Islamic Clock

Tuesday, February 21, 2012

Latiff Ibrahim Meninggal Dunia



Takziah di ucapkan pada ahli keluarga Latiff Ibrahim yg telah kehilangan seorang insan yg telah banyak menghiburkan kita semua pada masa dulu. PENYANYI dan pelakon popular era 70-an dan 80-an, Latiff Ibrahim, atau nama penuhnya Abdul Latiff Ibrahim, 62, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, jam 6.06 petang semalam, berikutan komplikasi jantung.

Kakak penyanyi itu, Sophia Ibrahim berkata, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediaman keluarganya di AU3, Keramat, pada malam tadi, manakala urusan pengebumian pula dijangka disempurnakan hari ini. Buat masa ini keluarga terdekat sedang menguruskan jenazah untuk dibawa pulang ke rumahnya. Jenazah berkemungkinan dikebumikan sebelum Zuhur esok (hari ini), namun lokasinya masih belum dapat dipastikan.

Allahyarham yang dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari, IJN, sejak Sabtu lalu difahamkan terpaksa bergantung kepada mesin hayat dan menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, anak serta adik-beradiknya. Beliau meninggalkan seorang balu, Masria Mahadan, 54, serta dua anak, Haznally, 32, dan Hazriq, 34.

Latiff Ibrahim terus aktif menyanyi, berlakon hingga ke akhir hayat. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada penyanyi dan juga penghibur ini yang telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Amin.

Sunday, February 19, 2012

New Semester

Sepatutnya new semester baru Adik akan bermula esok 20hb Februari 2012 bg sesi pengajian yg seterusnya, tapi itu semua dah berlalu...Kalau kebiasaan sehari @ dua hari sebelum buka semester Adik akan datang rumah dan mama sekeluarga akan hantar Adik ke kolej untuk lapor diri dan memulakan sesi pengajiannya, tapi rutin tu xkan ada lg semuanya hanya tinggal kenangan......

Pemuda Derita Kanser Tulang


Penderitaan pesakit barah tulang, Mohd. Zulhafiz Abdul Ghani, 21, berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.55 malam di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini semalam. Anak bongsu drpd lima adik-beradik itu meninggal dunia di sisi semua ahli keluarganya selepas dua minggu mendapatkan rawatan di HTAA.

Menurut bapa Allahyarham, Abdul Ghani Mohamed, 64, seminggu lalu, ketumbuhan seberat 20 kilogram di bahu kiri anaknya tiba2 sahaja pecah dgn mengeluarkan darah dan cecair. Kira2 segayung cecair yg keluar dari ketumbuhan tersebut dgn meninggalkan lubang sebesar bola ping pong. Selepas kejadian itu, saya lihat penderitaan arwah semakin berkurangan, malah pergerakannya lebih mudah kerana ketumbuhan tersebut semakin mengecil.

Ketumbuhan misteri seberat kira2 20 kilogram itu mula dikesan pada Jun tahun lalu dan ia semakin membesar di bahagian bahu kirinya sehingga menyebabkan dia hanya mampu terlantar kesakitan.

Namun siapa sangka arwah akhirnya pergi meninggalkan kami semua," katanya ketika ditemui selepas pengkebumian Mohd. Zulhafiz di tanah perkuburan Perkampungan Felda Bukit Goh di sini hari ini. Jenazah dikebumikan pada pukul 11 pagi ini selepas disembahyangkan di rumah keluarga Allahyarham dengan dihadiri kira2 100 orang.

Doktor memaklumkan kematian Allahyarham Mohd Zulhafiz, iaitu anak bongsu drpd lima beradik, disebabkan jangkitan kuman di paru-paru dan beberapa organ dalaman akibat penyakit yang dihidapinya.

Sementara itu, ibunya, Safiah Lebai Yahya, 58, berkata sebelum meninggal, anaknya sempat memohon kebenaran untuk "balik" kerana tidak tahan dengan kesengsaraan yang dihadapinya. Makcik izinkan permintananya tersebut dan redha dgn ketentuan Ilahi. Makcik mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yg memberi sumbangan dan mohon dihalalkan apa sahaja pemberian mereka kepada arwah.
AL-FATIHAH......

Wednesday, February 15, 2012

Berkongsi INFO Otak

Birthday Zuyyin Mahira


Hapy Besday Zuyyin Mahira Mahadir.......

Selamat Hari Lahir yg Pertama buat anak buahku ZUYYIN MAHIRA semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...AMIN......

Monday, February 13, 2012

Sejadah Berdiri


Kejadian ini berlaku di Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah,
“Sejadah ini seakan sujud dan dgn tidak semena-mena, saya seram menyaksikan apabila ada dua atau tiga sejadah lain turut tegak menghadap kiblat”. Demikian kata seorg pelajar , Filza Nur Iffah Rosli, 11, yg menemui sehelai sejadah drpd 43 sejadah didakwa berdiri menghadap kiblat dlm sebuah surau lama di pusat pengajian Islam itu kira2 jam 7.30 mlm semalam.

Filza berkata, pada jam 6.45 petang sblm kejadian, pengetua maahad itu meminta dia bersama tiga rakan lain, Badlishah Sadino, 11, Aiza Zamri, 10, dan Norsyamira Ismail, 13, mengangkat 45 sejadah yg dijemur di penyidai krna hujan. Umi meminta kami mengangkat sejadah terbabit utk dihamparkan di surau lama ini memandangkan semua sejadah masih lembap. Selesai solat Maghrib, saya bersama seorang rakan, Najwa Baderi, 14, naik ke tingkat itu utk mengambil wuduk yg terbatal. Slps mengambil wuduk dan melintasi bilik mengaji ini, saya terkejut apabila melihat sejadah di hadapan pintu berbentuk seakan sdg sujud menghadap kiblat. Filza berkata, mrka sgera ke tingkat bawah n memaklumkan kpda pengetua maahad mengenai kejadian pelik itu.

Pengetua maahad itu, Azizah Khatib Mat berkata, kejadian yg berlaku di dlm surau berusia 69 tahun itu disifatkan sbg bukti kekuasaan ALLAH SWT dan pasti mempunyai hikmah di sebaliknya. Menurutnya, kejadian sebegitu pernah dilaporkan berlaku sebelum ini di tempat lain dan beliau yakin ia bukan perbuatan pelajar nakal. Pelajar perempuan yg saya minta menghamparkan sejadah ini bukan pelajar nakal, malah masa diberikan pada mereka untuk menyelesaikan tugas itu terhad krna mrka perlu berada di dalam surau untuk berzikir sebelum masuk waktu Maghrib. Jumlah sejadah jg byk. Maka saya yakin ini bukti kebesaran ALLAH SWT dan mungkin sbg satu drpd bentuk hidayah kepada pelajar serta umat Islam.

Syahmi Irfan Demam

Tiba2 malam tadi badan Syahmi panas, mama ingatkan panas biasa...makin lama makin panas sah Syahmi demam. Papa pun ambik air n kain n terus jaramkan kepala Syahmi supaya demamnya cepat2 kebah. So turn mama plak ambik alih bila tengah malam, kejap panas kejap ok n mama tak henti2 tuamkan kepala Syahmi n akhirnya mama terlelap kejap... mama tersedar bila dengar Syahmi memanggil nama mama....mama mama Abang demam la, a'a Abg demam sbb tu la mama jaramkan kepala nak bg cepat baik. Abg tidola....

Mama bangun lbih kurang kol 5am untuk kuarkan stok susu dari freezer untuk dicairkan utk bekalan Adik Iesya arini, mama rasa badan Syahmi panas semula, mama pun jaramkan lg kepalanya n tb2 Syahmi tersedar, mama Abg sejukla ktnya...ye la Abg demam tu yg rasa sejuk....mama pun pujuk Syahmi utk makan ubat untuk kurangkan suhu panasnya..... slps makan ubat mama tengok keadaan Syahmi cam ok sikit n selepas tu mama pun bersiap untuk g opis plak biarla lambat masuk opis jnji keadaan anak mama dah stabil skit. Nnti Syahmi g klinik ngan papa tau.....

Friday, February 10, 2012

Doakan Anak Setiap Hari

Sbg ibu bapa, pasti ada yg pernah mengeluh perihal tingkahlaku anak2. Perkara ini mmg biasa terjadi, lebih2 lg sekiranya anak anda sudah boleh bercakap, berfikir dan menilai (walaupun penilaian berdasarkan tahap peringkat umur mrka saja). Kanak2 dlm lingkungan umur dua hingga tujuh tahun mmg sering dilabelkan lasak krna ingin mencuba apa shja yg dilihat dan mrka jg didapati 'tidak dengar kata'.

Apa yg berlaku adalah ketiadaan komunikasi dua hala antara ibu bapa n anak. Di samping itu, kanak2 sbnrnya tidak dpt mendengar arahan dgn baik krna tdak memberikan perhatian kpda suara ibu bapa. Sebaliknya, perhatian mrka hanya tertumpu kpda permainan mrka dan alam sekeliling yg ingin diterokai. Justeru, sekiranya anak anda degil, sering memberontak, membaling barang dan memusnahkan permainan, siapakah yg bersalah? Sudah tentu org dewasa krna tidak berusaha utk memahami kehendak si anak.

Berikut ada bbrpa panduan yg boleh digunakan bg menangani anak sebegini.

*Cuba fahami bahasa anak anda dgn bertanya scra lembut kpdanya. Sebaiknya tinggalkan sebentar apa yg anda lakukan sama ada sedang memasak @ membasuh baju dan berikan perhatian kepada anak.

*Selalunya ibu bapa bercakap sambil lewa saja ttpi sebaiknya, pandang muka n tatap matanya dgn penuh kasih sayang. Brpa kali dlm sehari kita bertentang mata dgn anak? Perhubungan mata sgt penting dlm apa jua jenis komunikasi walaupun dgn anak kecil. Ingatlah, kanak2 sgt memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian drpd ibu bapa.

*Sebaik shja anda pulang bekerja n mengambil anak dari pusat jagaan kanak2, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jgn terus ke dapur utk memasak @ mengangkat kain di ampaian. Berikan perhatian pertama kpda anak. Tanyakan dgn lembut dan mesra apa yg dibuatnya seharian di rumah bersama pembantu rumah @ di tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya yg anda sgt sayangkannya. Bermain2 dgnnya kira2 setengah jam, barulah anda minta diri utk ke dapur. Mudah2an dia akan lebih mendengar kata krna perhatian yg diharapkannya sudah diperoleh.

*Ajarkan anak dgn perkataan "tunggu sebentar boleh" sekiranya anak perlukan sesuatu dan anda tidak dapat melakukannya krna sedang sibuk di dapur. Layan dia sebaik shja berkesempatan. Jgn buat tidak tahu shja @ bersikap acuh tidak acuh krna sebenarnya anda sdg mengajar anak agar tidak menghiraukan orang tua. Kita tidak boleh mengharap dia patuh setiap arahan kita krna Allah tidak menjadikan dia demikian. Ingatlah, anak belajar dgn meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

*Cuba fahami personaliti anak anda. Setiap anak dikurniakan Allah dgn personaliti tersendiri. Anak yg suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa2 sebab boleh dikategorikan sbg inginkan perhatian. Oleh itu, jika anak ini menjerit, berilah perhatian kpdanya spti memandang ke arahnya @ bertepuk tangan jika dia menyanyi. Bagaimanapun, anda boleh mengajarkan kpdanya bahawa perbuatan suka menjerit tidak bagus krna boleh mengganggu adik kecil yg sedang tidur. Sekiranya anak suka menjerit, anda boleh meminta dia menjerit di dinding berulang kali sehingga dia letih. Mungkin dia akan berhenti menjerit @ membuat perangai bbrpa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, anda suruh dia lakukan perkara yg sama sehingga dia berhenti. Berikan dia hadiah sekiranya anda dapati dia tidak menjerit @ semakin kurang menjerit dlm sehari. Katakan padanya, "Mama berikan hadiah coklat krna kakak tidak menjerit hari ini." Dgn ini, anak akan faham bhwa ibu bapa tidak menyukai perbuatan itu.

*Sentiasa ingatkan diri anda mengenai sifat positif anak yg keletah dan kerenah anak yg menghiburkan. Tumpukan perhatian anda kpda kelebihan itu. Jgn mengingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang.

*Bayangkan anak dgn semua sifat positif yg anda inginkan setiap kali berinteraksi dgn anak. Anda jg boleh berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dgn lembut pada ubun2 kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan anda kepadanya. Anak2 hidup dlm dunia yg tiada peraturan. Ibu bapa yg membuat peraturan, disiplin dan galakan kpda anak.

*Periksa siapa yg biasa ditemui anak2 anda setiap hari. Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dlm rumah itu (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak2 ln yg diasuh). Adakah terdapat mrka yg membawa unsur negatif? Jika ada, sebolehnya usahakan utk mencari tempat pengasuhan yg ln krna perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu shja. Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yg baik drpda kita menangis di kemudian hari krna anak tidak mahu menjadi baik.

*Apabila kita memarahi anak pd usia ini dgn nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yg asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan krna kesakitan yg dialami di dlm hati n scra fizikal. Semakin kerap ibu bapa memarahi mrka, maka semakin kuat pemberontakan mrka. Anak2 pd usia ini tidak 'makan' dgn cara spti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk bbrpa ketika shja. Ttpi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yg berpanjangan di dalam diri mereka.

*Untuk anak2 yg nakal, jk mrka melakukan kesalahan, dekati anak serta dakap, peluk, cium, sayang dan dudukkan anak di atas pangkuan, berilah nasihat scra hikmah. Ceritakan pada mrka apa yg mereka buat itu salah dan apa yg mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.

Semoga kita semua mendapat pencerahan!!

Adik Iesya @18 Bulan

Alhamdulillah, alhamdulillah..... today genap 1 tahun 6 bulan usia Adik Iesya Insyirah. Ini bermakna perjalanan penyusuan mama dah sampai 1 tahun 6 bulan dan ada 6 bulan lg mama perlu bertahan dlm menjayakan misi penyusuan mama... Semoga mama sentiasa diberi sekeping hati yg "degil" dan cekal utk terus berusaha dan menjayakan penyusuan susu ibu untuk Adik Iesya Insyirah. Doakan mama berjaya. Tuhan shja yg dapat membalas segala doa anda itu...

Smlm 8 Februari 2012 Adik Iesya dah g klinik utk suntikan tambahan bg bby umo 1 tahun 6 bulan. ALhamdulillah, Adik Iesya masih lg fully breasfeeding mama sampai skrg. Kalau bekerja siang, Adik Iesya akan menyusu melalui botol + bekalan susu yg dah siap dipump, tp bila mama balik keje jer Adik Iesya akan terus reject botol susunya. Alhamdulillah, mama masih boleh maintainkan susu dan stok susu pun masih banyak dlm freezer.

Susu lama2 memang akan kering dan kering sebab pam electric tak sama dgn mulut baby, stimulation dari mulut baby tu sangat penting dibandingkan dgn mesin. Oleh itu ibu2 kenelah mainkan peranan n berusaha mengumpul stok susu demi anak tersayang atleast sampai usia dua tahun....

Juga agak tidak adil gak membandingkan wanita yg Full Time House Wife (FTHM) dgn wanita bkerjaya..memang diakui besar pengorbanan ibu2 yg sanggup meninggalkan kerjaya utk menjaga anak Tapi tak semestinya wanita bekerjaya tak boleh fully BF... nak seribu daya tak nak seribu dalih.....betul tak moms........

Thursday, February 9, 2012

Redhakanlah Pemergiannya....

Hampir enam bulan lebih arwah adik berumah di Hospital HUSM Kubang Kerian. HUSM dah jadi rumah pertama arwah adik, arwah tinggal kat hospital untuk menjalani rawatan kimoterapi. Sesungguhnya semangat arwah kuat n tabah dalam melawan penyakit yg dihidapinya....tapi apalah yg mampu kami lakukan, sesungguh-NYA ALLAH SWT lg Menyayangi-NYA......

Kebanyakan rakan2 arwah yg sama2 kat hospital semuanya dah kembali ke Rahmatullah tak lama selepas arwah adik meninggal, yg kerja askar (arwah sllu bercerita abg nie (Syazwan xsilap namanya) nak bt pemindarahan sum2 tulang kat spital Ampang, KL) tggl kat Pasir Mas, yg tggal kat Kuala Krai (Shahrul xsilap namanya), suami Kak Zan yg tggl kat Terengganu n ramai lg semuanya dah meninggal. Sesungguhnya Allah swt lebih menyayangi mereka semua ini, moga2 mereka di tempatkan di kalangan golongan org2 yg beriman....AMIN....

Anak Kak Syimah (nama Salwani xsilap) pun dah meninggal penghujung bulan Disember 2011 xlama selepas arwah adik meninggal. Anak Kak Syimah sempat buat pemindahan sum2 pada bulan Ogos 2011 kat spital Ampang, KL......

Aku Kehilanganmu

Mazuwan Mohd Azahari
AKU KEHILANGANMU

Adikku… mengapa?
Kau tiada lagi di sisi!..
Kasihmu sementara, hadirmu seketika,
Aku kehilanganmu…

Kenapa kau pergi dariku?
Jauh di pandangan mataku.
Aku masih memerlukanmu…
Menjadi teman karibku.
Dirimu tetap di hatiku…

Tak akan kumelupakan kenangan.

Tak kusangka begini jadinya…
Aku kehilanganmu..!

Kenapa kau tinggalkan aku?
Tanpa selafaz kata buatku.
Resahnya rinduku mengingatimu…
Hadirlah dalam mimpiku.
Mungkin ini suratan takdirku…

Tak dapat kumeneruskan impian.

Tak kuduga begini akhirnya…
Aku kehilanganmu..!

didedikasikan buat arwah adikku...
didoakan kau tenang di sana…
aman bersama para solehin..!

AL-FATIHAH....
Ini adalah nukilan dari AbeLO.....
Menitis air mata bila setiap kali teringatkan arwah, banyak kenangan bersama arwah, arwah pergi begitu cepat tanpa sempat kami semua mendengar suaranya buat kali yg terakhir...Kehilangan arwah takkan ada galang gantinya....tapi arwah adik akan tetap subur dlm ingatan kami sekeluagra....pemergian arwah satu kehilangan besar buat kami sekeluarga......moga arwah adik ditempatkan dikalangan golongan orang2 yg beriamn dan beramal soleh....A M I N.....

Anniversary Day Ke-7


Hari ini 9 Februari adalah Anniversary Day mama n papa yg ke-7. Doa2kanlah semoga bahtera rumahtangga yg telah mama n papa bina akan terus berkekalan hendak-NYA hingga ke akhir hayat mama n papa. Moga kasih dan sayang mama n papa akan terus mekar selama2nya, Insyaallah......AMIN.....

Selamat ulangtahun perkahwinan kita yg ke-7 papa,

Lata Chepor

Terdapat sebuah kawasan perkelahan yg menarik iaitu Kawasan Perkelahan Ulu Chepor. Air terjun Ulu Chepor terletak di Chemor , negeri Perak , Malaysia . Terletak kira2 10 km dari bandar Ipoh .Air terjun ini menyediakan kawasan rekreasi yg menarik spti pondok rehat, kerusi meja dan tempat persalinan . Sebuah pintu gerbang yg menarik jg telah dibina. Kawasan ini berada di pinggir Bandaraya Ipoh dan ia merupakan kawasan hulu sungai yg dimajukan menjadi pusat pelancongan. Ini terbukti bila Kawasan Perkelahan Ulu Chepor termasuk di dlm peta pelancongan Negeri Perak sbg salah satu drpd tempat menarik yg ada di Negeri Perak.

Kawasan Perkelahan Ulu Chepor ini telah dikomersialkan dan diselenggarakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Banyak kemudahan yg terdapat di Kawasan Perkelahan Ulu Chepor ini spti tandas, surau, kedai menjual makanan dan pondok2 kecil bg pengunjung berteduh. Jalan untuk menuju ke kawasan ini juga berada dlm keadaan yg baik.

Kawasan Perkelahan Ulu Chepor merupakan lokasi tumpuan penduduk di kawasan ini beristirahat atau berkelah. Selain dari pengunjung tempatan, kawasan ini jg semakin popular di kalangan pelancong luar. Keadaan air sungai yg bersih, air terjun dan batu-batan besar serta suasana redup dan tenang menjadikan sungai Ulu Chepor sesuai bagi aktiviti riadah sekeluarga.

Thursday, February 2, 2012

Pertahankan Agama Bukti Cintakan Nabi Muhammad

WALAUPUN Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan kita kira2 1,433 tahun lalu, ttpi dgn cinta kasih kita kpda Baginda serta sunnahnya, maka kita merasakan seolah2 Baginda masih hidup.

Nabi Muhammad SAW adalah satu2nya Rasul yg menyelesaikan tugas dan menyempurnakan amanah pekerjaan sewaktu hayat Baginda membawa kpda kita risalah Allah dgn dua cara.
Pertama, menyampaikan perintah dan panduan Allah SWT melalui wahyu Qurani dan kedua, menghidupkan wahyu Allah dgn sempurna melalui perbuatan, perkataan dan pengakuannya atau yg dinamakan sunnah nabawiyah. Kemuliaan akhlak Rasulullah SAW spti dicerminkan dlm al-Quran, wajib diambil teladan scra mutlak dan ditaati sepanjang kehidupan ini.

Firman Allah SWT yg bermaksud: “Dan taatlah kamu kpda Allah serta taatlah kpda Rasulullah; maka kalau kamu berpaling, maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dgn jelas nyata.” (Surah at-Taghaabun, ayat 12). Allah SWT menegaskan bhwa perintah mentaati Rasulullah SAW adalah bererti mentaati Allah SWT dan mengingkari Baginda bererti jg mengingkari Allah SWT.

Bukti penegasan ‘taat kpda Rasulullah’ ini terdapat dlm kalimah syahadah, mensyaratkan bhwa seseorang tidak boleh menganut Islam jika hanya mengaku beriman kpda Allah SWT tanpa mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW. Ini menggambarkan satu istinbat mutlak bhwa makna mencintai Rasulullah SAW adalah dgn mentaati keseluruhan ajaran Baginda. Pada masa sama ia membawa kita mencintai Allah SWT. Oleh itu, beriman kpda rasul Allah adalah wajib dan menjadi tunjang kekuatan akidah Islam.

Selari dgn ikrar yg kita lafazkan dlm syahadah, umat Islam perlu mematuhi dan mengamalkan semua ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Jika kita mengabaikan pelaksanaan perintah Allah dan suruhan Rasul-Nya, maka Allah akan jauh drpd kita. Ini bererti iman kita mulai lemah dan kelemahan iman ini memberi ruang kpda musuh Allah dan syaitan mendekati bahkan mempengaruhi kita dlm membuat keputusan.

Oleh itu, tidak menghairankan ada dlm kalangan umat Islam yg mengaku beriman dgn Allah dan Rasul-Nya, ttpi pada masa sama mentafsir Islam mengikut hawa nafsu. Mereka melakukan tindak-tanduk mengikut kemahuan sendiri dan akhirnya perbuatan itu kelihatan janggal, pelik di khalayak ramai. Besarnya pengaruh nafsu dan peranan syaitan dlm kehidupan ini terbukti apabila mrka tanpa segan silu mengutamakan kepentingan diri, mengutamakan kebendaan walaupun nyata bercanggah dgn al-Quran dan sunnah. Bagaimana bentuk dan pengukuran bhwa kita tergolong org Islam yg benar2 mencintai Rasulullah SAW? Ramai mengakui cinta kpda Rasulullah, ttpi tidak tahu bentuk dan hakikatnya. Cinta yg jujur akan menggerakkan seluruh perasaan dan kelakuan manusia membuat sesuatu sbg cermin kehidupannya yg selari dgn ajaran Islam.

Sahabat dlm membuktikan kecintaan kpda Rasulullah dan sunnahnya sanggup berkorban nyawa, rela kehilangan harta kekayaan, anak, ibu bapa dan status diri, demi mempertahankan perjuangan suci bersama Rasulullah. Nama besar spti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Ali dan ramai lg syuhada serta golongan solihin baik lelaki dan wanita telah membuktikan kasih sayang tidak berbelah bagi kepada Rasulullah SAW. Setiap tahun umat Islam menyambut Maulidur Rasul dlm pelbagai bentuk. Kadangkala sambutan itu mendapat kritikan sejauh mana sambutan ia meningkatkan penghayatan serta ketaatan melaksanakan ajaran dibawa Rasulullah SAW.
Program Maulidur Rasul ini pada dasarnya adalah sebahagian daripada aktiviti dakwah bertujuan mentarbiah, membimbing dan memperingatkan umat Islam menghargai apa dikurniakan Allah SWT.

Salah satu pengajaran itu ialah memperingati perjuangan Nabi Muhammad SAW sbg seorg pesuruh Allah paling berjaya menegakkan ajaran Allah, rasul terakhir, tokoh teragung sepanjang abad di dunia dan akhirat krna membawa perubahan besar kpda landskap akidah manusia di dunia. Malah, hingga ke hari ini peribadi suci Rasulullah SAW masih dikagumi musuh Islam, seolah2 Baginda masih hidup walaupun hampir satu setengah alaf sudah meninggalkan kita. Sambutan Maulidur Rasul yg diberi liputan meluas media cetak dan elektronik memberi peluang rakyat pelbagai agama memperingati seorang insan terpilih, memahami gaya kepemimpinan, akhlaknya, dasar politik, ekonomi dan sosial untuk diteruskan serta dihayati.

Hakikatnya, sambutan Maulidur Rasul adalah suatu peringatan, tazkirah yg bertepatan dgn firman Allah SWT yg bermaksud: “Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, krna sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kpda orang yg beriman.” (Surah adz-Dzaariyat, ayat 55)

Ibadah Umrah

MUSIM umrah kembali. Mengikut maklumat yg diterima, Kerajaan Arab Saudi mula mengeluarkan visa umrah sejak dua minggu lalu. Spti biasa, ribuan umat Islam di Malaysia mula mendaftar dgn agensi pelancongan yg mengendalikan pelbagai pakej umrah yg berlumba2 menawarkan pakej serendah RM4,500.

Umrah pd syarak ialah menziarahi Baitullah pada bila2 masa sepanjang tahun, kecuali bg orang yg dlm ihram haji), bertujuan mengerjakan tawaf dan sa’i dgn mematuhi syarat serta menunaikan segala rukun dan wajib umrah. Segala2nya mesti sempurna. Sebagaimana firman Allah SWT dlm surah al-Baqarah ayat 196 yg bermaksud: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah krna Allah”.

Perlu diingat bhwa syarat utama setiap pekerjaan itu hanya akan menjadi ibadah dan mendapat pahala drpd Allah SWT, jk diniatkan semata2 krna mematuhi perintah-Nya serta mengikut sunnah Rasul-Nya. Demikian jg umrah. Namun, bg menjamin kita memperoleh ganjaran yg lebih besar, maka ibadah wajib spti solat, puasa dan berzakat mesti dilaksanakan ketika di tanah air lg. Bg jemaah yg akan berangkat menunaikan ibadah itu pastinya sudah mengikuti kursus yg dianjurkan oleh agensi berkaitan rukun dan wajib umrah yg perlu dipatuhi krna ibadat umrah adalah antara syariat Allah SWT yg mempunyai rahsia serta hikmahnya tersendiri. Ibadah umrah akan sia2 jika bekalan bekalan ilmu tidak mencukupi.

Antara hikmah yg perlu dihayati ialah ibadat umrah mampu melatih umat bersatu meningkat syiar Islam, kemesraan silaturahim antara pelbagai warna kulit dan bangsa biar pun berlainan tutur bahasa, budaya dan latar belakang. Demikian hikmah Allah menetapkan umat manusia berbeza antara satu sama lain supaya mereka saling kenal mengenali. Namun, semuanya akan bertemu, malah bersentuhan bahu ketika di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Contohnya ketika melakukan tawaf. Dgn jelas dapat kita lihat semangat perpaduan dan persaudaraan dlm kalangan umat Islam amat erat tanpa mengira darjat. Raja, rakyat miskin atau kaya, sama saja taraf mrka ktka mengerjakan ibadat itu dgn semuanya berpakaian ihram berwarna putih utk mengabdikan diri kpda Allah SWT. Mrka ialah utusan Allah. Dari Ibnu Umar ra dari Nabi SAW, Baginda bersabda yg bermaksud: “Seorg yg berperang di jalan Allah, dan seorg yg menunaikan haji dan umrah adalah utusan Allah. Allah memanggil mrka dan mrka mendatanginya, dan mrka meminta kpda Allah, lalu Allah memberikan kpda mrka.” (Riwayat Ibnu Majah dan dihasankan oleh Sheikh al-Albani.)

Bagi amalan sa’i pula kita dapat merenung kembali bagaimana peristiwa isteri Nabi Ibrahim as, Siti Hajar berlari berulang-alik antara Bukit Safa dan Marwah di tengah padang pasir yg panas dan kering kontang ketika Nabi Ismail masih kecil, bg mencari air. Sehinggalah dgn kuasa Allah SWT air zam2 terpancar ke bumi di tempat letak kaki Nabi Ismail, dan tidak kering hinggalah sekarang. Byk lg peristiwa penting dlm sejarah Islam yg berlaku sama ada di Madinah atau Makkah dan semua peristiwa itu mesti menjadi teladan kpda umat Islam utk menanam semangat perjuangan supaya terus berusaha dan tidak mudah putus asa berdepan rintangan hidup di dunia semata2 utk menikmati hidup kekal kelak.

Berbalik kpda tujuan melakukan umrah, jemaah yg mendapat ‘jemputan’ drpd-Nya utk menjejakkan kaki ke dua negeri yg penuh berkat iaitu Ummul Qura Makkah al-Mukarramah dan kota Rasulullah SAW Madinatul Munawarah, mesti menanam niat beribadat semata2 krna Allah. Hikmat kedua2 kota di Tanah Suci itu amat luar biasa krna setiap amalan ibadat digandakan.

Sebagaimana satu hadis yg menyebut: “Dari Jabir bin Abdillah ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Solat di masjidku ini lebih utama 1,000 solat drpd solat di masjid selainnya, kecuali Masjidil Haram, dan solat di Masjidil Haram lebih utama 100,000 dari solat di masjid selainnya.” Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah, dan disahihkan al-Albani (Kitab Irwauul Ghalil cetakan al-Maktab al-Islami hal 341 hadis no 1129 juz ke 4). Maknanya, pahala solat di Masjid Nabawi lebih byk iaitu 1,000 kali drpd pahala solat di masjid selainnya. (Syarh Sahih Muslim oleh Imam Nawawi cetakan Darul Fikr hal 166 -167,juz ke-9 jilid ke 5).

Madinah ialah Dar Sunnah, Dar Hijrah dan Dar Nusrah, hinggakan kisah orang Ansar di Madinah dirakamkan dlm al-Quran. "Dan orang (Ansar) yg mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mrka, mengasihi orang yg berhijrah ke negeri mrka, dan tidak ada pula dlm hati mrka perasaan berhajatkan apa yg telah diberi kpda org yg berhijrah itu dan mrka jg mengutamakan orng yg berhijrah itu lebih drpd diri mrka sendiri, sekalipun mrka dlm keadaan kekurangan dan sangat2 berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yg menjaga serta memelihara dirinya drpd dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka mrkalah orang yg berjaya" (Surah al-Hasyr ayat 9).

Sesuatu yg perlu diberi perhatian oleh jemaah ialah setiap ibadah termasuk umrah yg dikerjakan tanpa ilmu adalah sia2 krna beribadat tidak boleh dibuat scra ikut2an saja. Selok-belok pelaksanaan ibadat itu perlu dipelajari dan difahami supaya dapat dikerjakan dgn sempurna ketika di Tanah Suci, tanpa bergantung kpda orang lain. Seperkara lg yg harus diingat ialah dua Tanah Suci itu ialah tanah berkat. Selain disebutkan dlm al-Quran, terdapat banyak hadis Rasulullah SAW berkaitan Madinah dan Makkah yg patut diberi perhatian ketika berada di sana. Hadis riwayat Abu Hurairah ra: “Rasulullah SAW bersabda: Di setiap jalan Madinah itu terdapat malaikat (yg menjaga) agar tidak dimasuki wabak penyakit dan Dajjal.” (Kitab Sahih Muslim).

Wednesday, February 1, 2012

Bahaya Wabak Kencing Tikus

LEPTOSPIROSIS @ jangkitan yg dibawa haiwan, termasuk drpd keluarga tikus dikategorikan sbg jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kpda penduduk negara ini. Pd Mei tahun 2009 misalnya, kita dikejutkan dgn jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.

Ia turut dikenali dgn pelbagai nama spti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam Pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis Berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola. Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee berkata, leptospirois berpunca drpda pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’

Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yg dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan drpd manusia kpda manusia. Jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dgn 50 peratus drpdnya berlaku di Hawaii.

Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yg berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika. Tanpa alasan yg kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat. Kerap kali, mrka yg terbabit dgn aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis.

Rekod WHO menunjukkan antara kes wabak leptospirosis yg meragut byk nyawa adalah ketika Taufan Mitch pada 1995. Wabak leptospirosis yg dilaporkan di Nicaragua itu membabitkan komplikasi pendarahan di paru2. Pada 1998, wabak itu melanda kawasan tengah Amerika Syarikat. Tahun yg sama ia berlaku di Peru dan Ecuador disebabkan banjir besar. Pada 21 September 2000, empat kematian direkodkan di Perancis membabitkan peserta merentas desa, Eco-Challenge. Tarikh yg sama di Kanada enam kes disyaki dijangkiti leptospirosis jg membabitkan peserta merentas desa Eco-Challenge. Sementara pada 17 Jun 2004, Kementerian Kesihatan Kenya melaporkan enam kematian dan 141 kes jangkitan leptospirosis dilaporkan di sekolah menengah di Bungoma, Kenya.

Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yg teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Di antara faktor risikonya adalah:
1) Pekerjaan yg terdedah kpda persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi spti berenang dlm air yg dicemari bakterium leptospira@ berkayak.
3) Terdedah kpda peralatan di rumah yg digunakan utk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yg digigit binatang spti tikus, tupai dan arnab.

Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yg khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa @ hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

INFO: Leptospirosis

Jangkitan penyakit yg disebabkan bakterium.
Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing @ tisu haiwan yg dijangkiti
Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

Susu Ibu Mampu Tingkatkan Kepintaran Bayi

Info ini mama petik dari http://www.majalahsains.com untuk dikongsikan bersama para ibu2 yg lain.....

Mengapakah para ibu digalakkan utk menyusu bayi dgn susu badan dan bukannya susu tepung ataupun susu lembu? Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yg menggembirakan dan ia adalah masa yg sgt mencabar. Ibu harus memberi pertimbangan kpda penyusuan susu ibu krna ia memberi kebaikan kpda ibu dan anak. Kita semua digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan utk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Dalam masa pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksudlah bayi itu tidak diberi makanan atau minuman tambahan yg ln selain drpd susu ibu.

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik utk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dlm imbangan yg betul. Sebaik slps melahirkan bayi, susu pertama kental berwarna kekuningan dan ia dikenalikan sbg kolostrum. Khasiatnya amat tinggi krna kandungan proteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia jg mengandungi antibodi(immunoglobulins) yg tinggi serta lebih sel darah putih (leucocytes) yg mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit spti cirit2, selesema, bronkitis dan radang paru2.

Susu ibu jg mengandungi nutrien tertentu yg amat kritikal utk perkembangan otak dan ia membantu dlm meningkatkan kepintararan bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia telah membuktikan bayi yg disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa. Ia jg memberi peluang kpda ibu dan anak utk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak krna sewaktu menyusu bayi, bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yg masih kecil itu. Bayi akan lebih mengenali ibu dan paling penting mrka dpt merasakan kehangatan kasih ibu dan bayi akan lebih mesra dan kasih sayang mrka lebih mendalam pada ibunya dlm proses penyusuan ini.

Selain itu, terdapat jg kebaikan terhadap ibu yg menyusui bayi sejak kelahiran anak mrka. Antaranya ialah membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kpda saiz yg asal dgn cepat serta mengurangkan pendarahan slps bersalin. Tambahan pula, ia membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dgn cepat dan mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. Malahan, kelebihan yg seterusnya ialah ia merupakan satu cara merancang kehamilan yg ideal scra tidak langsung krna penyusuan ibu dgn sepenuhnya selama 6 bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Oleh itu, 99 peratus kehamilan dapat dielakkan.

Menyusukan anak adalah tugas yg murni, penting dan istimewa bg seorg ibu. Pd masa ini, kesihatan bayi dan ibu dlm negara2 yg membangun mendapat perhatian yg penting. Yg dirisaukan ialah banyak ibu di bandar dan jg sebahagian di luar bandar tidaklah mementingkan lg susu bg anak mrka. Di negara2 barat yg maju, keadaan menunjukkan ibu2 sudah memberi semula susu bg anak2 mrka ttpi di negara2 membangun spti Malaysia, ibu2 lebih suka memberi anak2 susu botol drpd susu mrka sendiri.

Mengapakah perkara sedemikian terjadi? Maka, faktor yg menghalang penyusuan adalah disebabkan kesakitan puting susu. Pada hari permulaan, ibu mgkn berasa sakit ttpi stlh susu mengalir, kesakitan ini akan berkurangan. Terdapat sesetengah ibu yg puting susunya tersorok atau tidak dapat menegak untuk bayi menghisap, oleh itu bayi akan menghisap kulit hitam sekeliling puting dan mengakibatkan perlukaan kecil. Maka, ibu harus menarik putingnya semasa hamil 8 bulan sbg persediaan. Faktor seterusnya ialah bengkak susu yg disebabkan jangkitan kuman ataupun takungan air susu. Jangkitan kuman dlm buah dada mengakibatkan buah dada bengkak, hangat dan sakit. Ia bolehlah dirawat scra memakan ubat yg diberikan oleh doktor dan ibu boleh membasuhnya dgn menggunakan air suam. Selain itu, sebab2 yg ln mgkn disebabkan sikap ibu tersebut. Misalnya, malu menyusukan anak, tiada susu dlm badan, anak tidak mahu menyusu, ketakutan merosakkan bentuk badan, malas menyusukan anak krna kena bangun pada waktu malam dll. Maka, cara untuk memperbanyakkan susu badan ialah ibu bolehlah ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana dan cuci bersih. Kemudian potong kecil2 dan kisar sehingga halus. Slps itu campurkan dgn segelas air suam dan diminta minum sebanyak 2 kali sehari.

Sehingga setakat ini, kesedaran untuk penyusuan badan adalah masih rendah berbanding dgn negara lain. Kempen menyusu badan telah diadakan di hospital seluruh negara untuk memupuk ibu2 menyusukan bayi2 lebih sihat pada masa akan datang. Misalnya, Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Ia merupakan salah satu program antarabangsa yg dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF. Program ini bertujuan untuk mengalakkan semua hospital dan pusat bersalin melaksanakan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya”. Di samping itu, WABA (World Alliance for Breastfeeding Action) ditubuhkan iaitu satu rangkaian global untuk pertubuhan bukan kerajaan dan individu yg mempunyai matlamat yg sama. Ia bertujuan untuk menggalak, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu. WABA percaya penyusuan susu ibu adalah hak setiap ibu dan anaknya. Pada masa ini, NGO adalah kuasa penggerak di belakang kumpulan sokongan penyusuan susu ibu, berusaha melaksanakan kod antarabangsa, pertukaran maklumat dan latihan untuk pekerja dlm sektor kesihatan. Bagi mencapai matlamatnya, WABA menubuhkan 9 pasukan khas untuk menyelaras gerakan sosial, pertukaran maklumat, penyelidikan, amalan penjagaan kesihatan, wanita dan kerja, mematuhi kod, pendidikan dan latihan serta kumpulan sokongan ibu.

Penyusuan susu ibu tiada bandingan dgn susu tepung mahupun susu lembu. Tiada gambaran yg sehabis murni dan suci drpd seorang ibu yg sedang menyusukan anak kecil dgn memeluk anak itu rapat di badannya. Dgn memeluk anak kecil, dan mengalirnya air susu dari ibu kepada anak, maka kasih sayang itu turut mengalir. Kesimpulannya, dgn penyusuan itu, semua kemahuan asas anak2 dapat disempurnakan dan anak akan berpeluang hidup dgn baik dan teratur smsa dewasa kelak.

Lima Tuntutan CUEPACS Dalam SBPA

Antara lima tuntutan yg di perjuangkan CUEPACS dlm SBPA adalah :-

1)Mengkaji semula pindaan gaji kakitangan Gred 54 dan ke bawah
2)Kedudukan kekananan dlm Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA
3)Kedudukan gaji penjawat awam yg sudah mencapai tangga gaji maksimum
4)Kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus
5)Menyemak kembali penstrukturan semula di semua gred

Selamat maju jaya kpda CUEPACS.....perjuangan CUEPACS adalah untuk semua lapisan

Wilayah Persekutuan Cermin Wajah Malaysia

Wilayah Persekutuan sbg ‘penampilan’ negara, harus menjadi lambang terbaik bg kepakaran perancangan dan pelaksanaan pembangunan yg ada di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, Wilayah Persekutuan adalah cermin wajah Malaysia kpda dunia dan ia membentuk tanggapan pertama pelawat, pelancong dan pelabur yg datang. “Kuala Lumpur sbg ibu negara dan pusat komersial, Labuan sbg pusat kewangan antarabangsa dan Putrajaya sbg pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan adalah nadi penting kpda negara. Kita tidak mahu Wilayah Persekutuan dikenali semata2 melalui menara pencakar langit dan segala gejala negatif yg dikaitkan dgn urbanisasi, sebaliknya kita mengimpikan Wilayah Persekutuan yg hijau, ceria dan dgn alam sekitar yg sihat.

Wilayah Persekutuan bugar sbg pusat ilmu, kebudayaan, kesenian, fesyen dan kulinari. Najib turut mengajak rakyat menjadikan Wilayah Persekutuan sbg tempat terbaik untuk anak dan keluarga mereka. Marilah kita jadikan impian ini satu realiti. Bg menggarap masa depan itu, warga Wilayah Persekutuan perlu berganding bahu bersama bergerak ke arah apa direncanakan.

Hari Wilayah

Hari ini 1 Februari 2012, orang wilayah semua cuti.....patutla highway lengangnya jer arini....

Friday, January 27, 2012

Universiti Diberi Kuasa Autonomi

Selepas Universiti Teknologi Malaysia (UTM), empat lg universiti, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) diberi autonomi semalam, bg membolehkan pusat pengajian terbabit membuat perancangan sendiri dlm usaha menjadi institusi bertaraf antarabangsa.

Pemberian autonomi itu hanya diberikan dlm empat bidang iaitu tadbir urus institusi, kewangan dan penjanaan kekayaan; pengurusan sumber manusia dan pengurusan akademik serta kemasukan pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata autonomi adalah prasyarat penting untuk mewujudkan persekitaran kampus yg dinamik melalui pengurusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yg lebih berdaya saing, kreatif dan anjal. “Universiti selalu menyatakan mrka tidak mendapat kecemerlangan krna wujud halangan dan kekangan akibat terikat dgn kaedah dan polisi kerajaan, jd pemberian autonomi dgn penurunan kuasa bermakna tiada lg alasan untuk mrka mencapai kecemerlangan,” katanya kpda pemberita slps menyampaikan Amanat Tahun Baru 2012 yg bertemakan ‘Berfikiran Global Bertindak Glokal’ di sini, semalam.

Pemberian autonomi kpda lima universiti itu dibuat slps melaksanakan proses audit menggunakan instrumen ‘Tadbir Urus Baik Universiti’ dan ‘Petunjuk Tadbir Urus Baik Universiti’. Beliau berkata, walaupun lima universiti diberikan autonomi dlm kemasukan pelajar, pelajar tetap perlu memohon kemasukan universiti menerusi Unit Pusat Universiti (UPU). “Bagaimanapun, lima universiti akan dapat memilih dulu mana2 pelajar yg memohon menerusi UPU dan mrka sendiri yg akan menentukan kesesuaian kursus kpda pelajar berkenaan serta pemberitahuan mengenai kemasukan ke lima universiti itu dibuat oleh pihak universiti sendiri,” katanya.

Mengenai Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Mohamed Khaled berkata, ia bukan tiket kebebasan mutlak, jauh sekali membenarkan pelajar melakukan aktiviti subversif sehingga mengganggu keselamatan awam. Beliau berkata, pindaan AUKU jg akan mengekalkan persekitaran kampus yg terus menjamin kebebasan akademik. “Kita amat sedih krna akhir2 ini, kebebasan akademik disalah guna, disalah erti, disalah tafsir dan lebih membimbangkan, ia menjadi modal politik jalanan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Mohamed Khaled juga melahirkan kebimbangan dgn kurangnya pelajar yg berminat mengikuti aliran sains di sekolah dan universiti yg semakin kritikal. “Tahun ini, hanya 29 peratus pelajar jurusan sains di sekolah. Keadaan ini berterusan ke tahap universiti yg mana hanya 40 peratus pelajar bidang sains sedangkan sasaran kita adalah 60 peratus. Jika ini berterusan, ia boleh membantutkan usaha meningkatkan inovasi teknologi ke arah tranformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi,” katanya.

Friday, January 20, 2012

Chinese New Year 2012

Selamat Tahun Baru Cina.........

MENJELANG Tahun Baru Cina, kemeriahannya kian dirasai terutama dgn sambutan kedatangan tahun naga kali ini.

Naga air ialah haiwan kelima drpd 12 dlm bintang Cina dan akan ‘lahir’ pd 23 Januari. Di kalangan masyarakat Cina, naga dikaitkan dgn kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah. Justeru, kita boleh melihat patung naga yg diletakkan di atas pintu atau bumbung untuk mengusir iblis dan puaka. Dalam budaya Cina jg, tahun naga paling digemari untuk melahirkan anak krna sifat pada haiwan itu dikatakan akan diwarisi dlm darah daging mereka.

Menurut mitos Cina, pintu naga terletak di bhgn atas air terjun yg mengalir dari gunung legenda. Banyak ikan kap yg berenang ke hulu sungai walaupun air mengalir deras tetapi ia berani untuk melompat ke atas air terjun. Jika ikan kap terbabit berjaya membuat lompatan, ia akan bertukar menjadi naga yg berkuasa. Ungkapan spti ikan kap melompat atas pintu naga digunakan untuk merujuk kepada kejayaan yg datang drpd ketabahan.

Naga Cina dianggap sbg simbol bertuah, kuasa besar dan kebajikan. Mengambil semangat naga yg jatuh pd tahun ini, Habib Jewels menampilkan koleksinya bg menyambut perayaan dgn penuh meriah. Menariknya, penggemar barangan kemas boleh mendapatkan rekaan jongkong emas berkonsepkan simbol naga yg dikenali mempunyai semangat oleh masyarakat Cina pada setiap ketulan yg dihasilkan.

Koleksi jongkong emas seberat lima, 10, 50, 100 dan 500 gram serta satu kilogram itu boleh diperoleh di semua bilik pameran Habib di seluruh negara. Selain jongkong emas, Habib turut menampilkan koleksi anting2, loket dan gelang yg menggunakan simbol naga bersadurkan emas kuning atau putih yg boleh dihadiahkan kpda insan istimewa pada tahun bertuah ini.

Friday, January 13, 2012

Genap 40 Hari

Hari ini genap 40 hari arwah pergi...tapi segala kenangan dan memori bersama arwah masih segar dalam ingatan kami sekeluarga. Doa kami sekeluarga moga2 arwah tenang di alam sana dan ditempatkan dikalangan golongan orang2 yg solehin....AL-FATIHAH...AMIN..

Wednesday, January 11, 2012

Doa2 Untuk Memusnahkan Sel2 Kanser


Ini mama ambik dari blog cancer vs B17, just untuk panduan n berkongsi info :- Download 8 Surah MP3 - sila klik ke Blog Resepirahsiaku.com.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Al Raad (Ayat 16-28).
4. Surah AN Anbiyaa (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan botol2 air yg bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah2 berkenaan, maka ditiupkan kpda air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada anggota yg kena barah kanser dan mandi pesakit dgn air ini. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dgn izin-Nya.

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yg sedang mengidap penyakit kanser. Semuga dgn menolong mereka yg sakit, akan jg mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yg benar2 memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Insyallah dgn berkat dan usaha secara lahiriah serta rohaniah, kesengsaraan yg ditempuhi ini akan sembuh jua hendaknya. Bersama2lah kita berdoa kehadratnya.

Thursday, January 5, 2012

Genap Sudah Sebulan

Genap sebulan arwah adik pergi, semoga arwah ditempatkan di kalangan golongan org2 yg beriman, AL-FATIHAH, AMIN....

Biarlah hanya jasad arwah saja yg pegi tp bukan kenangan bersama arwah... Sesungguhnya pemergian arwah amat dirasai kami sekeluarga.. terasa sgt kekosongan ini yg sememangnya x bleh ditukar ganti. Kenangan arwah akan tetap dan akan sentiasa bersama kita semua. Segala kenangan bersama arwah xkan mungkin dapat kita lupakan selagi hayat dikandung badan. Kita memang x bleh merasai kehadirannya namun arwah sentiasa ada dengan kita. Marilah kita bersama2 sedekahkan Al-Fatihah n mendoakan semoga roh arwah dicucuri Rahmat Allah swt serta di tempatkan di kalangan para solehin.

AMIN....