Islamic Clock

Tuesday, November 2, 2010

Penyusuan Ke-3

Alhamdulillah, misi penyusuan mama kali ini masih baru lg, umur baby Iesya baru masuk 85 hari (lebih kurang 2 bulan setengahla). Baby mama masih fully breastfeeding, insyaallah semoga Allah SWT mempermudahkan usaha murni mama ini. Mudah2an perjuangan dan usaha murni mama kali ini pun berjaya dgn jaya.....

Setakat ini alhamdulillah, baby Iesya dibekalkan dgn 10 botol susu sehari (bersamaan dgn 2ozx10 botol=20oz sehari) sepanjang kat umah uminya (pengasuh). Nnti mama uploadkan gambo bekalan susu harian Iesya.

Doa2kanlah semoga mama berjaya pada misi kali ini. Insyaallah....

Monday, October 25, 2010

Vitamin Untuk Ibu Menyusu

Marilah kita kongsi bersama2...mama terbaca artikel nie dlm blog beautifulaisyahumaira. Ibu yang menyusukan anaknya amat memerlukan sokongan moral drpd orang sekeliling. Mereka jg perlukan ilmu yg mencukupi bagi meneruskan penyusuan selama 2 tahun. Tanpa ilmu dan sokongan moral, seseorang ibu itu akan mudah putus asa dan tidak dapat meneruskan penyusuan lebih lama...


Dari segi persediaan rohani:

- Jaga solat, kalau boleh cubalah solat di awal waktu.
- Berdoa kepada Allah agar dipermudahkan
- tasbih Fatimah 300 pagi 300 petang (zikir ni ada macam2, ikut kemampuan, yang penting istiqamah)

Persediaan mental:
- Minda dan hati yang tenang.

- Sentiasa mengucapkan syukur.Syukur kerana diberi masa untuk mengepam, syukur dapat 1 oz, syukur walau dapat 1ml.

"Badan kita ni intelligent, sekiranya kita stress, otak tak tahu nak buat apa". Ini kata Pn Rita.
Cth: Sekiranya kita dimarahi oleh bos, atau ada masalah, sudah tentu kita tak boleh fokus pada tugasan kan? Sebaliknya apabila kita gembira, bos berbicara dengan baik, sudah tentu kita boleh fokus kepada pekerjaan. Hormon yang stabil membolehkan otak memberi arahan yang tepat kepada hormon prolaktin untuk menghasilkan susu.

Persediaan Fizikal:


- Mengepam 3 jam sekali di pejabat dan di rumah
- mengepam ketika bayi sedang menyusu
- Buat power pumping selama sejam ketika hujung minggu

Formula demand and supply ni memang mencabar. Tiada jalan pintas. Inilah yang selalunya ibu-ibu tewas, termasuklah saya.

Persediaan makanan:
- makan pagi yang berat
- makan tengahari yang berat
- minum petang
- makan malam
- supper cth: minum susu

- minum air 8 gelas atau 2 liter sehari. lebih banyak lebih bagus

- ambil supplement seperti berikut:
- Multivitamin bagi mengisi ruang kosong @ zat2 yg tidak diperolehi dlm diet harian
- B Complex bagi memastikan badan sentiasa bertenaga, hormon stabil dan tenang
- Vitamin C sebagai antibodi, mengurangkan risiko jangkitan
- Alfalfa sebagai milk booster
- Kalsium untuk fungsi urat saraf dan kekuatan tulang
- Protein sbg sumber asas binaan sel yg boleh membanyakkan susu, menguatkan sistem imun badan, menjadikan susu lebih berlemak dan mengenyangkan.

Sekiranya ingin mencuba Shaklee, boleh dapatkan percubaan 30 hari Set B- Breastfeeding dan Set E, add on Calcium@Ostematrix dengan harga 80.00 dan 140.00.

Menyusukan anak bukanlah bermakna boleh berjimat, sebaliknya kosnya mungkin sama atau lebih tinggi drpd orang yg tidak menyusukan. Menyediakan anak untuk yg terbaik itu mengatasi segala2nya. Memang ada yg boleh survive tanpa supplement tetapi akhirnya si ibu itu mengalami kereputan tulang, sakit sendi, sakit pinggang dan sebagainya.

Terpulanglah kepada pilihan masing-masing. Mencegah itu lebih baik dari merawat.

Wednesday, October 20, 2010

Memperbanyakkan Susu Ibu

Inilah antara list yg boleh memperbanyakkan susu yg ingin dikongsi bersama...

Minum susu(fresh milk/susu tepung)
Minum soya/tau fu fa(apa jua yg berasaskan soya)
Makan kurma/ minum jus kurma
Minum air longan
Minum air rebusan halba/masukkan halba dalam masakkan.
Makan ulam pegaga/minum jus pegaga
Makan sayur sawi / kobis/ lobak putih/brocoli/peria
Banyakkan minum air masak
Banyakkan ambil makanan/minuman berkalsium
Minum air barli/horlicks dan apa jua yg berasaskan bijirin mcm quaker oat
Makan jantung pisang/pucuk manis/kuchai/pucuk betik/betik muda
Sengkuang cina
Herba/rempah ratus

Selain itu;
Jangan “stress
Kerap kan mengepam
Mengurut(bg liang2 susu terbuka)

pastu, kalau malas, beli je yg ni;
Pil ASI
Shatavari
Pils Motilium
Maxolon
Milkmaid tea
Habatussauda
Omega 3

btw...benda2 ni semua kita kena try...sbb kita xtau badan kita ok dgn yg mn...

Penyimpanan N Pengendalian EBM

EBM - Penyimpanan dan Pengendalian Perahan susu Ibu
Bagi ibu yang berkerjaya, Susu ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi hokey
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI


* bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
* bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
* breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
* Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Nak tau di mana boleh dapat bekas penyimpanan ni boleh terjah ke blog DUNIA SUSU IBU. Sana banyak info diberikan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.

* Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)
* Kuantiti susu yang diperah
* Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN


SUHU BILIK?

* Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
* Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.

- picture from mama Muzfirah @ http://mom2muzz.blogspot.com/2009/12/storing-breast-milkthawing-frozen.html

FRIDGE/FREEZER?
Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- pintu bawah (0- 4 °C)
(sebelum dibekukan) - 3-7 hari
(selepas dibekukan) - 24 jam
Pembeku/ freezer (-20C), tahan antara 6 bulan
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

BEKAS PENYEJUK?

cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.

Check List Untuk Ibu

Check list untuk ibu yang mahu berjaya dalam penyusuan
Benarlah kata orang... untuk berjaya perlu selalu muhasabah diri agar kita dapat memperbaiki diri dari yang baik kepada yang lebih baik. Untuk menjayakan penyusuan dengan cemerlang, marilah sama2 kita muhasabah setiap perkara berikut agar kejayaan dapat dikecapi dengan penuh kemanisan:

1. Solat 5 waktu tidak diabaikan atau dilengahkan ATAU doa bagi non-muslim.

Apa kaitan solat atau doa dgn penyusuan? Sangat penting krna solat atau doa itulah yg menghubungkan makhluk dgn pencipta. Ini juga menandakan bahawa makhluk itu sangat bergantung kepada pencipta. Dengan izinNya jualah segala nikmat dikecapi. Begitu juga dgn penyusuan, ia akan lebih manis apabila kita dekat denganNya. Segala susah senang kita, kita akan yakin bahawa Dia tidak akan menghampakan kita. Keyakinan yg kuat adalah hasil hubungan kita dgn pencipta. Susu yg keluar dari tubuh si ibu adalah atas keizinan Yang Esa jua.
Solat atau doa adalah sebagai tanda kita bersyukur... janjiNya, barang siapa yang bersyukur akan ditambahkan nikmat ke atasnya dan barang siapa yang kufur azab Nya amatlah keras. Bagi Muslim, solat sunat dan zikir2 sangat membantu menjayakan apa yang diusahakan. Hubungan sesama makhluk juga tidak boleh dipandang remeh bermaksud hubungan suami isteri, ahli keluarga dan jiran tetangga sangat perlu dijaga.

2. Menjaga pemakanan
Menjaga pemakanan termasuklah dengan pengambilan air yang selari dengan keperluan tubuh. Ibu yang menyusukan anaknya perlu memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi. Pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang.

Pentingkah makanan yang seimbang?
Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik. Pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan si ibu mudah letih, moody, stress dan seterusnya memberi kesan ke atas penghasilan susuibu. Kesan jangka panjang yang akan dialami oleh si ibu yang tidak menjaga pemakanan ialah sakit pinggang, sakit belakang, tumit kaki yang keras, muka yang kusam, keguguran rambut yang teruk dan wajah nampak kelihatan pucat dan masalah kedinginan terhadap keperluan seks.
Penyusuan memerlukan vitamin B yang lengkap serta galian yang diperlukan demi memastikan badan si ibu tidak mudah letih dan sentiasa bertenaga. Kekurangan zat dalam pengambilan makanan seharian boleh menyebabkan si ibu mudah pengsan atau pitam.Jika anda seorang yang mudah penat, kuat cemburu, mudah marah, mudah merajuk, mudah naik angin maka ini menandakan badan anda memerlukan vitamin B yang lengkap melebihi dari orang normal. Ini disebabkan zat dalam badan yang diserap untuk menghasilkan susu tidak diganti dengan kadar yang betul. Vitamin B boleh didapatkan melalui pisang, kuning telur, bijiri, keju dan yougurt.
Nota tambahan: Boleh rujuk SINI.

3. Kekerapan penyusuan


Bagi ibu yang tidak bekerja mungkin tidak punya banyak masalah untuk memastikan kekerapan penyusuan namun bagi ibu yang bekerjaya serta ibu yang exclusively pumping memerlukan disiplin yang ketat dalam jadual pengepaman. Perlu diingat: KEKERAPAN MENYUSU AKAN MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU. Maka bagi ibu2 yang mengepam pastikan kalian punya jadual mengepam yang tetap dan disiplin. Makanlah dengan banyak hatta ditambah dengan supplement tetapi jika proses stimulasi(melalui hisapan ataupun mengepam) tidak berlaku maka ransangan untuk badan menghasilkan susu dengan banyak tidak akan berlaku.

4. Fikiran yang Positif

Pentingkah fikiran yang positif ? Bagi diri ibu... penting dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada persekitaran kita.
Cuba jauhkan fikiran yang negatif dan perasaan pra sangka.Ianya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai aura yang gelap. Mudah putus asa adalah disebabkan pengambilan makanan seharian yang kurang vitamin B. Maka jika anda ialah seorang yang mudah marah, mudah penat , mudah putus asa berpunca dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Fikiran positif akan lahir dengan cukup doa, usaha menjaga pemakanan dan pengambilan air yang cukup...ini antara pendapat yang ibu belajar dari arwah Tn. Hj Talip.
Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang berfikiran positif ini ialah orang yang ceria, sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah mengalah. Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anak.... jika anda mempunyai sifat ini maka insyaAllah penyusuan selama 2 tahun akan dapat dicapai.

Ini antara checklist yang boleh dibuat setiap hari dalam proses muhasabah diri dan usaha yang berterusan demi menjayakan penyusuan. Mudah2an memberi kebaikan kepada sesiapa juga yang bakal atau sedang menyusukan anak.

Susu Ibu

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan SUSU IBU sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan lengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.
Adakah kita sedar dengan kewujudan polisi ini dan mengamalkannya???

Dan Tahukah Anda ?
"Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya."

"Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya."

"Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa."

THERE'S NO love LIKE THE love BETWEEN MOTHER AND BABY~

Tuesday, October 19, 2010

Imunisasi Anak

Semalam [Isnin, 18 Oktober 2010] mama ada oppoiment kat Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi, Oppoiment Puteri mama Iesya untuk suntikan kedua (bby umo 2 bulan). Alhamdulillah puteri mama sihat2 selalu hendak-NYA. Next oppoiment pula ialah pada Isnin, 15 November 2010 untuk suntikan ketiga (bby umo 3 bulan).

Mama sampai kat klinik semalam lebih kurang kol 3 lebih dah, ramai betul orang kat klinik semalam, kat ruangan menunggu bahagian ibu n anak penuh ngan orang tapi nasib baikla menunggu xla lama sangat.......

Friday, October 15, 2010

Budget 2011 oleh PM

Petang ini (Jumaat, 15 Oktober 2010) jam 4pm PM akan membentangkan budget 2011. Sama2lah kita saksikan..........

Monday, October 11, 2010

Teknik Menyimpan Susu Ibu

Untuk dikongsi bersama. Sumber: (2010). Teknik menyimpan susu ibu.
Utusan Online. 15 Ogos.

MINGGU Penyusuan Ibu Sedunia yang berlangsung 1 hingga 7 Ogos lalu menunjukkan kesungguhan pelbagai pihak untuk meningkatkan kesedaran tentang kebaikan susu ibu.

Satu perkara menarik tentang topik ini adalah berkaitan kaedah menyimpan perahan susu ibu. Sekiranya memerah susu di tempat kerja, sebaik2nya simpan perahan susu ibu di dalam peti sejuk. Jika di tempat anda bekerja tidak ada peti sejuk, bolehlah disimpan dengan menggunakan cara ini:

Guna kotak ‘piknik’ yang boleh memuatkan bahan penyejuk (cooling element) dan sekurang-kurangnya dua botol susu. Ini adalah antara kaedah terbaik demi memastikan perahan susu ibu sentiasa sejuk sebelum tiba di rumah. Gunakan termos air panas yang diubahsuai supaya ia sejuk. Mula dengan memasukkan ketulan-ketulan ais ke dalamnya beberapa hari sebelum anda mula bekerja. Isikan juga ketulan ais sebelum dibawa ke tempat bekerja. Buangkan semua ketulan ais sebelum isi perahan susu ibu. Cara ini lebih mudah daripada berulang-alik ke rumah untuk menyusukan bayi.

Ibu perlu memerah susu 1 – 2 kali di tempat kerja untuk di bawa balik. Perahan susu ibu boleh disimpan di dalam peti sejuk sebaik tiba di rumah untuk keperluan esok hari. Jika menggunakan termos yang berisi ketulan ais, pastikan bila anda memerah kali kedua/ketiga, perahan susu ibu mesti disejukkan terlebih dulu sebelum dicampur dengna perhan susu ibu sebelumnya.

Bekas sesuai untuk menyimpan perahan susu ibu

Bekas atau botol plastik yang boleh tahan beku dan panas.

Botol susu berukuran 120 ml.

Perahan susu ibu yang disimpan dalam peti sejuk dua pintu sebaik-baiknya dihabiskan dalam masa dua minggu. Letakkan bekas-bekas yang berisi PSI ke tempat penyejuk (chiller) rak pertama – bukan di rak di tepi pintu. (Tahan 24 jam).
Merujuk artikel “Kekal Cantik Walaupun Menyusu” minggu lalu, ia sepatutnya dibaca seperti berikut: pengambilan vitamin B6 berlebihan boleh mengurangkan pengeluaran susu bukan meningkatkan seperti yang tercatat.

First Day Keje

Arini merupakan first day mama keje selepas cuti bersalin. Dah agak lama jgak mama bercuti before dari bersalin lagi.

Nanti mama samb. cito lg.....

Kemalangan Ngeri 10.10.10

MELAKA – Tarikh 10.10.10 yg dinanti2 kebanyakan orang ‘meragut’ 12 nyawa manakala lebih 40 orang cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah malam tadi.
Kemalangan berlaku jam 6.40 petang apabila sebuah bas Ekspres Delima dari arah selatan menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van. Sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan tiga kereta turut terbabit dalam kemalangan itu.


Seorang jurucakap syarikat Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika dihubungi berkata, kemalangan itu didakwa berpunca drpd bas ekspres Delima yg dlm perjalanan dari Melaka menuju ke ibu negara. Bas itu didakwa terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
“Selepas melanggar pembahagi jalan bas tersebut berpusing-pusing memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke selatan.
“Bas Delima itu kemudian merempuh sebuah Perodua MyVi, bas JKM dan tiga buah kenderaan lain,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.
Difahamkan 12 mangsa yang terkorban membabitkan sepuluh penumpang bas Delima, seorang penumpang van dan seorang penunggang motosikal lelaki.


Memori 10.10.10

Menarikkan tarikh 10.10.10...
nanti mama sambung cito...

Monday, September 6, 2010

Salam Lebaran

Salam lebaran kepada semua rakan2

Friday, August 27, 2010

Alhamdulillah...Syukur...

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi kerana mama telah selamat melahirkan seorang lg puteri pada 10 Ogos 2010 yg lalu [arini ari ke-18 mama berpantang] semoga puteraputeri permata hati mama menjadi anak2 yg soleh n solehah AMIN...Insyaallah...tp baru hari ini mama berkesempatan untuk update blog setelah sekian lama menyepi...

Selamat Berpuasa n Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin yg bakal menjelma tiba tidak lama lg....

Monday, August 9, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Salam Ramadhan kepada semua rakan2 blog, mama mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa kpda semua muslimin n muslimat semoga puasa tahun ini lebih baik dari puasa sblum2nya. INSYAALLAH.........

Di kesempatan ni mama mohon jutaan ampun dan maaf andai ada salah dan silap dr segi tutur kata dan perbuatan, secara sedar maupun luar kesedaran mama yg telah menyinggung hati dan perasaan teman2 semua.......

Wednesday, August 4, 2010

Menunggu Hari

Sedar xsedar cuti mama dah berlalu hampir seminggu lebih...tapi apa nak buat nak kene ikut prosedur hospital kat sini plak. Nak xnak mama terpaksala tunggu jgak. Tapi klau mama dah ada tanda2 nak bsalin anytime jer pihak spital akan uruskan. Pe2 pun doa2kanlah semoga mama n baby selamat hendak-NYA....INSYAALLAH......

Tarikh terkini yg pihak spital bg adalah pd 10hb. nnti. Masuk wad shri sblum umat islam menyambut Ramadhan. Jawabnya berpantang betul2 bulan puasala mama nanti...

Saturday, July 31, 2010

Musim Buah2an

Kebetulan la plak, cuti mama kali nie kene pada musim buah2an, kat kampung mama skrg nie tgh musim buah2an. So macam2 spesies buah2anla ada, ada buah Durian, Rambutan, Duku/Dokong, manggis dll. So seronokla dapat merasa semua jenis buah2an yg tengah masak tu.....putera puteri mama hari2la dapat makan buah2an fresh.....mama pun sempatla merasa semua spesies buah2an yg ada sblm mama pantang bersalin nnti.....

Hujung Kehamilan

Sedar xsedar mama dah masuk 38week dah skrg nie, kejap jer masa berlalu.......mama dijangka bersalin pada 1 Ogos nnti....doa2kanlah semoga mama n baby selamat hendakNYA...banyak betul dugaan mama pregnant kali nie........moga2 Allah mempermudahkan segalaNYA.........

Anugerah Kehidupan

Kehidupan adalah anugerah utama illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNYA buat kita manusia, yg wajib kita syukuri dan hargai. Jesteru itu, manafaatkanlah untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yg kita lakukan akan dipertanggungjawabkan dikemudian hari. Gunakanlah sebaik2nya kurniaan Allah swt kpda kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yg bakal membawa kecemerlangan pada diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali "pergi" takkan kembali. Buat baik berpada2 n buat jahat JANGAN sekali2.

Sunday, July 25, 2010

Berehat Di Kampung

Atas nasihat Dr. yg sllu bpesan agar mama banyak berehat n jgn stress2 akhirnya mama ambil keputusan bercuti awal sblm due salin. Ini bukan apa untuk memudahkan sgla urusan mama di kampung nnti. Alhamdulillah putera puteri mama seronok dapat balik kampung Tok Ma n Tok Ayah. Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan mama nnti....INSYAALLAH.............

Tuesday, July 6, 2010

Klinik Ortopedik Hospital Serdang

Semalam mama menemankan papa g check-up kat Klinik Ortopedik Hospital Serdang. Oppoiment jam 11 pagi, bagi rawatan susulan tangan papa yg patah tu. Mama bertolak dari opis agak lewat skit, dah hampir 11.20 am baru bertolak ke Hospital. Slps mendaftar di kaunter utama penndaftaran, mama n papa terus mendaftar di Klinik Ortopedik dan terus buat x-ray. Masa mendaftar di klinik ortopedik, ramai giler pesakit tgh menunggu giliran msg2. Dalam hati mama, nie entah bila la plak turn papa silap2 lewat petang baru dapat turn. Bab menunggu lama2 ni la yg plg memboringkan. Tapi nak wat cam mn nak xnak mama terpaksa tunggu ikut giliran jgak.....banyak2la bersabar.....

last2 dkat kol 4pm baru turn papa, barula dapat jmpa DR. n DR. pakar. n DR pakar suggestkan utk buka dulu balutan utk tgk perkembangan jari yg patah. DR. mnta papa buat terapi tgn sndiri dlm masa sebulan untuk memastikan agar jari yg patah itu boleh berfungsi semula seperti sebelumnya. Jari yg patah tu still nmpak cam bengkak n still rasa sakit, xboleh nk gerakkan sgt. Tapi DR. nasihatkan agar jgn paksa sgt tangan tu utk bergerak n buat perlahan2 [jgn paksa] n oppoinment seterusnya ialah pd 2 Ogos 2010 nnti.

Travel Bersama EBM Menggunakan Kereta

Dipetik dari rakan blog untuk panduan bersama ibu2 yg fully breasfeeding

travel dari KL-kerteh…100liner EBM…
apakah yang diperlukan untuk transfer EBM

pada pandangan saya….
barangan yang diperlukan:
* coleman icebox
* coleman chiller
* techni ice 2-3 sheets(24ketulX2 or 3sheets)
* ice batu banyak banyak

apa yang perlu buat
* bekukan chiller/ice brite selama yang mungkin….
* begitu jg dgn techni ice..(techni ice ni kalau kita bekukan lama..ia akan tahan beku lebih lama…dan sifatnya mencairkan diri demi menjadikan yg lain tahan beku…)
* pada hari nak travel tu masukkan ice batu…lapiskan dgn 1 techni ice then EBM.. disendal dgn ice brite…tabur ice batu….lapiskan dgn techni ice taburkan ice baru lagi..sampai sendat icebox……
* tutup icebox dan jgn buka2 lg dah sampai kita tiba di tempat yg dituju
* cepat2 transfer EBM ke dalam peti ais……

kalau ada yg dah mencair sikit boleh lagi dibekukan…..

ok…

perkara patut diambil kira

elakkan berhenti rehat terlalu lama di pertengahan jalan….terutama kalau kita off airconditioner kereta…….makesure suhu sekitar tidak terlalu panas…

selamat mencuba..Insya Allah…selamat EBM dan anda….all the best..susuibu adalah makanan terbaik bayi anda…..

cadangan dan pendapat dialu-alukan…

Tuesday, June 29, 2010

EBM Dalam Perjalanan

Info ini mama dapat dari blog Ummi Ummair (sajirahazlan@blogspot.com, kita cuma beli kotak polisterin yg sederhana besar untuk memuatkan stok2 tersebut. Nak tahu caranya..mari kita lihat panduan seterusnya :

1. Beli bekas polisterin ypg bersesuaian bergantung kepada stok anda
2. Lapikkan keseluruhan permukaan dalam polisterin dengan surat khabar
3. Tabur ais ketul sehingga memenuhi ruang
4. Tabur garam halus-lagi banyak lagi bagus (tujuan supaya ais tak mudah cair)
5. susun stok ebm anda

nampak tak putih-putih tu..garam halus yg ditabur di atas ais..

6. Ulang dan ulang lagi langkah 3-5 di atas

EBM yg dah ready utk dibungkus..

7. Last sekali tutup permukaan atas dengan tuala kecil

inilah dia...

8. Tutup rapat-rapat kotak tu ye..

dah siap..!

Itu je..senang je kan. On the way tu boleh la cek sekali-sekala. Lebih kurang 5 jam perjalanan cek semula dan alhamdulillah ais masih ada. Cuma sedikit sahaja cair dan belikan sedikit lagi sebagai topup yang dah cair. Ohh ye..jangan lupa keluarkan ais yang dah cair tu tau..

Monday, June 28, 2010

Petua Banyakkan Susu

Marilah kita sama2 berkongsi info ini....
Terdapat bbrpa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yg dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dgn kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah2 dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah bbrpa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yg dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila2 masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua2 belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis
Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yg telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

* Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yg tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yg menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yg dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yg alah terhadap kacang tanah, ibu2 dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yg telah dibasuh bersih dgn 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam
Terdapat beberapa jenis rempah yg biasa digunakan dlm masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yg paling sesuai mengambilnya dgn tidak memudaratkan appendiks ialah dgn merendamkan sesudu halba dlm segelas air panas slma 15 minit. Tapis dan minum airnya shja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yg sama seperti halba

* Bunga Melur
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dlm perubatan terutamanya dlm perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

* Lobak Putih
Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yg mengalami kekurangan susu badan... Makan dgn dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA
Ibu menyusu yg makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkn kandungan kumpulan asid lemak ini dlm susunya. Asid2 lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dlm penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yg didedahkan dlm Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yg makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yg makan biskut biasa. CLA dlm susu ibu mencapai tahap tertingginya slps 8 ke 28 jam ibu2 memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yg tinggi secara semulajadinya terdapat dlm makanan spti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu

* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sbg pemanis dlm minuman, sapuan pd roti atau cicah pd lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yg disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17. Bwg putih mgandungi byk sulfur yg bagus utk sendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.

Friday, June 25, 2010

24 June 2010

HAPPY BIRTHDAY mama semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...insyaallah... n doa2kanlah semoga mama n baby selamat semuanya, insyaallah.........
(Khamis, 24hb. June, bersamaan 11 Rejab 1431H)