Islamic Clock

Friday, January 27, 2012

Universiti Diberi Kuasa Autonomi

Selepas Universiti Teknologi Malaysia (UTM), empat lg universiti, Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) diberi autonomi semalam, bg membolehkan pusat pengajian terbabit membuat perancangan sendiri dlm usaha menjadi institusi bertaraf antarabangsa.

Pemberian autonomi itu hanya diberikan dlm empat bidang iaitu tadbir urus institusi, kewangan dan penjanaan kekayaan; pengurusan sumber manusia dan pengurusan akademik serta kemasukan pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata autonomi adalah prasyarat penting untuk mewujudkan persekitaran kampus yg dinamik melalui pengurusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yg lebih berdaya saing, kreatif dan anjal. “Universiti selalu menyatakan mrka tidak mendapat kecemerlangan krna wujud halangan dan kekangan akibat terikat dgn kaedah dan polisi kerajaan, jd pemberian autonomi dgn penurunan kuasa bermakna tiada lg alasan untuk mrka mencapai kecemerlangan,” katanya kpda pemberita slps menyampaikan Amanat Tahun Baru 2012 yg bertemakan ‘Berfikiran Global Bertindak Glokal’ di sini, semalam.

Pemberian autonomi kpda lima universiti itu dibuat slps melaksanakan proses audit menggunakan instrumen ‘Tadbir Urus Baik Universiti’ dan ‘Petunjuk Tadbir Urus Baik Universiti’. Beliau berkata, walaupun lima universiti diberikan autonomi dlm kemasukan pelajar, pelajar tetap perlu memohon kemasukan universiti menerusi Unit Pusat Universiti (UPU). “Bagaimanapun, lima universiti akan dapat memilih dulu mana2 pelajar yg memohon menerusi UPU dan mrka sendiri yg akan menentukan kesesuaian kursus kpda pelajar berkenaan serta pemberitahuan mengenai kemasukan ke lima universiti itu dibuat oleh pihak universiti sendiri,” katanya.

Mengenai Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, Mohamed Khaled berkata, ia bukan tiket kebebasan mutlak, jauh sekali membenarkan pelajar melakukan aktiviti subversif sehingga mengganggu keselamatan awam. Beliau berkata, pindaan AUKU jg akan mengekalkan persekitaran kampus yg terus menjamin kebebasan akademik. “Kita amat sedih krna akhir2 ini, kebebasan akademik disalah guna, disalah erti, disalah tafsir dan lebih membimbangkan, ia menjadi modal politik jalanan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Mohamed Khaled juga melahirkan kebimbangan dgn kurangnya pelajar yg berminat mengikuti aliran sains di sekolah dan universiti yg semakin kritikal. “Tahun ini, hanya 29 peratus pelajar jurusan sains di sekolah. Keadaan ini berterusan ke tahap universiti yg mana hanya 40 peratus pelajar bidang sains sedangkan sasaran kita adalah 60 peratus. Jika ini berterusan, ia boleh membantutkan usaha meningkatkan inovasi teknologi ke arah tranformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi,” katanya.

Friday, January 20, 2012

Chinese New Year 2012

Selamat Tahun Baru Cina.........

MENJELANG Tahun Baru Cina, kemeriahannya kian dirasai terutama dgn sambutan kedatangan tahun naga kali ini.

Naga air ialah haiwan kelima drpd 12 dlm bintang Cina dan akan ‘lahir’ pd 23 Januari. Di kalangan masyarakat Cina, naga dikaitkan dgn kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah. Justeru, kita boleh melihat patung naga yg diletakkan di atas pintu atau bumbung untuk mengusir iblis dan puaka. Dalam budaya Cina jg, tahun naga paling digemari untuk melahirkan anak krna sifat pada haiwan itu dikatakan akan diwarisi dlm darah daging mereka.

Menurut mitos Cina, pintu naga terletak di bhgn atas air terjun yg mengalir dari gunung legenda. Banyak ikan kap yg berenang ke hulu sungai walaupun air mengalir deras tetapi ia berani untuk melompat ke atas air terjun. Jika ikan kap terbabit berjaya membuat lompatan, ia akan bertukar menjadi naga yg berkuasa. Ungkapan spti ikan kap melompat atas pintu naga digunakan untuk merujuk kepada kejayaan yg datang drpd ketabahan.

Naga Cina dianggap sbg simbol bertuah, kuasa besar dan kebajikan. Mengambil semangat naga yg jatuh pd tahun ini, Habib Jewels menampilkan koleksinya bg menyambut perayaan dgn penuh meriah. Menariknya, penggemar barangan kemas boleh mendapatkan rekaan jongkong emas berkonsepkan simbol naga yg dikenali mempunyai semangat oleh masyarakat Cina pada setiap ketulan yg dihasilkan.

Koleksi jongkong emas seberat lima, 10, 50, 100 dan 500 gram serta satu kilogram itu boleh diperoleh di semua bilik pameran Habib di seluruh negara. Selain jongkong emas, Habib turut menampilkan koleksi anting2, loket dan gelang yg menggunakan simbol naga bersadurkan emas kuning atau putih yg boleh dihadiahkan kpda insan istimewa pada tahun bertuah ini.

Friday, January 13, 2012

Genap 40 Hari

Hari ini genap 40 hari arwah pergi...tapi segala kenangan dan memori bersama arwah masih segar dalam ingatan kami sekeluarga. Doa kami sekeluarga moga2 arwah tenang di alam sana dan ditempatkan dikalangan golongan orang2 yg solehin....AL-FATIHAH...AMIN..

Wednesday, January 11, 2012

Doa2 Untuk Memusnahkan Sel2 Kanser


Ini mama ambik dari blog cancer vs B17, just untuk panduan n berkongsi info :- Download 8 Surah MP3 - sila klik ke Blog Resepirahsiaku.com.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Al Raad (Ayat 16-28).
4. Surah AN Anbiyaa (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan botol2 air yg bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah2 berkenaan, maka ditiupkan kpda air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada anggota yg kena barah kanser dan mandi pesakit dgn air ini. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dgn izin-Nya.

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yg sedang mengidap penyakit kanser. Semuga dgn menolong mereka yg sakit, akan jg mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yg benar2 memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Insyallah dgn berkat dan usaha secara lahiriah serta rohaniah, kesengsaraan yg ditempuhi ini akan sembuh jua hendaknya. Bersama2lah kita berdoa kehadratnya.

Thursday, January 5, 2012

Genap Sudah Sebulan

Genap sebulan arwah adik pergi, semoga arwah ditempatkan di kalangan golongan org2 yg beriman, AL-FATIHAH, AMIN....

Biarlah hanya jasad arwah saja yg pegi tp bukan kenangan bersama arwah... Sesungguhnya pemergian arwah amat dirasai kami sekeluarga.. terasa sgt kekosongan ini yg sememangnya x bleh ditukar ganti. Kenangan arwah akan tetap dan akan sentiasa bersama kita semua. Segala kenangan bersama arwah xkan mungkin dapat kita lupakan selagi hayat dikandung badan. Kita memang x bleh merasai kehadirannya namun arwah sentiasa ada dengan kita. Marilah kita bersama2 sedekahkan Al-Fatihah n mendoakan semoga roh arwah dicucuri Rahmat Allah swt serta di tempatkan di kalangan para solehin.

AMIN....