Islamic Clock

Monday, January 29, 2024

Oppo Tab Neo

OPPO Pad Neo: Versatil Untuk Kerja & Berhibur, Sambungan Lancar Antara Peranti



Untuk memenuhi permintaan ramai peminatnya, OPPO baru-baru ini memperkenalkan OPPO Pad Neo dalam rangkaian tabletnya. Model ini direka dengan ciri untuk menjamin keselesaan untuk berpanjangan sepanjang hari oleh penggunanya. Peranti model ini juga dilengkapi quad-speaker dengan Dolby Atmos®, bateri tahan sepanjang hari dan sambungan ke berbilang peranti tanpa masalah. Semua ini dan banyak lagi ciri yang korang kena tahu sebelum beli OPPO Pad Neo ini:

-Skrin Readfit 7:5, 2.4 terbesar yang mesra mata

Apa yang membezakan OPPO Pad Neo berbanding tablet lain di pasaran adalah skrin ReadFit 11.4 inci 2.4K yang pertama dalam industri menampilkan nisbah aspek 7:5.  Rekaan ini bukan sahaja memberikan lebih keselesaan dengan ruang tontonan lebih luas dan nisbah aspek lebih versatil.
Berbanding paparan tablet biasa berkadaran 5:3, OPPO Pad Neo menawarkan lebih 7% dari segi kawasan skrin. Nisbah aspek 7:5 memastikan konsistensi tidak kira untuk mod lanskap, potret atau pun split-screen.

Skrin paparan OPPO Pad Neo jauh meninggalkan tablet flagship lain dengan resolusi 2408 x 1720 berketumpatan 260PPI serta 96% NTSC color gamut. Kecerahan skrin paling tinggi pula mencecah 400nits, menjadikannya paparan tablet kelas pertengahan terbaik dalam kelasnya.

Untuk mengurangkan keletihan mata dan mengganggu corak tidur akibat pendedahan kepada cahaya biru, tablet ini dilengkapi teknologi cahaya biru dan mod Smart Color Temperature Adjustment. Paling istimewa skrin pada model ini terbina dengan Circadian Friendly dan Full Care Display 2.0 dari TÜV Rheinland. Ciri ini menjamin pengalaman tontonan lebih mesra mata berbanding standard industri.

-Sambungan peranti silang lebih efisien

Nak berhibur sambil kekal produktif bekerja? OPPO Pad Neo adalah jawapannya. Apabila Pad Neo ini berhampiran dengan telefon yang serasi, peranti ini akan dihubungkan yang membolehkan sinkronisasi pada tablet dan telefon.

Ciri Content Sync membolehkan menerima foto, video atau screenshot dari telefon secara real-time kepada Pad Neo. Lebih mudah juga untuk menggunakan fungsi copy-paste, di mana pengguna boleh copy dari satu peranti dan paste secara terus pada clipboard satu lagi peranti lain. Dengan ciri App Relay pula, pengguna tidak akan tertinggal apa-apa tugasan dalam proses transisi. Menonton movie, baca buku atau apa sahaja tugasan dapat disambung pada satu lagi peranti tanpa perlu mengulang semula dari awal.

Hiburan mengasyikkan seharian dengan prestasi luar biasa

Apalah maknanya peranti dengan spesifikasi paling mantap tanpa kapasiti bateri paling padu kan?Jangan risau dengan OPPO Pad Neo dengan bateri 8,000mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC memastikan korang boleh berhibur sepanjang hari. Quad-speaker dengan Dolby Atmos® menjanjikan kualiti audio yang jelas dan terperinci dalam apa juga keadaan.

Tidak terhenti di situ, peranti ini juga terbina dengan prosesor MediaTek Helio G99, kamera depan dan belakang 8MP, Omnibearing sound field serta storage boleh dipertingkat menjadikan OPPO Pad Neo satu peranti yang versatil dan mesti dimiliki.

-Sudah berada di pasaran

OPPO Pad Neo kini di pasaran dengan harga RM1,199 untuk Wi-Fi (6GB RAM+6GB+128GB ROM) dan RM1,399 untuk 4G LTE (8GB RAM +8GB+128GB ROM).

#GadgetTerkini
#Isu2Semasa2024


Saturday, January 13, 2024

1 REJAB 1445H

 DOA KETIKA MASUK BULAN REJAB

Jom sama-sama kita pertingkatkan amalan kita di bulan rejab sebagai persiapan untuk kita bertemu dengan bulan Ramadan.

AMALAN BULAN REJAB

Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah dan amalan-amalan ini bersifat umum adalah:

1. Berpuasa sunat

2. Perbanyakan bersedekah

3. Perbanyakan membaca al-Quran

4. Perbanyakan berzikir

5. Perbanyakan solat sunat

6. Menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah (dosa dan maksiat)

InsyaAllah sempena kemasukan bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan kebaikan dan kebajikan kita. Semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap amalan yang kita lakukan bersesuaian dengan saranan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah ‎ο·Ί.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

#CoretanJan2024

Friday, January 5, 2024

Tahun 2024 Telah Tiba

 Lamanya tak menulis blog, sedar tak sedar sekarang dah masuk tahun 2024..........

Semoga Tahun 2024 membawa seribu makna kepada kita… Ingatlah walau sebagaimana penat pun kita mengharungi tahun demi tahun, ingatlah firman Allah SWT : 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
 [Al-Baqarah: 216]

Alhamdulillah, kita sudah melangkah ke tahun 2024. Ingatlah, bila hijrahmu kerana Allah, kamu akan terus melangkah walaupun sudah Lelah….....

Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah SWT serta lebih cemerlang dalam tahun 2024. Semoga segala aturan yang dirancang beroleh kejayaan serta keberkatan dari-Nya.  Hidup ini terlalu singkat untuk bimbangkan tentang apa yang dikatakan dan difikirkan orang lain tentang diri kita. Ayuh, jalan terus! Mulakan tahun 2024 dengan ucapan Alhamdulillah… Semoga kita menjadi hambaNya yang bersyukur dan sentiasa berusaha memperbaiki diri..

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan!

“Jangan bersedih. Sesungguhnya pertolongan akan datang bersama kesabaran.” [HR. Ahmad)

#coretanJan2024
#nukilanhati


Sunday, September 4, 2022

Pergi-Mu Buat Selama-lamanya.......

 Tanggal 31 Ogos 2022 kami sekeluarga dikejutkan dengan berita abg Joe kritikal di Institut Jantung Negara (IJN).. Makanya kami sekeluarga bergegas ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menziarah dan bertanya khabar selanjutnya.... Semoga dipermudahkan segala urusan kak sekeluarga....

Namun Allah swt lebih menyayanginya..... pada pagi 1 September 2022 kami sekeluarga dikejutkan dengan berita duka.... abg joe telah kembali ke negeri abadi buat selama2nya.....

Selamat jalan ke negeri abadi.........    

kami akan menyusulmu nanti..........

Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kepada-NYA jua lah kita akan kembali serta ditempatkan bersama hamba2-NYA yang soleh dan dikasihi Allah. Semoga disatukan semula dengan keluarga tercinta kelak. Amiin Amiin ya Rabbal ‘Aalamiin.

Untuk my sister, Allah menguji hamba2-NYA mengikut kemampuan setiap hamba-NYA itu. Dan sesungguhnya setiap ujian itu tidaklah diberikan melainkan untuk mengangkat darjat hamba-NYA. Ujian hebat begini adalah untuk hamba2-NYA yang terpilih dan sangat DIA sayangi dan kasihi. Allah telah berjanji bahawa sesungguhnya dengan setiap kesusahan itu adalah berserta dengan kemudahan pada kemudiannya. Sesungguhnya Allah TIDAK PERNAH memungkiri janji dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

ALFATIHAH.......semoga roh Allahyarham mendapat rahmat, ketenangan dan bersama dalam golongan hambaNya yang soleh di syurga sana...amennn... 



Sunday, December 5, 2021

PERBEZAAN MINYAK ZAITON DAN KEGUNAANNYA



Selama ni main pakai jer minyak zaitun.. Rupanya ada perbezaan cara penggunaan ikut jenis minyak zaitun..

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
TAK SEMUA MINYAK ZAITUN BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK .
Ramai yang masih buat kesilapan dalam penggunaan minyak zaitun / olive oil.

Dibawah saya share sedikit berkenaan jenis2 minyak olive oil:

1️⃣EXTRA VIRGIN OLIVE OIL.
Hasil pertama dari buah zaitun dan memiliki kualiti yg paling bagus dibanding jenis olive oil yg lain. Olive oil jenis nie tak sesuai utk memasak kerana mudah teroksida. Apabila terkena panas, zat-zatnya mudah menjadi lemak berbahaya. Beli kat sini :

2️⃣ORIGINAL VIRGIN OLIVE OIL.
Jenis ini diperolehi daripada proses memerah buah zaitun, sbb tu lg murah dari extra virgin. Jenis ini digunakan utk menumis. Beli kat sini :

3️⃣LIGHT/EXTRA LIGHT OLIVE OIL.
Jenis ini digunakan utk proses memasak dengan suhu tinggi seperti menumis atau memanggang. Walaupon ia melalui proses penyulingan lebih dr sekali, jenis ini lebih sihat dibandingkan minyak goreng biasa. Beli kat sini :

SEKARANG ANDA TAHU
Sumber : KURUS TANPA LAPAR

KELEBIHAN SOLAT SUNAT

Tidur sebentar dan kemudian bangun malam seawal 2 pagi - 5 pagi (sebelum masuknya waktu subuh). Pilihlah mana-mana yang dihajati…

1 - Solat sunat wuduk.
2 - Solat sunat tahajud.
3 - Solat sunat taubat.
4 - Solat sunat tasbih.
5 - Solat sunat hajat.
6 - Solat sunat istikharah.
7 - Solat sunat witir.
Selepas Azan Subuh
1 - Solat sunat subuh.
2 - Solat fardu subuh (bacaan
terbaik
ialah Surah Waqiah).
7.15 pagi - 8.15 pagi
1 - Solat sunat isyrak.
8.15 pagi - 11.00 pagi
1 - Solat sunat duha.
Apabila Gelincir Matahari
1 - Solat sunat zohor.
2 - Solat fardu zohor.
3 - Solat sunat selepas zohor.
Selepas Azan Asar
1 - Solat sunat asar.
2 - Solat fardu asar.
Selepas Azan Maghrib
1 - Solat sunat Maghrib.
2 - Solat fardu maghrib.
3 - Solat sunat selepas maghrib.
4 - Solat sunat awwabin.
5 - Solat sunat taubat.
Selepas Azan Isyak
1 - Solat sunat isyak.
2 - Solat fardu isyak.
3 - Solat sunat selepas isyak.
4 - Sola sunat witir.
Hari Jumaat
1 - Solat sunat Tahiyatul Masjid (apabila tiba di masjid).
2 - Solat sunat wuduk
3 - Solat sunat taubat.
Semoga dapatlah kita amalkan insha Allah
Semoga bermanfaat.Aamiin
Wallahualam
Kredit Kisah Para Rasul Allah

Genap 10 Tahun.....[4 Disember 2011-4 Disember 2021]

Tanggal 4 Disember 2011 menjadi tarikh duka buat kami sekeluarga dengan berita pemergian adik tersayang.....Kini 4 Disember 2021, genap 10 tahun arwah adik pergi tinggalkan kami.....

Semoga Allah ampunkan segala dosa2 arwah, semoga Allah terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Allah swt....
Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan Dunia, semoga dilindungi dari siksa kubur dan semoga roh arwah adik ditempatkan dikalangan para solihin....
Inna lillahi wa inna ilayhi rajiun...Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran,kekuatan dan ketabahan kepada kami ahli keluarganya terus tabah menghadapi dugaan Allah...
Darinya kita hidup... dan kepadanya kita kembali...Al-fatihah...
Semoga arwah adik di tempatkan di kalangan golongan orang2 yang beriman dan beramal soleh.....semoga Allah memberi taufik dan hidayah ke atas roh arwah adik [Pak Su]....aminnn
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad ....
Alfatihah...Aminn Aminn Aminn....



Monday, February 1, 2021

Selamat Tahun Baru 2021.............

Happy New year 2021..
Dah sebulan 2021 berlalu..... sedar tak sedar arini dah 1 Februari 2021....moga tahun ni akan lebih baik dari tahun 2020....
Good luck buat anak2 semua semoga dapat teruskan sesi persekolahan dengan baik walaupun secara PDPR .....  Anak2 semua rindukan sesi persekolahan....Moga Kejayaan milikmu buat anak2ku............                                    
Semoga Covit-19 cepat2 berlalu pergi........dah setahun Covit-19 melanda Malaysia....dari PKP 1.0 PKPB PKPP dan kembali PKP 2.0......
#PKP2.0-covit-19
#kitajagakitaπŸ’¦πŸ’šπŸ’‹

Monday, March 9, 2020

Tahun 2020

hepy new year 2020...

moga tahun ni akan lebih berjaya dalam apa jua perkara...
Good luck buat anak2ku yang akan menghadapi exam PT3 dan juga UPSR 2020...

Moga Kejayaan milikmu anak2ku....

Wednesday, April 3, 2019

Sekolah KAFA cuti Sempena Israk Mikraj

Hari ini anak2 cuti sek. kafa sempena cuti Hari Israk Mikraj...
Sek.Keb. sekolah seperti biasa....

Israk & Mikraj

SELAMAT HARI ISRAK & MIKRAJ

Monday, April 1, 2019

My New position

Mulai Jan 2019 mama bertugas diposition yg baru dan mama mohon kekal di lokasi yg sama...
Doakan mama, semoga mama lebih cemerlang dan mampu menguruskan amanah baru ini.....insyaallah...
Setakat ini alhamdulillah...mama akan cuba belajar sikit demi sedikit untuk meningkatkan lagi kualiti kerja mama....
Tq to kak ct yg banyak membantu mama memberi tunjuk ajar dlm menguruskan kerja2 harian mama skrg....

Berakhir Sudah Cuti Sekolah Anak2

LamanyΓ  tak menulis blog...banyak info dan cerita2 anak2 xsempat nak dicoretkan di sini..
Insyaallah mama akan cuba untuk update untuk kenang2an kita bersama....

Jom layan gambar2 anak2 sepanjang cuti sekolah 23-31 Mac 2019....

Tuesday, October 16, 2018

Simpan Sini Untuk Kenang2an

Gambar anak2 masa kecil banyak dah yg xder sebab external lama tu rosak...huhu sedih sangat sebab banyak gambar2 di simpan dalam disk tu.....

Gambar2 Iqa, Syahmi n Iesya.....