Islamic Clock

Friday, November 26, 2010

Koleksi Pic Putera Puteri Mama



Pic Bby Iesya di usia sebulan setengah...

Pic Putera Mama dengan kudanya



Bby Iesya @ Two Month


Inilah Pic Bby Iesya mama di usia dua bulan.....
Tapi skrg Bby Iesya dah nak masuk tiga bulan setengah dah...kejap jer masa berlalu...

Thursday, November 25, 2010

EBM @ Cuti Raya Korban

Mama travel balik KL dgn membawa bersama stok EBM, jalan agak sesak...mama risaukan stok EBM takut cair jee sblum sampai ke KL. Stok EBM agak banyak jgak tu yg mmbuatkan mama risau sebenarnya, takut ais xdapat nk tampung stok EBM yg banyak jika perjalanan penuh sesak begini. Mama membawa Stok EBM yg beku (l/kurang 32 botol) n stok EBM yg masih belum dibekukan (l/kurang 10 botol). Itu shja stok yg dapat mama simpan kerana ketiadaan ruang beku dalam freezer (freezer penuh dgn mcm2 barangan). Freezer Ma kat kampung mmg sentiasa penuh dgn stok barangan dapur (barangan basah/lauk pauk dll).

Mula2 mama bertolak balik ke KL pd ari Ahad sebenarnya, tapi jalan penuh sesak dgn kereta, kdg2 kereta pun xbergerak2. Mama meneruskan perjalanan l/kurang 2jam tapi rasanya xsanggup nak mengharungi jalan yg jem sesangat, mama kesiankan anak2 mama n risaukan stok EBM mama n akhirnya mama n papa membuat keputusan utk berpatah balik semula ke kampung kerana xsanggup nak meredah jalan jem dgn bby Iesya yg masih kecil...entah kol brpa agaknya mama akan sampai ke KL?

Mama bertolak balik ke KL semula pada pagi hari Isnin (terpaksala mama ambik EL). Alhamdulillah, walaupun kenderaan masih banyak tapi jalan tak sesak cam semalam. Alhamdulillah, syukur mama sekeluarga sampai ke KL dgn selamat.

Salam Aidiladha

Rasanya masih belum terlambat mama nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin n muslimat. Pada 10 Zulhijjah 1431H bersamaan 17 November 2010 (Rabu) umat islam telah sama2 menyambut Hari Raya Aidiladha @ dikenali juga dgn Raya Korban. Mama n Papa buat akikah untuk bby Iesya sempena Raya Korban pd tahun ini.

Wednesday, November 10, 2010

Buang Penyakit "M"

Penyakit 'M' merupakan musuh no 1 bagi pengepam tegar.
After this mama akan sentiasa rajin2 kan diri untuk menulis/berkongsi pengalaman berkaitan penyusuan susu ibu.. Sekarang mama masih lg tengah menyusukan bby no.3 (still fully bf *alhamdulillah*) Syukur.. masih ada rezeki untuk bby Iesya.. Semoga berterusan hingga 2 tahun! Caiyok mama!!!teruskan berusaha...

Haa.. berkaitan tajuk di atas.. Malas adalah benda yang sering kita hadapi.. Bukan mommies aje.. Mama pun kdg sama juga.. Kadang2 Malas mengepam adalah musuh yg benar2 'musuh' bg ibu2 yg mengepam.. Dari 3@4 sesi seawal2 naik keje.. kurang ke 3@2 sesi aje.. bila time2 keje ofis sangat banyak.. (kadang takde keje pun malas juga :p) mama berharap agar mama dapat menjauhkan perasaan "M" dlm diri mama dan insyaallah mama akan cuba berusaha sedaya yg mungkin..insyaallah..

Mama ingatkan diri mama sendiri dan mommies yg ln2 juga.. Kalau kita kurang sesi pam kat ofis.. Lama2 susu akan kurang.. Haa.. Cemana leh kurang ek? Anologinya sama.. Kita ada botol air.. Kalau selalu minum.. Kosong. Bila kosong, kita tambah lagi air.. Kalau kita tak minum air tu.. sampai bila pun botol tu takkan habis.. Jadiknye, takde lah kita nak mengisi semula botol tu dengan air yang baru.. betul kan? *hehe*. Maksudnya di sini sama la dengan cik "B" kita.. Kalau sehari tu kita kerap kosongkan dia.. Jadi susu baru akan cepat2 terhasil.. Jadi, setiap hari insyaAllah kita mampu untuk mengumpul stok dengan banyak....

Okay, bagi sesape yg sudah hampir2 kekurangan susu.. Mommies boleh try buat power pumping... InsyaAllah susu kita akan bertambah, semua itu bergantung kpda diri kita sebenarnya.. :)

10/11/2010 genap 3 Bulan

Arini genap umo bby Iesya 3 bulan. Alhamdullillah bby Iesya dah pandai niarap dah skrg nie, sblum umonya masuk 3 bulan bby Iesya dah boleh niarap. Alhamdulillah syukur akan perkembangan bby Iesya, kejap jer bby Iesya belaja niarap terus pandai. Sekarang ni klau letak kat tilam jer bby Iesya terus jer niarap.

Mama harap n berdoa agar putera n puteri2 mama sihat2 selalu hendak-NYA...

Thursday, November 4, 2010

Red Warriors VS N9

Sajala mama nak coretkan kat blog mama nie sbg tanda ingatan bersama buat penyokong2 Bola Sepak. Mama bukanla peminat setia bola sepak pun, tapi tengokla jgak. Pada hari Sabtu lepas bersamaan 30 Oktober 2010 bertempat di Stadium Bukit Jalil telah berlangsung FINAL Piala Malaysia 2010, N9 tumpas di tangan RED WARRIORS dengan jaringan mata 2-1.

Tapi ape2 pun sudah jadi adat permainan, mesti ada yg menang dan mesti ada yg kalah. Dengar citor ramai penyokong KELANTAN yg HADIR dan hanya suku dari stadium adalah penyokong N.SEMBILAN. Tahniah buat pasukan Negeri Kelate!. Nampaknya penantian selama 89 tahun akhirnya menjadi kenyataan.

Permulaan permainan yg agak slow oleh pasukan Kelantan smsa separuh masa pertama td agak mengecewakan saya. Tetapi akhirnya pasukan Kelantan bangkit dgn semangat juang yg tinggi dgn merembat 2 gol yg dilakukan oleh Hairuddin pada minit 56 dan Badri Radzi pada minit 65.

TAHNIAH and Selamat Maju Jaya

Cuti Hari Deepavali

Esok hari Jumaat bersamaan 5 November 2010 adalah cuti umum sempena Hari Deepavali. Selamat bercuti kepada rakan2 semua.......

Sekolah bercuti mulai dari 3hb hingga 7hb November 2010.

Tuesday, November 2, 2010

Penyusuan Ke-3

Alhamdulillah, misi penyusuan mama kali ini masih baru lg, umur baby Iesya baru masuk 85 hari (lebih kurang 2 bulan setengahla). Baby mama masih fully breastfeeding, insyaallah semoga Allah SWT mempermudahkan usaha murni mama ini. Mudah2an perjuangan dan usaha murni mama kali ini pun berjaya dgn jaya.....

Setakat ini alhamdulillah, baby Iesya dibekalkan dgn 10 botol susu sehari (bersamaan dgn 2ozx10 botol=20oz sehari) sepanjang kat umah uminya (pengasuh). Nnti mama uploadkan gambo bekalan susu harian Iesya.

Doa2kanlah semoga mama berjaya pada misi kali ini. Insyaallah....

Monday, October 25, 2010

Vitamin Untuk Ibu Menyusu

Marilah kita kongsi bersama2...mama terbaca artikel nie dlm blog beautifulaisyahumaira. Ibu yang menyusukan anaknya amat memerlukan sokongan moral drpd orang sekeliling. Mereka jg perlukan ilmu yg mencukupi bagi meneruskan penyusuan selama 2 tahun. Tanpa ilmu dan sokongan moral, seseorang ibu itu akan mudah putus asa dan tidak dapat meneruskan penyusuan lebih lama...


Dari segi persediaan rohani:

- Jaga solat, kalau boleh cubalah solat di awal waktu.
- Berdoa kepada Allah agar dipermudahkan
- tasbih Fatimah 300 pagi 300 petang (zikir ni ada macam2, ikut kemampuan, yang penting istiqamah)

Persediaan mental:
- Minda dan hati yang tenang.

- Sentiasa mengucapkan syukur.Syukur kerana diberi masa untuk mengepam, syukur dapat 1 oz, syukur walau dapat 1ml.

"Badan kita ni intelligent, sekiranya kita stress, otak tak tahu nak buat apa". Ini kata Pn Rita.
Cth: Sekiranya kita dimarahi oleh bos, atau ada masalah, sudah tentu kita tak boleh fokus pada tugasan kan? Sebaliknya apabila kita gembira, bos berbicara dengan baik, sudah tentu kita boleh fokus kepada pekerjaan. Hormon yang stabil membolehkan otak memberi arahan yang tepat kepada hormon prolaktin untuk menghasilkan susu.

Persediaan Fizikal:


- Mengepam 3 jam sekali di pejabat dan di rumah
- mengepam ketika bayi sedang menyusu
- Buat power pumping selama sejam ketika hujung minggu

Formula demand and supply ni memang mencabar. Tiada jalan pintas. Inilah yang selalunya ibu-ibu tewas, termasuklah saya.

Persediaan makanan:
- makan pagi yang berat
- makan tengahari yang berat
- minum petang
- makan malam
- supper cth: minum susu

- minum air 8 gelas atau 2 liter sehari. lebih banyak lebih bagus

- ambil supplement seperti berikut:
- Multivitamin bagi mengisi ruang kosong @ zat2 yg tidak diperolehi dlm diet harian
- B Complex bagi memastikan badan sentiasa bertenaga, hormon stabil dan tenang
- Vitamin C sebagai antibodi, mengurangkan risiko jangkitan
- Alfalfa sebagai milk booster
- Kalsium untuk fungsi urat saraf dan kekuatan tulang
- Protein sbg sumber asas binaan sel yg boleh membanyakkan susu, menguatkan sistem imun badan, menjadikan susu lebih berlemak dan mengenyangkan.

Sekiranya ingin mencuba Shaklee, boleh dapatkan percubaan 30 hari Set B- Breastfeeding dan Set E, add on Calcium@Ostematrix dengan harga 80.00 dan 140.00.

Menyusukan anak bukanlah bermakna boleh berjimat, sebaliknya kosnya mungkin sama atau lebih tinggi drpd orang yg tidak menyusukan. Menyediakan anak untuk yg terbaik itu mengatasi segala2nya. Memang ada yg boleh survive tanpa supplement tetapi akhirnya si ibu itu mengalami kereputan tulang, sakit sendi, sakit pinggang dan sebagainya.

Terpulanglah kepada pilihan masing-masing. Mencegah itu lebih baik dari merawat.

Wednesday, October 20, 2010

Memperbanyakkan Susu Ibu

Inilah antara list yg boleh memperbanyakkan susu yg ingin dikongsi bersama...

Minum susu(fresh milk/susu tepung)
Minum soya/tau fu fa(apa jua yg berasaskan soya)
Makan kurma/ minum jus kurma
Minum air longan
Minum air rebusan halba/masukkan halba dalam masakkan.
Makan ulam pegaga/minum jus pegaga
Makan sayur sawi / kobis/ lobak putih/brocoli/peria
Banyakkan minum air masak
Banyakkan ambil makanan/minuman berkalsium
Minum air barli/horlicks dan apa jua yg berasaskan bijirin mcm quaker oat
Makan jantung pisang/pucuk manis/kuchai/pucuk betik/betik muda
Sengkuang cina
Herba/rempah ratus

Selain itu;
Jangan “stress
Kerap kan mengepam
Mengurut(bg liang2 susu terbuka)

pastu, kalau malas, beli je yg ni;
Pil ASI
Shatavari
Pils Motilium
Maxolon
Milkmaid tea
Habatussauda
Omega 3

btw...benda2 ni semua kita kena try...sbb kita xtau badan kita ok dgn yg mn...

Penyimpanan N Pengendalian EBM

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu
Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI


* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN


SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

- picture from mama Muzfirah @ http://mom2muzz.blogspot.com/2009/12/storing-breast-milkthawing-frozen.html

FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-7 hari
(selepas dibekukan) - 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?

cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

Check List Untuk Ibu

Check list untuk ibu yang mahu berjaya dalam penyusuan
Benarlah kata orang... untuk berjaya perlu selalu muhasabah diri agar kita dapat memperbaiki diri dari yang baik kepada yang lebih baik. Untuk menjayakan penyusuan dengan cemerlang, marilah sama2 kita muhasabah setiap perkara berikut agar kejayaan dapat dikecapi dengan penuh kemanisan:

1. Solat 5 waktu tidak diabaikan atau dilengahkan ATAU doa bagi non-muslim.

Apa kaitan solat atau doa dgn penyusuan? Sangat penting krna solat atau doa itulah yg menghubungkan makhluk dgn pencipta. Ini juga menandakan bahawa makhluk itu sangat bergantung kepada pencipta. Dengan izinNya jualah segala nikmat dikecapi. Begitu juga dgn penyusuan, ia akan lebih manis apabila kita dekat denganNya. Segala susah senang kita, kita akan yakin bahawa Dia tidak akan menghampakan kita. Keyakinan yg kuat adalah hasil hubungan kita dgn pencipta. Susu yg keluar dari tubuh si ibu adalah atas keizinan Yang Esa jua.
Solat atau doa adalah sebagai tanda kita bersyukur... janjiNya, barang siapa yang bersyukur akan ditambahkan nikmat ke atasnya dan barang siapa yang kufur azab Nya amatlah keras. Bagi Muslim, solat sunat dan zikir2 sangat membantu menjayakan apa yang diusahakan. Hubungan sesama makhluk juga tidak boleh dipandang remeh bermaksud hubungan suami isteri, ahli keluarga dan jiran tetangga sangat perlu dijaga.

2. Menjaga pemakanan
Menjaga pemakanan termasuklah dengan pengambilan air yang selari dengan keperluan tubuh. Ibu yang menyusukan anaknya perlu memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi. Pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang.

Pentingkah makanan yang seimbang?
Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan si ibu mudah letih, moody, stress dan seterusnya memberi kesan ke atas penghasilan susuibu. Kesan jangka panjang yang akan dialami oleh si ibu yang tidak menjaga pemakanan ialah sakit pinggang, sakit belakang, tumit kaki yang keras, muka yang kusam, keguguran rambut yang teruk dan wajah nampak kelihatan pucat dan masalah kedinginan terhadap keperluan seks.
Penyusuan memerlukan vitamin B yang lengkap serta galian yang diperlukan demi memastikan badan si ibu tidak mudah letih dan sentiasa bertenaga. Kekurangan zat dalam pengambilan makanan seharian boleh menyebabkan si ibu mudah pengsan atau pitam.Jika anda seorang yang mudah penat, kuat cemburu, mudah marah, mudah merajuk, mudah naik angin maka ini menandakan badan anda memerlukan vitamin B yang lengkap melebihi dari orang normal. Ini disebabkan zat dalam badan yang diserap untuk menghasilkan susu tidak diganti dengan kadar yang betul. Vitamin B boleh didapatkan melalui pisang, kuning telur, bijiri, keju dan yougurt.
Nota tambahan: Boleh rujuk SINI.

3. Kekerapan penyusuan


Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah untuk memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerjaya serta ibu yang exclusively pumping memerlukan disiplin yang ketat dalam jadual pengepaman. Perlu diingat: KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU. Maka bagi ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang tetap dan disiplin. Makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan supplement tetapi jika proses stimulasi(melalui hisapan ataupun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak tidak akan berlaku.

4. Fikiran yang Positif

Pentingkah fikiran yang positif ? Bagi diri ibu... penting dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada persekitaran kita.
Cuba jauhkan fikiran yang negatif dan perasaan pra sangka.Ianya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai aura yang gelap. Mudah putus asa adalah disebabkan pengambilan makanan seharian yang kurang vitamin B. Maka jika anda ialah seorang yang mudah marah, mudah penat , mudah putus asa berpunca dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Fikiran positif akan lahir dengan cukup doa, usaha menjaga pemakanan dan pengambilan air yang cukup...ini antara pendapat yang ibu belajar dari arwah Tn. Hj Talip.
Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang berfikiran positif ini ialah orang yang ceria, sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah mengalah. Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anak.... jika anda mempunyai sifat ini maka insyaAllah penyusuan selama 2 tahun akan dapat dicapai.

Ini antara checklist yang boleh dibuat setiap hari dalam proses muhasabah diri dan usaha yang berterusan demi menjayakan penyusuan. Mudah2an memberi kebaikan kepada sesiapa juga yang bakal atau sedang menyusukan anak.

Susu Ibu

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan SUSU IBU sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan lengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.
Adakah kita sedar dengan kewujudan polisi ini dan mengamalkannya???

Dan Tahukah Anda ?
"Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya."

"Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya."

"Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa."

THERE'S NO love LIKE THE love BETWEEN MOTHER AND BABY~

Tuesday, October 19, 2010

Imunisasi Anak

Semalam [Isnin, 18 Oktober 2010] mama ada oppoiment kat Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi, Oppoiment Puteri mama Iesya untuk suntikan kedua (bby umo 2 bulan). Alhamdulillah puteri mama sihat2 selalu hendak-NYA. Next oppoiment pula ialah pada Isnin, 15 November 2010 untuk suntikan ketiga (bby umo 3 bulan).

Mama sampai kat klinik semalam lebih kurang kol 3 lebih dah, ramai betul orang kat klinik semalam, kat ruangan menunggu bahagian ibu n anak penuh ngan orang tapi nasib baikla menunggu xla lama sangat.......

Friday, October 15, 2010

Budget 2011 oleh PM

Petang ini (Jumaat, 15 Oktober 2010) jam 4pm PM akan membentangkan budget 2011. Sama2lah kita saksikan..........

Monday, October 11, 2010

Teknik Menyimpan Susu Ibu

Untuk dikongsi bersama. Sumber: (2010). Teknik menyimpan susu ibu.
Utusan Online. 15 Ogos.

MINGGU Penyusuan Ibu Sedunia yang berlangsung 1 hingga 7 Ogos lalu menunjukkan kesungguhan pelbagai pihak untuk meningkatkan kesedaran tentang kebaikan susu ibu.

Satu perkara menarik tentang topik ini adalah berkaitan kaedah menyimpan perahan susu ibu. Sekiranya memerah susu di tempat kerja, sebaik2nya simpan perahan susu ibu di dalam peti sejuk. Jika di tempat anda bekerja tidak ada peti sejuk, bolehlah disimpan dengan menggunakan cara ini:

Guna kotak ‘piknik’ yang boleh memuatkan bahan penyejuk (cooling element) dan sekurang-kurangnya dua botol susu. Ini adalah antara kaedah terbaik demi memastikan perahan susu ibu sentiasa sejuk sebelum tiba di rumah. Gunakan termos air panas yang diubahsuai supaya ia sejuk. Mula dengan memasukkan ketulan-ketulan ais ke dalamnya beberapa hari sebelum anda mula bekerja. Isikan juga ketulan ais sebelum dibawa ke tempat bekerja. Buangkan semua ketulan ais sebelum isi perahan susu ibu. Cara ini lebih mudah daripada berulang-alik ke rumah untuk menyusukan bayi.

Ibu perlu memerah susu 1 – 2 kali di tempat kerja untuk di bawa balik. Perahan susu ibu boleh disimpan di dalam peti sejuk sebaik tiba di rumah untuk keperluan esok hari. Jika menggunakan termos yang berisi ketulan ais, pastikan bila anda memerah kali kedua/ketiga, perahan susu ibu mesti disejukkan terlebih dulu sebelum dicampur dengna perhan susu ibu sebelumnya.

Bekas sesuai untuk menyimpan perahan susu ibu

Bekas atau botol plastik yang boleh tahan beku dan panas.

Botol susu berukuran 120 ml.

Perahan susu ibu yang disimpan dalam peti sejuk dua pintu sebaik-baiknya dihabiskan dalam masa dua minggu. Letakkan bekas-bekas yang berisi PSI ke tempat penyejuk (chiller) rak pertama – bukan di rak di tepi pintu. (Tahan 24 jam).
Merujuk artikel “Kekal Cantik Walaupun Menyusu” minggu lalu, ia sepatutnya dibaca seperti berikut: pengambilan vitamin B6 berlebihan boleh mengurangkan pengeluaran susu bukan meningkatkan seperti yang tercatat.

First Day Keje

Arini merupakan first day mama keje selepas cuti bersalin. Dah agak lama jgak mama bercuti before dari bersalin lagi.

Nanti mama samb. cito lg.....

Kemalangan Ngeri 10.10.10

MELAKA – Tarikh 10.10.10 yg dinanti2 kebanyakan orang ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah malam tadi.
Kemalangan berlaku jam 6.40 petang apabila sebuah bas Ekspres Delima dari arah selatan menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van. Sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tiga kereta turut terbabit dalam kemalangan itu.


Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca drpd bas ekspres Delima yg dlm perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.
“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.


Memori 10.10.10

Menarikkan tarikh 10.10.10...
nanti mama sambung cito...

Monday, September 6, 2010

Salam Lebaran

Salam lebaran kepada semua rakan2

Friday, August 27, 2010

Alhamdulillah...Syukur...

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi kerana mama telah selamat melahirkan seorang lg puteri pada 10 Ogos 2010 yg lalu [arini ari ke-18 mama berpantang] semoga puteraputeri permata hati mama menjadi anak2 yg soleh n solehah AMIN...Insyaallah...tp baru hari ini mama berkesempatan untuk update blog setelah sekian lama menyepi...

Selamat Berpuasa n Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin yg bakal menjelma tiba tidak lama lg....

Monday, August 9, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan kepada semua rakan2 blog, mama mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa kpda semua muslimin n muslimat semoga puasa tahun ini lebih baik dari puasa sblum2nya. INSYAALLAH.........

Di kesempatan ni mama mohon jutaan ampun dan maaf andai ada salah dan silap dr segi tutur kata dan perbuatan, secara sedar maupun luar kesedaran mama yg telah menyinggung hati dan perasaan teman2 semua.......

Wednesday, August 4, 2010

Menunggu Hari

Sedar xsedar cuti mama dah berlalu hampir seminggu lebih...tapi apa nak buat nak kene ikut prosedur hospital kat sini plak. Nak xnak mama terpaksala tunggu jgak. Tapi klau mama dah ada tanda2 nak bsalin anytime jer pihak spital akan uruskan. Pe2 pun doa2kanlah semoga mama n baby selamat hendak-NYA....INSYAALLAH......

Tarikh terkini yg pihak spital bg adalah pd 10hb. nnti. Masuk wad shri sblum umat islam menyambut Ramadhan. Jawabnya berpantang betul2 bulan puasala mama nanti...

Saturday, July 31, 2010

Musim Buah2an

Kebetulan la plak, cuti mama kali nie kene pada musim buah2an, kat kampung mama skrg nie tgh musim buah2an. So macam2 spesies buah2anla ada, ada buah Durian, Rambutan, Duku/Dokong, manggis dll. So seronokla dapat merasa semua jenis buah2an yg tengah masak tu.....putera puteri mama hari2la dapat makan buah2an fresh.....mama pun sempatla merasa semua spesies buah2an yg ada sblm mama pantang bersalin nnti.....