Islamic Clock

Wednesday, February 13, 2013

Tragedi Pilu Masuk Hutan

Hasrat tiga rakan untuk pulang ke rumah masing2 selepas dipercayai keluar berburu di hutan Matau Balak dekat Kota Gelanggi berkecai apabila kesemuanya ditemui lemas selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yg mereka naiki tergelincir ke dalam sungai kelmarin.
Kejadian pukul 11.20 malam itu mengakibatkan pemandu 4WD jenis Jeep Cherokee itu, Hamzah Muhammad, 52 serta dua penumpang, Abd. Zahran Asran, 28, dan Roshaizad Abd. Rashid, 29, maut selepas gagal menyelamatkan diri. Mayat mangsa pertama ditemui pada pukul 3.55 pagi, diikuti mayat kedua selang 20 minit kemudian dan mangsa ketiga pada pukul 4.25 pagi di sekitar 100 meter dari tempat kenderaan itu tergelincir ke dalam Sungai Pahang.

Difahamkan, kemalangan itu disedari oleh seorang Orang Asli yg tinggal berdekatan sebelum dia menghubungi polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Zakaria Kassim berkata, kejadian tersebut berlaku di kawasan laluan pembalakan yang berselut. Katanya, ketiga2 mangsa dipercayai pergi berburu di hutan tersebut ketika operasi pembalakan dihentikan sementara sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Ketiga2 mangsa dalam perjalanan pulang selepas berburu di situ. Kenderaan mereka terjatuh ke dalam sungai semasa menyeberangi jambatan kerana hilang kawalan. “Mayat mereka berjaya ditemui dan dikeluarkan dari hutan tebal itu pada pukul 5 pagi tadi (semalam). Polis tidak menemui senjata atau binatang buruan di dalam 4WD itu, katanya ketika dihubungi.

Sementara itu di Maran, isteri Abd. Zahran, Badariah Daud, 31, mendakwa, suaminya masuk ke hutan itu untuk melakukan aktiviti lasak bersama dua rakannya dan bukan berburu. Mereka memulakan aktiviti itu sejak pukul 9 pagi Sabtu lalu. Ketika tiba di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, suami menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) menyatakan mereka sudah sampai sebelum meneruskan perjalanan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat di sini. Badariah memberitahu, sebelum keluar, suaminya sempat mengejutkan dan mencium anak sulungnya, Amar, 4, dan memaklumkan dia ingin masuk ke hutan. Arwah bekerja di Maran Golf Hill Resort bersama Hamzah. Empat bulan lalu, kami kehilangan anak kedua kami, Adib, sembilan bulan, kerana demam panas,” katanya sedih. Dalam pada itu, keluarga Hamzah dan Roshaizad enggan ditemu bual.

Salam Takziah pada keluarga arwah....Al-FATIHAH....AMIN.......

Sekolah Anak2ku

Sekolah akan bercuti sempena CNY mulai 9 Februari hingga 12 Februari 2013. Setiap sekolah tak sama cutinya depent on sekolah masing2. Sekolah KAFA Kak Iqa bercuti sehingga 12hb.Februari manakala sekolah Kebangsaan (SKS7) extra cuti sehingga 13hb. Februari....

Manakala sekolah Tadika Abg Syahmi plak bercuti sehingga 13hb.Februari.........Selamat bercuti kepada semua....

Friday, February 8, 2013

Cuti Sempena Chine New Year 2013

Mulai esok semua orang akan bercuti panjang sehingga selasa bersamaam 12 Februari 2013 sempena cuti Chinese New Years 2013...... selamat bercuti n selamat balik kampung kepada semua.......

Arwah Adam Syukri

Salam Takziah buat keluarga arwah adik "Ahmad Adam Syukri" dari Sarikei yg menghidap penyakit kerosakan saraf otak telahpun meninggal dunia kira2 jam 1.25pm (Hari Khamis bersamaan 7 Februari 2013) di Institut Pediatrik, Kuala Lumpur. Detik2 sayu ketika pengurusan jenazah Allahyarham Adik Adam sebelum diterbangkan ke hampung halamannya di Sarikei, Sarawak untuk urusan pengkebumian.
Info serba sedikit mengenai Arwah Adik Ahmad Adam Syukri…
AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK…
•ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.
•SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK.
•ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.
•ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA.
•MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA.
•DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.
•DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK.

Marilah sama2 kita sedekahkah AL-FATIHAH pada arwah Adik Adam Syukri moga rohnya aman n tenang di alam sana...AMIN....

Thursday, February 7, 2013

Takziah Buat Adik Adam Syukri

Salam takziah buat arwah Adik Adam Syukri dan keluarga moga tabah menghadapinya......terima kasih kpda smua yg mendoakan Adik Adam Syukri..utk pengetahuan semua keadaan Adik Adam makin tenat dan harapan amat tipis skli. Keadaan paru2 Adam mengalami jangkitan kuman yg agak teruk. Spnjg mlm nmpk perubahan Adam makin merosot dan oksigen Adam makin bkurangan.. Doktor mengatakan tidak pasti Adam dapat bertahan brpa lama lg krn spnjg mlm oksgn Adam mkin trun ke paras 33% dan Adam tpaksa dibg ubat utk naikkn tekanan jantung..anggota badan Adam makin berubah warna dr biasa.......
Akhirnya......Adik Adam Syukri pergi dijemput pencipta-NYA...AL-FATIHAH....mungkin ini yg terbaik untuk Adik Adam, drpd hidup merana n terseksa, lebih baik diredai saja pemergiannya untuk kembali bersama Penciptanya.....inilah lumrah kehidupan manusia......Al-fatihah utk Adik Adam yg telah kembali ke rahmatullah. Semoga kedua ibubapanya tabah. Adik Adam akan menunggu kalian dipintu syurga.....setiap dugaan mesti ada hikmah disebaliknya... bertabahla melalui ketentuan Allah swt... semoga roh Adik Adam tenang di alam sana.....AMIN...

Mandi Wajib...Jgn Pandang Remeh

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya? Jangan Pandang Remeh Bab ni...Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yg mudah disebut, ttpi jgn terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dgn betul. Untuk melakukan mandi wajib yg betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dgn hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yg zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yg jg disebut sbg mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yg melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertinya membasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yg zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yg merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dgn pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yg mewarnakan rambutnya dgn pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yg rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yg menyebabkan mandi wajib orang yg menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dgn inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yg salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib spti yg telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg lebih oleh umat Islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri drpd 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dgn menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri2 dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dgn air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat2 Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yg teratur dgn berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yg sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik2 manusia itu adalah mereka yg memberi manafa’at kpda manusia lain…

Bonus Tertinggi Tabung Haji

Tabung Haji umum pembayaran Bonus Jubli Emas 2012 dgn bonus tahunan 6.5 peratus dan tambahan bonus khas 1.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia adalah pembayaran bonus tertinggi dlm sejarah 50 tahun penubuhan Tabung Haji.

Pesanan Buat Suami

Pesanan Buat Suami::

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yg bekerja dan sama2 terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas2. Biar apa yg dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yg diterima drpd isteri dgn bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali2 membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dgn mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata2 untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama2lah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali2 duduk tersandar depan TV atau relax2 sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yg tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yg best2 dan mengemas rumah cantik2. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali2 menyakat isteri tentang saiz badannya yg semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sbg suami dan lelaki. Selagi boleh, jgn bebankan isteri dgn masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dlm bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin2lah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dgn kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dgn perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yg buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jgn asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yg kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yg keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dgn ikhlas spti yg dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yg isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris2. Perkara yg dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Orang perempuan sila SHAREEEEEE...

Pakar ICT Azli Paat meninggal dunia

Pemenang Anugerah Perdana Menteri ”Best of the Best” APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat deman panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam tadi. Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.
Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira2 pukul 7 malam. Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya. Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan. Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok.

Azli merupakan pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yg mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain. Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi. Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24. Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula pukul 7.30 pagi setiap hari.

Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007. "Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri,” katanya. Pada majlis Anugerah Teknoloji Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lepas, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Yahya Sulong Meninggal Dunia

Takziah diucapkan kepada keluarga pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, yg disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 6.45 petang semalam. Arwah meninggal dunia jam 6.45 petang di HKL atas sakit tua n menghidap penyakit asma dan jangkitan kuman pada paru-paru.. Jenazah dimandikan di sini juga. Sekitar jam 9.30 atau 10 malam ini (malam tadi). Jenazahnya akan dikebumikan di kampungnya di Teluk Intan, Perak untuk urusan pengebumian. Sebelum ini, pelakon berusia 85 tahun itu telah menderita penyakit angin ahmar.

Dia meninggalkan seorang isteri, Datin Alisah Ali dan 11 anak menerusi empat perkahwinan. Yahya atau nama sebenarnya Yahaya Loong pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang pada 20 Februari tahun lalu akibat terjatuh di bilik air, selain menghidapi bbrpa komplikasi penyakit lain. Sejak itu dia sering keluar masuk hospital. Sebelum bergelar anak bangsawan, Yahya pernah berkhidmat sbg anggota polis dan pada zaman pemerintahan Jepun, dia pernah koma selama enam bulan gara2 kekejaman komunis. Allahyarham bersara drpd perkhidmatan polis pada 1967 dan beralih karier sbg pelakon drama dan filem. Antara filem lakonannya ialah Da Di Du dan Talak.

Tuesday, February 5, 2013

Ezmi Meninggal Dunia Akibat Barah Hidung

AL-FATIHAH.......salam takziah buat keluarga arwah...Bekas pemain bola sepak Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 36, yg menderita akibat barah hidung meninggal dunia jam 1.43 pagi sabtu. Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sentosa setelah dilaporkan muntah darah lewat petang semalam dan menghadapi masalah untuk membuang air besar.
Bapanya, Md Jan Nipang, 67, berkata, tahap kesihatan anak sulungnya itu menurun sejak sebulan lalu dan tidak menjamah makanan dalam tempoh tersebut menyebabkan berat badannya susut. Semalam lebih kurang jam 5.15 petang Mohd Ezmi mengalami muntah darah yang banyak dan tidak berhenti sehingga jam 8 malam. Selepas dilihat reda, dia sekali lagi muntah darah sampailah habis waktu Isyak kemudian dia direhatkan selepas itu," kata beliau ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batang Kali di sini. Katanya, melihat keadaan Mohd Ezmi yang tidak stabil ahli keluarnya bersilih ganti menjaganya. Kira2 jam 12.30 tengah malam Mohd Ezmi mengadu mahu membuang air besar dan dipapah ke bilik air, namun terjatuh di bilik air. Saya memapahnya kembali ke katil tapi dia tidak dapat buang air besar ketika itu. Lebih kurang jam 1 pagi dia sekali lagi mahu buang air besar tapi disebabkan keadaannya yang tidak bermaya, kami hanya sediakan besen untuknya membuang air di tepi katil. Tapi selang setengah jam Mohd Ezmi disahkan meninggal dunia," katanya.

Jenazah anaknya selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi. Turut hadir ke tanah perkuburan tersebut, bekas rakan sepasukan arwah, Aiman Firdaus Tan, 36, bersama kira-kira 30 rakan lain yang bersama-sama dalam pasukan bawah 20 tahun Selangor dahulu.

Allahyarham Mohd Ezmi menghidap barah hidung sejak lima tahun lalu dan telah menjalani pembedahan serta melalui beberapa rawatan susulan di hospital termasuk kaedah tradisional. Beliau pernah bermain dengan pasukan Selangor sebagai ketua pasukan, Perlis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan merupakan bekas kakitangan MPSJ.

Wednesday, January 30, 2013

Nafkah Anak

ANAK adalah anugerah Allah SWT kepada suami isteri dan penyeri sebuah rumah tangga. Sebagai ibu bapa, tentunya mempunyai tanggung jawab terhadap anak2 mereka. Anak mempunyai hak terhadap ibu bapanya. Hak anak bermula dengan nasab yg sah dan dari situ maka lahirlah hak-hak seperti; hak nafkah, pendidikan dan lain-lain. Nafkah anak adalah kewajipan bapa berasaskan surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud: ...Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menuntut yang sepatutnya… Ayat ini diperkuatkan oleh hadis Rasulullah SAW kepada Hindun, "Ambillah sekadar yang mencukupi untukmu dan anakmu dengan cara yang maaruf."

Pada pandangan ulama jumhur, anak-anak yang berhak kepada nafkah adalah anak yang sah taraf, anak kepada anak (cucu) yang furu' ke bawah. Siapakah yang wajib membayar nafkah? Jika berasaskan surah al-Baqarah di atas, maka yang wajib nafkah ialah bapa sekiranya ia masih hidup dan mampu.

Menurut ulama Hanafi, jika bapa tidak mampu kerana fakir atau tidak sihat untuk bekerja, maka nafkah hendaklah ditanggung oleh datuk sebelah bapa atau ibu kepada anak-anak. Nafkah yang dibiayai oleh datuk kepada anak atau ibunya ketika bapa anak tidak mampu memberi nafkah kerana kesempitan wang, maka jumlah tersebut boleh dituntut semula. Dalam hal ibu anak dan datuk sebelah bapa ada bersama untuk membiayai nafkah anak ketika ketiadaan bapa, maka jumlahnya ialah 1/3 bagi ibu dan 2/3 bagi datuk.

Bagi ulama Maliki nafkah adalah kewajipan bapa sahaja.

Ulama Shafie berpandangan bahawa kewajipan nafkah adalah bapa dan jika dia tidak mampu, ia jatuh kepada ibu. Jika ada ibu anak, saudara lelaki dan datuk, maka bahagian nafkah adalah 1/3 seorang. Imam Shafie berpendapat datuk berkewajipan membiayai nafkah cucunya dalam ketiadaan bapa. Jumlah nafkah anak adalah mengikut kemampuan pemberi nafkah. Ulama Shafie juga berpandangan bahawa nafkah anak yang tidak berbayar adalah hutang jika diputuskan oleh mahkamah atau jika bapa dengan sengaja enggan membiayai nafkah.
Enakmen

Pada hari ini nafkah anak boleh dituntut melalui enakmen undang-undang keluarga Islam. Menurut seksyen 73, Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003:
(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.
(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.

Jika dilihat daripada peruntukan ini, bapa berkewajipan menanggung nafkah anaknya. Nafkah bermakna tempat tinggal, makan, minum, pakaian, perubatan dan pelajaran mengikut kemunasabahan dan kemampuannya. Jika diamati senario hari ini, ramai bapa yang tidak menjalankan tanggungjawab ini. Contoh paling menarik ialah apa yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro bertarikh 28 Disember yang bertajuk, "Merempat Angkara Ayah". Dalam kes ini, pasangan mempunyai lapan orang anak dan seorang anak angkat. Apabila bercerai, suami mengambil dua orang anak dan meninggalkan tujuh anak yang lain kepada bekas isteri. Ibu dan tujuh anak itu tinggal di sebuah bilik dengan sewa RM350 sebulan dan anak-anak makan dua hari sekali.

Persoalan yang timbul ialah bagaimanakah mereka hidup sebelum perceraian? Semasa bercerai, siapakah yang memutuskan setiap pembahagian anak-anak. Bagaimanakah seorang wanita yang sebelum ini ditanggung suaminya, menanggung tujuh orang anak jika dia sendiri tidak bekerja. Bantuan kebajikan sebanyak RM400 untuk lapan orang adalah sesuatu yang tidak munasabah kerana jika seorang dianggarkan berbelanja RM5 sehari (RM5 x 8>RM40 x30 hari>RM1,200). Apakah yang boleh kita beli untuk dimakan dengan RM5 pada 2013 ini?
Hari ini jika pasangan suami isteri mempunyai lapan orang anak dan hanya suami yang bekerja dengan pendapatan RM1,500 sebulan, maka ia masih tidak mencukupi kecuali isteri berniaga atau menjual makanan atau mengasuh anak orang atau menjahit pakaian. Zaman telah berbeza, dahulu, ibu bapa boleh membesarkan 10 anak dengan hanya bekerja kampung dan menanam padi atau menoreh getah. Ini kerana mereka masih boleh bercucuk tanam, merebus ubi sebagai ganti beras dan ke sungai menangkap ikan. Hakikatnya, suasana kampung sebegini juga sudah sukar ditemui. Realiti hari ini, jika isi rumah berpendapatan kurang RM1,500 sebulan dan mempunyai tiga anak dan duduk di Kuala Lumpur, kehidupan bukan sahaja tidak mewah malah ia umpama kais pagi makan pagi.

19 Tips Cinta Suami Isteri

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing2.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang2nya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata2 sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana2, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

♥ Bagi yang ingin mendapatkan petua atau tips Suami Isteri kekeluargaaan dan anak-anak, anda boleh klik LIKE ( Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim ) Syukran ♥

Maulid Nabi Adalah Hari Kegembiraan

TELAH banyak perbicaraan mengenai hukum menyambut Maulid Nabi. Akan tetapi tatkala ramai di kalangan umat Islam yg ingin mengetahui secara khusus mengenai dalil keharusannya, maka eloklah dipaparkan di sini beberapa sandaran yg elok untuk kita jadikan pegangan. Sesungguhnya berhimpun bagi mendengar sirah baginda, syair puji2an yg menyatakan tentang diri baginda, mengadakan jamuan makan adalah satu cara untuk memasukkan perasaan gembira ke dalam hati umat Islam.
Tambahan pula, apabila ia diraikan pada bulan kelahiran Rasulullah SAW, suasananya lebih kuat untuk mengajak umat Islam berhimpun dan gejolak perasaan mereka melimpah-ruah untuk meraikannya disebabkan ikatan waktu yang bertepatan antara satu sama lain.

Perhimpunan itu adalah satu wasilah yg besar bagi usaha dakwah kepada Allah yg juga merupakan peluang keemasan yg tidak harus dilepaskan. Bahkan wajib ke atas para pendakwah dan ulama mengingatkan umat tentang segala akhlak, adab dan ibadat Nabi SAW, memberi nasihat dan menunjukkan mereka ke arah kebaikan dan kejayaan serta memberi amaran kepada mereka mengenai bidaah, kejahatan dan fitnah.

Dalil keharusan
Terdapat beberapa dalil mengenai keharusan menyambut Maulid Nabi SAW.
Yang pertama sesungguhnya sambutan Maulid Nabi adalah cara bagi melahirkan rasa gembira dengan kelahiran Rasulullah SAW. Diriwayatkan dalam Sahih al Bukhari bahawa telah diringankan azab Abu Lahab pada setiap hari Isnin disebabkan dia telah membebaskan hamba perempuannya Thuwaibah yang mengkhabarkan tentang kelahiran Muhammad SAW.
Berkaitan ini, al Hafiz Ibnu Nasiruddin al Dimasyqi telah menyatakan di dalam syairnya yang bermaksud: "Jikalaulah si kafir yang telah didatangkan cercaan ke atasnya di dalam surah al Masad dan dia kekal di dalam neraka Jahim. Sesungguhnya diberikan minuman pada tiap-tiap hari Isnin bagi meringankan azabnya kerana bergembira dengan kelahiran Ahmad. Maka apakah pula sangkaanmu terhadap seorang hamba yang seumur hidupnya bergembira dengan Ahmad, melainkan dia mati dalam keadaan mentauhidkan Allah."

Yang kedua sesungguhnya baginda mengagungkan hari kelahirannya, bersyukur kepada Allah SWT atas curahan nikmat yg sangat besar ke atasnya, melimpahkan kemurahan-Nya dengan kelahiran ini yg memberikan kebahagiaan bagi setiap yg wujud. Abi Qatadah berkata, Rasulullah SAW ditanya mengenai puasanya pada hari Isnin. Maka Baginda SAW bersabda: "Pada hari Isnin saya dilahirkan dan padanya juga diturunkan ke atas saya al-Quran." Ini adalah makna sambutan Maulid Nabi. Walaupun gambarannya berbeza akan tetapi maknanya tetap wujud, sama ada meraikannya dengan berpuasa atau menjamu makanan atau perhimpunan zikir atau mengucapkan selawat ke atas Nabi SAW atau mendengar hadis-hadis kesempurnaan baginda yang mulia.

Yang ketiga sesungguhnya bergembira dengan baginda adalah dituntut berdasarkan perintah al Quran daripada firman Allah: Katakanlah (wahai Nabi) dengan kelebihan dan rahmat-Nya, maka dengan yang demikian itu mereka bergembira. (Yunus: 58). Maka Allah memerintahkan kita agar bergembira dengan rahmat dan Nabi SAW adalah sebesar-besar rahmat. (rujuk al-Anbiya': 107) Bergembira dengan baginda adalah dituntut pada setiap waktu, pada setiap nikmat serta kelebihan yang diperoleh. Akan tetapi ia lebih dirasai pada setiap hari Isnin dan setiap Rabiulawal disebabkan bertepatan dengan tarikh peristiwa.

Fakta keempat, sesungguhnya Nabi SAW mengaitkan ikatan zaman dengan peristiwa-peristiwa agung dalam agama yang telah berlalu dan berlaku. Apabila tiba waktu yang bertepatan dengan peristiwa tersebut maka menjadi satu peluang untuk mengenangnya dan mengagungkan hari tersebut. Nabi SAW telah mengasaskan sendiri kaedah ini sebagaimana dijelaskan di dalam hadis sahih. Tatkala baginda sampai ke Madinah dan melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura lalu dikatakan kepadanya:, "Sesungguhnya mereka berpuasa kerana Allah telah menyelamatkan Nabi mereka dan menenggelamkan musuh mereka. Mereka berpuasa kerana bersyukur kepada Allah atas nikmat ini. Maka Baginda SAW bersabda, Kami lebih utama meraikan kejayaan Musa daripada kalian. Baginda SAW berpuasa dan memerintahkan agar berpuasa."

Yang kelima, sesungguhnya Maulid Nabi menyeru manusia mengucapkan salawat dan salam yang kedua-duanya adalah dituntut. (rujuk al-Ahzab: 56) Apa jua yang menyeru kepada sesuatu yang dituntut di sisi syarak, maka turut dituntut di sisi syarak. Berapa banyak faedah-faedah Nabawi yang terdapat dalam selawat dan kelebihan-kelebihan yang tidak mampu dicoret oleh pena atau digambarkan dengan lisan.

Keenam, sesungguhnya Maulid Nabi meliputi peringatan terhadap kisah kelahirannya, mukjizat, sirah dan pengenalan mengenai baginda. Tidakkah kita diperintahkan untuk mengenali dan dituntut untuk mengambil petunjuk serta berpegang dengan amalannya, beriman dan membenarkan mukjizat-mukjizat baginda Kitab-kitab maulid memaparkan secara lengkap mengenai makna ini.

Tuesday, January 29, 2013

Perjumpaan Staf

Hari ini perjumpaan staf 2013 diadakan bertempat di Bilik Seminar Al-Khawarizmi....

Wednesday, January 16, 2013

Angkut Air

Dah lama rasanya tak mengangkut air...sejak dari malam semalam (Isnin,14 Januari 2013) kat area Bangi xder air.....masa ambik anak2 kat nursery petang semalam cikgunya bgtau kalau still xder air jgak nursery terpaksa di tutup.....mama faham cam mana cikgu2nya nak uruskan budak2 klau xder air tu masalah besar bg mereka...tapi smpai bila masalah air kat selangor nie nak selesai...........

Mama susah hati cam mn nak uruskan anak2 n cam mn nak g keje klau nursery tutup, malam td air adala sekejap.....smpat jgakla smpan air n basuh baju 1 trip....so pagi ni air nya dah makin kecil, so hari ini klau nak anta jg anak2 ke nursery setiap family mesti bekalkan air utk anak msg2...so mama n papa terpaksala balik umah angkat tong air utk kegunaan anak2 kat nursery hari ini...harap2 masalah air ni boleh selesai secepat mungkin. Yg kesiannya anak2 yg bersekolah pun terpaksa bawa air sendiri utk kegunaan semasa di sekolah.

Tuesday, January 15, 2013

Maut Tersepit

seorang lelaki maut tersepit setelah kereta dipandu terbabas dan melanggar besi pengadang jalan di Kilometer 436 Lebuh Raya Utara-Selatan, awal pagi semalam. Kejadian kira2 jam 2 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke arah Ipoh.

Siasatan mendapati Perodua Myvi dipandu mangsa, Haidir Abdul Samat, 27, hilang kawalan sebelum melanggar pengadang kiri jalan. Pelanggaran itu menyebabkan mangsa berasal dari Felda Jengka 22, Pahang, tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian. Menurutnya, ketika kejadian cuaca baik namun kawasan kemalangan gelap. Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu bersendirian maut akibat parah pada kepala dan badan. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan jenazah telah dituntut ahli keluarga.

Siti Berhijab Penuh

Manis bertudung litup sejak menyambut ulang tahun kelahirannya yg ke-34 pada 11 Januari lalu, penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin mengesahkan bahawa keputusannya untuk berimej sopan dgn berhijab penuh itu dilakukan dgn kerelaan hatinya sendiri. Malah, Siti Nurhaliza berkata sudah tiba masanya dia menunaikan kata2 serta janjinya selama ini yg mahu berhijab penuh sebaik sahaja pulang drpd menunaikan Haji di Kota Suci Mekah tidak lama dulu.

Inilah doa drpd orang ramai dan peminat. Saya pernah kata dulu yg saya akan berhijab penuh, dan kini saya tunaikan jua. Alhamdulilah pada hari jadi saya yg ke 34 yg kebetulan jatuh pada hari Jumaat saya mengambil keputusan untuk berhijab penuh.

Crepe Durian

Ini lah hasilnya......
Akhirnya berjaya juga mama membuat crepe durian permintaan Kak Iqa....seronok Kak Iqa dapat makan crepe durian banyak2...kalau beli xpuas makan katanya sikit sangat....
Alhamdulillah rezeki, Abg Long bawa buah durian dari kampung wifenya...so Kak Iqa ape lg terus suruh buat crepe durian......petang tu jgak sibuk ajak gi beli barang2 nak buat crepe durian....so inilah hasil usaha malam tadi...seronok plak buat crepe durian ni, senang je rupanya, nnti weekend ni bleh buat lg.....Insyaallah


Thursday, January 10, 2013

Adik Iesya at 2 Tahun 5 Bulan

Hari ini telah genap 2 tahun 5 bulan usia Adik Iesya. Alhamdulillah Adik Iesya sihat hendaknya dan makin petah berceloteh.....dan Adik Iesya jg masih lg menyusu sampai skrg....ada x cara2 cam mn nak hentikan nyusu nie...mama dah xtau nak try cam mn lg...

Dah pelbagai usaha mama cuba nak hentikan nyusu, tp Adik Iesya ni susah sangat nak bandingkan ngan kakak n abangnya dulu.....mama dah cuba macam2 tapi masih lum berjaya, mama dah try letak bunga cengkih yg ditumbuk hancur pun xberjaya, Adik Iesya kata : mama nape nenen nie pedas mama....Adik xmakan cili pun nape pedas nenen nie???dok ckap pedas2 pun tetap isap jg....mama xberjaya jg....

lagi skli mama cuba plak tumbuk lada hitam n sapu.....hisap2....mama nape nenen adik nie pedas???mama kata dah pedas xyahla hisap lg nnti terbakar mulut tuu...alahhh cian adik iesya jawabnya...lepas pedas2 tu xisapla kejap...pastu dtg plak...mama adik nak nenen, nenek kan pedas xyahla hisap, alah nak nenenla mama...aik napela nenen adik ni pedas mama adik xmakan cili pun pedas jgak.... skli ingt ciannya adik mama nie....

Tapi bila fikir2 sampai bila la Adik Iesya nie nak nyusu...umur dah nak masuk 2 tahun setengah....ada ape2 pandangan atau cara yg boleh kita syer@kongsikan bersama.........

Adab Masuk Rumah Baru

ADAB-ADAB MASUK RUMAH BARU....

Antara adab-adab bagi memasuki rumah baru anda adalaah seperti berikut:

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Jika tiada orang lelaki maka orang perempuan juga boleh azan. Ia juga baik bagi bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yg dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yg baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yg bertentangan di sisi Islam.

Bagaimana pun ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikuti panduan berikut:

Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam (pusingan seperti tawaf di Ka'abah).

RUMAH @ Rahsia Perkahwinan

Monday, January 7, 2013

10 Petua Menjadi Suami Mithali

1. Isteri adalah manusia
Mereka adalah kaum wanita yg penuh dgn perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dgn setiap perkara yg mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dgn apa yg berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar drpd masalah yg mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar2 pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sbg 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dgn mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak2. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sbg diri sendiri yg harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih2 lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yg sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dgn pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi drpd orang yg disayangi. Jika suami seorang yg prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yg amat menghargai pengorbanan isteri?

7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yg berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yg sedang menikmati makanan yg anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yg mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yg taat dgn suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dgn sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dgn kerja rumah yg mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan drpd isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yg dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan2 dan berehat di tempat peranginan yg menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu.

10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

Dipetik dari : Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

Friday, January 4, 2013

Nikmat Kehidupan

Setiap insan impikan sebuah kehidupan yg bahagia, aman dan damai, mampukah aku kecapi semua ini.............lumrah kehidupan ada pasang dan surutnya, setiap manusia pasti akan berubah.... aku rindukan kehidupan masa laluku yg sentiasa aman dan bahagia senantiasa.... namun tak mungkin kita berpatah ke belakang HIDUP perlu diteruskan...

Hari ini genap setahun sebulan pemergian arwah adikku.....AL-FATIHAH... moga arwah adik ditempatkan di kalangan golongan orang2 yg soleh...AMIN...

Dulu masa arwah ada, arwahla tempat ku meminta bantuan dan apa2 hal/perkara yg tak mampu kulakukan.... namun skrg semuanya hanya tinggal kenangan yg takkan mungkin aku lupakan sampai bila2 pun...ianya akan terus terpahat dijiwa dan sanubari ku selamyanya....... setiap kali ku terpandang pelajar2 pergi kuliah setiap kali itula membuatkan aku terkenangkan arwah adik semasa arwah belajar di UPM dulu.... sepatutnya tahun ini (2013) adalah tahun akhir arwah menamatkan pengajiannya namun itu semua dah jadi memori kami sekeluarga.....semuanya dah jadi kenangan buat kami sekeluarga......

Wednesday, January 2, 2013

Kembali Ke Sekolah 2013

Setiap orang pasti ada kenangan manis akan keterujaan hari pertama di sekolah, kebimbangan untuk memperoleh kenalan2 baru serta berjumpa dengan guru baru. Kira2 jutaan pelajar akan kembali ke sekolah untuk meneruskan cita2 serta mencari ilmu demi mencapai masa hadapan yg cerah.

Selamat maju jaya di ucapkan kepada semua, tatkala kita berganding bahu dgn para guru dan pendidik seluruhnya dlm menyokong pembangunan anak2 malaysia ini mendapat pendidikan yg sewajarnya......Pendidikan adalah KUNCI bagi pembangunan negara dgn aman dan harmoni.

Tuesday, January 1, 2013

Hapy New Year 2013

Selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013........