Islamic Clock

Thursday, September 29, 2011

Baby Kembar Siam


Walaupun gembira dikurniakan sepasang bayi kembar siam yg bercantum di dada, kegelisahan tetap membelenggu Zulkifli Ngah (Bapa) 41, berikutan bayi dilahirkan pada jam 11 pagi pada 22 September lalu perlu menjalani pembedahan pada masa depan bg membolehkannya menjalani hidup spti kanak2 normal lain.

“Saya (Bapanya) terima dugaan ini sbg takdir, ttpi saya tetap memerlukan bantuan kewangan utk keperluan mrka pada masa depan krna pendapatan saya sbg penjual ikan hanya cukup bg kehidupan sederhana kami sekeluarga,” katanya sambil berharap dapat bertukar kerja baru di bandar raya ini bg memudahkannya berulang-alik menjaga bayi yg masih mendapat rawatan di HSNZ.
Orang ramai yg ingin menghulurkan sumbangan individu dan syarikat boleh menghubunginya di talian 012-9551435.

Tak Berkesempatan

Dah agak lama mama tak menulis di blog ni, bukan ape kdg2 malas nak menulis ditambah plak ngan kesibukan yg tak menentu sejak akhir2 nie. Kat opis cam2 bengkel sejak akhir2 nie bersambung2......Balik umah lg la ngan kerenah n ragam anak2 n urusan rumahtangga......memasak, kemas rumah, uruskan anak2 dll.....kdg2 penat sesangat tp ape nak buat dah jd tanggungjawab mama.....dah jd kebiasaan dah......mama buat mn yg termampu demi untuk suami n anak2 tersayang.........love u all..muah muah....(:))

Amalan Yg Baik Untuk Dikongsi


AMALAN YG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK2 DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DGN MUDAH DAN TENANG

Kepada rakan2 yg mempunyai anak2 yg akan menduduki peperiksaan tahun ini. Ada sikit panduan utk dikongsi bersama iaitu amalan yg baik utk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak2 sdg menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yg berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak2 kita dapat menjawab soalan dgn mudah dan tenang.

KETIKA ANAK2 SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak2 kita menjawab soalan dgn mudah dan tenang.

Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu@bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak2 kita dapat menjawab soalan dgn baik serta beroleh kejayaan yg besar.

Sumber:
Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yg sudah bersara 4 tahun yg lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak2 beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.

Wednesday, September 14, 2011

Pak Su Tangguh Pengajian

Pada 12 September 2011 sepatutnya semester baru 2011/2012 telah pun bermula, tapi Pak Su terpaksa menangguhkan dulu semester pengajiannya atas masalah kesihatan dan atas nasihat n saranan Doktor bagi memudahkan Pak Su menjalani rawatan susulan....mama doakan moga2 Pak Su kuat n tabah dalam menghadapi semua dugaan ini...kami sekeluarga sentiasa mendoakan yg terbaik buat Pak Su n semoga Pak Su akan kembali sembuh spti sediakala..... Insyaallah....

Adik Iesya Plak Muntah2

Malam tadi tiba2 Adik Iesya plak yg muntah2, asal makan n minum jer muntah smla. Ala risaunya hati mama nie nape la tiba2 plak jd cam ni. Nak kata tersalah makan mama n Adik Iesya xder makan ape2 pun. Malam td mama masak Ns Goreng n Sotong Goreng Berempah jer. Tak tido plak la mama malam ni, jam dah hampir nak subuh barula Adik Iesya tido lena n mama pun dapatla tido n melelapkan mata sekejap. Walaupun skjap tp cukup bermakna. Hati mama berbelah bagi, nak g keje ker nak EL jer arini. Mama risaukan keadaan Adik Iesya yg dah semalaman muntah2 n cam letih lesu jer badannya. Mama tengok dulu cam mn keadaan Adik Iesya pagi cam mn ok ker x?

Tengah Adik Iesya lena tido mama bangun mandi n siapkan barang2 keperluan anak2... lepas jer mama siap berkemas Adik Iesya bangun n mama tengok Adik Iesya cam ok jer so mama decide bsiap utk g keje n klau ada apa2 hal nnti harap2 umi informla mama nnti. Tapi mama berharap agar Adik Iesya baik2 aje, Insyaallah....

Tuesday, September 13, 2011

Mama MC 2 Hari

Hari Ahad malam mama tiba2 diserang muntah2 n cirit-birit, lemah longlai badan mama. Sepanjang malam mama xtido asyik berulang ke bilik air jer. Abg Syahmi pun sama, slpas 3-4 kali mama berulang ke bilik air tiba2 Abg Syahmi plak muntah2.... letih n penat tak terkata...cian kat Abg Syahmi pucat jer muka lepas spnjang mlam asyik muntah2 jer.

So esok pagi, Papa bawa Mama n Abg Syahmi g klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor kata ada kuman, ini berpunca dari demam masa sblm hari raya aritu n kuman tu telah menyerang usus tu yg jd muntah2 n cirit-birit tu. Setelah makan ubat2an yg dibekalkan mama n Abg Syahmi still lg muntah2 n cirit-birit, asal makan n minum jer mesti muntah smla tu yg jd badan letih sesangat. Doktor memberi mama cuti sakit (MC) selama 2 hari (12 & 13hb. September 2011) n sekiranya masih berterusan doktor mnta mama rujuk ke Hospital untuk mendapatkan rawatn selanjutnya. Alhamdulillah, arini dah berkurang sikit...n harap2 akan pulih seperti biasa.

Kak Iqa Cuti Sekolah

Bermula hari ini 13hb. shgga 15hb. September 2011 Kak Iqa akan diberi cuti rehat selama 3 hari sepanjang budak2 menjalani peperiksaan UPSR. Selamat maju jaya diucapkan pada murid2 yg terlibat ngan exam UPSR n Good Luck semoga berjaya semuanya.... Insyaallah...

Saturday, September 10, 2011

Pak Su Keluar Hospital

Tengahari semalam Pak Su telah dibenarkan keluar Hospital n diberi cuti selama lebih kurang seminggu. Alhamdulillah syukur, setelah dua bulan kat spital akhirnya Pak Su dibenarkan keluar dan datang semula pada hari Isnin, 11hb. nnti untuk rawatan susulan dan masuk semula Hospital pada 18hb. September nnti untuk menjalani rawatan kimo bagi fasa ketiga. Kami sekeluarga mendoakan agar kesihatan Pak Su akan beransur pulih seperti sediakala, Insyaallah, AMIN.........

Friday, September 9, 2011

Kelebihan Jumaat Penghulu Segala Hari

HARI Jumaat adalah penghulu segala hari @ disebut ‘sayyidul aiyyam’ krna mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bg umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bg merebut kelebihan penghulu segala hari.

Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga. Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat sbg hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya. Hakikatnya, menjadi tetamu Allah SWT pd penghulu segala hari adalah saat istimewa krna memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.

Kita perlu insaf walaupun pada zahirnya penampilan diri kelihatan cemerlang ttpi dr segi batin orang yg melakukan dosa spti rasuah, menzalimi, menganiaya, memfitnah, minum arak, berzina dsbnya bagaikan berada di tempat kotor diselaputi najis. Malah, apa yg menakutkan kita ialah meninggal dunia dlm keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat. Oleh itu, insaf dan sedarlah bhwa untuk keluar dr tempat bernajis @ kotor, caranya ialah meninggalkan, menjauhi tempat itu serta mencari tempat yg suci.

Kemuncak ibadat bg tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardu Jumaat. Firman Allah yg bermaksud: “Wahai orang yg beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yg demikian adalah baik bg kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumaah, ayat 9). Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di rumah Allah mampu membaiki keimanan, meningkatkan persaudaraan sesama Muslim dan perpaduan ummah. Oleh krna besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yg meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut2 tanpa uzur dibenarkan syarak, mrka dikira sbg orang yg lalai.

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: “Sesiapa yg meninggalkan Jumaat tiga kali berturut2 tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie) Menurut Imam al-Ghazali dlm kitab Ihya Ulumudin, pd malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yg mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pd hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur.

Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran spti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk. Hadis Rasulullah SAW yg bermaksud: “Barang siapa yg membaca surah al-Kahfi pd hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yg akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari). Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini, mari kita membudayakan bersama keluarga dan anak memuliakan hari Jumaat sbg penghulu segala hari. Mudah2an dgn cara ini ia mampu memperkukuhkan institusi keluarga dan memantapkan keimanan anak kita. Ini amalan nabi, wali n orang salih. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, krna kesibukan dunia dan pengaruh sosial menyebabkan kita lupa kemuliaan hari Jumaat. Malah apa yg menyedihkan, ada kalangan umat Islam menjalankan aktiviti pd malam dan hari Jumaat yg menyemarakkan lagi gejala sosial.

Rebutlah peluang untuk membersihkan diri dan bertaubat pada penghulu segala hari. Marilah bersama merenung firman Allah SWT yg bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yg kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Jumaat, ayat 10)

Adik Iesya @ 1 tahun 1 Bulan

Esok Adik Iesya genap 1 tahun 1 bulan, kejap jer rasanya masa berlalu. Sedar tak sedar dah setahun sebulan mama menyusukan Adik Iesya, Insyaallah mama akan teruskan selagi ada rezeki SI demi untuk kebaikan n kesihatan Adik Iesya. Doa2kanlah semoga niat n usaha murni mama untuk menyusukan Adik Iesya atleast 2 tahun akan berjaya dgn jayanya.

Adik Iesya juga sudah boleh bertatih sendiri sekarang nie. Alhamdulillah bersyukur akan perkembangan diri Adik Iesya. Adik Iesya juga sudah mula mengerti n faham skrg nie, klau mama marah @ tegur Adik Iesya dah faham n mengerti dan menunjukkan reaksi yg positif. Syukur alhamdulillah....dalam mendidik n membimbing anak2 kita perlukan kesabaran diri yg tinggi dalam mengharunginya.....

Tuesday, September 6, 2011

Kerja After Aidilfitri

Hari ini adalah firstday mama bekerja after Hari raya Aidilfitri. Opis pun masih lagi sunyi mungkin mood raya belum habis lg kot. Tapi bg mama seleluarga, Hari Raya tahun nie adalah hari raya yg paling suram, tanpa apa2 sambutan atau persiapan raya macam kebiasaan hari raya, kami sambut raya ala kadar sahaja. Balik raya pun x g jalan mana2 sekadar beraya di umah atok n menziarah saudara terdekat shja, Hari2 mama sekeluarga berulang ke Hospital untuk melihat Pak Su. Mama doakan semoga Pak Su beransur pulih spti sediakala, Insyaallah...AMIN.....

Semoga Pak Su akan terus tabah mengharungi dugaan ini, kita sekeluarga akan sama2 berusaha dan beriktiar untuk mengubati-NYA.......marilah kita sama2 berusaha dan berdoa kpda ALLAH SWT smga beliau mempermudahkan segala-NYA.....Insyaallah.