Islamic Clock

Thursday, January 10, 2013

Adik Iesya at 2 Tahun 5 Bulan

Hari ini telah genap 2 tahun 5 bulan usia Adik Iesya. Alhamdulillah Adik Iesya sihat hendaknya dan makin petah berceloteh.....dan Adik Iesya jg masih lg menyusu sampai skrg....ada x cara2 cam mn nak hentikan nyusu nie...mama dah xtau nak try cam mn lg...

Dah pelbagai usaha mama cuba nak hentikan nyusu, tp Adik Iesya ni susah sangat nak bandingkan ngan kakak n abangnya dulu.....mama dah cuba macam2 tapi masih lum berjaya, mama dah try letak bunga cengkih yg ditumbuk hancur pun xberjaya, Adik Iesya kata : mama nape nenen nie pedas mama....Adik xmakan cili pun nape pedas nenen nie???dok ckap pedas2 pun tetap isap jg....mama xberjaya jg....

lagi skli mama cuba plak tumbuk lada hitam n sapu.....hisap2....mama nape nenen adik nie pedas???mama kata dah pedas xyahla hisap lg nnti terbakar mulut tuu...alahhh cian adik iesya jawabnya...lepas pedas2 tu xisapla kejap...pastu dtg plak...mama adik nak nenen, nenek kan pedas xyahla hisap, alah nak nenenla mama...aik napela nenen adik ni pedas mama adik xmakan cili pun pedas jgak.... skli ingt ciannya adik mama nie....

Tapi bila fikir2 sampai bila la Adik Iesya nie nak nyusu...umur dah nak masuk 2 tahun setengah....ada ape2 pandangan atau cara yg boleh kita syer@kongsikan bersama.........

Adab Masuk Rumah Baru

ADAB-ADAB MASUK RUMAH BARU....

Antara adab-adab bagi memasuki rumah baru anda adalaah seperti berikut:

1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Jika tiada orang lelaki maka orang perempuan juga boleh azan. Ia juga baik bagi bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yg dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yg baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yg bertentangan di sisi Islam.

Bagaimana pun ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam.
Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikuti panduan berikut:

Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam (pusingan seperti tawaf di Ka'abah).

RUMAH @ Rahsia Perkahwinan

Monday, January 7, 2013

10 Petua Menjadi Suami Mithali

1. Isteri adalah manusia
Mereka adalah kaum wanita yg penuh dgn perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dgn setiap perkara yg mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dgn apa yg berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar drpd masalah yg mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar2 pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sbg 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dgn mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak2. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sbg diri sendiri yg harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih2 lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yg sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dgn pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi drpd orang yg disayangi. Jika suami seorang yg prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yg amat menghargai pengorbanan isteri?

7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yg berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yg sedang menikmati makanan yg anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yg mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yg taat dgn suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dgn sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dgn kerja rumah yg mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan drpd isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yg dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan2 dan berehat di tempat peranginan yg menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu.

10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

Dipetik dari : Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

Friday, January 4, 2013

Nikmat Kehidupan

Setiap insan impikan sebuah kehidupan yg bahagia, aman dan damai, mampukah aku kecapi semua ini.............lumrah kehidupan ada pasang dan surutnya, setiap manusia pasti akan berubah.... aku rindukan kehidupan masa laluku yg sentiasa aman dan bahagia senantiasa.... namun tak mungkin kita berpatah ke belakang HIDUP perlu diteruskan...

Hari ini genap setahun sebulan pemergian arwah adikku.....AL-FATIHAH... moga arwah adik ditempatkan di kalangan golongan orang2 yg soleh...AMIN...

Dulu masa arwah ada, arwahla tempat ku meminta bantuan dan apa2 hal/perkara yg tak mampu kulakukan.... namun skrg semuanya hanya tinggal kenangan yg takkan mungkin aku lupakan sampai bila2 pun...ianya akan terus terpahat dijiwa dan sanubari ku selamyanya....... setiap kali ku terpandang pelajar2 pergi kuliah setiap kali itula membuatkan aku terkenangkan arwah adik semasa arwah belajar di UPM dulu.... sepatutnya tahun ini (2013) adalah tahun akhir arwah menamatkan pengajiannya namun itu semua dah jadi memori kami sekeluarga.....semuanya dah jadi kenangan buat kami sekeluarga......

Wednesday, January 2, 2013

Kembali Ke Sekolah 2013

Setiap orang pasti ada kenangan manis akan keterujaan hari pertama di sekolah, kebimbangan untuk memperoleh kenalan2 baru serta berjumpa dengan guru baru. Kira2 jutaan pelajar akan kembali ke sekolah untuk meneruskan cita2 serta mencari ilmu demi mencapai masa hadapan yg cerah.

Selamat maju jaya di ucapkan kepada semua, tatkala kita berganding bahu dgn para guru dan pendidik seluruhnya dlm menyokong pembangunan anak2 malaysia ini mendapat pendidikan yg sewajarnya......Pendidikan adalah KUNCI bagi pembangunan negara dgn aman dan harmoni.

Tuesday, January 1, 2013

Hapy New Year 2013

Selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013........

Monday, December 31, 2012

Last Day For 2012

Today is the last day of 2012......(31/12/2012)
MOga tahun baru 2013 akan mencorakkan sesuatu yg lebih bermakna dlm hidup kami sekeluarga......

Friday, December 28, 2012

Hepy 7th Besday Nursyafiqah Hazirah

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-7 buat Kakak Nursyafiqah Hazirah....

Mama doakan Kakak membesar sihat menjadi anak yg solehah, anak yg cerdik pintar, cemerlang akhlak dan semoga dirahmati Allah swt dunia dan akhirat disepanjang usiamu wahai anakku... Semoga menjadi Kakak yg dapat melindungi Abang serta Adik-adik bila mama tiada nanti.

Papa, Mama, Abang Syahmi dan Adik Iesya sayang Kakak selamanya.

Hapy 4th Besday Muhammad Syahmi Irfan

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-4 buat Abang Syahmi Irfan....

Mama doakan Abang membesar sihat menjadi anak yg soleh, anak yg cerdik pintar, cemerlang akhlak dan semoga dirahmati Allah swt dunia dan akhirat disepanjang usiamu wahai anakku... Semoga menjadi abang yg dapat melindungi kakak serta adik bila mama tiada nanti.

Papa, Mama, Kak Iqa dan Adik Iesya sayang Abang selamanya.

Wednesday, December 26, 2012

Agong Beri Penghormatan Kpda Mendiang Keng Yaik

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan berangkat memberi penghormatan terakhir kepada bekas Presiden Gerakan, mendiang Tun Dr. Lim Keng Yaik.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Seri Paduka meluangkan masa kira-kira 10 minit di kediaman mendiang di sini dengan diiringi anak mendiang yang juga Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Lim Si Pin.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Turut berbuat demikian isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Keng Yaik yang merupakan menteri Kabinet selama 22 tahun meninggal dunia Sabtu lepas pada usia 73 tahun.

Beliau yang menjadi Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi dari 2004 hingga 2008 meninggalkan isteri, Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak.

Mayatnya akan dibakar di Krematorium Cheras dekat sini Rabu ini selepas diberi penghormatan negara.

Mendiang Keng Yaik Diberi Penghormatan Negara

Mendiang Tun Dr. Lim Keng Yaik pagi ini diberi penghormatan negara di kediamannya di Tropicana Golf & Country Resorts, dekat ini. Upacara yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi itu dihadiri hampir 1,000 orang termasuk kenamaan dan diplomat asing.

Keranda mendiang kemudiannya dibalut dengan Jalur Gemilang sebelum diusung ke kenderaan oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Mayat mendiang diarak menuju Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di Pudu Ulu sebelum dibawa ke Krematorium di Jalan Kuari untuk upacara penghormatan terakhir dan upacara-upacara keagamaan.

"Sepanjang tempoh dalam Kabinet, beliau berjaya memperjuangkan kepentingan ekonomi negara melalui usaha-usaha kita menstabil harga komoditi negara. Dalam bidang politik, sebagai Presiden Gerakan, malah sebelum itu lagi, beliau banyak memberi sumbangan dalam konteks memperjuangkan kepentingan Barisan Nasional (BN). "Mendiang juga amat percaya pentingnya negara ini yang berbilang kaum dan agama dapat hidup aman dan damai," jelasnya.

Di peringkat antarabangsa pula, kata Najib, mendiang berjaya mewujudkan hubungan dengan beberapa negara dalam usaha memacu dan memperjuangkan kepentingan negara.

"Kehilangannya amat dirasai negara dan saya serta isteri secara peribadi. Mendiang memiliki gaya yang tersendiri, susah nak cari pemimpin seperti beliau dalam politik negara. Kita akan merindui dan mengingatinya sepanjang masa," katanya. Bekas Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi itu meninggal dunia di rumahnya di Tropicana Country Resort dekat sini, pukul 5.13 petang Sabtu lalu pada usia 73 tahun.

Tebing Jalan Runtuh, Lapan Kereta Tertimbus

Lapan buah kereta tertimbus apabila tebing jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Jalan Air Puteh di kilometer 139 di sini runtuh, berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt. Che Suza Che Hitam berkata tebing jalan setinggi 12 meter itu runtuh kira-kira 3.30 pagi ini lalu menghempap kenderaan-kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan berkenaan. "Kita khuatir kemungkinan ada orang yang tidur di dalam kereta yang tertimbus itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Che Suza berkata jalan itu tertimbus sepanjang kira-kira 50 meter dan pihaknya telah menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang tertimbus menggunakan jentolak. Katanya kejadian itu berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan pergerakan tanah di kawasan itu.

Jalan2 Yang Ditutup Di Terengganu

Laluan di 22 lokasi melibatkan enam jalan Persekutuan dan 16 jalan negeri di tujuh daerah di negeri ini dinaiki air dan sebahagian besar ditutup kepada semua kenderaan hari ini. Jalan yang ditutup kepada semua kenderaan kerana dinaiki air antara 0.5 meter hingga 2 meter termasuklah Jalan Bukit Diman-Felda Tersat,

Jalan Utama Mengkawang-Tersat, Hulu terengganu.

Dua lagi jalan utama yang ditutup ialah Jalan Gong Kedak di Besut, Jalan Felda Neram 1 dan Jalan Cukai-Air Puteh di Kemaman.

Jalan-jalan negeri terlibat ialah Jalan Permaisuri-Hulu Seladang di Setiu,

Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong, Jalan Kg. Kejil-Kg. Bukit Perah, Jalan Batu 24/Pengkalan Ajal, Jalan Kuala Berang-Ajil di Hulu Terengganu.

Juga Jalan Jerteh/Pasir Akar-Keruak, Jalan Jabi/Oh/Pasir Akar Besut,

Jalan Tepus-Kuala Jengai di Dungun; Jalan Teladas, Jalan Kemasik/Air Jernih/ Ibok/Paman di Kemaman.

Lain-lain ialah Jalan Kerteh-Batu Putih, Jalan Kijal/Chengal Besar/Pondok Limau dan Jalan Pelatoh (Kg. Pelatoh) di Kemaman. - UTUSAN

Sesi Persekolahan 2013 Mungkin Tangguh

Sesi persekolahan 2013, yang akan bermula 1 dan 2 Januari ini mungkin akan ditangguhkan bagi sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan) Sufa'at Tumin berkata, keputusan itu akan ditentukan Pengarah Pelajaran Negeri berdasarkan maklumat yang diterima melalui Majlis Keselamatan Negara dan Bilik Gerakan Banjir Negeri.

"Kita akan tengok keadaan. Tapi setakat ini kita masih belum buat sebarang keputusan kerana ada seminggu lagi sebelum sekolah bermula, mungkin banjir sudah surut dan sekolah dapat berjalan seperti biasa pada masa itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Sufa'at berkata persiapan yang sepatutnya juga sudah diambil bagi memastikan kelengkapan di sekolah tidak rosak akibat banjir termasuk kerusi, meja dan komputer.

Pelajar Sekolah Dilindungi Insuran Mulai 2013

Kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yg menggunakan perkhidmatan bas sekolah akan diberi perlindungan skim insurans bermula Januari depan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Syed Hamid berkata skim dikenali sebagai skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dgn had sebanyak RM100,000 seperti yg diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najid Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 September lepas di Parlimen. Katanya SPAD telah membuka tender kepada syarikat insurans yg berminat untuk menghantar kertas cadangan yg disertakan dengan sebut harga untuk perlindungan skim insurans itu.

"Kita akan memilih syarikat insurans yang mengemukakan kertas cadangan yang terbaik serta sebut harga yang munasabah bagi tujuan itu sebelum dilantik sebagai penyedia skim insurans. "Kita sasarkan apabila sekolah dibuka tahun depan, semua pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara akan diinsuranskan sebagai perlindungan sekiranya berlaku kemalangan,".

Wednesday, December 19, 2012

Perjalanan Hidup

Lumrah dalam kehidupan kita manusia tak kan dapat lari dari pelbagai masalah...namun semuanya bergantung kpda kita mcm mn kita nak selesaikan sesuatu urusan itu. Setiap manusia pasti akan mengimpikan sebuah kehidupan yg bahagia, aman dan damai bt selama2nya... namun siapa sangka manusia akan berubah bila2 masa tanpa kita jangka@duga. Namun kehidupan masih perlu diteruskan......

SENYUMAN itu percuma...... tetapi amat berharga, ia memberikan kebahagiaan dalam perjuangan dan percintaan, ia memberikan kekuatan pada keletihan, memulihkan semangat yg kecewa dan ubat mujarab pada semua kerunsingan, ia tidak boleh di beli, di pinta dan di curi kerana ia terlalu berharga, ia hanya di beri oleh INSAN yang benar2 ikhlas dalam perhubungan....apapun yg baik jadikan ukuran dan yg xbaik jadikan sempadan.......

Wednesday, December 12, 2012

Tunjukkan Contoh Yg Terbaik

Berilah anak-anak contoh yang terbaik...
Ibubapa adalah teladan kepada anak-anak, bak kat pepatah bapa borek anak rintik...

Hari Ini Bersamaan 12.12.2012

Tarikh hari ini 12/12/12 .....12/12/12 ialah tarikh dengan angka yang sama buat kali terakhir bagi abad ini :) Kalau nak tunggu tarikh sama tunggu pada 01/01/2101 . Nikmatilah saat ini ! Anda generasi yang bertuah :).......

tapi betulla tarikh ari very nice 121212..............

Salam Takziah

Salam Takziah dan AL-FATIHAH buat Allahyarham Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah..... Dulu di zaman mama kecil2 suaranya akan kita dengar semasa pengumuman RAYA daripadanya... Rata2 dari kita membesar dgn Allahyarham, setiap kali nk puasa atau raya.. Pasti kita tertunggu- tunggu pengumuman beliau kan?
Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11.00 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. Allahyarham yg dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut Terengganu meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak yg mana empat drpdnya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.

Al-Fatihah diucapkan....semoga ALLAHyarham Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman....insya-ALLAH...Amin...Amin...Amin Ya ALLAH, Ya Rabbal Alamin....

Friday, December 7, 2012

Big Bad Wolf Books Di MINES

Cam menarik jer...jom kita ramai2kan.....

Wednesday, December 5, 2012

APCWQIS2012 Di Pullman Putrajaya

Asia Pasific Conference & Workshop in Quantum Information Science tengah berlangsung sekarang ini mulai dari 3 hingga 7 Disember 2012 bertempat di Pullman Lakeside Putrajaya. Selamat maju jaya kepada semua yg terlibat dalam menjayakan APCWQIS2012.

Genap Setahun

Tanggal 04122011 arwah adikku telah kembali ke rahmatullah dan hari ini tanggal 04122012 genap sudah setahun pemergian arwah adikku.....ku doakan moga arwah adik ditempatkan dikalangan golongan org2 yg soleh dan damailah di alam sana... ALFATIHAH....AMIN........

Tapi rasa masih baru lg tp xsangka rupanya dah setahun berlalu...sesungguhnya MASA skrg begitu pantas berlalu pergi tanpa kita sedari.......namun sgla kenangan dan ingatan akan terus tetap kekal selama2nya........

Friday, November 23, 2012

Khairat Kematian

Ajal boleh tiba bila2 masa. Sbg umat Islam kita perlu sentiasa bersedia menghadapi kematian.
Namun, sejauh manakah orang ramai terfikir di mana akhirnya pusara mereka selepas jasad bercerai drpd badan? Jika tinggal di kampung, lazimnya tidak wujud masalah krna mmg sudah tersedia tanah perkuburan di kawasan masing2. Malah penduduk di desa kenal-mengenali antara satu sama lain. Apabila dengar saja ada kematian mereka bergotong-royong mengurus dan mengebumikan jenazah.


Bagaimana pula masyarakat yg tinggal di bandar khususnya di taman perumahan, pangsapuri atau kondominium? Sejauh mana kesedaran orang ramai khususnya golongan muda menyertai badan khairat di kawasan masing2 atau setidak2nya singgah ke masjid atau surau. Jika mereka tidak pernah berkunjung ke masjid atau mengenali badan khairat di kawasan itu, apakah akan jadi kepada mereka jika ditakdirkan mati. Tambahan pula, mereka tiada waris untuk menguruskannya atau membawa jenazah pulang ke kampung. Memang urusan kematian dilakukan orang yg dihidup. Namun, berdasarkan fenomena zaman ini yg penduduk bandar yg tidak mengenali dgn jiran tetangga, maka sukar untuk mendapatkan kerjasama drpd mereka. FAMILI mengupas mengenai kepentingan badan khairat. Justeru, ada kawasan penempatan yg dihuni penduduk Islam menubuhkan badan khairat kematian bagi meringankan beban si mati dan keluarga.

Badan khairat kematian biasa diwujudkan oleh pengurusan masjid, surau dan persatuan penduduk setempat tetapi kini, badan bukan kerajaan, koperasi dan institusi pekerjaan turut mempunyai skim tabung khairat kematian untuk ahli dan pekerja mereka. Walaupun kesedaran mengenainya meningkat, masih ada segelintir masyarakat yang mengambil ringan kepentingan khairat kematian kerana menganggap wang simpanan sedia ada sudah cukup menampung urusan pengebumian walhal peranannya lebih besar daripada itu.

Bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut, berkata kesedaran mengenai kepentingan badan khairat sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat namun hanya segelintir yang menghayati konsep sebenar penubuhan tabung itu. Menurutnya, kebanyakan individu hanya memahami peranan asas badan khairat sedangkan ia bukan saja terhad kepada urusan pengebumian jenazah.

"Secara asasnya, wang khairat kematian diwujudkan bertujuan membantu meringankan beban waris si mati dengan berperanan menyediakan kos untuk urusan kematian termasuk membantu mempercepatkan urusanpengebumian, membiayai kos mandi jenazah, kain kapan, keranda dan upah menggali kubur.

"Tetapi sekiranya dilihat dengan lebih dalam, konsep badan khairat juga bertujuan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat setempat melalui pengurusan jenazah selain memberi peluang kepada mereka mendalami selok-belok pengurusan jenazah umat Islam," katanya ketika dihubungi, barubaru ini.

Katanya, jika si mati orang miskin, tabung khairat kematian boleh membantu meringankan beban pengurusan jenazah kerana ada sebahagian mereka yang mati tidak mampu membiayai pengurusan jenazah sendiri. "Bagaimanapun, ini bukan bermakna mereka yang kaya tidak perlu mengambil bahagian kerana mereka berkemampuan membiayai pengurusan jenazah. "Ini kerana antara tujuan tabung khairat adalah meringankan bebanan yang ditanggung ahli, memberikan kemudahan dan sebagai menzahirkan rasa simpati sesama umat Islam," jelasnya.

Ketika ditanya mengenai kesedaran generasi muda terhadap perkara itu, Noh berkata, golongan muda perlu sedar kepentingan badan khairat dan memulakannya sejak awal kerana ajal tidak mengenal usia. "Segelintir golongan muda sibuk bekerja siang dan malam, malah langsung tidak kenal erti penatlelah kerana semata-mata mengejar kekayaan. Bagi mereka, apabila mempunyai banyak wang, masa tua nanti mereka boleh berehat dan itu menjadi satu kebahagiaan bagi mereka kerana tidak terlintas untuk menikmati kehidupan pada hari sesudah mati di dunia," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Khairat Bangi Perdana, Adenan Sayan, berkata kesedaran masyarakat terhadap kepentingan badan khairat kebanyakan membabitkan golongan berumur. Jangan abai tuntutan Katanya, biasanya golongan muda lebih menumpukan perhatian dalam usaha mengukuhkan status kewangan dengan pelaburan, pembelian kereta dan rumah kerana ada yang menganggap mereka masih mempunyai banyak masa membuat persediaan menghadapi kematian. "Bagaimanapun, kesibukan mencari rezeki tidak boleh dijadikan penyebab untuk membolehkan kita mengabaikan tuntutan Allah SWT. "Sementara masih hidup, guna dan pastikan harta kekayaan dimanfaatkan sepenuhnya untuk dunia dan akhirat," katanya.

Berpegang kepada matlamat memberikan kemudahan kepada penduduk untuk menguruskan pengebumian jenazah, Adenan berkata masyarakat perlu membezakan tabung khairat kematian dan wang simpanan sendiri.

"Tabung khairat kematian bukan saja membabitkan pemberian wang tunai untuk pengurusan jenazah malah segala urusan akan dikendalikan sepenuhnya pihak pentadbir badan termasuk kenduri tahlil pada malam pertama kematian di rumah si mati," jelasnya. Beliau turut menasihatkan umat Islam agar mula mendaftar sebagai ahli badan khairat berikutan kos pengurusan jenazah yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Thursday, November 22, 2012

Crepe Durian

selalu dengar mcm2 cerita pasal crepe durian ni tapi xpernah merasa pun sebelum ni... Alhamdulillah rezeki ari ni mama dah merasa durian crepe ni.....nyum nyum... sedapla boleh tahan la rasanya n mama dah google dah resepi crepe durian ni n Insyaallah ada masa mama nak cubala bt sendiri.....so kita tunggu la hasilnya nnti....
Resepi crepe durian ni dah berlambak kat internet tp dalam berbagai2 versi la. Siapakah agaknya yg menjadi pencipta crepe durian ni yg menjadi fenomena skrg ni. kalau tengok pada resepi cam simple je hehehe.... tapi kalau tak kene seninya mungkin xkan menjadi. Apa2 pun kalau xcuba bt kita xkan tau kan????

Jom kita cuba dulu...........

Thursday, November 8, 2012

Sayu Hati Tapi Mama Mesti Tabah

sekadar nak luahkan rasa, dah banyak kali berusaha nak lepaskan Adik Iesya dari menyusu, pelbagai cara dibuat, InsyaAllah mama akan kongsikan kaedah /cara tersebut selepas saya berjaya weaning off ya.

Adik Iesya: Mama bukan sengaja untuk berbuat demikian, mama terpaksa kerana Adik Iesya sudah berumur 2 tahun 3 bulan, dan mama telah membuat bacaan waktu2 terbaik untuk menghentikan penyusuan anak2 dan bertekad untuk menghentikannya dalam tempoh waktu ini.
Mama harap Adik Iesya faham, mama terpaksa tabahkan hati tatkala tengok Adik Iesya sayu n sedih aje setiap kali mama cakap nak lepaskan nyusu, bila diberikan susu botol, Adik Iesya menolak.. Adik tak nak Adik tak nak katanya. Mungkin Adik Iesya rasa seperti ada sesuatu kekosongan bila tak dapat nyusu. Bila mama cakap nak lepaskan nyusu jer muka Adik Iesya dah mula berubah n buat muka sedih....sayu plak mama rasa...Adik Iesya sebenarnya faham apa yg mama maksudkan....mungkin adik marah pada mama kan??? takpe,,, mama faham..mama akan berikan Adik Iesya masa untuk adik terima keadaan ini ya..lambat atau cepat adik kena terima juga.. segalanya adalah utk kebaikan kita bersama :)