak seindah seperti yang kita hajati..
 
orang kata lagi...
cinta tak mungkin sehidup semati...
org kata juga..
kerna cinta kita merana...
orang kata juga...
kerana cinta kita sengsara..
cinta oh cinta...hanyut dalam cinta
yang aku sendiri tak paham kenapa..
baik la cinta pada ibu bapa...
ayah  bonda...
mungkin lagi diberkati...
hidup cume sekali...
aku...
ingin sekali...
 
hadirnya seorang lelaki...
yang dapat menyemai cintanya pada ku...
juga pada Ilahi...
aku juga inginkan lelaki...
yang hanya ada aku...
aku...
dan aku...
sungguh aku tak mengerti apa erti cinta..
bagi aku cinta itu satu..
cinta pada diriNya...
amin....

Aku Kecewa Dengan Sikapmu

                                                           ku kecewa dengan sikapmu..
kau kata kau sayang padaku,
tapi kau membuatku resah menunggu secebis jawapan,
kau kata kau rindu padaku,
tapi dengan senang janji kau mungkiri,..
ku hilang segala2nya...
jiwaku kosong...hatiku kecewa...

apakah benar aku tidak layak bersama dengan orang kusayangi,
aku sedar,
aku tidaklah sepadan denganmu,
siapala aku di sisimu.....
aku cuma insan yg kerdil dibumi Allah swt..
dari segi paras rupa,harta,dan sikapku,
aku cuma ada agama yang boleh ku berikan padamu,
siapalah aku....siapalah aku....
 
aku tak mengerti mengapa aku dipersamakan dengan orang lain,
walhal aku tak pernah sama sekali melakukannye..
bile aku bersabar denganmu,
kau pijak kepalaku,
bile aku menasihatkn mu,
kau kate aku marah dan beremosi..
apa salahku.....

aku cuma menanti satu kata dari hatimu,
namun susah benar kamu ingin mengucapkannya,
seolah2 aku ini tidak wujud dalam hidupmu,

aku juga punye sebuah perasaan,
perasaan yang ingin dibelai,dimanjai,dikasihi dan disayangi,
jika benar engkau menyayangiku dan merinduiku,
berubahlah kau untuk kebaikan kite..
bukan tuk diriku..

aku tidak mahu bertikam lidah denganmu.
SAYANGKU..cume kau di hatiku..
segala jasa dan pengorbananku tiada nilai bagimu
kupasrah jika ini pengakhirannya
 
hanya padaMu ku berdoa 
moga Kau kuatkanlah dan kau tabahkanlah hatiku 
walau pun pedih dan perit 
hidupku masih perlu diteruskan 
demi permata hatiku
putera dan puteri2 yg kusayangi
dikaulah segalanya
dikaulah penawar segalanya...
kehadiranMu tiada galang gantinya
walau susah kukorbankan segalnya demi permata hatiku...

Duka Lara Kehidupan

Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah? Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yg mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu. Tapi kurasakan macam airmataku dah kering untuk menangis lagi....seolah2 diriku dah jadi tepu dengan semua ini...........

Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita. Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.

Menenangkan hati Kecewa...Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura? Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.

Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini.

Thursday, May 21, 2015

Permata Hati

Anugerah yang tak terhingga nilainya............

Wednesday, May 13, 2015

SEBELUM TIDUR

Sebelum Tidur.........

Bismillah..

Sebelum tidur
mari muhasabah diri
tentang apa yang sudah dikau perbuat hari ini..

Sebelum tidur
mari memaafkan semua orang yang dikau kenali
agar tidurmu nanti lebih tenang, asyik sekali..

Sebelum tidur
mari perbanyakkan istighfar
agar yang tidur itu hanya jasad yang mahu istirehat
sedang jiwamu terbang tinggi, dalam pelukan ilahi..

Sebelum tidur
bisiklah pada dirimu tentang impian dan cita
agar esok bila Allah izinkan dikau bangun
dikau pantas menjadi orang yang bersegera..

Dengan itu
maka matamu akan lebih tenang lelapnya
dan hatimu akan lebih ternanti-nanti untuk bangun sebentar nanti
di saat semua orang sedang melelapkan mata..

Selamat malam semua :)
 
Maafkan diriku yang kerdil ini jika ada sebarang kesalahanku walau sekecil zahrah
sesungguhnya aku insan yang lemah
Insan yang serba kekurangan
Yang dambakan kasih nuraniMU
Serta ketulusan hatiMu dlm menyayangi diriku
Diriku tak mampu nak bahagia semua insan2 yg KU sayangi...
Hidupku hanya sementara....
Menumpang kasih pada insan yg sudi berkongsi dan menyayangi diriku....
 

LOVE AL-QURAN

aku punya cita-cita
besaaaaaarrrr
besar sekali..

namun hakikatnya
perjalanan sebuah kehidupan ini tak akan mudah
dan tak mungkin akan mudah
kerna ini adalah sunnah perjuangan..

berlari
jangan berhenti

belajar
jangan merasa cukup

berharap
jangan berputus asa

tak mudah
tapi jangan mengalah!

Dan hari ini aku belajar
mengorbankan apa yang diriku suka untuk apa yang lebih baik (semoga)
kerna aku sungguh-sungguh tidak tahu
apa yang sudah Allah aturkan di hadapan sana..

Dan hari ini juga aku mengerti
perbezaan pemikiran tidak mungkin akan menjadi titik pertemuan
apatah lagi yang akan menjadi synergi antara kita..
 
 Bismillah

Aku selalu terpana
pada setiap kata-katanya
yang seakan air sejuk yang menghilangkan dahaga
seperti hembusan kedamaian yang menteramkan jiwa..

Aku selalu memikirkannya
mengapa kata-katanya selalu membuatku termenung lama
sedang ku kira ramai lagi orang yang pernah mengatakan perkara yang sama..

Namun kini sudah ku tahu
rahsia apa yang sebenarnya
rupanya lidahnya selalu basah dengan ayat Al-Quran
tiada masa senggang yang terbiar tanpa Al-Quran
sehingga yang keluar dari bibirnya adalah hikmah dari Al-Quran
segalanya penuh dengan barakah Al-Quran
dan itulah yang membuatkan orang selalu terpana mendengar setiap baris kata dari dia..
Ya Allah..
sungguh aku cemburu
pada dekatnya Al-Quran dengan dirinya
pada hikmahnya bahasa buah dari bibir yang tidak kering dari lantunan ayat suciMu

dan kerana itu
aku bertekad bahwa aku perlu lebih berusaha memahami Al-Quran
sehingga Al-Quran itu kan menjadi sumber nadiku
dan akhirnya aku juga bisa merasa seperti Asy-Syahid Syed Qutb, alangkah indahnya hidup di bawah bayangan Al-Quran!

Moga Allah permudahkan perjalanan selepas ini
ya, semuanya baru bermula :)

BESAR PENGERTIAN DI SEBALIKNYA....


Bismillah..

Aku di sini ya Allah..
Dalam perjalanan mencari redhaMu
Ku mohon tetapkan aku sabar dan lurus dalam bolak baiknya niat
Agar yakinlah aku dalam melangkah, membangun diri demi ummah..

Aku di sini ya Allah..
mengharap maghfirah dalam setiap hembusan nafas
Yang kalaulah bukan kerana rahmat dan huda dariMu
pastinya aku tidak betah tinggal di sini berlama-lama..

Aku di sini ya Allah..
menyoroti baris demi baris dari kalamMu
menyusuri seerah nubuwwah sebagai teladan
menyingkap al-hadis sebagai kekuatan 
agar nanti aku bisa menjadi 'seseorang' untuk agama..
dan Kau maha tahu ya Allah, bahwa segalanya ini tidak mudah
bahwa sunnah perjuangan pastinya payah
maka kuatkan sabarku ya Allah, dengan kesabaran yang cantik
kesabaran yang menolakku agar aku harus bisa menjadi lebih baik..

keranaMu aku di sini ya Allah..
dan aku yakini bahwa segala apa yang sudah dan akan terjadi adalah taqdir yang terbaik dalam kehidupanku
bahwa sesungguhnya Engkau tidak pernah mensia-siakan walau seorang pun hambaMu, 
dan jika kehidupan seorang manusia itu celaka, itu adalah kerana dirinya yang memilih untuk itu..

hanya keranaMu aku di sini ya Allah..
moga jika aku hidup, hidupku itu baik untuk agama
dan jika diriku mati, kematianku sebagai syahid yang mulia..

Allahumma Ameen! Ameen! Ameen!

AL-QURAN besar pengertianMU

Ya Allah, jagakan hatinya. Jagakan hatiku juga. Aminn

 "Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau pun merasa berat,dan berjihadlah dengan HARTA dan DIRIMU di jalan Allah.yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui "

COpy PUISI

Penat.....
Aku tahu dia penat.
Lihat saja wajahnya. Lelah....
Semalam saja dalam tangisnya dia menadah,
Katanya,
Tuhan, jalan ini tolong bagi mudah,
Kerana dia hampir putus asa. Rebah.
Bila-bila masa dia boleh rebah,
Tapi dia memilih untuk gagah. Kecewa,
Dia memang pernah kecewa,
Dia pernah luka,
Dia pernah merasa lara. Dia mahu sang pendusta mengubat lukanya,
Dia mahu sang petualang merawat laranya,
Dia mahu kepingan hatinya yang hancur disatukan,
Menjadi sekeping hati yang sempurna punya rasa. Tapi dia tahu, Itu tugas Tuhan semata,
Maka segala lara, segala duka kecewanya,
Semuanya dihamburkan pada Tuhannya. Kerana dia tahu penat, lelah, kecewa dan lukanya,
Penawarnya cuma Dia. Lalu,
Dia terus bertahan agar tidak rebah,
Dia memilih untuk terus tabah,
Hatinya kini milik ALLAH semata. 

Puisi untuk kita yang memilih untuk gagah.

KEHIDUPAN dan KEBAHAGIAAN

Kehidupan...kebahagia...kedamaian adalah menjadi dambaan semua insan.... tapi tak semua insan bertuah di dunia ini...apa yg kita impikan tak semestinya menjadi kenyataan@termakbul...bukan mudah untuk puaskan@senangkan or bahagiakan hati semua orang.....itulah lumrah dalam kehidupan......

Kehidupan bahagia amat di dambakan setiap insan, Ya Allah Ya Tuhanku Aku cuba menjadi insan yg terbaik namun aku belum mampu nak mengharunginya...dunia ini begitu banyak pancarobanya....banyak dugaan dan halangan serta perjuangan yg perlu ku lakukan namun bukan senang nak mencapai kebahagiaan......

KEHIDUPAN DI DUNIA......

Kehidupan ini ibarat putaran roda................

KEHIDUPAN.....

Inilah lumrah KEHIDUPAN....tak semestinya apa yang kita ada adalah hak kita sepenuhnya....

Hari-hari Yang Mendatang

Assalamualaikum wbwt.
Selamat pagi dan selamat menjalankan tugas2 sehariaan dengan penuh keiklasan.
Alhamdulillah bersua kita lagi.
24-Rejab-1436 Hijrah (Rabu)
Aamiin...muga Allah nengabulkan doa2 kita...