Islamic Clock

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan Datang Lagi.....


Ramadhan semakin menghampiri, Ramadhan adalah bulan yg penuh kemuliaan....marilah kita sama2 mengharunginya.. Begitu pantas masa berlalu....rasanya Ramadhan tahun lepas masih baru sangat lagi....masih terkenang saat menyambut Ramadhan tahun lepas, mama bersalin sehari sebelum umat islam menyambut puasa Ramadhan. Mama, Tok Ma n Baby sambut Ramadhan di hospital dgn sikecil yg baru berusia sehari...... sedihnya, rasa mcm tak seronok jer berpantang di bulan puasa.... Sekarang umur Adik Iesya pun dah hampir nak mencecah setahun dah......

Puasa kali ni mama nak ajar Kak Iqa puasa...biar Kak Iqa belajar puasa siket2.... memula biar Kak Iqa rasa puasa sekerat hari pun tak apa... nnti lama2 Kak Iqa akan biasa dan faham ape itu PUASA......Kak Iqa awal2 lg cakap tahun nie nak belajar puasa. Takpe la...puasa la selagi terdaya...lg pun Kak Iqa baru nak masuk 6 tahun... masih lam proses belajar.... Insyaallah lama2 okla.....

Harap2 puasa tahun ini lebih sempurna dari tahun2 lepas....dan harap2 kita mampu utk lebih mendekatkan diri dgn Allah sepanjang bulan penuh barakah ini....

Ramadhan sudah di ambang pintu
Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban wa balighna Ramadhan

Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab, Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan (HR. Ahmad dan Thabrani)

اللَّهُمَّ بَلِّغْنا رَمَضَانَ وَأَعِنَّا عَلَى صِيَامِهِ وَقِيَامِهِ
عَلَى الوَجْهِ الّذِي يُرْضِيكَ عَنَّا
Ya Allah
Sampaikan kami ke gerbang Ramadhan
Bantulah kami untuk berpuasa dan berqiam
Sepertimana yang Engkau redhai dan Engkau kehendaki kami melaksanakannya

Dan untuk semua....seribu kemaafan dan keampuna ku pohon sekiranya ada salah dan silap...marilah kita memurnikan hati memaafkan sesama untuk menempuh Ramadhan kali ini dengan lebih bermakna....

Saturday, July 23, 2011

Malaysia vs Singapore

Sama2lah kita saksikan siapakah yg layak............
Malaysia vs Singapore
Akhirnya Malaysia kalah 5-3
Sama2lah kita tunggu perlawanan seterusnya pada ari Khamis, 28 Julai 2011 nnti....

Program Kecemerlangan Kemasyarakatan

Sejak bbrpa hari ini mama agak sibuk dgn program kat opis yg bermacam2. Skrg ini, Program Kecemerlangan Kemasyarakatan bersama org2 asli sdg berlangsung dan akan berakhir pada hari ahad ini (mulai 22 hgga 24 Julai 2011)...so ari minggu nie mama terpaksala keje lagi.....

Tuesday, July 12, 2011

Manakah Hilang Rasa Kasih n Sayang......

Manakah hilang nilai kasih sayang seorg ayah/bapa/papa terhadap anak kecil yg belum mengerti apa2 tntg erti kehidupan. Kenapa ada orang sanggup mendera@memukul anak2 sndri? Sedih n sayu sgt mama rasa bila anak2 kecil diperlakukan sedemikian rupa, xder ker rasa belas kasihan/ihsan pd anak2 darah daging sndiri yg belum cukup akalnya. Knpa orang yg berakal waras sanggup buat anak sndri...fikir2kanlah n renung2kanlah....

Mendidik anak2 kecil perlukan kesabaran diri yg tinggi, kita mestila bijak n byk bersabar dlm mendidik, membentuk, membimbing n menangani kerenah n ragam anak2 yg perbagai.......

Sunday, July 10, 2011

Update EBM Stok

Dah agak lama dah mama tak update stok EBM Adik Iesya, maklumla kesibukan harian mengatasi segalanya. So arini dikesempatan yg ada mama sempat godek2 deep freezer dan kemaskan ape yg patut. Rupa2nya stok EBM Adik Iesya masih byk lg, Syukur Alhamdulillah, buat masa skrg Adik Iesya masih lg guna stok EBM bulan Disember 2010. Mama kene cuba habiskan secepat yg mgkin stok EBM bulan Disember 2010. Bulan depan dah start puasa dah, so mama ingatkan bulan depan nak start guna stok EBM yg bulan Januari 2011 la plak. Buat masa skrg mama bekalkan Adik Iesya 7@8 botol x 3oz sehari utk digunakan di rumah uminya.

Ini adalah stok EBM bg bulan Mac 2011



Ini adalah stok EBM bg bulan April 2011



Ini adalah stok EBM bg bulan Mei dan Jun 2011




Ini adalah sebahagian dari stok EBM bg bulan Julai 2011


Doa2kanlah semoga mama berjaya menyusukan Adik Iesya atleast dua tahun @ lebih Insyaallah....

Adik Iesya @ 11 Month


Hari ini 10 Julai 2011, Adik Iesya telah genap 11 bulan. Syukur alhamdulillah, Adik Iesya juga masih lg fully BF with mama. Adik Iesya masih lum boleh berjalan sendiri sepenuhnya, masih lagi bertatih berdiri jatuh. Bila la agak2 Adik Iesya akan dapat berjalan sendiri sepenuhnya, mama harap menjelang umur setahun nnti Insyaallah Adik Iesya akan dapat berjalan sendiri sepenuhnya, AMIN...... Biasala tahap perkembangan setiap anak2 tak sama. Adik Iesya juga belum tumbuh gigi lg tp bila dah kenyang nyusu suka sgt gigit2 cik B mama.

Saturday, July 9, 2011

Akhirnya BERSIH Tetap Berhimpun


Wajarkah BERSIH ini diadakan...........

Sekurang2nya lima lokasi dijadikan tempat berkumpul perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. Antaranya di Jalan Petaling, berhampiran Kompleks Daya Bumi, Masjid Jamek, Pudu dan Sogo. Polis terus melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi menyekat kemaraan rakyat.

BERSIH

Akan adakah perhimpun BERSIH hari ini.........

Suasana sekitar Kuala Lumpur setakat pukul 8.30 pagi ini kelihatan lengang berikutan bbrpa jalan memasuki ke pusat bandar ditutup berperingkat2 ekoran bbrpa pihak merancang mengadakan perhimpunan haram. Pihak polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan di ibu kota mulai semalam menjelang perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bg memastikan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam terus dikekalkan. Keadaan trafik bagaimanapun dilihat terkawal dgn anggota polis berada di bbrpa kawasan bg mengawal lalu lintas ke pusat bandar, dgn kerjasama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sejak pukul 12 tengah malam tadi, polis telah menutup bbrpa jalan masuk ke pusat bandar dan trafik dilencongkan ke bbrpa jalan lain. Sekitar 58 jalan ditutup atau dilencongkan sepanjang perhimpunan haram Bersih hari ini.

Floria 2011


Hari ini ada Putrajaya Flower & Garden Festival 2011 yg bermula dari 9hb. hingga 17hb. Julai 2011 bertempat di Waterfront, Precinct 2, Putrajaya yg bertemakan Roses Are Forever.

So mama n papa ambil kesempatan bawa anak2 jalan2 kat Putrajaya untuk melihat keindahan bunga2an yg dipamerkan. So layan je la pic. anak2 mama sepanjang floria Putrajaya 2011.

Pic mama ngan anak2...


Pic Kak Iqa ngan Abg Syahmi sedang tgk kolam air.....mesti best ni mama kalau leh main air kolam nie.......


Pic Kak Iqa ngan Abg Syahmi posing sekitar floria putrajaya 2010...

Friday, July 8, 2011

Selsema Lagi

Selsema n sakit tekak mama masih lum baik sepenuhnya lg, kalau dok kat opis rasa cam xselesa sangat2, kadang tu rasa cam susah sgt nak bernafas biasala bilik kat opis kan aircond.....sejukkkk....

Anak2 mama pun dah mula selsema, nie mesti jangkit dari mamanya. Semua tak demam just selsema jer. So esok pagi mama kenela g klinik ambik ubat selsema maklumla anak2 mama nie dah lama tak demam n selsema. Semoga semuanya cepat2la pulih n sihat cam biasa.

Pelajar Prasekolah Direhatkan

Hari ini Kak Iqa xsekolah, semua pelajar Prasekolah direhatkan hari ini sempena memberi laluan kepada guru2 untuk menghadiri Majlis Perasmian Buku Panduan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap masalah keciciran murid dlm pembelajaran dapat diatasi dgn pelaksanaan sistem Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terutamanya dlm menguasai kemahiran 4M, membaca, menulis, mengira dan menaakul. Muhyiddin, yg jg Menteri Pelajaran, berkata ini krna usaha memperkenalkan PBS dlm proses menilai dan mentaksir pencapaian murid merupakan langkah penting untuk menentukan tahap penguasaan murid scra bersistematik pada setiap peringkat pengajaran dan pembelajaran.

Ketika melancarkan Buku PBS, beliau berkata PBS, yg merupakan penambahbaikan kepada sistem pentaksiran untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah, dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun ini dan Tingkatan 1 pada 2012. Muhyiddin berkata kangkah itu bersesuaian dgn konsep "no child is left behind" (tidak ada seorangpun kanak2 tercicir) spti yg diamalkan di Amerika Syarikat yg meletakkan standard tertentu dan mewujudkan matlamat yg boleh diukur dan menjurus kepada penambahbaikan hasil pembelajaran.

Melalui maklumat yg dikumpul dlm pentaksiran yg dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru atau pihak sekolah dapat memberi maklumat balas yg konstruktif serta mengambil langkah susulan yg bersesuaian bagi memastikan kelemahan setiap murid dapat diatasi agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Thursday, July 7, 2011

Bungkusan Dah Sampai

Alhamdulillah, bungkusan Buah Durian Belanda yg Abg Ngah pos pagi semalam telah selamat tiba di Pusat Pos Laju Kota Bharu awal pagi td. Alhamdullah lege rasanya, bukan ape risau takut xsempat sampai arini jer maklumla esok dah Jumaat, Kelantan kan cuti ari Jumaat. Tadi lebih kurang dalam kol 3 lebih adik sms bgtau bungkusan dah selamat sampai dah...
Inilah dia Buah Durian Belanda yg telah selamat sampai ke kampung... Pak Su kata sedap dan isinya pun manis......

Tuesday, July 5, 2011

Mama Tak Sihat

Mama mula sakit tekak sejak habis seminar Sabtu yg lalu, mama rasa mybe sbb mama minum ais sejuk masa lunch hari seminar tu, maklumla mama kan dah lama xminum ais. Malam tu tekak mula pedih n perit rasanya bila nak menelan dan last2nya mlm tu mama demam mengejut, nasib ada stok ubat demam. Semalam terpaksala g klinik sbb xder stok ubat sakit tekak, Doktor kata : tekak mama dah merah sgt n bengkak sbb tu rasa perit n suara pun jd ada xder jer. Alhamdulillah, bila lepas makan ubat rasa ok sikit n rasa beransur pulih tp kdg2 rasa lg peritnya klau mkan mkanan yg pedas2. So buat masa skrg nie tpaksala jaga makan dl spya tekak cepat2 baik spti sediakala, Insyaallah.

Keluar Hospital

Petang semalam adalah last rawatan kimo tambahan utk Pak Su dan hari ini Pak Su dah boleh kuar hospital jika kesihatannya baik. Selepas ini, Pak Su boleh berehat di rumah dan datang semula ke spital mengikut temujanji yg telah ditetapkan untuk menjalani pemeriksaan n rawatan kimo shja. Ini semua adalah bergantung pada keaadaan kesihatan Pak Su. Harap2 kesihatan Pak Su akan beransur pulih spti sediakala, Insyaallah, AMIN.......

So, next temujanji untuk pemeriksaan susulan Pak Su adalah pada hari Ahad ini, bersamaan 10hb. Julai 2011.

Saturday, July 2, 2011

Mama@Hasil Fresh EBM


Hari ini gara2 bawa pump susu tp tertinggal satu part, so terpaksala mama perah scra manual/marmet aje....tapi Alhamdulillah syukur hasilnya sama aje sbgmana perah guna pump. Inilah hasil marmet mama utk tghari nie......... Alhamdullah, dapat jugak dlm 11oz. Teruskan usaha mama demi untuk kesihatan n kebaikan pembesaran Adik Iesya.......

Seminar Etnosains & Etnomatematik


Hari ini mama keje walaupun weekend, mama tinggalkan putera n puteri2 mama dgn papanya. Mama harap anak2 mama baik2 aje dok ngan papa arini. Hari ini, Laboratori mama menganjurkan Seminar Etnosains dan Etnomatematik Rumpun Melayu. Alhamdulillah, seminar ini mendapat sambutan yg baik yg mana bilangan peserta yg hadir adalah melebihi dari jangkaan. Para peserta adalah terdiri drpd pensyarah2 n jg pelajar2 dari UiTM, UPM, UKM, INSPEM sndiri dll institusi.