Islamic Clock

Monday, October 29, 2012

Jalan Jem Truk

Selama dok berulang balik kampung time raya xpernah lg kene jalan teruk cam gini.....sepanjang jalan kete xputus2....bersusun jer kdg gerak kdg xbergerak ketenya......apa nak buat redah je la n teruskan perjalanan dgn penuh kesabaran....yg pnting selamat sampai ke destinasi yg di tuju.......

Wednesday, October 24, 2012

Raya AidilAdha

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua muslimin n muslimat.....

Kelantan JOHAN

TAHNIAH The Red Warriors JUARA............

Thursday, October 18, 2012

Kelantan Ke Final Akhirnya

Akhirnya The Red Warriors mara ke peringkat FINAL slpas berjaya mengalahkan Selangor pada peringkat separuh akhir. So sama2lah kita saksikan FINAL KELANTAN lawan ATM sabtu ini di Stadium Shah Alam...........

Yayasan Kebajikan Negara Bantu Azean Irdawaty

Pelakon Azean Irdawaty yg menderita penyakit Lymphedema mendapat perhatian Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yg bersedia membantu meringankan beban kos rawatan seniwati itu. Azean mengidap Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payu dara sebelum ini.
Selepas mendapat tahu bebanan yg ditanggung Azean, saya terus bercadang mahu melawat serta melihat sendiri keadaan Azean dan ingin berbincang berapakah perbelanjaan yg dihabiskannya pada setiap bulan. Untuk hari ini (Selasa), pihak kami hanya menyumbangkan sedikit wang untuk kegunaan harian Azean dan akan melawatnya sekali lagi bagi menghulurkan bantuan drpd segi kos rawatan lain," ujar Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika menyertai rombongan YKN melawat Azean di kediaman pelakon itu di Bandar Utama, Selasa lalu.



Kuswadinata Semakin Kritikal

Akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak bbrpa tahun lalu, pelakon veteran, Kuswadinata, 74, kini berada dlm keadaan tenat dan jantung pelakon itu dikatakan boleh berhenti pada bila2 masa disebabkan pendarahan yg semakin merebak.
Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan. Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat. Kami tak mampu nak buat apa2 melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan, ujar anak bongsu Kuswadinata, Rizal, 23.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yg teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal. September lalu, pelakon ini turut dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yg sama. Sama2lah kita mendoakan yg terbaik agar Kuswadinata beransur pulih dan sihat seperti sedia kala.

Wednesday, October 17, 2012

Jadikan Al-Quran Rujukan Utama

Masyarakat Islam di dinasihatkan tidak mengetepikan al-Quran dan sunah sbg rujukan utama membina peradaban kehidupan kerana cara itu boleh mengatasi masalah gangguan mental dan emosi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, gangguan mental dan emosi berlaku kerana manusia semakin hilang kebahagiaan hidup dan jika tidak ditangani, bakal menjadi gangguan neuropsikiatri paling utama bagi penyakit tidak berjangkit. Manusia hari ini semakin tidak bahagia, hilang keseimbangan hidup kerana memandang kebahagiaan hanya dari aspek kewangan dan kehidupan semata-mata.

Kita lupa mengerjakan ibadat dan tidak mematuhi ajaran agama. Faktor inilah yg menyebabkan jiwa dan rohani semakin kosong, akhirnya menyumbang kepada tekanan. Tiada masalah yg tidak boleh diatasi, asalkan kita mahu dan berazam menjadikan al-Quran sebagai asas dlm membina semula kehidupan. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Pembangunan Sosioekonomi Ke Arah Kebahagiaan dan Kesihatan Mental anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia di sini hari ini.

Abdullah berkata, gangguan penyakit mental di Malaysia perlu diatasi kerana keadaan itu juga membabitkan golongan kanak-kanak dan remaja. Jika gagal dikawal katanya, dikhuatiri akan menjejaskan pertumbuhan dan produktiviti negara sekali gus menjejaskan hasrat muncul sebagai negara berpendapatan tinggi pada 2020. Sebanyak 12,000 kes kanak-kanak dan remaja berumur 16 hingga 19 tahun di Malaysia mengalami masalah ini dan dijangka terus meningkat. Peningkatan ini sebenarnya satu amaran yang bahaya kepada ibu bapa, guru-guru serta masyarakat dan wajar dibendung," tegas beliau.

Sehubungan itu, semua pihak perlu membantu mempertingkatkan tahap kesihatan mental dalam kalangan umat Islam kerana usaha memelihara kesejahteraan akal adalah dituntut oleh agama.

Kuswadinata Kritikal

“Kami bersedia dgn segala kemungkinan yg berlaku". Doktor sudah memaklumkan keadaannya kini kritikal dan peluang untuk hidup adalah 50:50. Disebabkan inilah, kami memberitahu semua ahli keluarga suami dan mereka termasuk dari Singapura sudah datang untuk melawat,” kata Kamariah Mohd Said, isteri kepada pelakon veteran, Kuswadinata.

Bintang filem Melayu seangkatan Allahyarham Tan Sri P Ramlee itu kini dirawat di Hospital Ampang sejak 7 Oktober lalu akibat komplikasi pendarahan ulser, kanser kelenjar dan masalah buah pinggang kanan rosak.

Menurut Kamariah, 57, pada luarannya, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 74, nampak sihat dan boleh berbual, namun doktor mengesahkan keadaannya sekarang paling teruk berbanding ketika menerima rawatan sebelum ini. Doktor kata suami mengalami pendarahan dalaman dan terpaksa berpuasa untuk mengurangkan kesan pendarahan. Doktor hanya bagi ubat sebab pembedahan sudah tidak boleh dilakukan kerana faktor umur. Keadaannya juga lemah dan bila2 masa jantungnya boleh berhenti. Kami reda dgn apa yg ditakdirkan dan Allah Maha Mengetahui segalanya,” katanya ketika menerima kunjungan rakan artis dari Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) semalam.

Marilah kita sama2 doakan yg terbaik buat beliau...........

Tuesday, October 16, 2012

Aidiladha Bakal Disambut Pada 26 Oktober 2012

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 26 Oktober, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

"Bagi menyempurnakan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1433 Hijrah ialah pada 17 Oktober, 2012.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri2 seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012,".

Thursday, October 11, 2012

Kisah Anak2 Mama

Dah agak lama mama xupdate perkembangan anak2 mama.....bizy ker malass ekhh.... hehehehe.. oklah mama mulakan ngan Kak Iqa, sesi persekolahan 2012 dah hampir ke penghujungnya n sesi persekolahan pun tinggal lebih kurang sebulan jer pun lg. Minggu depan Kak Iqa akan menduduki Final Exam untuk menentukan Kak Iqa layak ke tahun 2 tahun hadapan...GOOD LUCK to Kak Iqa n semoga berjaya n lulus dgn cemerlang dlm exam final nnti.... ...

Abg Syahmi pula, nak cito apo ekh....no ideal mama.... oopppss...Abg Syahmi dah ada gadget sendiri dah skrg ni so kat umah dah xbising2 berebut hf lg dah skrg... selesai satu masalah... lege sikit mama rasa.. xper la belanja untuk anak2 mama jgak, betul x...... janji anak2 happy n seronok..... Abg Syahmi jg adalah peminat setia Ultraman.. so layan je la.......

Cerita pasal Adik Iesya plak, Adik Iesya pun dah mula pandai nak nengok tv skrg... asyik2 mama nak tengok cito Hantu Mak Limah, kan Adik Iesya nyanyila lagu njet njet semut sapo sakit naik atas...tu la lagu yg asyik dok nyanyi berulang2nya... kejap2 kan mama nak tengok Upin n ipin... biasalah setiap anak2 ada ragam n kerenah masing2 n setiap anak adalah berbeza so kita sbg ibubapa kenelah pandai2 uruskan anak2 kita......

Adik Iesya @ 2 Tahun 2 Bulan

Semalam 10/10/2010... Alhamdulillah bersyukur mama kehadrat Illahi kerana diberi kesihatan yg baik untuk membesarkan n mendidik anak2 mama n Alhamdulillah bersyukur mama Adik Iesya dah menjangkau usia 2 tahun 2 bulan n Alhamdulillah Adik Iesya masih lg nyusu..... agak2nya sampai bila..... mungkin rezeki Adik Iesya agaknya.....

Adik Iesya juga dah makin aktif n lasak skrg nie n sejak dah masuk nursery dah makin pandai berkawan n bercampur ngan kawan2 yg lain....... mama doakan moga anak2 mama sihat2 selalu hendak-NYA.....AMIN.....

Wednesday, October 3, 2012

Kelate Ke Separuh Akhir...!

Kelantan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia setelah menempuh perlawanan yg getir semalam. Kelantan yg menang 2 -1 di tempat lawan, ketinggalan 0 - 2 kepada Felda United di gelanggang sendiri. Jaringan Farhan dan penyerang import dari Lubnan akhirnya berjaya mengikat kesungguhan Felda dgn keputusan muktamad 2 - 2. Kelantan berjaya melangkah ke separuh akhir setelah menundukkan Felda United dlm persaingan suku akhir dgn agregat 4 - 3. Kelantan akan melayan kunjungan Selangor pada 6 Oktober ini dlm perlawanan pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia. Pasukan yg layak ke peringkat separuih akhir ialah:- ATM, Lions XII, Selangor n KELANTAN laaaaaa...

-----SELAMAT MAJU JAYA--------n-------TAHNIAH----------

Anak2 Mama Xsihat

Alhamdulillah anak2 mama dah makin beransur pulih dari demam... tapi nampak gayanya cam mamanya plak demam arini.... harap2 kejap je la demamnya.....mama baru jer lepas makan ubat demam n selsema n sikit tekak.... kali ni demam siap ngan pakej skli..... doa2kanla semoga semuanya cepat sembuh.... AMIN......

Ilmu Penyusuan Ibu

MENYUSUKAN bayi tanpa sebarang sokongan dan panduan sememangnya menyukarkan si ibu apatah lg bg mrka yg baru pertama kali bergelar ibu. Tekanan yg dihadapi apabila terpaksa bersendirian menyelesaikan setiap masalah adakalanya menyebabkan si ibu hanya mampu ‘menyerah kalah’ dan menggantikan susu ibu dgn susu formula sbg jalan penyelesaian. Bukan saja berhadapan dgn situasi terbabit ktka dlm proses pemulihan atau sepanjang tempoh berpantang, malah selepas kembali bekerja mereka turut berhadapan dgn pelbagai masalah untuk terus membekalkan susu badan kepada bayi.

Pengalaman pertama kali menyusukan anak paling sukar dilupakan krna tidak mampu memberikan susu badan kepada anaknya scra eksklusif krna kekurangan susu. Ketiadaan sokongan utk terus menyusukan anak sedikit sebanyak menambah kekalutan. Panik apabila mengetahui bekalan susu badan tidak spti yg dibayangkan. Tangisan anak yg berlarutan seolah2 kelaparan membuatkan kita semakin risau. Ketika itu kita membayangkan susu badan hadir spti aliran air yg laju namun sebaliknya pula yg berlaku. Ini sedikit sebanyak membuatkan kita terkilan.

Bangkit drpd kegagalan itu, kita makin bergerak aktif dlm dunia penyusuan susu ibu dgn menyertai pelbagai program berkaitan bg membolehkan kesedaran mengenai kepentingan penyusuan susu ibu kepada bayi diperluaskan. Malah, disebabkan tidak mahu ada golongan ibu yg menerima nasib sama sepertinya, dia nekad mengikuti kursus penyusuan susu ibu bagi membolehkannya bergelar kaunselor laktasi sekali gus memberi panduan kepada ibu berhadapan masalah penyusuan.

Penting utk golongan ibu melengkapkan diri dgn segala pengetahuan berkaitan dunia penyusuan susu ibu sebelum bergelar ibu krna proses berkenaan walaupun nampak mudah, ia memerlukan daya kekuatan mental dan fizikal yg tinggi. Golongan ibu jg perlu mengetahui pihak terbaik yg boleh dihubungi bg mendapatkan bantuan sekiranya berhadapan dgn masalah sepanjang proses penyusuan bayi mrka.

Ketika itu, golongan ibu muda hanya bergantung kepada pantang larang yang diperturunkan dalam keluarga atau bertindak mengikut naluri sendiri. Mereka lakukan apa yang difikirkan terbaik untuk diri dan anak tanpa memikirkan kesan tindakan terbabit untuk jangka masa panjang.

Golongan ibu kini memiliki segala keperluan sama ada utk mendapatkan maklumat atau bantuan sekiranya berhadapan masalah dan seharusnya kemudahan itu diberikan keutamaan. Jangan mengambil sikap tunggu dan lihat krna persiapan drpd segi mental dan fizikal amat penting utk kesejahteraan si ibu dan bayi sepanjang proses penyesuaian diri berkenaan. Justeru, golongan ibu perlu memastikan diri dan keluarga memperoleh maklumat sepenuhnya sejak awal iaitu mengenai proses kehamilan serta penyusuan susu ibu. Bukan hanya diri sendiri perlu diberi penekanan malah orang sekeliling juga perlu diberikan maklumat betul kerana sokongan berkenaan membuatkan proses penyusuan terbabit lebih berkesan dan memberangsangkan. Waktu paling kritikal ialah dua minggu pertama selepas bersalin krna sepanjang tempoh berkenaan, si ibu masih lg dlm proses penyesuaian dgn karakter dan keinginan bayi mereka.

Terkini, kedua2 ibu muda berkenaan turut menyertai Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (KSPSI WPKL&P) - Titisan Emas, yg dilaksanakan Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kumpulan sokongan ini menjadi teras dlm menguatkan lg hubungan golongan ibu yg menyusukan bayi atau mereka yg baru mengenali dunia penyusuan susu badan.

Monday, October 1, 2012

Besday Papa

1 Oktober.....
Hepy Besday papa, mama doakan semoga papa dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki...... semoga menjadi SUAMI n PAPA yg lbih bertanggungjawab kpda ayang n jg anak2 kita....... LOVE U PAPA...... moga keluarga kita akan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa......