Islamic Clock

Monday, April 9, 2012

ABPBH 2011

Tahniah kepada semua pemenang.......

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yg berlangsung di Arena Of Stars di Genting Highlands semalam Ahad bersamaan 8 April 2012.
- Bintang Paling Popular: Aaron Aziz - Artis Duo / Berkumpulan Popular: Ning Baizura/Shila Amzah/Jaclyn Victor
- Artis Baru Wanita Popular: Tasha Shilla
- Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail
- Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias
- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Sheila Majid
- Pengacara TV Lelaki Popular: Zizan
- Artis Baru Lelaki Popular: Johan Ariff As’ari
- Pelakon TV Lelaki Popular: Fizz Fairuz
- Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
- Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
- Artis Komedi Lelaki Popular: Johan Raja Lawak
- Anugerah Seri Perak: Datuk Siti Nurhaliza
- Penyanyi Lelaki Popular: Hafiz
- Pelakon Filem Lelaki Popular: Aaron Aziz
- Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha
- Pelakon Filem Wanita Popular: Maya Karin
- Penyanyi Wanita Popular: Yuna

TAHNIAH n Selamat Maju Jaya....

Wednesday, April 4, 2012

Faris Dalam Kenangan (Bah. 2)

Faris dalam kenangan (26/06/2006 - 23/02/2012)

"Ayah, nanti faris dah keluar hospital, faris nak beli car baru bole? Warna merah tau?” Itulah kata2 Faris ketika hari pertama dimasukkan ke hospital. Memang faris nampak sihat sangat. Masih kuat dia bermain ipad, ketawa & menyuap sendiri makanan yg diberi. Namun semuanya berlaku terlalu pantas...

Faris seorang yang sangat2 suka berjenaka bersama keluarga. Gemar mengusik abang & kakaknya walaupun kadangkala agak kasar gurauannya. Bila kena marah, memang kesian tengok mukanya...sedih sgt seolah2 abg & kakakya tak sudi nak main dengannya. Memang tak sampai hati nak marah kat dia... kesian sgt2. & setiap kali kena marah, dia akan pergi ke dalam biliknya sambil main kereta mainannya ataupun akan tengok TV. Tapi merajuknya hanya sekejab sebab lepas tu dia akan datang mengusik & mengacau lagi...

Mungkin kerana dia anak yg bongsu, so manja tu memang agak berlebihan. Kebiasaannya kalau dia nak minta sesuatu barang, dia akan minta dengan Opah sebab dia tahu ayah & ibu mmg agak berkira sikit. Tapi boleh kata tiap2 bulan, ayat dia mesti sama je tanya kat ayah

“Ayah dah dapat gaji”?
“Dah, kenapa?”
“Takde apa, saja je tanya”
“Kenapa? Faris nak beli apa2 ke?”
“Tak lah”
“OK, nanti ayah dah keluar duit, kita gi beli barang2”
“Haaa... kalau faris nak beli car bole?”

Boleh kata itulah skrip yg sama setiap bulan. Memang bila dapat gaji, kami akan ke pasar raya utk membeli barang2 keperluan rumah & dapur. Dan masa itulah dia akan ambil kesempatan nak tambah koleksi cars dia... Abang ngah & Kak long pun tak kurangnya....

Seorang yg gemar melancong & berkelah.Jika cakap nak ke pantai ataupun mandi sungai, dialah orang pertama yg akan packing baju mandinya & pelampung. Memang sangat suka berendam, selagi tangan tak kecut mmg tak akan keluar dari air.

Mengimbau saat2 ketika sihat,

Masa abg ngah bersunat di kampung hujung tahun 2012, dialah yg paling ambil berat sekali. Sanggup taknak balik ke KL semata2 nak jaga abg ngah. Dia cakap “Ayah balik la KL ngan ibu, faris nak jaga abg ngah!, kesian abg ngah tinggal sorang2..” Jadi, saya tinggalkan mereka 3 beradik di Penang bersama Tok & Wan mereka, kebetulan minggu depannya saya nak balik semula ke Penang sebab adik kahwin.

Memang betul seperti dikata, Mak saya cakap sepanjang abg ngah berpantang lepas bersunat, faris lah yg dok jaga dia... ambilkan ubat & air, temankan abg ngah main ipad, ingatkan bila tiba waktu solat & siapkan tempat tidur. Dia taknak tidur dalam bilik ngan Tok dia, nak juga tidur tepi abg ngah dia kat ruang tamu tu...

Kuat juga menyakat tu main selak2 kain abg ngah nak tengok 'bird' abg ngah dia... heheh... Itu kenangan sebulan terakhir sebelum arwah jatuh sakit

Segalanya bermula awal tahun ini ketika minggu ke2 persekolahan bila Faris mula batuk2. Jangkaan hanya batuk biasa sahaja sebab bila makan ubat klinik batuknya makin kurang cuma kahaknya masih banyak. Waktu tu Faris masih cergas seperti biasa walaupun masih batuk. Aktif bermain badminton & bola bersama abg ngah & kak long waktu petang cuma yang perasan dia nampak cepat penat bila bermain (macam semput).

Seminggu selepas itu ketika Hari Raya Cina (23hb Jan), saya mengambil keputusan untuk tidak balik ke kampung dan merancang untuk membawa keluarga berkelah ke HotSpring Sungai Klah di Sungkai. Percutian yang memang sangat disukai oleh Faris sebab boleh mandi manda. Kami bertolak awal pagi dari KL ke Sungkai dan merancang untuk pulang pada sebelah petang sebab homestay sudah penuh. Kegembiraan memang tak terkata buat anak2 bila dapat mandi manda disitu. Bermula dengan berendam di air panas, kemudian kami mandi pula di kolam air biasa hinggalah puas. Memang seronok tengok anak-anak mandi sambil berkelah. Menjelang petang, kami baik ke KL semula, walaupun penat tapi puas!

Nak dijadikan cerita (kebetulan atau tidak), 2 hari selepas berkelah ke Sungkai iaitu pada 25hbJan, seluruh keluarga demam2 termasuklah saya. Selepas pergi ke klinik, alhamdulillah semua org sudah beransur sembuh & sihat cuma Faris seorang je yang demamnya masih On-Off. Walaupun doktor sudah buat nebulizer tapi kahaknya masih belum kurang. Waktu tidur malam memang boleh dengar bunyi nafas Faris yg tak teratur dan sangkut2. Pada 28hbJan, saya ke klinik semula utk minta surat rujukan supaya boleh membawa Faris ke hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut. Doktor ada bagi surat rujukan dan kami memang bercadang untuk membawa Faris ke hospital pada hari tersebut namun doktor kata dia akan beri antibiotik yang lebih kuat utk Faris sebab dia kata faris memang ada pneumonia (jangkitan paru-paru) tapi tak teruk. Jadi dia kata tengok dulu dalam 2-3 hari kalau keadaan faris masih tak berubah, baru bawa ke hospital. Jadi saya & wife pun ambil keputusan tak bawa faris ke hospital lagi (Salahkah tindakan & keputusan kami?)... Apapun segalanya sudah tersurat!....Doa & harapan kami semoga Faris kembali sihat seperti sediakala apabila doktor beri ubat & antibiotik yang lebih kuat.

Didalam demam & sakitnya, dia tetap tak tinggal solat. Pernah ketika dia berbaring, dia cakap pada saya “Ayah, kalau faris tak boleh solat berdiri, faris solat baring aje lah”. Kebetulan saat2 tersebut saya ada rakamkan video namun tak sanggup nak lihat sebab akan sebak bila mengenangkan kata2nya untuk solat baring... biarlah video tersebut hanya menjadi kenangan saya sahaja!.... sesiapa yg melihat & mendengarnya pasti mengalirkan airmata..... bukan nak memuji ataupun mengagung-agungkan anak saya tetapi daripada 3 orang anak, Faris lah yg paling berbeza dari segi tingkah laku, perwatakan & amalannya. Bagaikan dibisik2, dia akan automatik bangun seawal jam 6pagi setiap hari utk solat subuh. Kadang tu dialah yg kejutkan saya dan isteri diawal pagi.. Jika saya lewat, dia akan solat jemaah dulu bersama abang ngah sebelum abg ngah pergi ke sekolah. Biasanya van sekolah abang ngah akan sampai jam 6.30am. Kemudian dia akan turun ke bawah tengok TV cerita 'Bersama Ustaz' dengan opahnya. Tapi kalau opah pergi ke dapur, dia akan tukar ke channel kartun hehehe. Kengkadang tu dia dah siap mandi dan berpakaian sekolah seawal 7am walaupun sekolah hanya bermula jam 8.30am. Kalau balik dari sekolah, perkara pertama yang dia akan buat ialah solat dhuha. Walaupun opah dia suruh makan, dia tetap nak buat solat dhuha dulu. Saya ni pun seumur hidup baru 2 kali buat solat dhuha.. Malunya dengan anak-anak.Ya Allah ampunkahlah dosa hambamu ini...

Dan tempoh 2 hari tu memang demam Faris On-Off. Lepas makan ubat dia OK, kuat dan bole berlari keliling rumah tapi tak lama lepas tu dia lemah & banyak berbaring, suhu badan pun naik semula. Kahak memang tak nampak kurang sebab boleh dengar nafas dia berbunyi. Namun masih mengharapkan ubat & antibiotik yang diberi doktor boleh segera menyembuhkan Faris. Memang nak bawa Faris ke hospital pada 30hbJan tapi saya pula demam hari tu dan wife pula tak berapa sihat. Memang saya tak larat sangat2, nak jalan pun lemah. Jadi saya mendoakan esoknya saya akan bertambah sihat dan boleh bawa Faris ke hospital. Malam tu Faris hanya tidur berdua dengan ibunya di ruang tamu dibawah. Dipeluknya ibu sepuas2nya malam tersebut sewaktu tidur. Malam berikutnya pula dia tidur hanya berdua dengan saya di bilik atas. Ibu agak penat dan tidur dibawah bersama kak long & abang ngah. Malam tu Faris tidur tak beralaskan bantal cuma diatas lengan saya saja. Sama seperti malam sebelumnya, dia juga memeluk saya sepanjang tidur malam tu. Sesekali saya terjaga waktu pagi bila suhu badannya agak panas, saya ambil kain basah dan lapkan di dahi & celah ketiak. Demamnya masih tidak betul2 kebah.

Menjelang subuh saya terjaga bila Faris menggigil, suhu badannya panas hampir mencecah 40'celcius.

Terus saya panggil wife & beri ubat cucuk bontot untuk mengurangkan demam panas sambil lap seluruh badan dengan tuala basah. Lepas subuh, kami terus bawa faris ke hospital, wad kecemasan di SJMC. Selepas di X-ray, doktor sahkan faris ada jangkitan paru-paru yg agak serius dan perlu segera dimasukkan ke ICU. Ya Allah, terkejut saya sampai begitu teruk sekali keadaan faris. Namun masih berdoa dan mengharapkan yang keadaan faris tidak serius sangat. Selepas suhu badan faris kembali normal dan diambil ujian darah, faris terus ditempatkan di wad NICU dan pada hari itu (1Jan) bermulalah detik2 yang tak dapat saya lupakan sepanjang 23 hari berada di hospital sehinggalah Faris kembali ke rahmatullah...

Antara perubahan2 yang saya perasan pada Faris dlm bulan2 terakhirnya...

*Agak kurang bercakap...kurang aktif dan lebih banyak duduk dipangkuan. Biasanya dia aktif bermain & suka menjerit dan berlari.
*Agak malas bila disuruh buat sesuatu pekara. Jarang dia tak buat sesuatu bila disuruh cuma sejak kebelakangan ni, dia agak malas & banyak menyendiri
*Tak mahu buat kerja sekolah. Kalau dulu dia rajin siapkan homework dia bila balik sekolah tapi sejak sekolah di tahun 6 ni dia semacam tak hiraukan kerja sekolah dia... Bila ditanya baru dia akan buat
*Sebelum tidur, dia suruh saya ajar baca doa syifa. Jika sebelum ni hanya mengucap & baca doa tidur je.Mungkin sebab dia selalu dengar ibunya baca doa syifa waktu malam. Alhamdulillah dia dapat hafal doa tersebut sebelum dia jatuh sakit. Sewaktu di hospital, memang saya selalu suruh dia ulang baca doa tersebut selain doa pada Allah
*Jarang tidur bersama abg ngah. Banyak tidur ngan ibu & ayah. Sampaikan abang ngah pun ada tanya kenapa faris dah jarang nak tidur dengan dia.. agaknya faris nak tidur sepuas2nya dengan ibu & ayahnya sebelum pergi buat selama2nya
*Selalunya dia akan solat bersama dgn opah tapi kebelangan ni dia lebih suka solat sendiri...bila ditanya, dia kata opah solat lambat...walaupun cuma tahu baca al-fatihah tapi tertibnya betul cuma mmg laju solatnya :)

InsyaAllah dalam waktu terdekat akan saya kongsikan saat2 beliau selama 23 hari berada hospital.

Tuesday, April 3, 2012

Petrol RON97 Naik 10 Sen

Petrol RON97 naik 10 sen
03/04/2012 11:08pm

KUALA LUMPUR 3 April - Harga minyak petrol RON97 naik 10 sen kepada RM2.90 mulai tengah malam ini sementara harga bagi petrol RON95 dan diesel kekal.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman kenaikan tersebut disebabkan oleh peningkatan harga pasaran dunia bagi bahan api tersebut.

Beliau berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter.

Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 per walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru2 ini.

Pelajar Maut Disambar Petir

SERDANG, 3 April 2012 (Selasa) – Seorang pelajar yg menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana di Universiti Putra Malaysia (UPM), terbunuh dipanah petir manakala rakannya cedera, petang tadi.

Dalam kejadian kira2 2.45 petang, mangsa Muhamad Mustaqim Muhamad Kamarul dan Muhammad Yusop, masing2 berusia 16 tahun, dikatakan baru selesai bermain bola di Padang A UPM. Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menunggu bas di bawah pokok untuk pulang ke sekolah masing2.

Menurutnya, insiden disedari beberapa pelajar yg turut berada berhampiran padang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada seorang guru. Ketika kejadian, salah seorang guru memberitahu keretanya bergegar sebelum didatangi pelajar yg memberitahu dua pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam itu dipanah petir. Kedua2 mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang, namun salah seorang drpdnya, Muhamad Mustaqim dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke rumahnya di Padang Jawa, Klang sebelum dikebumikan di kampung ibunya di Felda Jengka Pahang. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Kes disiasat sebagai mati mengejut.

Thursday, March 29, 2012

10 Sebab Susu Badan Boleh Kurang

10 SEBAB SUSU BADAN BOLEH KURANG:

Secara teorinya, susu badan akan mengikuti keperluan bayi, tapi nyata ia tak semudah teori, bila dah mula bekerja, ramai ibu yang mendapati demand > supply, atau keperluan anak melebihi yg ibu dapat pam & bekalkan setiap hari.

Benarkah hal sebegini boleh berlaku? Dan kenapa? Jom kita tengok puncanya…

1- KEKERAPAN MENGEPAM
Biasanya bila dah mula sibuk, ibu yg dulunya mengepam 3-4 kali sehari di pejabat, akan kurangkan sesi kepada 2-3 kali, atau sekali, atau kadang2 tak sempat pam langsung!

Bila frekuensi mengepam dikurangkan, susu ibu akan berkurangan kerana signal menghantar pesanan kepada otak “Buat susu” sudah dikurangkan. Umpamanya dulu sorang beli kuih 4 ketul, sekarang sorang beli seketul je jadi makcik kantin pun tak buat kuih banyak2, nanti takde orang nak beli, membazir pulak.

Solusinya : Jangan skip mengepam. Kalau ada duit lebih, invest untuk pam yg boleh handsfree, so sambil2 buat kerja tu boleh mengepam.

2- CARA PENJAGA BAYI BERI BAYI MINUM

Ingat teori demand = supply tadi. Macam agak tak logik kan bila hantar pengasuh je tiba2 baby minum lebih banyak dari supply. Mungkin jg sebab cara si penjaga tu beri susu kepada baby. Asal nangis sikit, kasik susu. Yg si baby pula, disebabkan aktiviti sucking (menghisap) tu boleh tenangkan dia, so dia hisap telan je lah walaupun tak lapar.

Mana la tak jadi maknya pam 10oz, baby minum 20oz. Dah, asal “Ekk..” sikit, bagi susu. Sedangkan si baby nak dipeluk atau diagah je :)

Lagi satu, ada pengasuh yg terus panaskan sebotol penuh. Jadi walapun bayi minum sikit, yang lebih tu dibuang sajalah.

Solusinya: Educate pengasuh bayi tentang cara handling susu ibu.

3- CARA IBU SIMPAN SUSU PERAHAN

Ada kaitan sikit dengan no (2) di atas. Misalnya ibu jangka anak minum 10oz, jadi dia hantar 2 botol susu 5oz setiap satu. Anaknya minum 4 kali di rumah pengasuh.. Lalu pengasuh tu panaskan sebotol setiap sesi minum susu. Tamat sesi kedua, alamak, dah habis! Iya la, walaupun 10oz, tapi ibu hantar 2 botol saja..

Solusinya : simpan susu ikut keperluan bayi minum setiap sesi. Kalau tak dapat agak, simpam average 2-3 oz saja dalam satu container.

4- OUTSTATION

Bila outstation, kadang2 ibu tak bawa bayi bersama. Jadi, ibu kena tahu yang dia kena pam 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain production. Kadang2 ibu tak sedar sebab biasanya bayi minum direct pada waktu malam…

Solusinya : Pam siang & malam ikut time.

5- KEBERKESANAN PAM

Macam benda2 lain, pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya bila dah lama dipakai. Misalnya valve jadi haus, longgar, etc. Ini akan menyebabkan pam tu gagal utk membantu ibu mengosongkan payudara.

Solusinya : Gunakan pam hospital-grade; lakukan Marmet selepas pam & dah tak keluar susu utk kosongkan payudara

6- PENGAMBILAN UBAT-UBATAN

Bila sakit, jumpa doktor & dia bagi ubat… Beritahu doktor yg kita tengah breastfeed & minta dia beri ubat yang selamat utk BF. Rujuk entry saya yang sebelum ni utk sedikit panduan.

Solusinya : Ambil tahu tentang kesan ubat2 terhadap penyusuan.. Ehem, vitamin bukan ubat ya!

7- PENGAMBILAN PIL PERANCANG

Sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu. Rujuk entry saya yg sebelum ini.

Solusinya : Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.

8- MENGANDUNG

Mengandung boleh kurangkan susu.. Kerana hormon estrogen & progesteron meningkat menyebabkan prolaktin ‘tertekan’.

9- GROWTH SPURTS

Bila bayi mengalami growth spurts, harus dijangka perangainya berubah sikit, dan tabiat menyusunya pun berubah. Mungkin jadi semakin demanding.

Solusinya : sediakan stok untuk hadapi saat2 begini & tambah sesi mengepam.

10- STRESS

Bila dah banyak kerja, atau bayi makin lasak, ibu mungkin jadi stress. Stress boleh mengurangkan susu? Ya, kerana tubuh kita ‘sibuk’ buat benda lain dan ‘tak layan’ hormon2 penyusuan.

Solusinya : amalkan pemakanan sihat, minum air banyak, perancangan yang baik & teknik hypnobreastfeeding (ads entry saya tentang ni)

Jangan risau bila susu kurang, ia adalah asam garam biasa dunia penyusuan. Yang penting, kita tahu macamana nak selesaikannya.

sumber : mysuperkids.net

Thursday, March 22, 2012

Petua Memudahkan Wanita Bersalin

Sedikit petua untuk dikongsi bersama rakan2 bloger :-

a. Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
b. Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus..
c. Amalkan minum air lebihan suami.
d. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e. Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g. Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h. Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i. Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j. Bagi kulit bayi yang putih/ bersih, amalkan makan buah epal dan minum susu, selain meminum air soya.
Oleh: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Friday, March 16, 2012

Lupa Mati, Sibuk Kejar Tuntutan Dunia

Alam barzakh beri kerehatan bagi golongan beramal salilh, takwa

SEBAGAI orang Islam ya berpegang kepada al-Quran dan hadis, kita mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan yg wajib dilalui manusia. Dalam peringkat kehidupan kita di dunia, jarang umur manusia melebihi 100 tahun, tetapi puratanya mencapai umur antara 60 hingga 80 tahun. Umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kaya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah Nabi dan Rasul iaitu manusia yg paling dekat dgn Tuhan, bahkan manusia menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari drpd kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar. Firman Allah SWT dlm surah an-Nisaa’ ayat 78 bermaksud: “Di mana saja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yg paling kuat”.

Setiap manusia pasti mati krna mati bermakna manusia kembali kpda asal kejadiannya. Ia berasal drpd tanah, maka pastilah ia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kpda manusia. Persoalan mati adalah satu kejadian paling hebat dan tidak dapat dielakkan. Apabila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil krna jasadnya menjadi hancur lebur kembali menjadi tanah dan rohnya keluar drpd badan manusia. Roh menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan berfikir.

Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah oleh Abu Bakr al-Razi, Barzakh bermaksud ‘dinding penghalang antara dua benda’. Berdasarkan iktikad al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada dalam satu alam yg dinamakan alam Barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat sblm dihimpunkan di padang Mahsyar mulai waktu mati sehingga dibangkitkan. Alam Barzakh jg tempat permulaan manusia dihukum segala amalannya di dunia. Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran seksaan kubur di alam barzakh. Sebaik saja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengebumikan dan dalam perjalanan pulang ke rumah maka dlm suasana yg gelap gelita dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir datang menghampiri dan mendudukkan jenazah.

Bagi jenazah yg beriman dan berbekalkan amal salih serta ketakwaan yg unggul maka alam barzakh adalah satu kerehatan yg damai. Tetapi bg jenazah yg ingkar, sarat dgn beban dosa krna melanggar perintah Allah SWT, maka alam barzakh adalah episod ngeri yg dipenuhi gelombang azab sengsara hingga datangnya hari kiamat. Mereka berkeadaan spti orang yg lemas dlm air yg meraung meminta pertolongan.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas drpd seksaannya, maka apa yg akan datang kemudiannya lebih mudah lg dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) drpd (seksaannya), maka yg datang sesudahnya lebih sukar (keras).” (Riwayat al-Tirmizi).

Sahabat Nabi bernama Ubaid bin Umair al-Laitsi pernah berkata, “setiap mayat yg hendak meninggal, pasti liang lahad di mana mayat itu di kubur memanggilnya, “Akulah rumah yg gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika waktu hidupmu kau taat kpda Allah SWT maka aku hari ini akan menjadi rahmat bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku akan menjadi seksa bagimu. Sesiapa memasukinya dgn taat, akan keluar dgn bahagia. Dan sesiapa masuk dgn derhaka, dia akan keluar dgn penuh penyesalan.”

Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang akan berakhir di alam kubur. Seorang ulama al-Rifa’i pernah berkata: “Setiap orang yg takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali alam kubur. Tidak ada orang yg ingin lari drpdnya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali buat selama2nya. Renungilah nasib saudaramu yg kini dikuburkan, dahulu dia menikmati pemandangan yg indah, kini matanya tertanggal, dulu lidahnya fasih bertutur, kini cacing tanah memakan mulutnya. Dulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.”

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berkata kpda bbrpa orang rakannya di dalam satu majlis, “Wahai fulan, engkau melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir mengenai alam kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu keadaan sebenarnya dlm kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya.” Ketika Khalifah Umar mengiringi jenazah sahabatnya lalu kubur memanggilnya dan bertanya, “Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukah aku ceritakan kepadamu apakah yg akan aku lakukan terhadap jenazah yg kau cintai ini? Ya jawab Umar.

Kubur itu menjawab: “Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah engkau tahu apa yg akan aku lakukan pada anggota badannya?” Tentu jawab Umar. “Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya.” Khalifah Umar menangis dan berkata: “Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit.

Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Yg muda akan menjadi tua dan yg hidup akan mati. Celakalah mereka yg tertipu olehnya. Celakalah aku dan bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yg diturunkan oleh Tuhanku.” Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit drpd kalangan manusia yg bercakap soal kematian, alam Barzakh dan Mahsyar, krna manusia sedang sibuk dgn pembangunan kerjaya, kemewahan dan kelazatan kehidupan dunia serta hiburan. Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrail datang dan mencabut nyawanya.

Thursday, March 15, 2012

Adik Nurul Nadirah Mati Di bakar


Salam takziah.......AL-FATIHAH........Misteri kehilangan adik Nurul Nadirah Abdullah 5 tahun atau lebih mesra di panggil ‘Dirang’ akhirnya terjawab apabila polis menemui mayatnya dlm keadaan rentung di Nusa Damai dekat Seri Alam pada 8 mac tempohari.... hasil ujian DNA yg dijalankan terhadap mayat berkenaan yg dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya. Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yg kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya.

Sambil menyifatkan individu yg terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak2 itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yg tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yg terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Friday, March 9, 2012

Kunci Hidup

Sahabat Hikmah...
Kunci untuk selalu bahagia dalam hidup adalah SYUKUR, SABAR dan IKHLAS...
Salah satunya dengan BerIMAN bahwa hidup di DUNIA adalah SEMENTARA, bukan sebenarnya keHIDUPan dan AKHIRAT itulah keHIDUPan yg sebenarnya dan KEKAL.

Sehingga kita akan berSABAR, penuh SYUKUR dan IKHLAS untuk menjalani keHIDUPan yg SEMENTARA dan menanti keHIDUPan yg KEKAL ABADI.

“Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan DUNIA itu hanyalah perMAINan dan suatu yg meLALAIkan, perhiasan dan bermegah2 antara kamu serta berbangga2 tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yg tanam2annya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada ADZAB yg keras dan AMPUNAN dari Allah serta keRIDHOan-Nya. Dan kehidupan DUNIA ini tidak lain hanyalah keSENANGan yg MENIPU?” (QS Al-Hadiid: 20)

“Allah bertanya, ‘Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?’ Mereka menjawab, ‘Kami tinggal (di bumi) SEHARI atau ½ HARI, maka tanyakanlah kepada orang2 yg menghitung.’ Allah berfirman, ‘Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan SEBENTAR saja, kalau kamu mengetahui dengan sesungguhnya.’ Maka apakah kamu mengira bahwa sesungguhnya Kami menCIPTAkan kamu secara MAIN-MAIN (saja), dan bahwa kamu tidak akan diKEMBALIkan kepada Kami?” (QS Al-Mu’minuun: 112-115)

Tetap SEMANGAT...
Tetap berSABAR ...
Dalam ketaatan dan menghadapi ujian...
Caranya dengan selalu berSYUKUR...
Dan disertai keIKHLASan karena Allah...

Iman Yang Sempurna


Ulama' beritahu...

Untuk mendapatkan IMAN (keyakinan yg sempurna) hanya kepada Allah, kita perlu jaga 4 perkara:

1. JAGA LIDAH drpd bercakap ttg sesuatu yg bertentangan dgn aqidah. Cth: "kalau tak kerja,nak makan apa.."/"hanya dgn kuasa rakyat, kerajaan boleh digulingkan". Pastikan, setiap perkataan yg dikeluarkan oleh lidah mestilah dikaitkan dgn kebesaran Allah swt dan menafikan kebesaran makhluk (selain Allah). Dan gunakanlah lidah utk mengajak orang lain untuk mencintai dan mentaati perintah Allah.

2. JAGA PANDANGAN drpd melihat perkara yg dilarang oleh Allah swt. Lihatlah perkara yg disukai Allah dan kaitkannya dgn kebesaran Allah.

3. JAGA PENDENGARAN drpd mendengar perkara2 yg menjauhkan kita drpd Allah dan banyakkan mendengar perkataan yg membesarkan Allah.

4. JAGA PEMIKIRAN drpd berfikir tentang kebesaran dunia dan makhluk, dan banyakkan berfikir tentang kejadian, kehebatan, dan kekuasaan Allah swt.

Mari kita berusaha untuk menjaga keempat2 perkara ini, dan kita mohon doa kepada Allah agar dihidupkan dan dimatikan dlm keadaan IMAN YANG SEMPURNA.

Thursday, March 8, 2012

SBPA Dibatalkan SSM Ditambahbaik


Seperti yg dijanjikan hari ini, sedang berlangsung satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yg diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yg ditambah baik.

Kerajaan naikkan kadar bayaran COLA penjawat awam sebanyak RM50.00 tetapi hanya utk kawasan/zone B dan C sahaja. Zone A tidak terlibat.

Antara isi penting ucapan & pengumuman Datuk Najib mengenai SBPA :

*Datuk mencerita semula perjalanan dan struktur SBPA semasa mula2 diperkenalkan
*Datuk Najib mengumuman Struktur SBPA telah dibatalkan
*Tetapi SSM akan ditambahbaik
*Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji perkhidmatan awam
*Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
*Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 (kenaikan 13%), gred khas A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
*Kenaikan Gaji Tahun bagi gred 1- 54 = RM80 hingga RM350.
*Manakala Jusa dan ke atas = kekal ikut SSM

Selamat Hari Wanita

Hari ini 8 Mac 2012 merupakan HARI WANITA SEDUNIA....
Tarikh 8 Mac merupakan hari yg istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dgn sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Woman’s Day).

Mari kita ambil tahu sikit, kenapa hari wanita ni diraikan? Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yg mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yg berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yg dikongsi dgn kaum lelaki. Selalunya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita lebih cepat menangis drpd lelaki, itu memang sifat azalinya.

Wanita adalah kejadian yg terindah yg di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia. Semoga kita akan lebih berwawasan dan berjaya seperti kaum lelaki. Terima kasih kerana menyanjung tinggi kaum wanita.

*Kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yg berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yg kedua, siapa isterinya" .

*Rasulullah saw telah bersabda yg bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yg paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).

*Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.Didiklah adik2 atau anak2 perempuanmu dan juga isterimu dgn baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yg akan menentukan masa depan dunia yg baru. Selamat Hari Wanita.

Tuesday, March 6, 2012

15 Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak2

"Harta benda dan anak2 kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yg besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak2 adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba2-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yg malang ialah orang yg mempunyai ramai anak tetapi anak2nya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yg mandul." Berkata para sahabat : "Orang yg mandul ialah orang yg tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yg mandul itu ialah orang yg mempunyai ramai anak tetapi anak2nya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa2 yg digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yg baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa2 yg digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yg menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) drpd Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak2 dgn sekolah, menakutkan dgn tempat gelap, menakutkan dgn hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak2, tidak menjadualkan kegiatan harian anak2, terlalu memfokuskan anak2 kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata2 kesat dan maki hamun kepada anak2 (terutama semasa marah). Membandingkan anak2 dgn anak2 lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yg tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yg lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak2 sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu2nya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, ttpi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yg tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yg kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yg kemas dan yg menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak2nya.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yg tidak kemas. Ini mengakibatkan anak2 terikut2 dgn cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama2, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yg lebih baik dari salam yg diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yg mudah dilihat oleh anak2. Dalam Islam, merotan anak dgn tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak2 dgn model yg cemerlang spti para ulama' dan orang2 yg berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak2 jg patut didedahkan dgn sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti2 yg bersesuaian dgn akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak2. Ini akan menyebabkan anak2 rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yg tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak2, kerana ini akan memberikan contoh yg tidak baik kepada anak2 yg masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan2 yg ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dlm hal ini adalah penting krna kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yg kurang baik spti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yg tidak menepati syarak dan perbualan yg boleh merosakkan agama anak2.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak2. Sebagai ibubapa kitalah yg akan disoal di akhirat kelak akan anak2 ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak2 terdidik dengan didikan Islam.

Monday, March 5, 2012

Faris dalam kenangan

Faris dalam kenangan (26/06/2006 - 23/02/2012)

Dilahirkan secara normal dan cukup sifat. Anak ke 3 dan bongsu. Menyusu badan hinggalah berumur 2 tahun. Kesian kat ibu hehehe. Abang Ngah & Kak Long pun berhenti menyusu badan bila ibu dah habis pantang...Memang seorang anak yg tak banyak ragam & songeh. Berbeza sangat dengan abang & kakaknya yg kuat menangis dan sawan sewaktu kecil (mungkin ikut keturunan ibu dan ayah yg memang ada sejarah sawan semasa kecil). Dulu semasa kak long & abg ngah, setiap kali nak jalan jauh atau balik kampung, kami mesti risau sebab diaorg suka menangis (jenis yg tak henti2 ), tapi alhamdulillah Faris langsung tak ikut jejak mereka, senang nak dibawa jalan kemana2 pun... nak dengar dia menangis pun susah.

Hinggalah dia berumur 4 tahun barulah saya & isteri perasan sesuatu pada Faris. Dalam tempoh setahun beratnya tidak pernah naik & pertumbuhannya juga seperti terbantut. Bila ditanya pada doktor, mereka kata normal, tak perlu risau. Dan apabila usia Faris 5 tahun, kami ambil keputusan untuk check dengan pakar di HUKM (bayangkan berat Faris cuma naik 1kg sejak umur 3tahun & ketinggian masih sama), hati ibubapa mana yg tidak risau?...Dan hasil ujian akhirnya mengesahkan bahawa Faris mengalami masalah pertumbuhan hormon. Memang terkejut kami waktu tu...walaupun Faris nampak sangat aktif, ceria & periang masa tu, namun kami tetap risaukan pertumbuhan ketinggiannya yg seolah2 terhenti.

Hasil perbincangan dengan doktor, kami ambil keputusan utk beri suntikan hormon pada Faris. Bayangkan suntikan hormon tersebut perlu disuntik setiap malam selama 3-5 tahun ( mungkin lebih). Nak cucuk dia setahun sekali pun dah kesian, inikan pula nak cucuk hari2... Memang tak tergamak tapi memikirkan kehidupan dan masa depannya nanti, kami rasa apa yg kami buat tu perlu.

Jadi, setiap malamlah (sebelum tidur), saya akan suntik hormon tumbesaran pada perut Faris dan setiap kali jugalah Faris akan cool...tak menangis apatah lagi menjerit...malah siap bukakan baju utk bagi saya cucuk perutnya. Hanya sesekali beliau akan kata sakit (itupun jika tersalah cucuk pada uratnya). Jika saya & isteri terlupa sekalipun, dia yang akan ingatkan malah siap ambil jarum & ubat dlm peti ais dan beri pada kami. Dia hendak sangat tinggi macam budak2 lain yg sebaya dengannya... Itulah Faris!

Alhamdulillah, selepas 6 bulan disuntik, Faris sudah menampakan perubahan. Berat & ketinggiannya sudah bertambah. Dia pun sangat2 gembira apatah lagi kami ibubapa... Dia tahu ibubapanya akan buat yang terbaik utk dia.

Mula ke sekolah seawal usia 4 tahun. Pernah suatu ketika arwah mengadu “Faris tak suka la cikgu tu asyik nak dukung je.. biarlah faris jalan sendiri”... Mmg menjadi kebiasaan cikgu2 suka dukung faris drpd pagar sekolah hinggalah masuk ke kelas. :)

Kuat mengusik & menyakat terutama dengan kak longnya. Kalau bergaduh pun boleh tahan jugak tu...tak padan dengan kecik :) Juga sangat2 meminati kereta terutama “CARS Lightning McQueen”, daripada kasut, baju, jam & topi, semuanya nak CARS...

Mungkin mengikut jejak ayahnya, dia sangat sukakan photography, climbing & sukan badminton...TAPI
-Kalau 100 keping gambar yang ditangkapnya, 80% adalah gambar keretanya... :)
-Kalau memanjat bukit, 10 minit je dia nak jalan..lepas tu suruh dukung. Adoiiii
-Kalau main badminton, hanya dia je boleh smash..org lain tak bole! Dan shuttlecock mesti sampai kat dia sebab jangan harap la dia nak lari :)

Pernah mengeluh sewaktu kak long memohon ke Sekolah Berasrama Penuh & MRSM. Katanya “Kalau kak long duduk jauh2, takkan dia nak main/kawan dgn abg ngah jer?”.... Kesian pun ada!. Pekara yg saya tak boleh lupakan (mungkin tak sepatutnya kita cakap dgn anak2 macam ni).

Saya pernah kata pada arwah sewaktu nak tidur dengannya “Nanti kalau ayah dah takde(meninggal dunia), Faris jangan lupa solat & doakan utk ayah tau?”... Terus dia menangis semahu mahunya dan cium pipi saya tanpa henti. Kataya “dia tak mahu sesiapa pun mati...dia sayang semua orang. Dia sayang ayah, ibu, abg ngah, kak long & opah”

Saat itu memang saya rasa tersilap sangat bercakap macam tu kat dia... mmg menyesal & terkilan.... Tak sangka pula yang dia dulu akan tinggalkan semua orang yang disayangi.... Sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia!

Al-Fatihah!

BERSAMBUNG (Sebulan terakhir bersama Faris)

Saturday, March 3, 2012

Pembahagian Secara Adil

Pembahagian harta secara adil dapat imbangi kehidupan manusia.....

KEMATIAN adalah kepastian yg tidak dapat disangkal sesiapa. Begitu jg mrka yg kembali kpda Allah SWT semestinya meninggalkan sesuatu untuk diwarisi oleh generasi keluarga yg masih hidup. Hanya Nabi dan Rasul saja yg tidak mewarisi apa2 selain ilmu drpd Allah SWT.

Sebuah hadis drpd Talhah menyebut beliau bertanya kepada seorang sahabat bernama Abdullah Bin Abi Aufa adakah Baginda SAW meninggalkan apa2 wasiat? Lalu Abdullah menjawab: Tidak. Maka mengapa Baginda memerintahkan kita berwasiat? Jawab Abdullah: “Sebenarnya Baginda meninggalkan al-Quran sbg wasiat”. (Riwayat Bukhari).
Adalah menjadi tuntutan agar kita dapat meneliti semua harta yg dimiliki dan menulis wasiat tertentu agar menjadi rujukan kepada mereka yg ditinggalkan. Baginda Nabi SAW jg menyarankan umatnya menulis wasiat. Sabda Baginda SAW: “Adalah menjadi hak seseorang Muslim apabila tiba waktu tidur, maka wasiatnya ditulis dan diletakkan di sisinya”. (HR Ibnu Majah). Apakah mereka meyakini selain dari hukum Allah? Hukum siapakah yg lebih baik dari Allah. - Surah al-Maidah, Ayat 50

Dalam dunia umat Islam hari ini, kita melihat ibu bapa kurang mengambil perhatian terhadap harta yg peroleh @ yg dikumpul sepanjang hidup mereka. Dgn kata lain mereka tidak pernah memikirkan mengenai harta mereka jika mereka dijemput oleh Allah SWT apabila tiba masanya kelak. Apakah harta mereka akan dibahagikan kepada pewaris dgn seadil2nya @ mengundang mudarat kpada keluarga akibat pertikaian harta ditinggalkan.

Kita melihat fenomena skrg menyedihkan krna tercetus perbalahan antara waris ditinggalkan. Malah kadangkala menyebabkan pembunuhan sesama keluarga akibat perselisihan pendapat mengenai harta peninggalan si mati. Apa yg lebih mendukacitakan perselisihan berlaku ketika ibu bapa masih hidup dan terlantar menunggu saat2 kematian. Inilah contoh sikap buruk jika berlaku dlm masyarakat Islam menunjukkan akhlak tidak baik seorang anak terhadap ibu bapa. Malah mereka diharamkan terus drpd menerima apa2 bahagian jika berlaku pembunuhan untuk mendapat warisan dgn cepat.

Namun, berlaku juga perkara sebaliknya yg ibu bapa mewakafkan harta mereka ketika hidup kepada agensi lain sama ada dengan tujuan baik iaitu untuk mengelakkan pergaduhan sesama keluarga atau menghalang mana2 anak drpd mewarisi harta mereka atas sebab tertentu. Ini adalah perkara yg tidak digalakkan dlm Islam krna keluarga si mati atau pewaris yg masih hidup memerlukan harta berkenaan bagi meneruskan kesinambungan kehidupan mereka.

Firman Allah SWT: “Dan hendaklah takut kepada Allah sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang daif yang dikhuatiri akan kesejahteraan dan keselesaan mereka.” (Surah an-Nisa ayat 9).

Ini menunjukkan seseorang mesti memikirkan mengenai keluarga yg ditinggalkan supaya mereka hidup dalam keadaan baik tanpa meminta2 kepada orang lain. Namun demikian, mewakafkan sesuatu atas dasar kemanusiaan atau keperluan seperti mewakafkan kepada anak angkat atau mereka yang memerlukan diharuskan dengan kadar tertentu supaya tidak membebankan keluarga si mati atau pewaris selepas berlaku kematian. Anak angkat dan orang luar tidak akan mendapat bahagian drpd harta si mati krna mrka bukanlah pewaris sebenar sedangkan mereka pernah berkhidmat kepada si mati ketika hidupnya. Ini dilakukan kerana membalas jasa atau tanda terima kasih terhadap pengorbanan dicurahkan.

Sebuah hadis drpd Abu Mus’ab menyebut beliau diziarahi oleh Baginda SAW ketika sedang sakit dan berkata beliau akan mewasiatkan semua hartanya pada jalan Allah. Baginda menjawab “Jangan”. Separuh? Baginda menjawab: “Jangan”. Satu pertiga? Baginda menjawab: “Boleh tetapi itupun dikira sudah banyak.” (Riwayat Bukhari) Ada jg berwasiat, ttpi dgn cara tidak adil sehingga mengetepikan keluarga tidak sebulu dengannya. Inilah antara perkara dilarang Islam. Sabda Baginda SAW: “Takutlah kamu kepada Allah SWT dan berlaku adillah dgn anak2 kamu”. (Al-Hadith). Syeikh Abdul Rahman As-Sa’di pernah menyebut: “Antara perkara paling keji dan mungkar adalah apabila seseorang ingin membahagikan harta mengikut hawa nafsunya. Ia adalah drpd dosa besar yg diharamkan. Ini adalah antara kezaliman dilakukan sesama manusia.”

Ingatlah meninggalkan hukum Allah dlm kehidupan ini adalah satu dosa besar yg dilaknat Allah SWT. Firman Allah SWT: “Apakah mereka meyakini selain dari hukum Allah? Hukum siapakah yang lebih baik dari Allah?”. (Surah al-Maidah ayat 50). Islam meletakkan pembahagian secara adil utk mengimbangi kehidupan manusia dlm pembahagian harta pusaka. Lahirnya ilmu faraid dlm Islam agar kita tahu siapakah pemilik harta sebenar (Ashabul Furudz) selepas kematian seseorang. Ayat di dalam al-Quran dalam surah an-Nisa sudah cukup untuk menjelaskan bahawa segala2nya ditetapkan oleh Allah SWT untuk dijadikan panduan.

SBPA Kena Kekal Nama Jawatan

CUEPACS mahu semua nama jawatan dlm Sistem Saraan Malaysia (SSM) dikekalkan dan tidak ditukar dgn gelaran baru spti terkandung dlm Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Mengikut SBPA, beberapa nama jawatan ditukarkan seperti Pemandu kepada Pembantu Operasi, Penyelia Asrama ditukar kepada Pembantu Tadbir, Penolong Pengurus Asrama (Penolong Pegawai Tadbir), Pengurus Kolej Universiti (Pegawai Tadbir), Pembantu Penerbit (Pembantu Penerangan) dan Pegawai Penerbit menjadi Pegawai Penerangan.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya menentang cadangan itu kerana bukan saja bertentangan dengan aspek tugas mereka, tetapi gred bagi jawatan berkenaan juga didapati tidak berkembang.

Bantahan dibuat selepas kita buat tinjauan di seluruh negara, perbincangan dgn Jawatankuasa Bertindak CUEPACS. Selepas dapat maklum balas baru2 ini, kita tidak bersetuju penukaran gelaran jawatan dalam SBPA,” katanya.

Aleya n Ashraf Sah Bercerai


Tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dgn suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32. Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dlm satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.

Leya yg mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik. “Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yg baik2 sahaja,” katanya. Pasangan yg bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena,yg kini berusia dua tahun setengah.

Bagaimanapun ketika dihubungi semalam, pasangan ini enggan mengulas punca perceraian mereka krna ia terlalu peribadi dan mahu ia menjadi rahsia. “Saya tidak boleh ulas perkara ini krna ia terlalu peribadi, cukuplah saya katakan yg kami bukan lagi suami isteri,” katanya. Sementara itu, Ashraf berkata, dia menerima ketentuan ini dgn hati terbuka dan komited dgn tanggungjawabnya sbg bapa kepada anaknya. Justeru itu dari awal dia dan Leya memilih menyelesaikan perkara ini dlm keadaan tenang malah tidak wujud istilah bermasam muka kerana perpisahan ini atas persetujuan bersama.

Kami bergilir menjaga anak kembar kami Aza Ameena dan Asha Ameena, Isnin hingga Rabu mereka menetap dgn Leya manakala giliran saya dari Khamis hingga Ahad. Biarpun tidak lagi tinggal sebumbung, anak masih tanggungjawab saya. Mereka masih kecil dan sbg bapa saya pastikan mereka dapat kasih sayang secukupnya dan membesar dlm suasana sihat. Baik saya mahupun Leya tiada masalah bawa anak keluar berjalan2 spti sebelum ini cuma buat masa ini belum boleh kerana dia masih dalam edah. Saya tidak mahu orang keliru dgn status kami. Komposer muda yg kini bertugas sbg pegawai Artis dan Repotua (A&R) Life Records itu berkata, seboleh mungkin dia tidak mahu perkara ini disensasikan kerana ia membabitkan nama baik keluarga. Bagaimanapun apabila media sudah menghidu perkara ini dia perlu jelaskan bagi mengelakkan kekeliruan atau timbul kontroversi yg bukan2.

Friday, March 2, 2012

Transformer TNB Meletup Di Bangi


Sebuah transformer Tenaga Nasional Bhd (TNB) di stesen janakuasa Bandar Baru Bangi dekat sini meletup dan terbakar malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan perumahan di sekitarnya bergelap. Insiden letupan dan kebakaran kecil itu dilaporkan berlaku pada kira-kira 9.20 malam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rashid Abdul Wahab berkata, pihak polis yang dimaklumkan mengenai insiden itu telah menghubungi Balai Bomba Bandar Baru Bangi. Katanya, bekalan elektrik di kawasan terbabit kini telah pulih. Tiada kemalangan dan kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Thursday, March 1, 2012

Umat Islam Wajib Undi

Ini adalah info yg baru keluar semalam, Mengundi jadi fardu ain jika ramai tak berbuat demikian: kata Mufti Pahang

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, berkata tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah wajib kepada umat Islam dalam membentuk sebuah kerajaan yg dapat membela kesucian agama dan keamanan.

Beliau berkata mengundi adalah fardu kifayah, ttpi jika ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.

Pada zaman Rasulullah SAW dulu, ketika Baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yg boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah. Daripada situ kita dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan benar.

Abdul Rahman berkata, Islam tidak melarang umat mengundi calon bukan Islam jika tidak menimbulkan pelanggaran terhadap ajarannya. Diharuskan mengundi bukan Islam yg akan membantu pembangunan Islam dan dalam masa sama boleh menjaga umat Islam. Kita sesama Islam hendaklah bertolak ansur dan bersatu serta tak perlu berkeras dengan bukan Islam, katanya.

Mengenai baiah, Abdul Rahman berkata ia pengakuan taat setia dan individu yg mengingkarinya bakal menerima balasan atau musibah. Pengakuan bai'ah juga tidak boleh dalam bentuk paksaan. Jika berbentuk paksaan, perjanjian itu terbata

Wednesday, February 29, 2012

Allah Menguji Krna Manusia Mampu Menghadapinya

“Dan sungguh Kami benar2 akan menguji kamu dgn sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah2an…(Surah al-Baqarah : 155)

Berat sungguh beban yg ditanggung oleh jiwa ibarat sebuah lori yg sedang membawa muatan yg melebihi had yg dibenarkan, merangkak2 mendaki bukit. Di jalan yg rata pula bisa dikalahkan oleh kenderaan yg lebih kecil “cc” kelajuannya. Bagaimana berat rasa yg ditanggung oleh jiwa bergantung kpda tahap kemampuan seseorang menyerapnya. Apabila seseorang itu gagal menyerap beban dijiwanya akibat ujian yg sdg ditimpakan ke atasnya, maka tekanan dijiwanya akan bertambah berat. Semakin lama beban yg ditanggung itu semakin bertambah sehingga jiwanya tidak mampu menanggung lagi bebanan yg ada. Derita sungguh menanggungnya, ibarat kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya. Mata2 banyak sekali yg melihatnya. Ada yg simpati, ada yg kehairanan, malah ada jg yg tidak ambil peduli. Namun, orang yg menanggungnya lebih hebat dari yg melihatnya.

Melayan perasan kerana ujian yg sedang melanda hanya menambah beban yg ada dijiwa. Semakin dilayan, semakin hebat kesannya. Semakin derita rasa dijiwa. Rasa sedih akan menjalar disetiap pelusuk jiwanya sehingga dia merasakan dialah ag paling derita dan orang2 disekelilingnya pasti tidak memahaminya. akhirnya menjadilah dia orang yg berputus asa kerana ketidakmampuan menanggung derita dijiwanya.

Ya Allah, Apa yg diuji oleh-Mu adalah apa yg termampu ditanggung oleh hamba2-Mu.

Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba2Nya melainkan apa yg termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yg bermaksud :

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yg terdaya olehnya….
al-Baqarah 286)

Malah Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yg bermaksud :

Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yg paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:
“Para Nabi, kemudian orang yg spti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dgn kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dgn kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dlm keadaan bersih dari dosa.”
(Riwayat Imam Tirmizi)

Sesungguhnya Allah tidak akan berlaku zalim kepada hamba-Nya. Setiap yg diuji itu adalah sesuai dgn tahap kemampuan hamba-Nya. Cuma sbg hamba, hendaklah berusaha utk mengatasinya. Sekiranya seseorang itu tidak berusaha utk mengahadapinya, sudah pasti mereka tidak mampu berhadapan dgn ujian yg sedang menimpanya. Sudah pasti jiwanya akan semakin lemah dan akhirnya putus asa semakin mendekatinya. Inilah yg paling ditakuti bakal menimpa seseorang manusia itu. Ya, putus asa!

Berusahalah dan yakinlah Allah akan membantumu.

Wahai manusia, yakinlah dgn sepenuhnya bhwa Allah akan membantumu. Berusahalah dan bertawakallah kepadaNya dgn sepenuh jiwa. Pasti pertolongan Allah itu akan datang kepadamu. Tiada pergantungan yg sehebat2nya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepada Allah semata2. Percayalah, makhluk tiada upaya walau sebesar zarah sekalipun untuk membantumu, melainkan Allah jualah yg berkuasa menyelesaikan masalah yg sedang dibebani olehmu itu.

Setiap yang diuji itu semuanya baik-baik belaka.

“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya. (Imam Muslim)

Apabila seseorang itu telah mencapai tahap kebergantungan dan keyakinan yg sebenar2nya kepada Allah, maka segala ujian yg menimpanya itu akan diterima dgn redha dan kesabaran. Sekiranya datang kesedihan dlm hatinya maka bersegeralah dia beristigfar memohon keampunan kepadaNya dan akhirnya hatinya kembali tenang menerima ujian yg sedang menimpanya. Pada mereka, setiap ujian itu semuanya baik2 belaka.

Khabar gembira apabila diuji

RAsulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Tidaklah ada suatu musibah yg menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yg menusuk badannya.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)

Allah berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)

Saturday, February 25, 2012

11 April Cuti Umum Sempena Pertabalan Agong



Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April depan diisytiharkan sbg hari kelepasan am tambahan bg seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan2 negeri tersebut mengikut undang2 negeri masing2.

Friday, February 24, 2012

15 Kesilapan Ibubapa Dlm Mendidik Anak2

Anak2 adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kpda kita hamba hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t.:
"Harta benda dan anak2 kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yg besar.” ( Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15 )

Sbg ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yg malang ialah orang yg mempunyai ramai anak ttpi anak2nya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda:
“Tahukah engkau siapakah orang yg mandul.” Berkata para sahabat:“Orang yg mandul ialah orang yg tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata:“Orang yg mandul itu ialah orang yg mempunyai ramai anak ttpi anak2nya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”( Maksud Al-Hadith ). Ini mungkin disebabkan bbrpa kesilapan dlm mendidik anak2.

1.Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa2 yg digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yg baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa2 yg digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yg menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan,25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2.Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) drpd Targhib (didikan @ motivasi) spti:
*menakutkan anak-anak dengan sekolah
*menakutkan dengan tempat gelap
*menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
*menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3.Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
*tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
*terlalu memfokuskan anak2 kpda sesuatu aktiviti shja tanpa mengambil kira perasaan mrka.

4. Menegur anak secara negatif
*mengeluarkan kata2 kesat dan maki hamun kpda anak2 (terutama semasa marah. *Pembandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5.Memberi didikan yg tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
*ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6.Kurang memberi sentuhan kpda semua anak2 sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu2nya dan mencium mrka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sdg berada di rumah baginda. Berkata Aqra’:“Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, ttpi aku belum pernah mencium seorang pun dari mrka.” Rasulullah melihat kpda Aqra’ kmdn berkata : “Siapa yg tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” ( Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim )

7.Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
*ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yg kemas dan yg menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian scra selekeh @ berpakaian seksi di hadapan anak2.

8.Susunan rumahtangga yg tidak kemas. Ini mengakibatkan anak2 terikut2 dgn cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kurang menghidupkan sunnah di rumah spti memberi salam, makan berjemaah,beribadah bersama2, dsbnya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dgn yg lebih baik dari salam yg diberi.

10.Tidak menggantungkan rotan di tempat yg mudah dilihat oleh anak2. Dalam Islam, merotan anak dgn tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11.Kurang mendedahkan anak2 dgn model yg cemerlang spti para ulama’ dan org2 yg berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak2 jg patut didedahkan dgn sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti2 yg bersesuaian dgn akhlak Islam.

12.Bertengkar di depan anak2. Ini akan menyebabkan anak2 rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13.Membenarkan orang yg tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak2, kerana ini akan memberikan contoh yg tidak baik kepada anak2 yg masih membesar.

14. Kurang mengawasi rancangan2 yg ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dlm hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yg kurang baik spti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yg tidak menepati syarak dan perbualan yg boleh merosakkan agama anak2.

15. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak2. Sbg ibubapa kitalah yg akan disoal di akhirat kelak akan anak2 ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak2 terdidik dgn didikan Islam.

Yusni n Lisa Kawin


Semalam berlangsungnya majlis pernikahan pelakon popular, Lisa Surihani Mohamed bersama pasangannya pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim di Hotel Marriott Putrajaya. Majlis dihadiri hampir 250 jemputan ya terdiri drpd kaum keluarga terdekat dan wakil media.

Majlis dimulakan dgn upacara membalas pantun mengikut tradisi orang Melayu lama. Pasangan ini diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dgn berwalikan abang sulung Lisa, Mohamed Azan Mohamed. 9 dulang hantaran telah diberi oleh pihak pengantin perempuan dan dibalas 7 dulang oleh keluarga Yusry yg telah digubah sepenuhnya oleh COSRY dgn kerjasama Eliza Elies Wedding. Pasangan ini bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah wang hantaran mrka. Pada hari Ahad ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan diadakan pula Majlis Resepsi dgn anggaran jemputan 1,500 jemputan.

Sebaik sahaja Majlis resepsi selesai Ahad ini, pasangan pengantin baru ini dijangka ke Switzerland dan sekitar Eropah untuk berbulan madu. Selamat Pengantin Baru kpda pasangan dua sejoli ini semoga berkekalan hendak-NYA.

Jadikan Pengajaran

Marilah kita sama2 renung2kan, yg baik jadikan pengajaran yg buruk jadikan teladan. Pesanan dari ayah kepada Allahyarham Adik Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa.....

Buat kawan2 semua.... Antara perkara yg kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1.Bila anak merengek bangun malam, jgnlah marah dia. Jgn merungut kenapalah kena bangun malammmm.. mengantuk..etc..That might be the last night that he/she does that.

2.Bila anak mintak mainan @ sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3.Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4.Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5.Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is... Hargailah masa anda bersama anak2... Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.

Amalan Ketika Anak Sedang Tidur


Pernah terbaca satu artikel perkara yg patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sdg tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kpda anak2.... setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau 100 kali. Seterusnya, membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dgn lembut dan perlahan2 ketika dia sdg tidur dgn menyeru kpda nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang krna sesungguhnya percakapan kita kpda anak yg sedang tidur itu sangatlah berkesan kpda jiwa dan rohnya. Ayah dan ibu jg hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yg ada pada kita misalnya air yg masih basah di tangan ke muka dan ubun2 anak.