Islamic Clock

Saturday, April 28, 2012

Penyokong BERSIH 3.0 Banjiri KL

[TERKINI 2.20 PETANG] KUALA LUMPUR - Kehadiran peserta dan penyokong Bersih 3.0 pada masa sekarang, sekitar jam 2 petang, dipercayai telah meningkat ke paras 80,000 orang. Pihak penganjur sebelum ini merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka mulai jam 2 petang hingga 4 petang.
Setakat 1.30 tengah hari tadi, jumlah penyokong Bersih 3.0 yg berkumpul di luar kawasan Dataran Merdeka terus meningkat - peningkatan, secara berperingkat2 sejak awal pagi tadi - menunjukkan sudah mencecah 50,000 orang. Angka tidak rasmi menunjukkan hampir 50,000 orang berkumpul di beberapa lokasi - peningkatan drpd 30,000 ketika sekitar 12 tengah hari tadi.

Berdasarkan perkembangan jam 1.45 tengah hari, peserta2 mula bergerak ke arah Dataran Merdeka, malah sebahagian lagi duduk di atas jalan raya sementara pihak berkuasa memberi kebenaran untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka. Penyokong Bersih mula datang dalam kumpulan besar sejak 8.30 pagi tadi dari tiga arah berbeza - dari kawasan Kompleks Sogo, Masjid Negara dan Masjid Jamek dgn kebanyakan mengenakan kemeja-T Bersih berwarna kuning.
Berdasarkan maklumat diterima juga menunjukkan, beberapa pemimpin sudah pun menyertai penyokong Bersih, antaranya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidnnya, Tian Chua. Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga juga sudah berada di kawasan pusat bandar untuk menghampiri Dataran Merdeka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dikatakan berada di kawasan Masjid Negara dan akan menunaikan solat sebelum berarak bersma penyokongnya menuju ke Dataran Merdeka. Ekoran peningkatan penyokong Bersih sejak dua jam lalu, polis mula menempatkan pasukan LFU di kawasan Dataran Merdeka untuk menyuraikan mereka yg berkumpul.

Mengikut maklumat sebelum ini, Bersih 3.0 membuat perancangan untuk berhimpun di Dataran Merdeka sekitar 2 petang, tetapi permintaan mereka tidak dibenarkan. Seorang anggota Unit Amal Pas, dari Pahang, juga dilaporkan ditahan. Terdahulu, setakat jam 10.15 pagi tadi, jumlah penyokong yg berada di persimpangan utama antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja dianggarkan telah mencecah 8,000 orang. Tinjauan Sinar Harian Online sekitar 5 pagi tadi mendapati hanya sekitar 200 orang berada di kawasan tersebut.

Maklumat yang diperoleh oleh Sinar Harian Online menunjukkan angka peserta Bersih yg berhimpun di kawasan berdekatan dengan Dataran Merdeka sudah mencecah 15,000 orang.



Friday, April 27, 2012

Pisang Berbuah Di tengah Batang

Pelik tetapi benar, itulah yang berlaku ke atas sepohon pisang ditanam seorang peneroka di Rancangan Tanah Felda Chiku, 6, Gua Musang yang mengeluarkan setandan buah di tengah batang pisang.

Program Kecemerlangan Kemasyarakatan Siri 3

Program Kecemerlangan Kemasyarakan Siri 3 akan bermula hari ini, 27 April 2012 dan akan berakhir pada 29 April 2012. Program kali ini diadakan di sekitar kampus hijau UPM. Program Kecemerlangan Kemasyarakatan ini merupakan aktiviti komuniti yg dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM). Ia merupakan program khidmat komuniti bg mencapai matlamat Universiti dlm memperkasakan penglibatan komuniti untuk penjanaan dan perkongsian ilmu.

Thursday, April 26, 2012

1.4 Juta Kakitangan Awam Terima Gaji Baru

Syukur Alhamdulillah.....

Hampir kira-kira 1.4 juta kakitangan kerajaan hari ini mula menikmati gaji baru mereka di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) seperti yg diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu. Gaji yg diterima melibatkan peningkatan di antara tujuh hingga 13 peratus mengikut gred masing2 selepas pemansuhan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yg mengundang bantahan banyak pihak, antaranya Kongres Kesatuan Pekerja2 Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Selain penerimaan gaji berdasarkan pelarasan yg terbaru itu, penjawat awam turut menerima tunggakan gaji sejak Januari lalu. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, gaji baru itu membuktikan kerajaan sedia ada sememangnya mendengar keluhan masyarakat dan mengambil tindakan dalam memastikan kesejahteraan mereka terbela.

“Penjawat awam diharap dapat memanfaatkan apa yg mereka nikmati kini, di samping mempertingkatkan mutu kerja selari dengan proses transformasi yang dilaungkan oleh kerajaan. Langkah itu adalah demi menunjukkan tanda terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana mendengar keluhan penjawat awam.

Kakitangan kerajaan diingatkan untuk memperbaiki imej mereka di mata masyarakat dan bukannya berada di tahap lama. Mereka perlu membuktikan bahawa mereka layak menerima pelarasan gaji tersebut apatah lagi setelah kerajaan menunaikan janji mereka. “Saya juga berharap dengan adanya peningkatan ini, kegiatan rasuah di kalangan penjawat awam dapat dihapuskan,".

Tuesday, April 24, 2012

143 Hari Telah Berlalu

Tersentuh baca kisah arwah Adik Muhammad Muaz Yusof, 13 yg sanggup berkorban mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya Mohd Munawar, 21 tahun, yg disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM. Arwah Adik Muhammad Muaz Yusof disahkan meninggal dunia dua hari selepas mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya di sebabkan paru-paru berair. Baca kisah ini mengingatkan kami sekeluarga akan arwah adik yg telah pergi dijemput Ilahi pada tanggal 4 Disember 2011 yg lalu. AL-FATIHAH..........

Arwah adik dulu tak sempat melakukan pemindahan sum-sum tulang belakang.......

Kanak2 Koma Dipercayai Didera

Seorang kanak2 berusia tiga tahun cedera di kepala selepas dipercayai dipukul teman lelaki ibunya dalam satu kejadian di sebuah kampung di Manir, semalam. Dalam kejadian kira2 jam 9 malam itu, suspek yg berusia 31 tahun dipercayai memukul kanak2 itu hingga menyebabkannya cedera.

Dalam kejadian kira2 pukul 9 malam itu, mangsa, Mohd. Danish Aiman Abdullah, tidak sedarkan diri setelah dikatakan ditampar oleh suspek. Kanak2 itu dipercayai menjadi mangsa akibat perselisihan faham di antara ibunya, Norisah Kassim, 22 dgn lelaki suspek berumur 31 tahun itu di rumah milik keluarganya. Panik melihat kanak2 itu lemah dan tidak sedarkan diri, ibu mangsa bergegas membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU)di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan difahamkan, mangsa bersama ibunya yg berusia 22 tahun ketika kejadian berlaku di kediaman lelaki berkenaan. Difahamkan, suspek tidak tahan dgn kelakuan aktif kanak2 terbabit, menyebabkan dia hilang sabar dan dipercayai memukul kanak2 malang itu hingga menyebabkannya cedera. Difahamkan, Mohd. Danish Aiman dan ibunya yg dalam proses penceraian dgn bapa kanak2 tersebut menumpang tinggal di rumah itu sejak tiga bulan lepas.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan laporan mengenai kejadian itu telah dibuat di pondok polis di HSNZ. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001. Katanya, pihak polis telah mengenal pasti identiti suspek dan kini sedang berusaha untuk memburu suspek. Siasatan awal mendapati lelaki itu memiliki 10 rekod jenayah lampau termasuk rusuhan, culik, dadah dan lain2 jenayah. Kerjasama orang awam menjejakinya amat dialu2an dan kepada mereka yg mempunyai maklumat terkini diharap dapat menghubungi balai polis berhampiran.

Mohd Danish Aiman yg mengalami pendarahan otak dipercayai akibat ditampar kini dilaporkan stabil slps selamat menjalani pembedahan pd petang Sabtu lalu.

Buatkan Mama Teringat Akan Arwah Adik

Berkorban demi abang. Kisah ini berlaku di DUNGUN, Kuala Terengganu: “Adik sanggup dermakan apa saja asalkan abang selamat,” kata Muhammad Muaz Yusof, 13, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia di rumahnya di Kampung Molek, di sini, semalam, akibat paru-paru berair selepas dua hari mendermakan darah dan sum-sum tulang belakang kepada abangnya yg menghidap leukemia.

Muaz yg juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sultan Omar, di sini, berkata demikian kepada ibunya, Asma Ismail, 51, beberapa minit sebelum memasuki bilik rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakangnya.

Asma berkata, anak kelimanya, Mohd Munawar, 21, disahkan menghidap leukemia sejak empat bulan lalu dan sering mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, sebelum diarah doktor menemui pakar di HUKM.

“Pakar mengesahkan Munawar memerlukan darah jenis A- termasuk sum-sum tulang belakang dan arwah mempunyai darah jenis sama dgn abangnya sebelum kami sekeluarga ke HUKM untuk menjalani proses pemindahan darah dan sum-sum tulang belakang". Sebelum memasuki bilik rawatan itu Sabtu lalu, dia bertanya arwah sama ada takut atau tidak, namun arwah berkata, dia sanggup dermakan apa saja demi menyelamatkan nyawa abangnya itu.

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH MOGA ROHNYA DITEMPATKAN DIKALANGAN GOLONGAN ORG2 YG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.......AMIN

Membaca kisah ini mengingantkan mama akan arwah adik yg telah pergi meninggalkan kami semua dan kami sekeluarga mendoakan semoga arwah adik aman di alam sana dan di tempatkan di kalangan golongan orang2 yg beriman....AMIN

Monday, April 9, 2012

ABPBH 2011

Tahniah kepada semua pemenang.......

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yg berlangsung di Arena Of Stars di Genting Highlands semalam Ahad bersamaan 8 April 2012.
- Bintang Paling Popular: Aaron Aziz - Artis Duo / Berkumpulan Popular: Ning Baizura/Shila Amzah/Jaclyn Victor
- Artis Baru Wanita Popular: Tasha Shilla
- Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail
- Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias
- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Sheila Majid
- Pengacara TV Lelaki Popular: Zizan
- Artis Baru Lelaki Popular: Johan Ariff As’ari
- Pelakon TV Lelaki Popular: Fizz Fairuz
- Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
- Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
- Artis Komedi Lelaki Popular: Johan Raja Lawak
- Anugerah Seri Perak: Datuk Siti Nurhaliza
- Penyanyi Lelaki Popular: Hafiz
- Pelakon Filem Lelaki Popular: Aaron Aziz
- Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha
- Pelakon Filem Wanita Popular: Maya Karin
- Penyanyi Wanita Popular: Yuna

TAHNIAH n Selamat Maju Jaya....

Wednesday, April 4, 2012

Faris Dalam Kenangan (Bah. 2)

Faris dalam kenangan (26/06/2006 - 23/02/2012)

"Ayah, nanti faris dah keluar hospital, faris nak beli car baru bole? Warna merah tau?” Itulah kata2 Faris ketika hari pertama dimasukkan ke hospital. Memang faris nampak sihat sangat. Masih kuat dia bermain ipad, ketawa & menyuap sendiri makanan yg diberi. Namun semuanya berlaku terlalu pantas...

Faris seorang yang sangat2 suka berjenaka bersama keluarga. Gemar mengusik abang & kakaknya walaupun kadangkala agak kasar gurauannya. Bila kena marah, memang kesian tengok mukanya...sedih sgt seolah2 abg & kakakya tak sudi nak main dengannya. Memang tak sampai hati nak marah kat dia... kesian sgt2. & setiap kali kena marah, dia akan pergi ke dalam biliknya sambil main kereta mainannya ataupun akan tengok TV. Tapi merajuknya hanya sekejab sebab lepas tu dia akan datang mengusik & mengacau lagi...

Mungkin kerana dia anak yg bongsu, so manja tu memang agak berlebihan. Kebiasaannya kalau dia nak minta sesuatu barang, dia akan minta dengan Opah sebab dia tahu ayah & ibu mmg agak berkira sikit. Tapi boleh kata tiap2 bulan, ayat dia mesti sama je tanya kat ayah

“Ayah dah dapat gaji”?
“Dah, kenapa?”
“Takde apa, saja je tanya”
“Kenapa? Faris nak beli apa2 ke?”
“Tak lah”
“OK, nanti ayah dah keluar duit, kita gi beli barang2”
“Haaa... kalau faris nak beli car bole?”

Boleh kata itulah skrip yg sama setiap bulan. Memang bila dapat gaji, kami akan ke pasar raya utk membeli barang2 keperluan rumah & dapur. Dan masa itulah dia akan ambil kesempatan nak tambah koleksi cars dia... Abang ngah & Kak long pun tak kurangnya....

Seorang yg gemar melancong & berkelah.Jika cakap nak ke pantai ataupun mandi sungai, dialah orang pertama yg akan packing baju mandinya & pelampung. Memang sangat suka berendam, selagi tangan tak kecut mmg tak akan keluar dari air.

Mengimbau saat2 ketika sihat,

Masa abg ngah bersunat di kampung hujung tahun 2012, dialah yg paling ambil berat sekali. Sanggup taknak balik ke KL semata2 nak jaga abg ngah. Dia cakap “Ayah balik la KL ngan ibu, faris nak jaga abg ngah!, kesian abg ngah tinggal sorang2..” Jadi, saya tinggalkan mereka 3 beradik di Penang bersama Tok & Wan mereka, kebetulan minggu depannya saya nak balik semula ke Penang sebab adik kahwin.

Memang betul seperti dikata, Mak saya cakap sepanjang abg ngah berpantang lepas bersunat, faris lah yg dok jaga dia... ambilkan ubat & air, temankan abg ngah main ipad, ingatkan bila tiba waktu solat & siapkan tempat tidur. Dia taknak tidur dalam bilik ngan Tok dia, nak juga tidur tepi abg ngah dia kat ruang tamu tu...

Kuat juga menyakat tu main selak2 kain abg ngah nak tengok 'bird' abg ngah dia... heheh... Itu kenangan sebulan terakhir sebelum arwah jatuh sakit

Segalanya bermula awal tahun ini ketika minggu ke2 persekolahan bila Faris mula batuk2. Jangkaan hanya batuk biasa sahaja sebab bila makan ubat klinik batuknya makin kurang cuma kahaknya masih banyak. Waktu tu Faris masih cergas seperti biasa walaupun masih batuk. Aktif bermain badminton & bola bersama abg ngah & kak long waktu petang cuma yang perasan dia nampak cepat penat bila bermain (macam semput).

Seminggu selepas itu ketika Hari Raya Cina (23hb Jan), saya mengambil keputusan untuk tidak balik ke kampung dan merancang untuk membawa keluarga berkelah ke HotSpring Sungai Klah di Sungkai. Percutian yang memang sangat disukai oleh Faris sebab boleh mandi manda. Kami bertolak awal pagi dari KL ke Sungkai dan merancang untuk pulang pada sebelah petang sebab homestay sudah penuh. Kegembiraan memang tak terkata buat anak2 bila dapat mandi manda disitu. Bermula dengan berendam di air panas, kemudian kami mandi pula di kolam air biasa hinggalah puas. Memang seronok tengok anak-anak mandi sambil berkelah. Menjelang petang, kami baik ke KL semula, walaupun penat tapi puas!

Nak dijadikan cerita (kebetulan atau tidak), 2 hari selepas berkelah ke Sungkai iaitu pada 25hbJan, seluruh keluarga demam2 termasuklah saya. Selepas pergi ke klinik, alhamdulillah semua org sudah beransur sembuh & sihat cuma Faris seorang je yang demamnya masih On-Off. Walaupun doktor sudah buat nebulizer tapi kahaknya masih belum kurang. Waktu tidur malam memang boleh dengar bunyi nafas Faris yg tak teratur dan sangkut2. Pada 28hbJan, saya ke klinik semula utk minta surat rujukan supaya boleh membawa Faris ke hospital untuk pemeriksaan lebih lanjut. Doktor ada bagi surat rujukan dan kami memang bercadang untuk membawa Faris ke hospital pada hari tersebut namun doktor kata dia akan beri antibiotik yang lebih kuat utk Faris sebab dia kata faris memang ada pneumonia (jangkitan paru-paru) tapi tak teruk. Jadi dia kata tengok dulu dalam 2-3 hari kalau keadaan faris masih tak berubah, baru bawa ke hospital. Jadi saya & wife pun ambil keputusan tak bawa faris ke hospital lagi (Salahkah tindakan & keputusan kami?)... Apapun segalanya sudah tersurat!....Doa & harapan kami semoga Faris kembali sihat seperti sediakala apabila doktor beri ubat & antibiotik yang lebih kuat.

Didalam demam & sakitnya, dia tetap tak tinggal solat. Pernah ketika dia berbaring, dia cakap pada saya “Ayah, kalau faris tak boleh solat berdiri, faris solat baring aje lah”. Kebetulan saat2 tersebut saya ada rakamkan video namun tak sanggup nak lihat sebab akan sebak bila mengenangkan kata2nya untuk solat baring... biarlah video tersebut hanya menjadi kenangan saya sahaja!.... sesiapa yg melihat & mendengarnya pasti mengalirkan airmata..... bukan nak memuji ataupun mengagung-agungkan anak saya tetapi daripada 3 orang anak, Faris lah yg paling berbeza dari segi tingkah laku, perwatakan & amalannya. Bagaikan dibisik2, dia akan automatik bangun seawal jam 6pagi setiap hari utk solat subuh. Kadang tu dialah yg kejutkan saya dan isteri diawal pagi.. Jika saya lewat, dia akan solat jemaah dulu bersama abang ngah sebelum abg ngah pergi ke sekolah. Biasanya van sekolah abang ngah akan sampai jam 6.30am. Kemudian dia akan turun ke bawah tengok TV cerita 'Bersama Ustaz' dengan opahnya. Tapi kalau opah pergi ke dapur, dia akan tukar ke channel kartun hehehe. Kengkadang tu dia dah siap mandi dan berpakaian sekolah seawal 7am walaupun sekolah hanya bermula jam 8.30am. Kalau balik dari sekolah, perkara pertama yang dia akan buat ialah solat dhuha. Walaupun opah dia suruh makan, dia tetap nak buat solat dhuha dulu. Saya ni pun seumur hidup baru 2 kali buat solat dhuha.. Malunya dengan anak-anak.Ya Allah ampunkahlah dosa hambamu ini...

Dan tempoh 2 hari tu memang demam Faris On-Off. Lepas makan ubat dia OK, kuat dan bole berlari keliling rumah tapi tak lama lepas tu dia lemah & banyak berbaring, suhu badan pun naik semula. Kahak memang tak nampak kurang sebab boleh dengar nafas dia berbunyi. Namun masih mengharapkan ubat & antibiotik yang diberi doktor boleh segera menyembuhkan Faris. Memang nak bawa Faris ke hospital pada 30hbJan tapi saya pula demam hari tu dan wife pula tak berapa sihat. Memang saya tak larat sangat2, nak jalan pun lemah. Jadi saya mendoakan esoknya saya akan bertambah sihat dan boleh bawa Faris ke hospital. Malam tu Faris hanya tidur berdua dengan ibunya di ruang tamu dibawah. Dipeluknya ibu sepuas2nya malam tersebut sewaktu tidur. Malam berikutnya pula dia tidur hanya berdua dengan saya di bilik atas. Ibu agak penat dan tidur dibawah bersama kak long & abang ngah. Malam tu Faris tidur tak beralaskan bantal cuma diatas lengan saya saja. Sama seperti malam sebelumnya, dia juga memeluk saya sepanjang tidur malam tu. Sesekali saya terjaga waktu pagi bila suhu badannya agak panas, saya ambil kain basah dan lapkan di dahi & celah ketiak. Demamnya masih tidak betul2 kebah.

Menjelang subuh saya terjaga bila Faris menggigil, suhu badannya panas hampir mencecah 40'celcius.

Terus saya panggil wife & beri ubat cucuk bontot untuk mengurangkan demam panas sambil lap seluruh badan dengan tuala basah. Lepas subuh, kami terus bawa faris ke hospital, wad kecemasan di SJMC. Selepas di X-ray, doktor sahkan faris ada jangkitan paru-paru yg agak serius dan perlu segera dimasukkan ke ICU. Ya Allah, terkejut saya sampai begitu teruk sekali keadaan faris. Namun masih berdoa dan mengharapkan yang keadaan faris tidak serius sangat. Selepas suhu badan faris kembali normal dan diambil ujian darah, faris terus ditempatkan di wad NICU dan pada hari itu (1Jan) bermulalah detik2 yang tak dapat saya lupakan sepanjang 23 hari berada di hospital sehinggalah Faris kembali ke rahmatullah...

Antara perubahan2 yang saya perasan pada Faris dlm bulan2 terakhirnya...

*Agak kurang bercakap...kurang aktif dan lebih banyak duduk dipangkuan. Biasanya dia aktif bermain & suka menjerit dan berlari.
*Agak malas bila disuruh buat sesuatu pekara. Jarang dia tak buat sesuatu bila disuruh cuma sejak kebelakangan ni, dia agak malas & banyak menyendiri
*Tak mahu buat kerja sekolah. Kalau dulu dia rajin siapkan homework dia bila balik sekolah tapi sejak sekolah di tahun 6 ni dia semacam tak hiraukan kerja sekolah dia... Bila ditanya baru dia akan buat
*Sebelum tidur, dia suruh saya ajar baca doa syifa. Jika sebelum ni hanya mengucap & baca doa tidur je.Mungkin sebab dia selalu dengar ibunya baca doa syifa waktu malam. Alhamdulillah dia dapat hafal doa tersebut sebelum dia jatuh sakit. Sewaktu di hospital, memang saya selalu suruh dia ulang baca doa tersebut selain doa pada Allah
*Jarang tidur bersama abg ngah. Banyak tidur ngan ibu & ayah. Sampaikan abang ngah pun ada tanya kenapa faris dah jarang nak tidur dengan dia.. agaknya faris nak tidur sepuas2nya dengan ibu & ayahnya sebelum pergi buat selama2nya
*Selalunya dia akan solat bersama dgn opah tapi kebelangan ni dia lebih suka solat sendiri...bila ditanya, dia kata opah solat lambat...walaupun cuma tahu baca al-fatihah tapi tertibnya betul cuma mmg laju solatnya :)

InsyaAllah dalam waktu terdekat akan saya kongsikan saat2 beliau selama 23 hari berada hospital.

Tuesday, April 3, 2012

Petrol RON97 Naik 10 Sen

Petrol RON97 naik 10 sen
03/04/2012 11:08pm

KUALA LUMPUR 3 April - Harga minyak petrol RON97 naik 10 sen kepada RM2.90 mulai tengah malam ini sementara harga bagi petrol RON95 dan diesel kekal.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman kenaikan tersebut disebabkan oleh peningkatan harga pasaran dunia bagi bahan api tersebut.

Beliau berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter.

Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 per walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru2 ini.

Pelajar Maut Disambar Petir

SERDANG, 3 April 2012 (Selasa) – Seorang pelajar yg menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana di Universiti Putra Malaysia (UPM), terbunuh dipanah petir manakala rakannya cedera, petang tadi.

Dalam kejadian kira2 2.45 petang, mangsa Muhamad Mustaqim Muhamad Kamarul dan Muhammad Yusop, masing2 berusia 16 tahun, dikatakan baru selesai bermain bola di Padang A UPM. Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menunggu bas di bawah pokok untuk pulang ke sekolah masing2.

Menurutnya, insiden disedari beberapa pelajar yg turut berada berhampiran padang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada seorang guru. Ketika kejadian, salah seorang guru memberitahu keretanya bergegar sebelum didatangi pelajar yg memberitahu dua pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam itu dipanah petir. Kedua2 mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang, namun salah seorang drpdnya, Muhamad Mustaqim dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke rumahnya di Padang Jawa, Klang sebelum dikebumikan di kampung ibunya di Felda Jengka Pahang. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Kes disiasat sebagai mati mengejut.