Islamic Clock

Friday, December 30, 2011

Balik Ipoh

Malam ni mama sekeluarga bertolak balik Ipoh....
Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012..........

Thursday, December 29, 2011

KSSR Lengkapi Kemahiran Hadapi Cabaran

KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sbg usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bg memastikan murid dibekalkan dgn pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dlm pernyataan standard terdiri drpd standard kandungan dan pembelajaran yg perlu dicapai murid dlm satu tahap persekolahan.
Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dlm tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yg boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran.

Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?
KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.

KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).

KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?

Dalam KSSR Tahap Satu, ada bbrpa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dlm Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bg pengurusan kurikulum lebih berkesan.

Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?

Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kpda literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dlm Modul Teras Tema bg memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains.

Adakah murid akan bosan di dalam kelas dgn penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris?

Tidak. Kaedah dan teknik yg pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yg menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yg menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yg sesuai.

Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?

KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dlm pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat drpd laman web di KPM spti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283.

S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P?

J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dgn buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P.

S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?

J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sbg satu mata pelajaran ttpi sbg komponen yg besar (75%) dlm mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Pendaftaran Sekolah Kak Iqa

Hari ini mama n papa g ke sekolah kak iqa untuk pendaftaran Tahun 1, beli buku, ambik buku teks, beli baju sukan dll urusan. Dari jam 8am lg mama tiba di sekolah dan semuanya selesai lbih kurang sekitar jam 10.15am.

Setelah selesai urusan di sekolah kebangsaan, mama bergegas ke sekolah agama plak untuk membuat pendaftaran dan bayaran yuran tuhanan sekolah. Alhamdulillah semuanya dah selesai, so tunggu buka sekolah 4hb Januari 2012 nntila.

Kak Iqa mesti belajar bersungguh2 tau sampai berjaya. Good Luck n selamat maju jaya..

Wednesday, December 28, 2011

Susu Ibu Elak Bayi Gemuk

PENGGUNAAN botol dan puting susu perkara biasa di kalangan ibu bg menggantikan susu ibu untuk memastikan bayi mrka mendapat khasiat mencukupi untuk tumbesaran terutama apabila berada di tempat asuhan kanak2.

Namun, tahukah anda penggunaan botol susu dan puting susu boleh memberi kesan jangka panjang kpda bayi. Keadaan itu disebabkan teknik penyusuan berbeza krna apabila bayi menyusu badan, lidah dan rahangnya perlu bergerak seiring dgn lidahnya yg perlu berada di bwh areola iaitu kawasan berpigmen (coklat) di sekeliling puting payudara dan menekannya ke lelangit. Keadaan itu menyebabkan tisu di bahagian berkenaan mengalami tekanan dan memanjang mengikut corak hisapan penyusuan bayi terbabit.

Kemudian, bayi akan menjatuhkan bahagian belakang lidahnya untuk membentuk alur bagi membolehkan susu mengalir dari puting ke tekaknya. Dia akan berhenti seketika untuk menelan susu sebelum mengambil nafas manakala bibirnya akan tetap berada di kawasan sekeliling payudara dan membentuk keadaan yg rapat dan ketat dalam mulutnya.

Pakar Pediatrik dan Penasihat Penyusuan, Dr Balkees Abdul Majeed berkata, keadaan berbeza apabila bayi menggunakan botol. Katanya, susu akan terpancut keluar dgn laju dan anda boleh menyedarinya apabila susu menitis jika anda memegang botol secara terbalik. Menurutnya, untuk memastikan bayi tidak tercekik, secara automatik dia akan mengangkat lidahnya dan menggunakannya sebagai penahan aliran susu terbabit.

“Sepanjang proses menyusu, bayi hanya perlu menekan puting getah yg keras tanpa menggunakan rahangnya untuk menghisap susu. “Tidak seperti penyusuan susu ibu iaitu bayi perlu berusaha untuk mengeluarkan susu krna mgkn aliran susu akan banyak pada peringkat awal dan menjadi semakin perlahan. Ini menyebabkan bayi perlu mengulangi proses hisapan berkenaan dengan lebih kuat,” katanya.

Dr Balkees berkata, kaedah penyusuan susu ibu menyebabkan bayi kurang cenderung menjadi gemuk berbanding bayi menggunakan botol susu krna mrka mengawal pengambilan susu sendiri dnan cara tempoh serta corak meminum susu yg lama dan bersungguh2.

“Bayi yg minum menggunakan botol susu biasanya akan menghabiskan susu mrka bukan disebabkan rasa lapar tetapi disebabkan gemar menghisap krna proses mendapatkan susu lebih mudah. “Disebabkan perbezaan kaedah susuan ini ia mewujudkan permasalahan terutama pada awal minggu kelahiran apabila bayi cuba memahirkan diri dgn teknik menghisap susu yg berbeza,” katanya.

Katanya, pdperingkat awal penyusuan, bayi jg boleh terkeliru dgn penggunaan puting berkenaan sama ada ia diperkenalkan secara khusus ataupun tidak krna teknik penyusuan susu ibu memiliki faktor pembelajaran yg tinggi walaupun ada kalanya terdapat bayi yg dilahirkan seolah2 mengetahui dgn tepat apa yg perlu dilakukan mrka untuk makan (minum susu).

Di samping itu, sesetengah ibu yg memberikan puting pada anak untuk dihisap, mendapati penghasilan susu badan mrka sedikit. Ini disebabkan badan mrka tidak mendapat rangsangan secukupnya untuk menghasilkan susu untuk si kecil. Jika bayi terjaga drpd tidur dan membuat gerakan atau bunyi2an dgn mulut ataupun menghisap genggaman tangannya, ia menunjukkan bayi terbabit dlm keadaan lapar dan ingin menyusu. Adalah penting untuk ibu menyusukan bayi mrka pada awal tanda yg menunjukkan bayi mrka lapar bg membolehkan bekalan susu yg baik boleh dihasilkan.

Dr Balkees berkata, teknik menghisap puting berkenaan memerlukan kemahiran otot yg berbeza berbanding penyusuan badan dan ia boleh menyebabkan bayi sukar mempelajari cara menghisap susu badan yg betul sekiranya mereka didedahkan dgn penggunaan bahan terbabit pada peringkat awal.

Bagaimanapun, katanya, Akademi Pediatrik Amerika (AAP) pernah mengemukakan cadangan pada 2005 mengesyorkan penggunaan puting pada waktu tidur bayi adalah untuk mengelakkan berlakunya Sindrom Kematian Bayi Secara Tiba-Tiba (SIDS).

Bagaimanapun, mereka memberi penekanan ia tidak seharusnya dimulakan sebelum bayi berusia satu bulan, namun cadangan yang cuba diketengahkan ini menjadi kontroversi kerana ramai pakar beranggapan ia tidak disertakan dengan bukti kukuh yang menyokong kepada cadangan yang ingin dilakukan itu.

Selain itu, Dr Balkees berkata, antara kesan yang boleh dilihat kepada bayi yang menggunakan botol susu adalah mereka akan mengalami masalah pertuturan.

“Kesan penggunaan jangka lama botol susu dan puting pada gigi bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun akan menyebabkan proses pertuturan mereka menjadi lambat.

“Ia akan menyebabkan banyak permasalahan kepada kanak-kanak terbabit terutama dari segi kualiti pembelajaran mereka,” katanya.

Di sebabkan itu, pemberian susu ibu adalah sumber makanan terbaik bagi bayi.
Bagaimanapun, bagi wanita yang pertama kali menjadi ibu, teknik penyusuan yang tidak betul mungkin mengurangkan motivasi untuk menyusukan bayi.

Namun ibu muda masih memberikan susu awal atau kolustrum walaupun bukan secara penyusuan terus daripada payudara. Keadaan inilah yang menyebabkan ramai cenderung menggantikan kaedah penyusuan badan dengan botol.

Dr Balkees berkata, jika keadaan ini berlaku, penggunaan cawan dianggap lebih sesuai untuk menggantikan botol dan puting bagi mengelakkan dan mengurangkan kekeliruan antara kaedah penyusuan badan dengan botol. Ia perlu diperkenalkan scra berperingkat seawal usia enam bulan supaya bayi tidak mengalami kejutan disebabkan peralihan itu. Selepas 12 hingga 18 bulan, sepatutnya ibu bapa sudah mula memastikan bayi tidak lg bergantung kpda botol susu dan puting kerana ia boleh memberikan kesan yg kurang baik.

Di samping itu, untuk memastikan keselesaan antara ibu dan bayi ketika memberikan susuan, bayi hendaklah diletakkan dalam posisi yg betul iaitu:

* Kepala dan badan perlu tegak bukan membongkok.
* Muka bayi menghadap payudara dan mencapai payudara (bayi sepatutnya mampu melihat wajah ibu bukan dada ataupun perut).
* Kedudukan bayi dekat dengan ibu.
* Keseluruhan badan bayi disokong sepenuhnya bukan hanya kepala dan bahu.

Penggunaan botol boleh menyebabkan hubungan kurang baik antara ibu dan anak iaitu bayi hanya berpaut pada puting ibu saja mengakibatkan kesakitan pada puting, pengurangan pengeluaran susu badan disebabkan ketidakaktifan penyusuan serta menjadikan payudara membengkak disebabkan mastitis (penyakit radang (bengkak) susu).

Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Perbincangan JPA-CUEPACS isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam berhasil

PUTRAJAYA 27 Dis. - Perbincangan hampir lima jam antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dgn Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini membawa hasil apabila markah prestasi untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta dalam mesyuarat itu.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65.

"Di bawah SBPA yang asal kalau prestasi di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku, tetapi kita telah mengubahnya kepada 65 markah.

"Untuk pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diubah daripada 70 kepada 60. Ini bermakna penjawat awam hanya akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah kalau gagal mencapai 60 markah," katanya selepas perbincangan itu yang melibatkan pegawai kanan JPA termasuk Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh lebih 100 Ahli Majlis dan pemimpin CUEPACS dari seluruh negara.

Mengulas lanjut Omar berkata, JPA pada masa sama telah bersetuju untuk mengkaji cadangan2 CUEPACS yg melibatkan implikasi kewangan atau peruntukan tambahan kerajaan.
"Perkara2 yg tidak melibatkan soal kewangan spti markah prestasi tlah diputuskan dlm perbincangan hari ini. JPA bagaimanapun memerlukan masa untuk mengkaji cadangan lain.

"Semua perkara yg dibangkitkan akan dikaji dlm tempoh tiga bulan sehingga perundingan seterusnya yg dijadualkan pada hujung Februari tahun depan, ini termasuk isu gaji maksimum dan gred jawatan yg tertinggal," katanya.

Omar berkata, setiap gred perkhidmatan awam akan dikaji scra teliti dan beliau meminta supaya penjawat awam mengemukakan sebarang masalah yg timbul kepada CUEPACS untuk dibawa kepada JPA.

Beliau bagaimanapun menegaskan SBPA secara keseluruhannya adalah baik untuk masa depan perkhidmatan awam negara. "Tetapi SBPA mempunyai bahagian2 tertentu yg perlu dikaji semula dan ditambah baik," katanya.

Dua Pindaan Baru SBPA


JPA, CUEPACS capai persetujuan mekanisme kenaikan gaji, exit policy

PUTRAJAYA: Kemelut antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhubung pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tahun depan berjaya diselesaikan semalam apabila kedua-dua pihak bersetuju membuat dua pindaan baru.

Birthday Syahmi Irfan

Happy Besday to Muhammad Syahmi Irfan,
Selamat Hari Lahir yg ke 3 semoga anak mama dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan semoga menjadi anak yg soleh dan menjadi penyejuk hati mama dan papa, Insyaallah...AMIN.....

Terluka Cam Dihiris2.....

Setiap orang inginkan kehidupan yg bahagia sepanjang masa, tapi xsemua spti yg kita rancang. Kita hanya mampu merancang tp Allah swt yg Maha Mengetahui akan segala2NYA. Hati mama sedih, pedih rasa terluka spti disiat2 bila lihat orang pukul anak2, sedih sangat rasa hati ini....nape ada orang yg sanggup pukul anak darah daging sndiri, manakah perginya rasa kasih dan sayang pada anak2......xder ker rasa belah kasihan @ ihsan pada anak2 kecik yg belum mengerti ape2....nape ekh????

Anak2 adalah ibarat kain putih kita sebagai ibubapalah yg mencorakkannya.......zaman skrg ni mcm2 kes penderaan kanak2 samada kita sedar @ tak.....tak bersyukur ker dgn ANUGERAH besar yg Allah swt AMANAHkan kpda kita (besarnya tanggungjawab sbg IBU & BAPA)... tak semua org berpeluang menjadi IBU n BAPA, bersyukurlah atas setiap pemberian-NYA...

Tuesday, December 27, 2011

Seminar After New Year 2012

Banyaknya Seminar awal tahun 2012 nnti, semoga semuanya berjalan dgn lancar....

i) 4&5 Januari 2012 Seminar Cutting-Edge
ii) 9-13 Januari 2012 Seminar EQuaLS5
iii) 14 Januari 2012 Seminar Aspek2 Keilmuan Etnomatematik Tamadun Melaka
iv) 20 Januari 2011 Hari Inovasi 2012

v) 10-11 April 2012 Seminar Falsafah dan Pendidikan Matematik 2012

Inilah Kehidupan....

Dalam kehidupan ada suka dan ada dukanya, itu dah jadi lumrah dlm kehidupan....semalam ma bgtau jiran kat kampung (Jiki) meninggal pd ari sabtu lepas (24hb Disember 2011) kene serangan jantung dan katanya ada penyakit yg lain jgak, dah 4 ari masuk spital xsedar2 dan akhirnya meninggal kat spital. Jiran dekat umah (Pak Nik Hassan)pun kat spital skrg nie kene serangan jantung jgak katanya. Dan lg satu, jiran sekampung jgak, meninggal sbb luekimia, lama dah jgak dia sakit.......dia sebaya ngan mama dan pernah satu sekolah masa sekolah rendah dl....salam takziah....semoga roh mereka di tempatkan di kalangan golongan org2 yg beriman, AMIN.....

AL-FATIHAH......

Friday, December 23, 2011

Solat Itu Doa Senjata Muslim

Jika sebuah rumah memerlukan tiang sbg asas utama pembinaannya, begitulah jg dgn agama yg memerlukan asas dlm menegakkan syiarnya dan asas tersebut adalah solat. Fakta ini telah terpahat dlm sebuah hadis Nabi Muhammad SAW bermaksud “Solat itu tiang agama, sesiapa yg mendirikannya sesungguhnya dia sudah mendirikan agama, sesiapa meninggalkannya sesungguhnya dia meruntuhkan agama.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Solat berasal drpd terminologi Arab bermaksud doa. Manakala solat mengikut fuqaha bererti bbrpa perbuatan yg dimulakan dgn takbiratul ihram dan disudahi dgn salam. Kedua2 definisi ini saling melengkapi apabila solat itu berfungsi sbg doa seorang hamba kepada ALLAH Maha Pencipta menerusi perbuatan sujud dalam solatnya.

UNIKNYA SOLAT

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Nabilah Yusof berkata, solat berfungsi sbg asas dlm menegakkan agama, ia jg adalah rukun Islam kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Walau sempurna Muslim itu dari segi akhlak dan akidahnya, namun jika tidak melaksanakan solat, ia tetap menjejaskan kesempurnaan yg dimilikinya.

“Solat berfungsi sbg kriteria utama bagi seseorang untuk layak atau tidak dinobatkan sebagai Muslim sejati,” katanya.

Antara lima Rukun Islam itu, mengucap dua kalimah syahadah dan solat tidak boleh diwakilkan kpda orang ln utk disempurnakan ketika hayat mahupun slps kematiannya. Ini membuktikan betapa penting dan uniknya solat yg hakikatnya bertujuan sbg satu permohonan doa oleh hamba terhadap pencipta-NYA.

Nabilah berpandangan bahawa, peristiwa Israk dan Mikraj telah mentarbiahkan umat Islam mengenai pensyariatan solat. Pada awalnya, ketika Baginda dinaikkan ke Sidratul Muntaha bersama malaikat Jibrail dalam peristiwa itu dan dihadiahkan ALLAH untuk solat sebanyak 50 rakaat sehari semalam.

Ketika hendak turun, baginda bertemu dgn Nabi Musa yg mengajar utk merayu pada ALLAH agar dikurangkan kuantiti solat tersebut. ALLAH itu Maha Pemurah, maka rayuan Baginda diterima dan pengurangan sebanyak sepuluh kali ganda diberi setelah bbrpa siri rayuan dilakukan. Rayuan ini dilihat sbg bukti keprihatinan Rasulullah terhadap umat agar dapat menunaikan kewajipan solat dgn sempurna krna jumlah lima waktu sehari adalah sangat ringan untuk ditunaikan.

HIKMAH SOLAT

Tujuan solat disyariatkan adalah utk melaksanakan perintah ALLAH yg memerintahkan hambanya agar menunaikan solat tepat pada waktunya. Namun di sebalik ketaatan itu tersembunyi banyak hikmah mengapa solat menjadi suatu ibadat yang sangat eksklusif.

“Hikmah pensyariatan solat dapat mendisiplinkan hamba terhadap perintah ALLAH," kata Nabilah.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu dapat mencegah manusia daripada perkara2 yg kejahatan dan kemungkaran”. (Surah Al Ankabut: 45)

“Pencegahan yg dijamin merangkumi pencegahan drpd sudut akidah dan kehidupan sosial atas individu serta masyarakat.

"Solat merupakan senaman rohani yg sangat mendamaikan kerana ia dipenuhi dgn bacaan ayat suci al-Quran dan zikrullah yg menenteramkan setiap jiwa pembacanya,” katanya panjang lebar. Menurutnya, solat jg dihiasi dgn perbuatan dan lenggok tubuh yg dapat menundukkan sifat mazmumah insan terhadap Pencipta-NYA.

Ibadat itu hakikatnya mendekatkan diri seorang hamba terhadap al-Khaliq sbg tempat mengadu, memohon perlindungan dan menyerahkan takdir kehidupan mereka di bawah kekuasaan Maha Esa.


JANGAN PANDANG REMEH


Tanggungjawab Muslim dalam menunaikan solat seharusnya tidak dipandang remeh.Solat pada waktunya adalah wajib kecuali jika keadaan tidak mengizinkan spti dlm majlis ilmu, mesyuarat yg penting, sakit yg menyukarkan utk bergerak, menjaga pesakit dan seumpamanya.

“Walaupun solat dapat ditunaikan, namun nilai kesempurnaan solat itu sendiri berbeza drpd individu ke individu yg lain. ALLAH berfirman bermaksud: “Maka, musnahlah bg mereka yg sembahyang! Yg mana mrka telah lalai dlm menunaikan solat.”(Surah al-Ma’un : 4-5)

“Justeru ayat ini membuktikan bahawa melewatkan sembahyang dgn perkara yg lalai akan menjejaskan kesempurnaan solat individu serta mendatangkan implikasi negatif di akhirat kelak,” tambahnya.

Keunikan dan sifat eksklusif solat terserlah apabila ia boleh ditunaikan dlm pelbagai kaedah mengikut keadaan individu sama ada individu normal, kelainan upaya mahupun yang terlantar sakit.

Nabilah berkata, gabungan solat tertentu dalam keadaan tertentu yang diistilahkan fuqaha sebagai rukhsah melalui solatjamak dan qasar adalah bukti serta tanda rahmat ALLAH terhadap hamba-NYA.

“Di sinilah keajaiban solat terbukti apabila ia menjadi terapi jiwa dan minda bagi golongan yg normal, bermasalah, kelainan upaya mahupun bagi mereka yg sakit," tambahnya.

ALLAH berfirman yang maksudnya: “Serulah aku (doa) nescaya aku akan makbulkan seruan kamu (doamu)” (Surah Al Ghaafir 40:60)

Antara waktu doa yg paling mustajab adalah selepas menunaikan solat. Menurutnya, banyak kajian membuktikan kebaikan solat ke atas fizikal dan kerohanian. Menunjukkan dgn menundukkan kepala ke bumi dgn berkiblatkan Kaabah yg berfungsi sbg pusat tarikan graviti melalui perbuatan sujud dapat mengurangkan keserabutan minda dan penyakit migrain yg diakibatkan oleh pencemaran radiasi dan seumpamanya.

Oleh itu, solat wajib dipelihara dan cara pelihara solat adalah dgn bersembahyang pada awal waktu agar dapat memperoleh kesempurnaan dan kejayaan dunia akhirat.

ALLAH dalam firman-NYA yang bermaksud: “Peliharalah solat dan solat Wusta dan berdirilah kamu dalam keadaan tunduk kepada ALLAH.” (Surah Al Baqarah: 238).

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna.” (Surah al-Mukminun : 1-3)

Wednesday, December 21, 2011

Birthday Syafiqah Hazirah

Happy Besday to Nursyafiqah Hazirah,
Selamat Hari Lahir yg ke 6 semoga anak mama dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan semoga menjadi anak yg solehan dan menjadi penyejuk hati mama dan papa, Kak Iqa mesti belajar bersungguh2 sampai berjaya dunia dan akhirat dan semoga Kak Iqa menjadi contoh teladan yg baik kepada Adik2, Insyaallah...AMIN.....

Friday, December 16, 2011

Tinggal Kenangan

Satu kenangan yg amat sukar untuk dilupakan...terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan Adik selama ini.....

ps:nnti samb. next time...tiba2 rasa sebakla.......

Wednesday, December 14, 2011

AL-FATIHAH.......

Semoga Arwah Adik (Pak Su) ditempatkan di kalangan golongan orang2 yg beriman...AMIN.....

Tuesday, December 13, 2011

Dari-NYA Kita Datang Kepada-NYA Kita Kembali

AL-FATIHAH.............

Kita tahu tarikh dan masa kita dilahirkan tapi kita tak tahu bilakah tarikh dan masanya kita akan pergi, itu semua sudah tertulis tp kita semua tidak mengetahuinya, itu semua kuasa Allah swt Yang Maha Mengetahui akan segala-Nya.....redhakanlah pemergiannya.......

Adik telah pergi buat selama2nya, pada tanggal 4 Disember 2011 (Hari Ahad) bersamaan 8 Muharram 1433H tepat jam 3.20 pm. AL-FATIHAH...semoga arwah Adik ditempatkan di kalangan golongan orang2 yg beriman....AMIN.....

Friday, December 2, 2011

Perkembangan Pak Su..

Keadaan kesihatan Pak Su masih tak banyak berubah, Petang semalam Dr. mulakan rawatan Dialisis untuk cuci buah pinggang Adik, dalam masa yg sama Dr mengatakan ada jangkitan kuman dalam darah plak....bertimpa2 masalah datang...moga Adik kuat dan tabah menghadapinya. Adik masih tak sedar, sebab Dr. nak Adik berehat dan tak bg Adik banyak bergerak. Moga Adik kuat dan tabah......

Adik juga sudah mula minum air@susu melalui tiub dalam jgkamasa 4jam sekali. Marilah sama2 kita doa2kan semoga Adik sembuh sepenuhnya sprti sediakala..Insyaallah..AMIN..