Islamic Clock

Thursday, January 20, 2011

Cuti Thaipusam

Arini merupakan Cuti umum Sempena Perayaan Hari Thaipusam bg kaum India seluruhnya. Destinasinya mestilah di Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor. Setiap kali perayaan mrka akan berkumpul di sana dgn bermacam2 aktiviti yg mrka adakan. Selamat Menyambut Hari Thaipusam 2011 kpda semua warga Malaysia terutama kaum India yg beragama Hindu.

Marilah kita sama2 berkongsi sedikit info mengenai Hari Thaipusam :-
Hari Thaipusam merupakan perayaan yg disambut oleh mrka yg beragama Hindu di seluruh dunia bg menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan @ jg dikenali sbg Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pd bulan 'Thai' bulan kesepuluh dlm kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.

Tujuan Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar [1] n menebus dosa @ memohon ampun di atas dosa2 yg tlh dilakukan slma ini.[2] Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kpda Dewa Murugan n jk permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sbg tanda kesyukuran.

Pd hari itu mrka akan membawa susu yg berwarna putih krna susu itu dianggap plg suci. Susu ini diisikan dlm belanga tembikar @ kini dlm belanga aluminium. Belanga berisi susu ini akan dihias dgn pelbagai corak,warna,daun n benang. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dr luar kuil hinggalah ke dlm kuil. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini. Ramai juga lelaki Hindu yg mencukur rambut pd hari tersebut n mewarnakan kepala dgn warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dgn bayaran tertentu. Ia merupakan satu bentuk melepaskan @ membayar nazar.

Bg yg memohon ampun agar dosa mrka diampunkan, kavadi akan dibawa @ dijunjung di atas bahu @ di atas kepala. Kavadi ini diperbuat drpd bbrpa rod besi @ kayu yg di atasnya terletak patung dewa Murugan dgn pelbagai saiz n bentuk. Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak n bunga2an. Pembawa kavadi ini terdiri drpd lelaki, perempuan,tua,muda n kanak2. Berat n saiz kavadi ini bergantung kpda kemampuan ssorg. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh bbrpa org pembantu khas dr tempat msg2. Ada yg diiringi dgn kumpulan muzik, mangkuk perasap kemenyan dll. Dari semasa ke semasa, pembawa kavadi akan berehat di tangga2 tertentu,berehat n diberi minum.

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mrka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan2 mendaki tangga2 kuil hgga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dlm gua Batu Caves. Ada jg yg mencucuk panah besi pd lidah n pipi dr kiri ke kanan dgn panah pendek n panjang. Yg ln pula mencucuk belakang mrka dgn puluhan mata pancing yg bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dgn buah limau nipis yg teramat pedih rasanya. Ada jg mata pancing itu bertali n ditarik oleh para pembantu. Boleh dikatakan semua mrka berada di dlm keadaan separuh sedar.

Wednesday, January 19, 2011

Update EBM stok

Dah agak lama mama xupdate stok EBM Bby Iesya........





Nie adalah stok EBM Bulan Oktober 2010 yg Bby Iesya gunakan skrg......



Nie adalah sbhgn drpd stok EBM Bulan November 2010.....



Nie adalah suku drpd stok EBM Bulan Disember 2010 yg sempat dirakam.....








Ini adalah antara koleksi EBM yg sempat mama uploadkan........
Jg utk peringatan buat diri mama....teruskan usaha murni mama shgga berjaya......
-USAHA TANGGA KEJAYAAN-

Jalan2 Santai


Kak Iqa pose ngan Pic Barbie....


Papa n Bby Iesya....

Papa, Mama n Bby Iesya......


Mama n Bby Iesya jalan2 di playground.....



Bby Iesya jale2.....



Bby Iesya n Kak Iqa jale2....

Bby Iesya n mama....

Thursday, January 13, 2011

Putera Puteri Mama n Papa

Inilah antara koleksi pic putera puteri permata hati mama n papa yg sempat mama uploadkan....







Tuesday, January 11, 2011

Second Week Kak Iqa Sekolah

Nie adalah minggu kedua Kak Iqa sekolah. Walaupun Kak Iqa xberapa sihat tapi Kak Iqa tetap bersemangat nak ke sekolah, kata Kak Iqa seronok g sekolah. Cuma yg membuat mama risau ialah ngan pemandu bas sekolah tu, sllu sgt lmbat hantar balik umah....siap bw g pusing2 anta n ambik org lain plak. Klau g pusing2 skjap mama xkisah sangat tu biasalaa. Mcm mana xrisau kol 1pm pun xsampai2 umah lg.....Mama bukan ape risaukan akan keselamatan Kak Iqa jer. Maklumla bdak2 lg.....

p/s: Nampak gayanya mama kena usahakan transport ln la utk Kak Iqa berulang g sekolah.

Monday, January 10, 2011

Bby Iesya @ Five Month


Alhamdulillah, arini bby Iesya genap 5 bulan dah, kejap jer rasanya masa berlalu. Bby Iesya skrg ni dah makin aktif dah bergerak ke sana sini...Bby Iesya masih lg fully breastfeeding...

Tuesday, January 4, 2011

First Day Kak Iqa Sekolah

Semalam 3hb Januari 2011, first day Kak Iqa sekolah. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...Kak Iqa seronok kat sekolah barunya. Mama n Papa doakan semoga Kak Iqa rajin2 belajar n jadi murid yg pandai.....usaha tangga kejayaan....Insyaallah.......

Bby Iesya Tak Sihat


Bby Iesya xsihat, first time bby Iesya demam. Bermula pada petang Jumaat, 24hb Disember 2010, umi sms bgtau Adik Iesya demam. Tb2 lepas bangun tdo tghari badan bby Iesya naik panas yg sangat, mama mula risau n call umi utk bertanyakan khabar selanjutnya. So mama ambil keputusan untuk balik awal dr opis (lbh krg kol 3.15pm) utk bawa bby Iesya ke klinik maklumla first time bby Iesya demam mn ada stok ubat kat umah. Sampai2 je kat umi mmg badan bby Iesya panas sgt. Mama bw bby Iesya blik umah dl untuk smpan stok susu n check suhu badan bby Iesya, huhh...hampir mcecah 38darjah celcius... Tiba2 kuar nak g klinik ujan trun lebat yg amat so mama kenala tunggu ujan reda dl skit....lambatnya ujan ni reda..mama rsaukan suhu badan bby Iesya yg tinggi..mn leh biarkan cam tu jee bahaya utk bby...last2 mama teringatkan ubat demam yg klinik bekalkan masa bby Iesya cucuk 3bulan aritu..mama pun bg la ubat tu dulu smntara tggu ujan reda sambil tuam2 kpala ngan kain basah. Lepas ujan reda trus bw bby Iesya ke klinik....

Bby Iesya demam on-off2 berlarutan sampai l/krg smggu, tp xla ari2 demamnya, selang 2-3 ari demam balik tp kjap2 je la...mama mula la risau, sbb deman tu cam tak baik sepenuhnya last2 30hb mama bw g klinik lg n doktor mnta bg antibiotik plak. Setelah 2-3 ari ambik antibiotik nmpak ok skit tp still tak baik sepenuhnya...pd ari ahad 2hb mama perasan kat badan bby Iesya mula timbul ruam2 merah n mama suspek bby Iesya kena campak. Mama pantau dl tgk cam mn, mama perasan bila malam ruam2 merah tu mula naik sikit2 kat bhgn muka dan skitar leher n sdkit kat belakang badan. So smlm mama bawa ke klinik sekli lg utk comformkan betul ker x tu campak n doktor kata stkat nie mmg nampak cam campakla...leganya mama....Doa2kanlah smga bby Iesya cepat sembuh.... Insyaallah....

New Year 2011

Sedar tak sedar 2010 dah pun berlalu meninggalkan kita semua....so 2011 menjelma tiba, dgn meninggalkan pelbagai kenangan 2010 :)

Selamat Tahun Baru 2011.
Semoga apa yg di sasarkan untuk tahun ini membuahkan hasilnya, insyaallah!

Wednesday, December 29, 2010

Penghujung 2010

Tahun 2010 hampir melabuhkan tirai bbrpa hari shja lg dgn meninggalkan bermacam2 kenangan manis n pahit yg meniti di sepanjang perjalanan 2010. Ada kenangan manis n ada kenangan yg pahit yg mgkin xdapat dilupakan, itu adalah lumrah dalam kehidupan insan bergelar manusia………

Adakah azam n impian tahun 2010 anda dapat dicapai sbgmana yg telah diimpikan…….tahniah n syabas kpda yg berjaya, kpda yg x berjaya gandakan lg usaha untuk tahun 2011 nnti….Insyaallah …..kita pasti Berjaya. Seribu satu kenangan yg kita tinggalkan, semoga ia menjadi iktibar n teladan kpda kita di masa akan datang ……….

Punca Caesarean

Kenali punca2 Caesarean

Faktor yg berpunca drpd bayi

1. Lemas
Ia merupakan salah satu indikasi yg paling sering berlaku. Doktor dapat mengetahui bayi lemas melalui pemeriksaan CTG iaitu alat yg dipasang utk mengesan aktiviti jantung bayi. Drpd pemeriksaan jantung yg dilakukan, ia boleh menentukan bayi lemas atau tidak. Selain drpd itu, ia dapat dikenal pasti melalui warna air ketuban. Jika warnanya jernih bererti tiada apa2 masalah. Namun sebaliknya jika ia berwarna kuning kehijauan cair/ pekat/ sangat pekat. Ini krna najis bayi (mekonium) sudah pun dikeluarkan. Jika warnanya merah pula itu bererti uri telah lekang.

2. Cephalopelvic disproportion (CPD)
Diagnosis true CPD berlaku krna nisbah kepala bayi dgn tulang punggung ibu tidak sepadan akibat drpd keadaan tulang punggung ibu sememangnya kecil sejak dari azali, berpunca drpd penyakit yg menyebabkan tulang punggung kecil @ mengalami kemalangan. Bagi diagnosis relative CPD pula, tulang punggung ibu normal namun kepala @ saiz bayi terlalu besar untuk melaluinya.

3. Saiz besar
Biasanya berat bayi yg melebihi 4 kg perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean krna dia terlalu besar untuk dikeluarkan melalui kelahiran normal.

4. Kedudukan
Apabila berhadapan dgn masalah kedudukan yg tidak normal sama ada melintang @ songsang, caesarean merupakan pilihan yg paling biasa diambil oleh doktor untuk mengeluarkan bayi dgn selamat biarpun anda masih berpeluang melahirkannya
scra normal.

5. Pembesaran terbantut (Intra Uterine Growth Retandation atau IUGR)
Pertumbuhan bayi dlm rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kpda bayi dlm kandungan. Sbg langkah keselamatan, pembedahan caesarean perlu dilakukan utk mengeluarkan bayi bg mengelakkan sebarang komplikasi kelahiran.

6. Cacat
Untuk pengetahuan anda, tidak semua ibu yg mengandungkan bayi cacat perlu melalui pembedahan caesarean. Ia khusus untuk bayi yg mengalami masalah hydrocephalus.

7. Kembar
Bagi yg mengandungkan kembar dua, anda masih boleh mencuba untuk melahirkan bayi2 scra normal (bergantung kpda kedudukan bayi). Namun, sebaliknya jika anda bakal melahirkan kembar tiga atau lebih drpd itu.

8. Tali pusat bermasalah
Bagi bayi yg menghadapi apa2 masalah berkaitan dgn tali pusatnya, tidak kira sama ada tali pusat terkeluar, terbelit dsbnya, pembedahan caesarean perlu dilakukan untuk mengelakkan komplikasi ke atas bayi.

Faktor yg disebabkan oleh ibu
1. Masalah kesihatan
Sekiranya anda disahkan menghidap darah tinggi, kencing manis mahupun sakit jantung yg tidak terkawal sewaktu hamil, maka pembedahan caesarean yg bakal anda lalui adalah scra elektif. Hal ini krna masalah kesihatan yg dihadapi boleh menjadi lebih buruk jika anda berhasrat untuk bersalin scra normal.

2. Pembedahan lebih drpd dua kali
Maklumat penting utk yg pernah melalui pembedahan caesarean lebih drpd dua kali ketahui ialah anda tiada pilihan lain selain melahirkan bayi scra caesarean krna doktor bimbang parut pd rahim akibat pembedahan lalu akan pecah @ koyak.

3. Masalah uri
Biar apa pun jenis masalah uri yg dialami (placenta praevia, placenta abruption dsbnya) anda perlu melahirkan bayi scra caesarean bg mengelakkan sebarang komplikasi sewaktu melahirkannya.

4. Rahim pecah (uterine rupture)
Sekiranya anda tergolong di kalangan mrka yg mempunyai anak yg ramai, ataupun pernah membuang ketumbuhan fibroid, anda berkemungkinan besar untuk melalui kelahiran bayi scra caesarean krna risiko rahim pecah. Sama juga halnya dgn mana2 wanita yg gemar menggunakan pencetus kontraksi sama ada air selusuh berasaskan herba spti genggam Fatimah, anda berisiko tinggi untuk mengalami rahim pecah lalu sbg langkah keselamatan, anda perlu menjalani pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi.

5. Proses pelahiran panjang

Dalam proses pelahiran, terdapat dua fasa iaitu latern (rahim dan aktif (mula 3sm - 10sm yg mengambil masa 7 jam). Jika anda melalui proses pelahiran lebih drpd 7 jam, ia dianggap sbg proses pelahiran panjang. Jika keadaan mendesak, maka pilihan yg anda ada ialah bantuan kelahiran dan pembedahan caesarean.

Panduan Penyusuan Untuk Ibu Berkerjaya

9 Panduan Penyusuan Untuk Ibu Berkerjaya

Kejayaan penyusuan eksklusif tanpa makanan pelengkap, susu formula dan air kosong slma 6 bulan oleh para ibu berkerjaya byk bergantung utk ibu berkerjaya kpda bbrpa faktor sampingan.

1. Timba ilmu sepanjang masa
Sebaik2nya sejak dari awal usia kehamilan, anda sudah pun memasang niat untuk menyusukan bayi sejurus slps kelahirannya. Dlm masa yg sama, anda dan suami digalakkan utk menyertai mana2 kelas persediaan penyusuan susu ibu yg kini byk dikendalikan oleh kaunselor2 laktasi bertauliah.

Setelah selamat melahirkan bayi, anda perlu menanam sikap rajin membaca bahan bacaan berkaitan dan melayari laman web atau forum yg banyak mendedahkan maklumat penting tentang penyusuan susu ibu seperti La Leche League Leader (LLLL) atau Kellymom.

Sekiranya anda mengalami apa2 masalah berkaitan, dapatkanlah pandangan dan penjelasan bg menjawab apa jua kemusykilan yg dihadapi drpd kaunselor dan pakar laktasi yg diiktiraf. Anda boleh merujuk kpda rangkaian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor untuk menimba ilmu penyusuan ibu.

2. Mulakan dengan betul
Dlm usaha menyusukan bayi, anda perlu belajar dan mempraktikkan ilmu yg diperoleh. Utk itu, keraplah menyusukan bayi. Hal ini penting utk membantu anda mengaplikasikan posisi penyusuan yg selesa dan pd masa yg dapat memastikan bayi melekap dgn betul.
Ingatlah, bhwa salah satu intipati kejayaan penyusuan susu ibu bergantung kepda kekerapan penyusuan. Untuk itu, anda harus menyusukan bayi mengikut keperluannya. Selanjutnya, anda digalakkan utk tidur bersama bayi (co-sleeping) sepanjang tempoh penyusuan agar berupaya untuk menyusukannya pada masa2 yg diingini si manja.

Sementara itu, anda diingatkan juga agar tidak menggunakan puting kosong dalam usaha menenangkan bayi yg meragam. Hal ini scra tidak langsung akan menyebabkan dia mengalami masalah keliru puting. Sama juga halnya dgn penggunaan botol ketika menyusukan bayi. Alternatifnya, anda boleh menggunakan picagari, sudu atau cawan khas bagi membolehkan bayi meneruskan penyusuan susu ibu ketika anda tidak berada di sampingnya sepanjang tempoh bekerja.

3. Simpan stok susu

Bagi memastikan bayi mendapat susu mencukupi sepanjang ketiadaan anda ktka bekerja, pastikan stok perahan susu ibu yg ada memenuhi keperluannya. Sewaktu berada di tempat kerja anda perlu menjalankan rutin memerah susu supaya anda dapat menyimpan stok perahan susu ibu yg bukan shja cukup untuk keperluannya esok hari malah untuk tempoh jangka masa yg lebih panjang.

Dlm pd itu, anda lebih disyorkan untuk memerah susu ibu menggunakan tangan menerusi aplikasi teknik Marmet. Namun, jika kesuntukan masa dan/ atau masih belum mahir untuk melakukan teknik ini, anda boleh menggunakan pam payu dara yg bersesuaian.

4. Peralatan penyusuan berkaitan

Anda tidak perlu membazirkan wang yg ada untuk membeli peralatan penyusuan tertentu yg kadang kala tidak diperlukan langsung. Lebih baik wang itu diperuntukkan untuk kegunaan lain yag lebih penting.

Jika keliru tntg peralatan penyusuan yg benar2 perlu dimiliki, anda boleh bertanya dan merujuk kpda para ibu lain yg telah berjaya menyusukan bayi masing2. Kongsi pengalaman mereka dan jadikan ia panduan untuk anda membuat keputusan yang tepat untuk diri dan si manja.

5. Bincang dengan majikan
Amat penting utk anda mengadakan perbincangan dari hati ke hati dgn pihak majikan bg membolehkan anda menggunakan sdkt waktu drpd masa kerja untuk melakukan rutin memerah payu dara. Ini bg mengelakkan sebarang isu tidak puas hati antara kedua2 belah pihak.

Pada masa yg sama, anda boleh mengutarakan pandangan kpda majikan utk menyediakan ruangan khas bgi membolehkan anda dan rakan2 ln yg turut sama mengamalkan penyusuan susu ibu scra eksklusif untuk memerah susu ibu. Jika pandangan anda diterima baik oleh majikan, sudah pasti anda dan yg lain boleh melakukan rutin harian itu dgn tenang yg scra tidak langsung membantu pengeluaran susu yg lancar dan berkesan.

6. Perah susu di pejabat

Anda amat digalakkan utk memahirkan diri mengamalkan teknik Marmet ktka memerah payu dara. Namun, jika pam payu dara menjadi pilihan, gunakan pam yg bersesuaian dgn corak kerja anda. Hal ini penting untuk memastikan rutin mengumpul stok perahan susu ibu berjalan lancar tanpa perlu menghadapi byk masalah. Sekiranya bekerja 8 jam sehari, anda digalakkan utk memerah payu dara sekurang2nya 2 hingga 3 kali sepanjang tempoh berkenaan. Bg yg perlu bekerja utk tempoh masa yg lebih lama drpd itu pula, tingkatkan kekerapan sesi memerah payu dara.

7. Kurangkan tekanan
Sememangnya tugasan pejabat agak melelahkan dan boleh membuatkan anda tertekan dan boleh menyebabkan penghasilan susu ibu terjejas. Dgn melakukan rutin memerah payu dara, anda akan lebih tenang! Ini kerana hormon yg dirembeskan ktka itu menimbulkan ketenangan. Pasti prestasi kerja anda lebih efektif apabila kembali melakukan tugasan pejabat. Tambah tenang lg jika sewaktu memerah payu dara, anda memandang potret gambar si manja.

Antara lain, anda jg boleh menutup lampu ktka melakukan rutin itu. Saat ini, bayangkan bayi sedang menyusu sambil menutup mata. Anda pasti dapat mengumpul amaun susu yng lebih byk drpd biasa.

8. Makan secara sihat
Salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu scra eksklusif ialah menjaga dgn teliti corak pemakanan seharian. Oleh itu, jgn sesekali mengabaikan waktu makan utama iaitu sarapan, tengah hari dan malam. Makanlah dlm kuantiti yg sedikit ttpi kerap. Anda digalakkan untuk makan di antara waktu makan utama dgn mengambil snek berkhasiat spti buah2an segar dsbnya.

9. Ikut keperluan bayi
Dalam apa jua amalan yg ingin dipraktikkan, pasti akan timbul masalah. Jgn khuatir. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda berhadapan dgn masalah susu semakin berkurangan, ambil cuti dan luang lebih byk masa untuk menyusukan bayi scra eksklusif. Di rumah, gunakan masa yg ada semaksimum boleh dgn lebih kerap menyusukan bayi scra langsung, ia berupaya merangsang penghasilan susu. Jika keadaan memaksa di mana susu anda masih tidak mencukupi, anda boleh memerah payu dara ketika berada di rumah.
p/s:-sila bg tip2@lain2 info utk dikongsi bersama jika kawan2 ada info yg lebih lanjut berkenaan isu penyusuan susu ibu scra ekslusif......

Tuesday, December 28, 2010

Birthday Abe Ame

Hari ini selasa bersamaan 28 Disember 2010, Birthday boy putera mama yg ke-2 [klau ikut tahun patutnya umo Abe Ame dah masuk 3 tahun dah tapi sbb lahir hujung tahun,jd umo muda laa sama laa cam Kak Iqa]. Happy Birthday Abe Ame semoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki oleh-Nya, Insyaallah.... tapi yg sedihnya, Mama xdapat nak sambut Birthday Abe Ame arini sbb Abe Ame kat kampung skrg nie. Nanti kita raikan sama2 ngan Anniversary mama n papa nnti yee....

Mama panjatkan syukur ke hadrat Allah SWT krna kita masih lg dipanjangkan usia n smga kita menjadi hamba Allah swt yg taat pada segala perintah n larangan-Nya, Insyaallah.. sama2la kita berubah ke arah kebaikan semoga kehidupan kita akan lebih diberkati n dirahmati oleh-Nya. Mama doakan semoga putera puteri mama diberikan taufik n hidayah ke jalan yg diredhai Allah swt n jadilah insan yg soleh n solehan semoga apa yg kita lakukan diberkati n diredhai oleh Allah swt....Insyaallah...

Hhmmm, tapi hadiah birthday mama n papa lum beli lg kali nie, sbb mama n papa xtau Abe Ame nak hadiah ape kali nie....nnti kita sama2 g beli present...so Abe Ame kenala tunggu hadiah dari mama n papa. Sabar ye putera mama. Nnti kita sama2 g shoping....

Friday, December 24, 2010

Kemalangan Ngeri Di Jalan Selising, KB




Kegembiraan seorang pelajar SMU (A) Syamsul Maarif, Pulai Chondong memperoleh 4A dlm Penilaian Menengah Rendah (PMR) berakhir dlm suasana menyayat hati dan mengerikan apabila dia dan ibunya maut slps dirempuh lori pasir yg terbalik ktka dlm perjalanan pulang ke rumah, di jalan Simpang Tiga Kok Lanas, Selising, Pasir Puteh, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Siti Aisyah Zakaria, 15, yg membonceng motosikal ditunggang ibunya, Aziza Musa, 42, dirempuh lori pasir ketika dlm perjalanan pulang ke rumah di Kampung Banggol Chica, Kok Lanas, menyebabkan dua beranak itu terbunuh. Akibat kejadian itu, Siti Aisyah terjatuh drpd motosikal sblm dihempap kepala kanan lori berkenaan manakala ibunya tercampak atas jalan. Kedua2 mrka mati di tempat kejadian.

Saya merancang meraikan kejayaan Siti Aishah, malah berjanji membawa keluarga bercuti di Perdana Resort sambil mandi kolam pada Sabtu ini dan sudah pun membuat tempahan, katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), semalam. “Kami merancang bercuti di situ, ttpi kini semuanya tinggal kenangan apabila isteri dan anak yg menjadi harapan saya sudah pergi meninggalkan saya.

P/s:- Salam Takziah kpda keluarga mangsa...........