Islamic Clock

Thursday, March 29, 2012

10 Sebab Susu Badan Boleh Kurang

10 SEBAB SUSU BADAN BOLEH KURANG:

Secara teorinya, susu badan akan mengikuti keperluan bayi, tapi nyata ia tak semudah teori, bila dah mula bekerja, ramai ibu yang mendapati demand > supply, atau keperluan anak melebihi yg ibu dapat pam & bekalkan setiap hari.

Benarkah hal sebegini boleh berlaku? Dan kenapa? Jom kita tengok puncanya…

1- KEKERAPAN MENGEPAM
Biasanya bila dah mula sibuk, ibu yg dulunya mengepam 3-4 kali sehari di pejabat, akan kurangkan sesi kepada 2-3 kali, atau sekali, atau kadang2 tak sempat pam langsung!

Bila frekuensi mengepam dikurangkan, susu ibu akan berkurangan kerana signal menghantar pesanan kepada otak “Buat susu” sudah dikurangkan. Umpamanya dulu sorang beli kuih 4 ketul, sekarang sorang beli seketul je jadi makcik kantin pun tak buat kuih banyak2, nanti takde orang nak beli, membazir pulak.

Solusinya : Jangan skip mengepam. Kalau ada duit lebih, invest untuk pam yg boleh handsfree, so sambil2 buat kerja tu boleh mengepam.

2- CARA PENJAGA BAYI BERI BAYI MINUM

Ingat teori demand = supply tadi. Macam agak tak logik kan bila hantar pengasuh je tiba2 baby minum lebih banyak dari supply. Mungkin jg sebab cara si penjaga tu beri susu kepada baby. Asal nangis sikit, kasik susu. Yg si baby pula, disebabkan aktiviti sucking (menghisap) tu boleh tenangkan dia, so dia hisap telan je lah walaupun tak lapar.

Mana la tak jadi maknya pam 10oz, baby minum 20oz. Dah, asal “Ekk..” sikit, bagi susu. Sedangkan si baby nak dipeluk atau diagah je :)

Lagi satu, ada pengasuh yg terus panaskan sebotol penuh. Jadi walapun bayi minum sikit, yang lebih tu dibuang sajalah.

Solusinya: Educate pengasuh bayi tentang cara handling susu ibu.

3- CARA IBU SIMPAN SUSU PERAHAN

Ada kaitan sikit dengan no (2) di atas. Misalnya ibu jangka anak minum 10oz, jadi dia hantar 2 botol susu 5oz setiap satu. Anaknya minum 4 kali di rumah pengasuh.. Lalu pengasuh tu panaskan sebotol setiap sesi minum susu. Tamat sesi kedua, alamak, dah habis! Iya la, walaupun 10oz, tapi ibu hantar 2 botol saja..

Solusinya : simpan susu ikut keperluan bayi minum setiap sesi. Kalau tak dapat agak, simpam average 2-3 oz saja dalam satu container.

4- OUTSTATION

Bila outstation, kadang2 ibu tak bawa bayi bersama. Jadi, ibu kena tahu yang dia kena pam 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain production. Kadang2 ibu tak sedar sebab biasanya bayi minum direct pada waktu malam…

Solusinya : Pam siang & malam ikut time.

5- KEBERKESANAN PAM

Macam benda2 lain, pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya bila dah lama dipakai. Misalnya valve jadi haus, longgar, etc. Ini akan menyebabkan pam tu gagal utk membantu ibu mengosongkan payudara.

Solusinya : Gunakan pam hospital-grade; lakukan Marmet selepas pam & dah tak keluar susu utk kosongkan payudara

6- PENGAMBILAN UBAT-UBATAN

Bila sakit, jumpa doktor & dia bagi ubat… Beritahu doktor yg kita tengah breastfeed & minta dia beri ubat yang selamat utk BF. Rujuk entry saya yang sebelum ni utk sedikit panduan.

Solusinya : Ambil tahu tentang kesan ubat2 terhadap penyusuan.. Ehem, vitamin bukan ubat ya!

7- PENGAMBILAN PIL PERANCANG

Sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu. Rujuk entry saya yg sebelum ini.

Solusinya : Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.

8- MENGANDUNG

Mengandung boleh kurangkan susu.. Kerana hormon estrogen & progesteron meningkat menyebabkan prolaktin ‘tertekan’.

9- GROWTH SPURTS

Bila bayi mengalami growth spurts, harus dijangka perangainya berubah sikit, dan tabiat menyusunya pun berubah. Mungkin jadi semakin demanding.

Solusinya : sediakan stok untuk hadapi saat2 begini & tambah sesi mengepam.

10- STRESS

Bila dah banyak kerja, atau bayi makin lasak, ibu mungkin jadi stress. Stress boleh mengurangkan susu? Ya, kerana tubuh kita ‘sibuk’ buat benda lain dan ‘tak layan’ hormon2 penyusuan.

Solusinya : amalkan pemakanan sihat, minum air banyak, perancangan yang baik & teknik hypnobreastfeeding (ads entry saya tentang ni)

Jangan risau bila susu kurang, ia adalah asam garam biasa dunia penyusuan. Yang penting, kita tahu macamana nak selesaikannya.

sumber : mysuperkids.net

Thursday, March 22, 2012

Petua Memudahkan Wanita Bersalin

Sedikit petua untuk dikongsi bersama rakan2 bloger :-

a. Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
b. Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus..
c. Amalkan minum air lebihan suami.
d. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e. Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g. Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h. Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i. Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j. Bagi kulit bayi yang putih/ bersih, amalkan makan buah epal dan minum susu, selain meminum air soya.
Oleh: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Friday, March 16, 2012

Lupa Mati, Sibuk Kejar Tuntutan Dunia

Alam barzakh beri kerehatan bagi golongan beramal salilh, takwa

SEBAGAI orang Islam ya berpegang kepada al-Quran dan hadis, kita mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan yg wajib dilalui manusia. Dalam peringkat kehidupan kita di dunia, jarang umur manusia melebihi 100 tahun, tetapi puratanya mencapai umur antara 60 hingga 80 tahun. Umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kaya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah Nabi dan Rasul iaitu manusia yg paling dekat dgn Tuhan, bahkan manusia menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari drpd kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar. Firman Allah SWT dlm surah an-Nisaa’ ayat 78 bermaksud: “Di mana saja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yg paling kuat”.

Setiap manusia pasti mati krna mati bermakna manusia kembali kpda asal kejadiannya. Ia berasal drpd tanah, maka pastilah ia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kpda manusia. Persoalan mati adalah satu kejadian paling hebat dan tidak dapat dielakkan. Apabila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil krna jasadnya menjadi hancur lebur kembali menjadi tanah dan rohnya keluar drpd badan manusia. Roh menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan berfikir.

Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah oleh Abu Bakr al-Razi, Barzakh bermaksud ‘dinding penghalang antara dua benda’. Berdasarkan iktikad al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada dalam satu alam yg dinamakan alam Barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat sblm dihimpunkan di padang Mahsyar mulai waktu mati sehingga dibangkitkan. Alam Barzakh jg tempat permulaan manusia dihukum segala amalannya di dunia. Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran seksaan kubur di alam barzakh. Sebaik saja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengebumikan dan dalam perjalanan pulang ke rumah maka dlm suasana yg gelap gelita dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir datang menghampiri dan mendudukkan jenazah.

Bagi jenazah yg beriman dan berbekalkan amal salih serta ketakwaan yg unggul maka alam barzakh adalah satu kerehatan yg damai. Tetapi bg jenazah yg ingkar, sarat dgn beban dosa krna melanggar perintah Allah SWT, maka alam barzakh adalah episod ngeri yg dipenuhi gelombang azab sengsara hingga datangnya hari kiamat. Mereka berkeadaan spti orang yg lemas dlm air yg meraung meminta pertolongan.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas drpd seksaannya, maka apa yg akan datang kemudiannya lebih mudah lg dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) drpd (seksaannya), maka yg datang sesudahnya lebih sukar (keras).” (Riwayat al-Tirmizi).

Sahabat Nabi bernama Ubaid bin Umair al-Laitsi pernah berkata, “setiap mayat yg hendak meninggal, pasti liang lahad di mana mayat itu di kubur memanggilnya, “Akulah rumah yg gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika waktu hidupmu kau taat kpda Allah SWT maka aku hari ini akan menjadi rahmat bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku akan menjadi seksa bagimu. Sesiapa memasukinya dgn taat, akan keluar dgn bahagia. Dan sesiapa masuk dgn derhaka, dia akan keluar dgn penuh penyesalan.”

Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang akan berakhir di alam kubur. Seorang ulama al-Rifa’i pernah berkata: “Setiap orang yg takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali alam kubur. Tidak ada orang yg ingin lari drpdnya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali buat selama2nya. Renungilah nasib saudaramu yg kini dikuburkan, dahulu dia menikmati pemandangan yg indah, kini matanya tertanggal, dulu lidahnya fasih bertutur, kini cacing tanah memakan mulutnya. Dulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.”

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berkata kpda bbrpa orang rakannya di dalam satu majlis, “Wahai fulan, engkau melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir mengenai alam kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu keadaan sebenarnya dlm kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya.” Ketika Khalifah Umar mengiringi jenazah sahabatnya lalu kubur memanggilnya dan bertanya, “Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukah aku ceritakan kepadamu apakah yg akan aku lakukan terhadap jenazah yg kau cintai ini? Ya jawab Umar.

Kubur itu menjawab: “Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah engkau tahu apa yg akan aku lakukan pada anggota badannya?” Tentu jawab Umar. “Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya.” Khalifah Umar menangis dan berkata: “Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit.

Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Yg muda akan menjadi tua dan yg hidup akan mati. Celakalah mereka yg tertipu olehnya. Celakalah aku dan bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yg diturunkan oleh Tuhanku.” Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit drpd kalangan manusia yg bercakap soal kematian, alam Barzakh dan Mahsyar, krna manusia sedang sibuk dgn pembangunan kerjaya, kemewahan dan kelazatan kehidupan dunia serta hiburan. Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrail datang dan mencabut nyawanya.

Thursday, March 15, 2012

Adik Nurul Nadirah Mati Di bakar


Salam takziah.......AL-FATIHAH........Misteri kehilangan adik Nurul Nadirah Abdullah 5 tahun atau lebih mesra di panggil ‘Dirang’ akhirnya terjawab apabila polis menemui mayatnya dlm keadaan rentung di Nusa Damai dekat Seri Alam pada 8 mac tempohari.... hasil ujian DNA yg dijalankan terhadap mayat berkenaan yg dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya. Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yg kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya.

Sambil menyifatkan individu yg terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak2 itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yg tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yg terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Friday, March 9, 2012

Kunci Hidup

Sahabat Hikmah...
Kunci untuk selalu bahagia dalam hidup adalah SYUKUR, SABAR dan IKHLAS...
Salah satunya dengan BerIMAN bahwa hidup di DUNIA adalah SEMENTARA, bukan sebenarnya keHIDUPan dan AKHIRAT itulah keHIDUPan yg sebenarnya dan KEKAL.

Sehingga kita akan berSABAR, penuh SYUKUR dan IKHLAS untuk menjalani keHIDUPan yg SEMENTARA dan menanti keHIDUPan yg KEKAL ABADI.

“Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan DUNIA itu hanyalah perMAINan dan suatu yg meLALAIkan, perhiasan dan bermegah2 antara kamu serta berbangga2 tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yg tanam2annya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada ADZAB yg keras dan AMPUNAN dari Allah serta keRIDHOan-Nya. Dan kehidupan DUNIA ini tidak lain hanyalah keSENANGan yg MENIPU?” (QS Al-Hadiid: 20)

“Allah bertanya, ‘Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?’ Mereka menjawab, ‘Kami tinggal (di bumi) SEHARI atau ½ HARI, maka tanyakanlah kepada orang2 yg menghitung.’ Allah berfirman, ‘Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan SEBENTAR saja, kalau kamu mengetahui dengan sesungguhnya.’ Maka apakah kamu mengira bahwa sesungguhnya Kami menCIPTAkan kamu secara MAIN-MAIN (saja), dan bahwa kamu tidak akan diKEMBALIkan kepada Kami?” (QS Al-Mu’minuun: 112-115)

Tetap SEMANGAT...
Tetap berSABAR ...
Dalam ketaatan dan menghadapi ujian...
Caranya dengan selalu berSYUKUR...
Dan disertai keIKHLASan karena Allah...

Iman Yang Sempurna


Ulama' beritahu...

Untuk mendapatkan IMAN (keyakinan yg sempurna) hanya kepada Allah, kita perlu jaga 4 perkara:

1. JAGA LIDAH drpd bercakap ttg sesuatu yg bertentangan dgn aqidah. Cth: "kalau tak kerja,nak makan apa.."/"hanya dgn kuasa rakyat, kerajaan boleh digulingkan". Pastikan, setiap perkataan yg dikeluarkan oleh lidah mestilah dikaitkan dgn kebesaran Allah swt dan menafikan kebesaran makhluk (selain Allah). Dan gunakanlah lidah utk mengajak orang lain untuk mencintai dan mentaati perintah Allah.

2. JAGA PANDANGAN drpd melihat perkara yg dilarang oleh Allah swt. Lihatlah perkara yg disukai Allah dan kaitkannya dgn kebesaran Allah.

3. JAGA PENDENGARAN drpd mendengar perkara2 yg menjauhkan kita drpd Allah dan banyakkan mendengar perkataan yg membesarkan Allah.

4. JAGA PEMIKIRAN drpd berfikir tentang kebesaran dunia dan makhluk, dan banyakkan berfikir tentang kejadian, kehebatan, dan kekuasaan Allah swt.

Mari kita berusaha untuk menjaga keempat2 perkara ini, dan kita mohon doa kepada Allah agar dihidupkan dan dimatikan dlm keadaan IMAN YANG SEMPURNA.

Thursday, March 8, 2012

SBPA Dibatalkan SSM Ditambahbaik


Seperti yg dijanjikan hari ini, sedang berlangsung satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yg diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yg ditambah baik.

Kerajaan naikkan kadar bayaran COLA penjawat awam sebanyak RM50.00 tetapi hanya utk kawasan/zone B dan C sahaja. Zone A tidak terlibat.

Antara isi penting ucapan & pengumuman Datuk Najib mengenai SBPA :

*Datuk mencerita semula perjalanan dan struktur SBPA semasa mula2 diperkenalkan
*Datuk Najib mengumuman Struktur SBPA telah dibatalkan
*Tetapi SSM akan ditambahbaik
*Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji perkhidmatan awam
*Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
*Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 (kenaikan 13%), gred khas A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
*Kenaikan Gaji Tahun bagi gred 1- 54 = RM80 hingga RM350.
*Manakala Jusa dan ke atas = kekal ikut SSM

Selamat Hari Wanita

Hari ini 8 Mac 2012 merupakan HARI WANITA SEDUNIA....
Tarikh 8 Mac merupakan hari yg istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dgn sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Woman’s Day).

Mari kita ambil tahu sikit, kenapa hari wanita ni diraikan? Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yg mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yg berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yg dikongsi dgn kaum lelaki. Selalunya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya. Wanita lebih cepat menangis drpd lelaki, itu memang sifat azalinya.

Wanita adalah kejadian yg terindah yg di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia. Semoga kita akan lebih berwawasan dan berjaya seperti kaum lelaki. Terima kasih kerana menyanjung tinggi kaum wanita.

*Kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yg berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yg kedua, siapa isterinya" .

*Rasulullah saw telah bersabda yg bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yg paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).

*Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.Didiklah adik2 atau anak2 perempuanmu dan juga isterimu dgn baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yg akan menentukan masa depan dunia yg baru. Selamat Hari Wanita.

Tuesday, March 6, 2012

15 Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak2

"Harta benda dan anak2 kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yg besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak2 adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba2-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yg malang ialah orang yg mempunyai ramai anak tetapi anak2nya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yg mandul." Berkata para sahabat : "Orang yg mandul ialah orang yg tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yg mandul itu ialah orang yg mempunyai ramai anak tetapi anak2nya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa2 yg digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yg baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa2 yg digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yg menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) drpd Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak2 dgn sekolah, menakutkan dgn tempat gelap, menakutkan dgn hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak2, tidak menjadualkan kegiatan harian anak2, terlalu memfokuskan anak2 kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata2 kesat dan maki hamun kepada anak2 (terutama semasa marah). Membandingkan anak2 dgn anak2 lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yg tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yg lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak2 sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu2nya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, ttpi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yg tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yg kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yg kemas dan yg menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak2nya.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yg tidak kemas. Ini mengakibatkan anak2 terikut2 dgn cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama2, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yg lebih baik dari salam yg diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yg mudah dilihat oleh anak2. Dalam Islam, merotan anak dgn tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak2 dgn model yg cemerlang spti para ulama' dan orang2 yg berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak2 jg patut didedahkan dgn sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti2 yg bersesuaian dgn akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak2. Ini akan menyebabkan anak2 rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yg tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak2, kerana ini akan memberikan contoh yg tidak baik kepada anak2 yg masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan2 yg ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dlm hal ini adalah penting krna kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yg kurang baik spti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yg tidak menepati syarak dan perbualan yg boleh merosakkan agama anak2.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak2. Sebagai ibubapa kitalah yg akan disoal di akhirat kelak akan anak2 ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak2 terdidik dengan didikan Islam.

Monday, March 5, 2012

Faris dalam kenangan

Faris dalam kenangan (26/06/2006 - 23/02/2012)

Dilahirkan secara normal dan cukup sifat. Anak ke 3 dan bongsu. Menyusu badan hinggalah berumur 2 tahun. Kesian kat ibu hehehe. Abang Ngah & Kak Long pun berhenti menyusu badan bila ibu dah habis pantang...Memang seorang anak yg tak banyak ragam & songeh. Berbeza sangat dengan abang & kakaknya yg kuat menangis dan sawan sewaktu kecil (mungkin ikut keturunan ibu dan ayah yg memang ada sejarah sawan semasa kecil). Dulu semasa kak long & abg ngah, setiap kali nak jalan jauh atau balik kampung, kami mesti risau sebab diaorg suka menangis (jenis yg tak henti2 ), tapi alhamdulillah Faris langsung tak ikut jejak mereka, senang nak dibawa jalan kemana2 pun... nak dengar dia menangis pun susah.

Hinggalah dia berumur 4 tahun barulah saya & isteri perasan sesuatu pada Faris. Dalam tempoh setahun beratnya tidak pernah naik & pertumbuhannya juga seperti terbantut. Bila ditanya pada doktor, mereka kata normal, tak perlu risau. Dan apabila usia Faris 5 tahun, kami ambil keputusan untuk check dengan pakar di HUKM (bayangkan berat Faris cuma naik 1kg sejak umur 3tahun & ketinggian masih sama), hati ibubapa mana yg tidak risau?...Dan hasil ujian akhirnya mengesahkan bahawa Faris mengalami masalah pertumbuhan hormon. Memang terkejut kami waktu tu...walaupun Faris nampak sangat aktif, ceria & periang masa tu, namun kami tetap risaukan pertumbuhan ketinggiannya yg seolah2 terhenti.

Hasil perbincangan dengan doktor, kami ambil keputusan utk beri suntikan hormon pada Faris. Bayangkan suntikan hormon tersebut perlu disuntik setiap malam selama 3-5 tahun ( mungkin lebih). Nak cucuk dia setahun sekali pun dah kesian, inikan pula nak cucuk hari2... Memang tak tergamak tapi memikirkan kehidupan dan masa depannya nanti, kami rasa apa yg kami buat tu perlu.

Jadi, setiap malamlah (sebelum tidur), saya akan suntik hormon tumbesaran pada perut Faris dan setiap kali jugalah Faris akan cool...tak menangis apatah lagi menjerit...malah siap bukakan baju utk bagi saya cucuk perutnya. Hanya sesekali beliau akan kata sakit (itupun jika tersalah cucuk pada uratnya). Jika saya & isteri terlupa sekalipun, dia yang akan ingatkan malah siap ambil jarum & ubat dlm peti ais dan beri pada kami. Dia hendak sangat tinggi macam budak2 lain yg sebaya dengannya... Itulah Faris!

Alhamdulillah, selepas 6 bulan disuntik, Faris sudah menampakan perubahan. Berat & ketinggiannya sudah bertambah. Dia pun sangat2 gembira apatah lagi kami ibubapa... Dia tahu ibubapanya akan buat yang terbaik utk dia.

Mula ke sekolah seawal usia 4 tahun. Pernah suatu ketika arwah mengadu “Faris tak suka la cikgu tu asyik nak dukung je.. biarlah faris jalan sendiri”... Mmg menjadi kebiasaan cikgu2 suka dukung faris drpd pagar sekolah hinggalah masuk ke kelas. :)

Kuat mengusik & menyakat terutama dengan kak longnya. Kalau bergaduh pun boleh tahan jugak tu...tak padan dengan kecik :) Juga sangat2 meminati kereta terutama “CARS Lightning McQueen”, daripada kasut, baju, jam & topi, semuanya nak CARS...

Mungkin mengikut jejak ayahnya, dia sangat sukakan photography, climbing & sukan badminton...TAPI
-Kalau 100 keping gambar yang ditangkapnya, 80% adalah gambar keretanya... :)
-Kalau memanjat bukit, 10 minit je dia nak jalan..lepas tu suruh dukung. Adoiiii
-Kalau main badminton, hanya dia je boleh smash..org lain tak bole! Dan shuttlecock mesti sampai kat dia sebab jangan harap la dia nak lari :)

Pernah mengeluh sewaktu kak long memohon ke Sekolah Berasrama Penuh & MRSM. Katanya “Kalau kak long duduk jauh2, takkan dia nak main/kawan dgn abg ngah jer?”.... Kesian pun ada!. Pekara yg saya tak boleh lupakan (mungkin tak sepatutnya kita cakap dgn anak2 macam ni).

Saya pernah kata pada arwah sewaktu nak tidur dengannya “Nanti kalau ayah dah takde(meninggal dunia), Faris jangan lupa solat & doakan utk ayah tau?”... Terus dia menangis semahu mahunya dan cium pipi saya tanpa henti. Kataya “dia tak mahu sesiapa pun mati...dia sayang semua orang. Dia sayang ayah, ibu, abg ngah, kak long & opah”

Saat itu memang saya rasa tersilap sangat bercakap macam tu kat dia... mmg menyesal & terkilan.... Tak sangka pula yang dia dulu akan tinggalkan semua orang yang disayangi.... Sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia!

Al-Fatihah!

BERSAMBUNG (Sebulan terakhir bersama Faris)

Saturday, March 3, 2012

Pembahagian Secara Adil

Pembahagian harta secara adil dapat imbangi kehidupan manusia.....

KEMATIAN adalah kepastian yg tidak dapat disangkal sesiapa. Begitu jg mrka yg kembali kpda Allah SWT semestinya meninggalkan sesuatu untuk diwarisi oleh generasi keluarga yg masih hidup. Hanya Nabi dan Rasul saja yg tidak mewarisi apa2 selain ilmu drpd Allah SWT.

Sebuah hadis drpd Talhah menyebut beliau bertanya kepada seorang sahabat bernama Abdullah Bin Abi Aufa adakah Baginda SAW meninggalkan apa2 wasiat? Lalu Abdullah menjawab: Tidak. Maka mengapa Baginda memerintahkan kita berwasiat? Jawab Abdullah: “Sebenarnya Baginda meninggalkan al-Quran sbg wasiat”. (Riwayat Bukhari).
Adalah menjadi tuntutan agar kita dapat meneliti semua harta yg dimiliki dan menulis wasiat tertentu agar menjadi rujukan kepada mereka yg ditinggalkan. Baginda Nabi SAW jg menyarankan umatnya menulis wasiat. Sabda Baginda SAW: “Adalah menjadi hak seseorang Muslim apabila tiba waktu tidur, maka wasiatnya ditulis dan diletakkan di sisinya”. (HR Ibnu Majah). Apakah mereka meyakini selain dari hukum Allah? Hukum siapakah yg lebih baik dari Allah. - Surah al-Maidah, Ayat 50

Dalam dunia umat Islam hari ini, kita melihat ibu bapa kurang mengambil perhatian terhadap harta yg peroleh @ yg dikumpul sepanjang hidup mereka. Dgn kata lain mereka tidak pernah memikirkan mengenai harta mereka jika mereka dijemput oleh Allah SWT apabila tiba masanya kelak. Apakah harta mereka akan dibahagikan kepada pewaris dgn seadil2nya @ mengundang mudarat kpada keluarga akibat pertikaian harta ditinggalkan.

Kita melihat fenomena skrg menyedihkan krna tercetus perbalahan antara waris ditinggalkan. Malah kadangkala menyebabkan pembunuhan sesama keluarga akibat perselisihan pendapat mengenai harta peninggalan si mati. Apa yg lebih mendukacitakan perselisihan berlaku ketika ibu bapa masih hidup dan terlantar menunggu saat2 kematian. Inilah contoh sikap buruk jika berlaku dlm masyarakat Islam menunjukkan akhlak tidak baik seorang anak terhadap ibu bapa. Malah mereka diharamkan terus drpd menerima apa2 bahagian jika berlaku pembunuhan untuk mendapat warisan dgn cepat.

Namun, berlaku juga perkara sebaliknya yg ibu bapa mewakafkan harta mereka ketika hidup kepada agensi lain sama ada dengan tujuan baik iaitu untuk mengelakkan pergaduhan sesama keluarga atau menghalang mana2 anak drpd mewarisi harta mereka atas sebab tertentu. Ini adalah perkara yg tidak digalakkan dlm Islam krna keluarga si mati atau pewaris yg masih hidup memerlukan harta berkenaan bagi meneruskan kesinambungan kehidupan mereka.

Firman Allah SWT: “Dan hendaklah takut kepada Allah sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang daif yang dikhuatiri akan kesejahteraan dan keselesaan mereka.” (Surah an-Nisa ayat 9).

Ini menunjukkan seseorang mesti memikirkan mengenai keluarga yg ditinggalkan supaya mereka hidup dalam keadaan baik tanpa meminta2 kepada orang lain. Namun demikian, mewakafkan sesuatu atas dasar kemanusiaan atau keperluan seperti mewakafkan kepada anak angkat atau mereka yang memerlukan diharuskan dengan kadar tertentu supaya tidak membebankan keluarga si mati atau pewaris selepas berlaku kematian. Anak angkat dan orang luar tidak akan mendapat bahagian drpd harta si mati krna mrka bukanlah pewaris sebenar sedangkan mereka pernah berkhidmat kepada si mati ketika hidupnya. Ini dilakukan kerana membalas jasa atau tanda terima kasih terhadap pengorbanan dicurahkan.

Sebuah hadis drpd Abu Mus’ab menyebut beliau diziarahi oleh Baginda SAW ketika sedang sakit dan berkata beliau akan mewasiatkan semua hartanya pada jalan Allah. Baginda menjawab “Jangan”. Separuh? Baginda menjawab: “Jangan”. Satu pertiga? Baginda menjawab: “Boleh tetapi itupun dikira sudah banyak.” (Riwayat Bukhari) Ada jg berwasiat, ttpi dgn cara tidak adil sehingga mengetepikan keluarga tidak sebulu dengannya. Inilah antara perkara dilarang Islam. Sabda Baginda SAW: “Takutlah kamu kepada Allah SWT dan berlaku adillah dgn anak2 kamu”. (Al-Hadith). Syeikh Abdul Rahman As-Sa’di pernah menyebut: “Antara perkara paling keji dan mungkar adalah apabila seseorang ingin membahagikan harta mengikut hawa nafsunya. Ia adalah drpd dosa besar yg diharamkan. Ini adalah antara kezaliman dilakukan sesama manusia.”

Ingatlah meninggalkan hukum Allah dlm kehidupan ini adalah satu dosa besar yg dilaknat Allah SWT. Firman Allah SWT: “Apakah mereka meyakini selain dari hukum Allah? Hukum siapakah yang lebih baik dari Allah?”. (Surah al-Maidah ayat 50). Islam meletakkan pembahagian secara adil utk mengimbangi kehidupan manusia dlm pembahagian harta pusaka. Lahirnya ilmu faraid dlm Islam agar kita tahu siapakah pemilik harta sebenar (Ashabul Furudz) selepas kematian seseorang. Ayat di dalam al-Quran dalam surah an-Nisa sudah cukup untuk menjelaskan bahawa segala2nya ditetapkan oleh Allah SWT untuk dijadikan panduan.

SBPA Kena Kekal Nama Jawatan

CUEPACS mahu semua nama jawatan dlm Sistem Saraan Malaysia (SSM) dikekalkan dan tidak ditukar dgn gelaran baru spti terkandung dlm Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Mengikut SBPA, beberapa nama jawatan ditukarkan seperti Pemandu kepada Pembantu Operasi, Penyelia Asrama ditukar kepada Pembantu Tadbir, Penolong Pengurus Asrama (Penolong Pegawai Tadbir), Pengurus Kolej Universiti (Pegawai Tadbir), Pembantu Penerbit (Pembantu Penerangan) dan Pegawai Penerbit menjadi Pegawai Penerangan.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya menentang cadangan itu kerana bukan saja bertentangan dengan aspek tugas mereka, tetapi gred bagi jawatan berkenaan juga didapati tidak berkembang.

Bantahan dibuat selepas kita buat tinjauan di seluruh negara, perbincangan dgn Jawatankuasa Bertindak CUEPACS. Selepas dapat maklum balas baru2 ini, kita tidak bersetuju penukaran gelaran jawatan dalam SBPA,” katanya.

Aleya n Ashraf Sah Bercerai


Tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dgn suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32. Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dlm satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam.

Leya yg mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik. “Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yg baik2 sahaja,” katanya. Pasangan yg bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena,yg kini berusia dua tahun setengah.

Bagaimanapun ketika dihubungi semalam, pasangan ini enggan mengulas punca perceraian mereka krna ia terlalu peribadi dan mahu ia menjadi rahsia. “Saya tidak boleh ulas perkara ini krna ia terlalu peribadi, cukuplah saya katakan yg kami bukan lagi suami isteri,” katanya. Sementara itu, Ashraf berkata, dia menerima ketentuan ini dgn hati terbuka dan komited dgn tanggungjawabnya sbg bapa kepada anaknya. Justeru itu dari awal dia dan Leya memilih menyelesaikan perkara ini dlm keadaan tenang malah tidak wujud istilah bermasam muka kerana perpisahan ini atas persetujuan bersama.

Kami bergilir menjaga anak kembar kami Aza Ameena dan Asha Ameena, Isnin hingga Rabu mereka menetap dgn Leya manakala giliran saya dari Khamis hingga Ahad. Biarpun tidak lagi tinggal sebumbung, anak masih tanggungjawab saya. Mereka masih kecil dan sbg bapa saya pastikan mereka dapat kasih sayang secukupnya dan membesar dlm suasana sihat. Baik saya mahupun Leya tiada masalah bawa anak keluar berjalan2 spti sebelum ini cuma buat masa ini belum boleh kerana dia masih dalam edah. Saya tidak mahu orang keliru dgn status kami. Komposer muda yg kini bertugas sbg pegawai Artis dan Repotua (A&R) Life Records itu berkata, seboleh mungkin dia tidak mahu perkara ini disensasikan kerana ia membabitkan nama baik keluarga. Bagaimanapun apabila media sudah menghidu perkara ini dia perlu jelaskan bagi mengelakkan kekeliruan atau timbul kontroversi yg bukan2.

Friday, March 2, 2012

Transformer TNB Meletup Di Bangi


Sebuah transformer Tenaga Nasional Bhd (TNB) di stesen janakuasa Bandar Baru Bangi dekat sini meletup dan terbakar malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan perumahan di sekitarnya bergelap. Insiden letupan dan kebakaran kecil itu dilaporkan berlaku pada kira-kira 9.20 malam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rashid Abdul Wahab berkata, pihak polis yang dimaklumkan mengenai insiden itu telah menghubungi Balai Bomba Bandar Baru Bangi. Katanya, bekalan elektrik di kawasan terbabit kini telah pulih. Tiada kemalangan dan kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Thursday, March 1, 2012

Umat Islam Wajib Undi

Ini adalah info yg baru keluar semalam, Mengundi jadi fardu ain jika ramai tak berbuat demikian: kata Mufti Pahang

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, berkata tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum adalah wajib kepada umat Islam dalam membentuk sebuah kerajaan yg dapat membela kesucian agama dan keamanan.

Beliau berkata mengundi adalah fardu kifayah, ttpi jika ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.

Pada zaman Rasulullah SAW dulu, ketika Baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yg boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah. Daripada situ kita dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan benar.

Abdul Rahman berkata, Islam tidak melarang umat mengundi calon bukan Islam jika tidak menimbulkan pelanggaran terhadap ajarannya. Diharuskan mengundi bukan Islam yg akan membantu pembangunan Islam dan dalam masa sama boleh menjaga umat Islam. Kita sesama Islam hendaklah bertolak ansur dan bersatu serta tak perlu berkeras dengan bukan Islam, katanya.

Mengenai baiah, Abdul Rahman berkata ia pengakuan taat setia dan individu yg mengingkarinya bakal menerima balasan atau musibah. Pengakuan bai'ah juga tidak boleh dalam bentuk paksaan. Jika berbentuk paksaan, perjanjian itu terbata