Islamic Clock

Tuesday, March 22, 2011

Aktiviti Putera n Puteri2 Mama

Nie lah antara aktiviti putera n puteri2 mama di rumah yg sempat mama ambil.....

Pic Adik Iesya n walkernya.......

Pic Abg Syahmi n Ultraman kesayangannya......

Pic Kak Iqa n buku2 nya.......

Pic Adik Iesya n Kak Iqa............

Pic Abang Syahmi n Kak Iqa......

Monday, March 21, 2011

Menyusu Si Manja


Firman Allah S.WT :
Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak2nya selama dua tahun penuh, iaitu bg yg ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah 2:233)

Dah lama mama tak bercerita pasal susu kan. Jadi mama n papa mmg seronok. Tapi tanggungjawab yg perlu digalas jg perlu diingat. Alhamdulillah skrg ni pun dah ramai yg breastfeed anak. Mama bukanla kaunselor laktasi ke apa, tp kdg2 sedih jugak bila org2 terdekat buat tak paham saje betapa pentingnya susu ibu untuk anak.. memang it's not easy as it looks TAPI sekurang2nya cubalah dl jgn menyerah sebelum masanya.

Susu ibu adalah hak anak n tanggungjawab yg perlu dilunaskan oleh ibu/bapa. TAK TAHU - silala belajar/baca/cari maklumat@info, semuanya bermula dr kosong, cari info di internet, tanya orang2 yg berkelayakan, yg dah berpengalaman, pergi kelas penyusuan [tp mama x pergi pun, just byk cari info melalui internet @ buku2 penyusuan aje]. Ianya tidak mudah, tetapi tidak mustahil!. Jom kita sama2 share info yg mama dapat ini.....

1. Bila sah mengandung, tanamkan niat awal2 n doa supaya anak ini nanti akan disusukan dgn susu IBU shja!
2. Bersedia mental n fizikal - cari sebanyak mana ilmu penyusuan yg boleh - persediaan, teknik, masalah2 biasa penyusuan etc - begitu banyak sources nya, forum, blogs, BANYAK, JIKA KITA MAHU!
3. Educate org2 di sekeliling ttg penyusuan, at least bagitau niat kita utk menyusukan kelak.
4. Kuatkan semangat - ini paling penting. Ibu menyusu kena kuat semangat n jg degil kadangkala :) abaikan anasir2 luar yg cuba jatuhkan semangat @ nasihat2 yg tak perlu
5. Ketahuilah paling penting adalah sokongan padu n doa dr suami. Kalau suami menyokong, org lain x sokong pun masih boleh survive Insyaallah.
6. Bersedia sekiranya anak jaundis - terapkan dlm ingatan - ubatnya hanyalah susu ibu!!! tak perlu top up susu formula even kalau doktor/nurse suggest. please ya,
7. Kalau pun anak tu diberi susu formula masa di hospital, takpe. jgn pulak kita pun pegi beli susu dgn andaian nak buat top up, susu tak cukup, anak tak puas, tak kenyang bla bla bla. ini alasan saja. ingat ya, kata2 itu doa. kalau kata susu x cukup selalu, maka x cukup la dia. be positive, doa banyak2, apa yg ada itulah rezeki Allah untuk anak kita. Insyaallah cukup. Allah itu Maha mengetahui setiap kejadian. INGAT ITU SAJA.
8. Wahai ibu, berusahalah. Susu ibu adalah yang terbaik!

Separuh Akhir Piala FA 2011


Tahniah kpda 4 pasukan yg berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala FA 2011. Ketiga2 pasukan tersebut semuanya dr Pantai Timur iaitu terdiri dr Pasukan Kelantan, Pahang n Terengganu. Tahniah n syabas kpda pasukan Kelantan yg berjaya ke separuh akhir Piala FA 2011. Kelantan mara dgn agregat 5–2 stlh menewaskan Felda United 3-0 dlm perlawanan kedua. Terengganu pula mara ke separuh akhir slps berjaya menundukkan Perak dgn agregat 5-4, dlm perlawanan kedua mrka menang 3-1. Malang bg Johor yg tewas 1-3 dlm kedua2 perlawanan suku akhir kpda Selangor. Sebuah pasukan lg yg berjaya mara ke separuh akhir ialah Pahang. Walau pun seri 0-0 pd suku akhir kedua ttpi pd perlawanan pertama mrka telah berjaya menundukkan Kuala Lumpur dgn jaringan 2-1.

Satu pasukan dr Pantai Timur sama ada Terengganu atau Pahang sudah pasti akan ke perlawanan akhir. Terpulang kpda Kelantan, berjaya atau tidak menyekat kemaraan Selangor. Kalau berjaya, kedua2 pasukan di perlawanan akhir Piala FA tahun ini adalah pasukan dari Pantai Timur.

Inilah keputusan penuh perlawanan Suku Akhir Piala FA 2011 yg telah berlangsung baru2 ini:-
Suku Akhir Pusingan Pertama
Mac 15, 2011 (Selasa)

1]K.Lumpur 1-2 Pahang Std
2]Perak 2-1 Terengganu Std
3]Selangor 3-1 Johor Std
4]Kelantan 2-2 Felda FC Std
Suku Akhir Pusingan Kedua
Mac 19, 2011 (Sabtu)

1]Pahang(layak) 0-0 K.Lumpur Std
2]Terengganu 3-1 Perak Std
3]Johor 1-2 Selangor Std
4]Felda Fc 0-3 Kelantan Std

Separuh Akhir Perlawanan 1:

Dijangka pada 13 Mei 2011
Pahang vs Terengganu
Selangor vs Kelantan

Manakala Separuh Akhir Perlawanan 2:
Dijangka pada 16 Mei 2011
Terengganu vs Pahang
Kelantan vs Selangor

Dan Perlawanan Akhir dijangka akan bersiaran langsung pada 11 Jun 2011 nnti, sama2lah kita saksikan siapakah bakal bergelar JUARA PIALA FA 2011???

Berakhir Sudah Cuti Sekolah

Hari ini adalah first day Kak Iqa ke sekolah slps seminggu bercuti. Cuti sekolah telah bermula dari 12hb Mac 2011 n berakhir smlm 20hb. Mac 2011. Cam mn Kak Iqa seronok tak cuti sekolah kali nie???mestilaa seronok mama...Tok ma n Acik dtg sn, dapat jumpa Pok Lo, dapat jumpa bby Pak Ngoh n Mak Ngoh (Bby Zuyyin Mahira Mahadir, lahir pd 15hb Februari 2011, jam 11.05am), g jln umah Tok Muda n yg paling seronok mama n papa bw Kak Iqa g jalan2 Melaka, g tengok belon udara, main taman n mcm2 lg la......mestila best....nnti mama n papa bwla jalan2 lg tau.....

Belon Udara Di Putrajaya


Semalam (Ahad, 20hb Mac 2011) mama n papa bawa putera n puteri2 mama jalan2 di sekitar Putrajaya. First skli, mama n papa bawa putera n puteri2 mama g tengok Pesta Belon Udara Antarabangsa Putrajaya yg ke-3 yg berlangsung di Menara Alaf Baru Putrajaya. Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 bermula dr 17hb. Mac n berakhir pd 20hb. Mac 2011.


Wah....terpegunnya tengok anak2 mama tengok belon udara tuu......
Setelah selesai tengok belon udara, mama n papa membawa putera n puteri2 mama jalan2 di sekitar Masjid Putrajaya n bw g tengok ikan kat tepi tasik Masjid Putrajaya skli.

Tengokla gelagat anak2 mama, cam mn nak bergambo..pandang sinilah anak2 mama....

Dan Last sekali mama n papa bawa putera n puteri2 mama main kat taman permainan plak, bila dapat bermain kat taman permainan putera n puteri mama lg la seronok sampai tak nak balik umah....lama memujuk balik tak nak balik2 jg....last2 skli mama cakap jom balik kita g makan KFC plak hhmmmm barulah semua nak balik sbb nak g makan KFC.... Last2 mama belanjala putera n puteri2 mama g makan KFC dl sblm balik umah....

Saturday, March 19, 2011

Bank Negara Catu Kad Kredit


Untuk dikongsi bersama n sbg peringatan buat diri mama jg. Bank Negara Malaysia (BNM) menguatkuasakan bbrpa peraturan drastik bg pemilikan kad kredit khususnya utk mrka yg berpendapatan di bwh RM36,000 setahun utk mengawal perbelanjaan boros selain membendung risiko generasi muda diisytiharkan muflis. Oleh yg demikian, BNM menyemak semula syarat permohonan n pemilikan kad kredit bg mengelak orang ramai terjerumus dlm kancah hutang. Peraturan baru itu dijangka memberi kesan kpda lebih 480,000 pemilik kad kredit di negara ini yg berada dlm segmen pendapatan itu.

Antara syarat yg dikuatkuasakan serta2 itu ialah kadar kelayakan gaji minimum bg setiap permohonan baru kad kredit dinaikkan drpd RM1,500 kpda RM2,000 sebulan.Pd masa yg sama, mrka yg mempunyai gaji RM3,000 sebulan @ RM36,000 setahun hanya dibenarkan memiliki kad kredit drpd dua buah bank shja.

Timbalan Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, jk seseorang itu mempunyai kad kredit drpd byk bank, individu itu perlu memilih dua bank shja n membatalkan kad kredit yg ln menjelang akhir tahun ini (2011). "Kpda mrka yg terpaksa membatalkan kad msg2 di bawah syarat ini, mrka diberi masa dua tahun utk melangsaikan baki kredit tanpa sebarang syarat drpd bank,". Manakala syarat umur sekurang2nya 21 tahun utk memohon kad kredit masih lg dikekalkan. Smga usaha yg dilakukan oleh BNM ini akan berhasil spti yg disasarkan.

Friday, March 18, 2011

Bagaimana Menjayakan Fully BF Selama 2 Tahun?



Mama ingin kongsikan info ini kpda semua, Semoga ianya menjadi pencetus semangat kpda diri mama sndiri n jg untuk momma n anda semua dlm perjalanan penyusuan susu ibu selama 2 tahun @ seterusnya, InsyaAllah.

Bagaimana nak pastikan perjalanan 2 tahun penyusuan dapat dipenuhi? Bagaimana nak melakukannya tanpa tekanan?

Tetapkan Matlamat Jangka Pendek

Mama mulakan journey penyusuan dgn meletakkan target selama 6 bulan yg pertama. Maka Mama akan pastikan ianya tercapai. Selepas dah 6 bulan, rasa sayang nak stop .... teruskan lg sampai umur 12 bulan. Ia berlarutan sehingga la umur mrka ini melebihi 2 tahun.

Matlamat Jangka Panjang

Ianya akan hadir dgn sendiri apabila Mama merasakan betapa untungnya memberi susuibu berbanding susu formula. Terutama melihat anak2 kawan yg seangkatan dgn umur anak Mama sering demam n sakit yg bergilir gantinya. Alhamdulillah anak2 Mama jarang sakit. Jika demam, selsema atau batuk memadai hanya 3 hari shja. 2 tahun itu sebenarnya sekejap shja ditambah apabila anak mula makan. Maka susuibu bukanlah makanan utama seperti pd 6 bulan pertama kelahiran anak.

Adakah MALAS akan melanda?

Tidak dinafikan kita mempunyai mood yg adakala tidak seimbang. Terutama jika terlalu banyak kerja pejabat atau pun apabila si ibu melalui keletihan tahap melampau, sifat malas akan menyinggah. Namun jika MATLAMAT kita jelas, penyakit ini tidak akan berlarutan sebenarnya. Dalam bbrpa pembacaan ibu, benarlah kata penulis buku tersebut : Malas hanya akan wujud jika individu itu tidak nampak dgn jelas matlamat hidupnya. Mama juga manusia biasa yg melalui ujian ini, namun Mama akan sentiasa kasihan jika penyusuan susuibu itu terhenti sedangkan segalanya ada dalam mind set. Jika hati mahu, insyaALLAH jalan terbuka luas.


Mengapa mama bersungguh menyusukan anak2 mama?

Secara peribadi, Mama mendapati bahawa susuibu itu adalah satu kesinambungan yg menyambungkan pengaliran darah dari ibu kepada si anak. Susuibu inilah yg akan berterusan membentuk hati anak2 kita. Orang zaman dulu lain, zaman mak ibu dulu... susuibu n kepentingannya tidak disebarkan spti skrg. Malah zaman turut berubah. Banyak anasir jahat pd zaman ini yg berleluasa. Mama meletakkan harapan agar melalui menyusu Mama berdoa hati yg terbentuk dlm diri anak2 adalah hati yg penuh tawaduk n yg mudah dibentuk dgn doa n di iringan zikir selama menyusukan anak2. Mama berdoa semoga dgn penyusuan ini anak2 menjadi anak yg baik n mudah dibentuk. Sebagai seorang ibu pastinya mahu melihat anak2nya berjaya di dunia dan akhirat.

Mama sangat menggalakkan bg ibu2 diluar sana yg tidak mampu menyusukan anak2 sepenuhnya dgn susuibu dan mungkin terpaksa mencampurkan dgn susu formula....tak pe, teruskan sekurang2nya anak2 kita masih minum susuibu. Memang benar bukan semua mampu menyusukan anaknya dgn susuibu sepenuhnya tapi sekurang2 tidak terus menerus mengalah...memadailah menyusukan pd malam hari slpas pulang dr kerja. Namun ape yg penting kita jgn cepat berputus asa, usaha n terus berusaha..kita pasti boleh...

Nikmat n Hikmat Kehidupan


Hidup ini ibarat putaran roda. Adakalanya kita gembira, n adakalanya kita bersedih. Bila kesedihan melanda, hati mula terasa pedih, semangat mula terpadam sdkt demi sdkt. Tiada lg keghairahan utk melakukan kerja. Tiada lg kekuatan utk meneruskan kehidupan. Tiada lg senyuman yg terpancar di wajah. Semuanya tampak suram. Tb2 dunia menjadi gelap. Sangat2 gelap utk kita…... Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jauhkanlah keluargaku@rumahtangga yg ku bina bersama suamiku yg tercinta dr sbrg musibah, Kau kuatkanlah ikatan kasih n sayang antara kami sekeluarga, mama doakan smga ikatan kasih ini akan terus berkekalan hendak-Nya hgga ke akhir nyawa @ hgga ke Syurga… Insyaallah………….

Tp jgnlaa bersedih…………..

Setiap musibah itu datangnya drpd Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu krna Dia zalim kpda kita. Akan ttpi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah krna Dia CINTAkan kita. Dikatakan bhwa, Allah swt kasih kpda seorang manusia, 70 kali ganda melebihi drpd kasihnya seorang ibu kpda anaknya. Seandainya benar Allah swt kasih n sayang kpda kita, sudah tentu di sebalik setiap musibah, ada tersimpan satu hikmah. Tiada siapa yg mengetahuinya, melainkan Allah swt. Namun apa yg pasti, setiap hikmah itu sgt berkait rapat dgn dasar CINTA Nya terhadap kita…..

Alhamdulillah, mama bersyukur kpda Allah swt krna memberi mama rezeki/anugerah yg tak ternilai n peluang kpda mama utk bergelar IBU…… sesungguhnya Kau permudahkanlah segala urusanku n suamiku dlm membesar n mendidik/membimbing anak2ku agar menjadi anak2 yg soleh n solehah… tanpa anugerah n nikmat/hikmat yg kau kurniakan ini, apalah ertinya hidup ku ini..Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui akan Segala-NYA...

Ya Allah ...Engkau berikanlah aku n suamiku kekuatan, kesabaran, keimanan n ketakwaan kepada-Mu Ya Allah n jg kesihatan yg baik utkku n suamiku mendidik anak2ku menjadi anak2 yg hebat di dunia n di akhirat... Amin!Insyaallah......

Wednesday, March 16, 2011

Tsunami Melanda Jepun

Baru2 ini dunia di kejutkan dgn kejadian Tsunami yg melanda Jepun..sebuah negara maju yg kaya dgn teknologi..timbul keinsafan dlm diri bila melihat kemusnahan di negara itu..Marilah kita renungkan bersama n ambil iktibar drnya...




Sungguh mengerikan....lihatla dunia....besarnya kuasa ALLAH swt....

Gempa 8.9 skala richter cetus tsunami di Jepun pada 11 Mac yg lalu. Gempa bumi bermagnitud 8.9 pd skala richter melanda Jepun awal ptg td mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda bbrpa bandar kawasan pantai negara itu. Kejadian itu mengakibatkan byk kes kecederaan, namun kes kematian masih belum diperolehi dr kawasan yg dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan byk kapal, kereta n sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yg dihuni 30 juta penduduk. Sekurang2nya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan org ramai berpusu2 keluar dr bangunan. Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang2nya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain bbrpa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pd jam 2.46 petang (0546 GMT) slma dua minit dgn gempa pertama kira2 400 kilometre di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey. Ia diikuti bbrpa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 skala richter. Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik n turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya. Amaran tsunami turut dikeluarkan kpda Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana.

Gempa bumi n tsunami yg melanda Jepun baru2 ini bleh memberi kesan buruk ke atas aktiviti perdagangan Malaysia pd tempoh jangka pendek. "Sektor elektrik n elektronik akan merasai kesannya krna keluaran bbrpa komponen utama yg diimport dr Jepun akan berkurangan dgn banyak,". Sektor Pelaburan n pelancongan Jepun jg akan berkurangan apabila usaha pembinaan semula di Jepun memerlukan pelaburan yg besar, sekaligus pengurangan pelaburan Jepun di Malaysia adalah satu kemungkinan yg besar.


Ermmmm....ngeri mama tengok jalan sampai terbelah sebegitu, bersyukurlah kita di Malaysia ni masih aman n jauh dr malapetaka gempa bumi.Tapi kuasa Allah siapa yg tahu?Setidaknya orang Jepun dah bersedia dgn semua ini. Bagaimana keadaan/situasi kita agaknya jika di takdirkan berlaku di sini???minta dijauhkanlah dr sgla bencana..

Update EBM stok

Sekejap jerk masa berlalu...dah pun beralih bulan...skrg dah pertengahan Bulan Mac 2011, Alhamdulillah Bby Iesya minum stok EBM Bulan November 2010.

Dah bbrpa bulan mama tak update pasal EBM stok Bby Iesya. Jom kita kira n tengok stok EBM Adik Iesya......nie antara pic yg smpat mama ambil....

Nie adalah stok EBM bg Bulan Disember 2010......


Yg nie stok EBM Bulan Januari 2011.......



Yg nie plak stok EBM Bulan Februari 2011.......


Ini adalah sbhgn dr stok EBM bg Bulan Mac 2011 yg belum ditransfer ke freezer.....

Syukur Alhamdulillah, mama bersyukur tak terhingga kpda Allah swt krna melimpahkan rezeki kpda mama untuk terus menyusukan Bby Iesya. Mama berharap agar berpanjangan kuantiti susu spti sediakala. Semoga niat n usaha murni mama untuk fully BF Bby Iesya atleast 2 tahun akan tercapai dgn jayanya....INSYAALLAH mudah2an dipermudahkan sgla-NYA......Amin-amin...Mama sentiasa berdoa n berharap smga Bby Iesya membesar dgn sihat berkat dr susu ibu yg tak ternilai khasiatnya.....INSYAALLAH.....

Tuesday, March 15, 2011

Jalan2 Di Melaka


Sempena menunaikan permintaan putera n puteri mama, so mama tunaikan janji mama membawa anak2 melawat Zoo Melaka, Bandaraya Bersejarah sempena cuti sekolah yg baru saja bermula. Akhirnya tertunai jg janji mama pd anak2....

Jom layan keletah anak2 mama sepanjang berada di Zoo Melaka.



Takutnya nak dekat dgn kuda nie...mama Abg takutlaa...kuda nie nak gigit abg...

Berehat seketika untuk menghilangkan penat n lenguh2 berjalan...........

Tengokla Adik Iesya pun dah terlena kepenatan.....cian anak mama.....

Tengokla ape anak2 mama buat tuuu.........macam2 aksi.....

Tengokla Abg n Kak Iqa naik penyu.....pandang sape tuu....tgk monyetlaa mama...

Niela monyet yg Abg n Kak Iqa dok tengok2 td....

Eeii takutnya Kak Iqa nak naik kuda nie papa......

Bestnya mama n papa bawa Adik Iesya jalan2..........

Cuba tengok kura2 nie cantikkan...lain dr yg lain, siap ada corak2 lg...

Setelah kepenatan berjalan.....

Ape yg Adik Iesya pandang2 tuu.....Adik Iesya nak turun jalan sndri la plak mama cian Tok Ma penat dukung Adik Iesya tau....

Dikesempatan yg ada jg, mama sekeluarga berkunjung ke A Famosa, di Banda Hilir, Melaka.


Inilah tempat memorial pengisytiharan kemerdekaan yg menjadi sejarah......

Ramainya orang kat sini mama.....


Inilah sejarah peninggalan org2 terdahulu..........

Sebagai tanda kenang2an........cantikkan beca nie dihias......

Selamat tinggal Melaka, nnti ada kelapangan kita berkunjung lg next time......

Abg nak balik Bangi dah nnti mybe next time Abg dtg lg.....

Bby Iesya @ Seven Month

Mama tak berkesempatan nak berceloteh tntg perkembangan Bby Iesya disebabkan kekangan masa atas urusan ln yg tak dapat nak dielakkan. So, dikesempatan yg ada, mama luangkan sdkt masa utk mencoretkan tntg perkembangan Bby Iesya. Pada hari Khamis yg lalu, bersamaan 10hb. Mac 2011 yg lalu umur Bby Iesya telah genap 7 bulan. Syukur Alhamdulillah, mama bersyukur kpda Allah swt di atas rezeki n nikmat yg dikurniakan kpda mama sekeluarga. Mama berdoa kpda Allah swt smga mama dipermudahkan dlm sgla urusan membesar n mendidik putera n puteri2 mama agar menjadi anak2 yg soleh n solehah. Bby Iesya skrg smkin aktif n lasak, Bby Iesya sudah mula naik walker n skrg sudah mula belajar nak berdiri sendiri...kalau berpegang jer mesti nak bangun berdiri sendiri.

Tengok mama kan Adik Iesya dah boleh berdiri sndiri dah kan hehe2..........

Bby Iesya jg sudah mula belajar makan puri sayur n puri buah n skrg sudah mula makan bubur nasi + sayur. Syukur Alhamdulillah, Bby Iesya still lg fully BF. Semoga Allah swt mempermudahkan sgla urusan mama. INSYAALLAH...........