Islamic Clock

Monday, March 28, 2011

Kurangkan Degil n Panas Baran

Mama ada terbaca satu petua, Jom mama kongsikan petua ini....n kalau kawan2 ada petua lain sila kongsi2kan ngan mama jg tau.........

Bacaan dari al-Quran yg boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran anak atau suami ialah:

* Membaca surah Thaha ayat 1-5
* Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
* Membaca bismillah 5 (3 kali )

Jom kita sama2 mencuba petua ini....Insayaallah moga2 ada keberkatan n kebaikannya kepada kita semua..........

Nie ayat2 yg kita boleh amalkan :-
surah Thaha ayat 1-5


surah Ikhlas


Fatihah


Ayat Kursi


Bismillah 5

Sunday, March 27, 2011

Kempen Penurunan Harga Barang

Penganjuran kempen penurunan harga barang telah bermula n ianya bukan saja terhad kpda industri peruncitan, sebaliknya ia terbuka kpda restoran, kedai buku, pengilang n industri perkhidmatan lain. Penyertaan semua pihak dlm kempen penurunan harga barang amatlah digalakkan bg membantu kerajaan dlm menjalankan tanggungjawab sosial kpda masyarakat.

“Penurunan harga barang tidak semestinya merugikan mrka (syarikat), malah orang ramai akan berpusu2 ke premis mrka jk mrka menjual barang murah n ini boleh mewujudkan situasi menang-menang,” kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Tan Lian Hoe pd sidang media slps merasmikan Program Kempen Penurunan Harga Barang di Pasar Raya Econcave Bangi, semalam.

Kempen penurunan harga barang telah bermula pd 18 Mac hingga 31 Disember ini membabitkan 42 cawangan pasar raya Econsave di seluruh negara n sebanyak 2,000 produk ditawarkan pd harga berpatutan dgn penurunan harga dr lima peratus hgga 15 peratus. Hhmm...tunggu per lg jom kita membeli-belah di Econsave plak........

Nampak Macam Dah Baik Jer....

Alhamdulillah, mama bersyukur sesangat krna sehari dua nie (slps cuci kat Klinik Pakar ENT, Hospital Serdang tempoh hari) mama tgk perkembangan telinga Abg Syahmi cam bertambah baik jer berbanding sblum nie (tp keadaan dalamannya mama xpasti la plak cam mn), dah xder kuar cecair2 n darah dah lg. Mama harap ianya akan bertambah baik n pulih sepenuhnya spti sediakala, pe2 pun mama akan tetap bw Abg Syahmi jumpa Dr. Pakar ENT pd 25 April 2011 nnti sbgmana temujanji yg telah ditetapkan tempoh hari. Hhmmm....lmbatnya lg.......sabar jer laaa.....

Thursday, March 24, 2011

Tips Mendidik Anak2

TIPS mendidik anak2 mengikut ajaran ISLAM!!

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas
Jgn gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dgn tangan n jgn sesekali menampar anak pakai tangan kita nanti anak jd bertambah degil n nakal n tak boleh control) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dgn refleksologi n merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dgn anak kamu kala usianya satu hgga tujuh tahun. Berseronok dgn mrka, bergurau hgga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar @ usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hgga 14 tahun kita didik n ajar, kalau salah pukullah dia (sbg pengajaran)" dimana yg nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga n ditempat2 yg sensitif...itu salah. Jika dia bijak an menang dlm sebarang pertandingan sekolah , ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium @ peluk mrka sbg tanda penghargaan. Kala umur mrka 14 hgga 21 tahun jadikan kawan. Ttpi selalunya usia beginilah ibubapa mula merenggangkan hubungan n ini menyebabkan anak derhaka". Yg penting anak2 harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan n peluk penuh kasih n sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

Jom kita kongsi sama2 tips ini :-
1. Mulakanlah hidup anak anda dgn nama panggilan yg baik. Nama panggilan yg krg baik akan menyebabkan anak anda malu n merasa rendah diri. (Dlm Islam sendiri nama panggilan yg baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yg dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat drpd anak yg jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dgn pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dgn persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang2nya senyuman utk setiap kebaikan yg dilakukannya) .

5. Jgnlah mengharapkan anak anda yg belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik scra berterusan, mrka hanya kanak2 yg sedang berkembang. Perkembangan mrka buatkan mrka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dgn masalah kerja n keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak2 terus membesar. Masa itu terus berlalu n tak akan kembali).

7. Di dlm membesarkan n mendidik anak2, jgnlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak2 merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lg pd masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kpda anak anda bagaimana cara utk menenangkan diri.Mrka akan menirunya.

Peringkat Pendidikan Anak2

Anak2 adalah amanah Allah kpda ibubapanya. Kalau diibaratkan mutiara yg diserahkan kpda seseorang utk menjaganya,maka mestilah orang yg berkenaan itu menjaganya agar tetap terpelihara keasliannya sbgmn ketika ia diserahkan.

Anak2 yg Allah amanahkan itu mestilah dijaga sptimana yg dikehendaki oleh Allah. Peribahasa melayu ada menyebut ‘melentur buluh biarlah dr rebungnya'. Sungguh pun begitu, ini tak bermakna mendidik anak2 di waktu kecil boleh dianggap mudah sehgga dibuat dgn sesuka hati kita. Sbnrnya perumpamaan melayu di atas kalau difahami sungguh2 ternyata membawa maksud susahnya tugas mendidik anak2, sesusah membentuk rebung. Apa tidaknya, rebung itu lembut, kalau dilentur semahu kita scra kasar pastinya akan patah, akhirnya buluh tak menjadi, kalau menjadi pun buluh yg cacat. Begitulah dlm mendidik anak2. Tidak boleh ambil sambil lewa saja. Ia mesti dirancang n disusun dgn rapi agar apa yg kita harapkan itu terhasil dgn sempurna.

Untuk itu anak2 hendaklah dilatih n ditanamkan dgn rasa bertuhan n rasa kehambaan sedari kecil lg sepertimana sabda Rasullallah. S.A.W :
"Awal2 agama mengenal Tuhan"
Jg sedari kecil lg anak2 perlu dibiasakan melakukan perbuatan n perkerjaan yg baik.

"Setiap anak adam itu dilahirkan suci bersih n sesungguhnya kedua ibubapanya yg akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi" - Bukhari Muslim

Anak2 ini perlu disuburkan rohnya, akalnya n fizikalnya. Ketiga2 faktor ini perlu seimbang tidak boleh ditekan pd satu faktor sj. Krna ketidak seimbangan ini akan merosakkan samada akalnya, fizikalnya @ rohnya.

Jika pendidikan hanya tertumpu pd akal shja, anak2 akan membesar tanpa mengenali Tuhan. Jk berjaya dia akan merasakan itu semua krna usahanya semata2.

Jika hanya fizikal anak2 saja yg disuburkan, nanti mrka akan jadi malas, tiada ketahanan diri, banyak makan n malas berfikir.

Manakala jk rohnya sj diberi pengisian, anak2 akan jd jumud. Perkembangan fikirannya tdk mengikut arus perdana, sensitif n emosional tdk pd tempatnya. Tdk mahu ambil tahu apa yg berlaku disekelilingnya. Tidak berfikiran terbuka (open minded) dsbnya.

Kesimpulannya, utk mendidik roh, akal n fizikal anak2 perlu serentak n pembinaannya hendaklah berperingkat2 mengikut tumbesaran dan umur anak2.

Pendidikan ketika baru lahir hinga 2 tahun

Pd masa ini pendengaran anak2 cukup senitif. Usahakan agar anak2 tidak didedahkan dgn muzik2 yg boleh mengeraskan hati. Tumbesaran masa ini lebih byk bergantung kpda susu ibu. Permulaan pembentukan akalnya dari memberi makanan yg boleh mencerdikkan spti kismis, badam, limau dsbnya. Elok sangat jika anak2 dibuai dgn nasyid yg boleh mendidik hati. Ataupun alunan bacaan zikir n ayat suci Alquran. Tuhan dikenalkan dlm bentuk bersahaja pd peringkat awal lagi.

Pendidikan ketika 2 tahun hingga 4 tahun

Pd peringkat ini kepekaan anak2 mula bertambah iaitu penglihatannya pula mula berkembang. Medium Media Massa byk mempengaruhi pembentukan akal n roh anak2 pd umur demikian. Oleh itu dinasihatkan agar jgn mendedahkan anak2 terlalu byk kpda pengaruh t.v, video, CD, games dsbnya. Walau pun apa yg dilihat kurang difahami, ia tetap akan mempengaruhi fikirannya hingga dewasa.

Pendidikan ketika 4 tahun hingga 7 tahun

Dari lahir hingga umur sebegini ibu bapa perlulah memberi kasih sayang, dibelai, diberi kemanjaan sepenuhnya. Pada umur begini ibu bapa masih boleh memeluk, mencium, meriba dan sebagainya.
-Makanan yg diberi hendaklah berzat untuk tumbesarannya.
-Mrka sudah mula berfikir, ajarkan pd mrka perbezaan antara perkara yg baik n buruk.
-Sudah mula disuruh sembahyang.

Pendidikan ketika 7 tahun hingga 10 tahun

Faktor2 yg mempengaruhi kenakalan, hendaklah mula diambil perhatian pada umur begini.
Seperti : - Terlalu dimanjakan
- Belanja wang saku yg mewah dan berlebihan
- Pengaruh kawan dan alam sekitar

Pisahkan tempat tidur :- daripada ibu dan bapa
- adik-beradik antara lelaki dan perempuan
- menyediakan segala keperluannya

Untuk melatih anak2 mempunyai fizikal yg kuat perlu jg sesekali dilatih lasak spti :
- Tidur beralaskan tikar.
- Tidak menggunakan kipas atau aircond (supaya tahan panas)
- Makan hanya satu jenis lauk sahaja.
- Kesalahan mereka, terutama yg dibuat berulang2 kali, perlu disoal siasat, dan dihukum setelah diberi nasihat.
- Sudah boleh dikenalkan Tuhan dgn sifat-sifatnya.
Contoh : Tuhan Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Baik, Maha Pelembut dan diajar anak bersifat dengan sifat yang disukai Tuhan

*Waktu ini kasih kpda anak tidak boleh lg ditunjukkan dlm bentuk dibelai, dipangku, dicium dsbnya. Buat2 macam tak peduli supaya mrka dlm keadaan tertanya2, sayangkah ayah aku dgn aku ini? Nak kata sayang tidak, nak kata tak sayang pun tidak!

Ini penting supaya perasaan itu akan membuatkan seseorang anak tidak terlalu manja, tidak terlalu berani dan tidak terlalu takut. Jadi mudahlah kita disiplinkan mereka dgn jadual2 yg telah ditetapkan. Perasan itu jugalah yg akan mengawal mrka agar berbuat apa yg diarahkan.

Pendidikan ketika 10 tahun hingga 15 tahun

Didiklah anak agar takut n kasih pd kita. Adakala kita perlu tegas supaya mrka takut, tp ada masanya kita ikutkan kehendaknya sbg tanda kasih spti membeli makanan, pakaian n keperluan sekolahnya. Latih mrka menyelesaikan masalah sendiri. Sekiranya ada masalah, mengadulah kepada Tuhan n berdoa. Tuhan dijadikan tempat rujuk yg utama, namun ibu bapa masih lg boleh memberi panduan n dijadikan tempat rujuk apabila perlu.

Pendidikan ketika 15 tahun hingga 18 tahun

Pd peringkat remaja, anak2 jgn dibiarkan membuat keputusan sendiri. Ibubapa menjadi rakan tempat anak2 merujuk segala masaalah. Ibubapa yg berjaya menjadikan watak diri sbg rakan kpda anak2, bererti anak2 tidak mudah merujuk masaalahnya dgn orang luar (rakan sebaya) yg belum tentu dapat menyelesaikan masalahnya.

Kesimpulan:

Ibubapa yg terlalu garang akan membuat anak2 rasa benci n sikapnya akan jd liar n sukar dikawal. Manakala ibubapa yg memberikan sepenuh kasih sayang tanpa dibatasi akan menjadikan anak mengada2, terlalu manja@spoilt, tidak bertanggung jawab n sukar didisplinkan. Dalam masa yg sama jg ia menjadi salah satu punca masalah gejala sosial iaitu sumbang muhram!

Perlu menjadi ingatan kpda ibu ayah dlm hal mendidik anak bhwa kita tidak mampu mendidik anak kita menjadi soleh ataupun baik dgn kemampuan diri sendiri. Anak2 adalah amanah dari Tuhan maka hendaklah kita berusaha sambil berdoa bersungguh2 kepada Allah. Agar Allah kawal hati mrka dr perkara2 maksiat n jaga kehidupan mrka dr tipuan dunia yg merosakkan.

Klinik Pakar ENT, Hospital Serdang

Semalam, Rabu, 23hb. Mac 2011, mama n papa bw putera mama ke Klinik Pakar ENT, Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan telinga. Kisahnya begini, asalnya telinga Abg Syahmi masuk air lbih kurang 2 minggu yg lepas lg tp slps 2 minggu berlalu n dah 2X bertukar ubat kat klinik swasta tp xbaik2 jg, telinganga masih lg kuar air cam bercampur nanah n kdg2 bercampur darah, tak sedap ati plak mama nak biarkan cam tu jer maklumla ape yg berlaku kat dlm telinganya kita xnampak....

So, mlm Selasa, 22hb. Mac tu mama n papa ambil keputusan utk terus rujuk ke Spital Serdang jer sbb risaukan keadaan dalamannya@kesannya jk dibiarkan makin lama. So malam tu slpas maghrib mama n papa terus bawa Abg Syahmi ke Spital Serdang untuk dapatkan rawatan susulan. Lama jg mama n papa menunggu utk dapatkan rawatan, lebih krg jam 10.30 malam br slsai semuanya....n Doktor suggestkan mama n papa rujuk ke Dr. Pakar ENT untuk rawatan selanjutnya.

Esok pgnya, 23hb. Mac papa terus ke Klinik Pakar ENT utk bt temujanji dgn Dr. Pakar ENT, stlah disemak paling awal boleh bt temujanji adalah pd bulan Mei@Jun nnti. Omboi lambatnya lg, mama risaukan keadaan dalaman telinganya yg masih belum baik2, minta di awalkan lg...last2 pihak Spital minta mama n papa bw terus anak utk dapatan rawatan petang tu jg utk tengok tahap kesihatannya barulah boleh diubah tarikh temujanjinya ke tarikh yg lebih awal....so nak tak mama n papa terpaksalaa bw Abg Syahmi ke Klinik Pakar ENT tu ptg smlm jg utk dapatkan rawatan susulan. Stlah diteliti, didapati air dlm telinganya dah melebihi tahap yg sepatutnya tu yg jd cm lmbt kering tu, sbb tak boleh nak tampung air yg byk tuu....so telinganya perlu dicuci n dibuang air yg berlebihan itu....didapati jg terdapat sdkt ketumbuhan pd kedua2 belah telinganya mybe kesan dr jangkitan (lebih krg cam tu la penjelasan yg diorg bg ptg smlm).....so temujanji strusnya adalah pd 25hb. April 2011 jam 10.00 pagi. Sekiranya masalah yg sama berulang pihak spital mnta mama n papa terus rujuk ke klinik pakar tersebut sama ada pd ari Isnin @ Rabu petang.

Tuesday, March 22, 2011

Perbandingan Susu Ibu vs Lain2 Susu

Perbandingan Kandungan Lemak Dalam Susu Ibu n lain2 Susu

Jom kita share info ini sama2.....Ada ibu2 yg risau susu perahannya nampak cair berbanding dgn susu formula. Kata orang tua, susunya kurang khasiat. Tidak cukup lemak. Jgn risau ya ibu2, susu ibu adalah yg terbaik. Kandungan lemaknya lebih tinggi drpd susu2 lain. Tidak percaya?

Sumber: Calorie and fat content of various milks

Kandungan lemak dalam susu ibu ini adalah anggaran.

Ada bbrpa faktor yg mempengaruhinya, antaranya lebih lama seseorg ibu itu menyusukan anaknya, maka susu itu menjadi semakin pekat n berlemak. Oleh itu susukan anak selama yg mgkn di sebelah payudara, n tukar kpda payudara sebelah jk dia masih mahu slps dia berhenti menyusu sebelah n disendawakan.

Cara lain untuk menambahkan kandungan lemak dlm susu ibu antaranya adalah:
* kerap menyusu
* sesi penyusuan yg lebih lama.
* urutan
* breast compression
* memerah susu sebelum menyusukan anak
* dan akhir sekali mengubah diet ibu
Sumber: What affects the amount of fat or calories in mom's milk?

Selain itu, ibu2 jg boleh mencuba petua ini. Kisar susu segar bersama buah badam n kurma. Boleh tambah ais jk mahu ianya sejuk. Dan minumlah. Mgkn ia sesuai utk ibu2. Keberkesanannya bergantung kpda keserasian masing2. Keserasian setiap ibu2 tak sama. Mama pun tak pernah lg mencuba petua nie, Apa2 pun syukur alhamdulillah, selama hampir lapan bulan mama BF Bby Iesya mama belum ambik ape2 supplement untuk menambahkan susu.... mama just jaga makan minum jer....alhamdulillah syukur sesangat kpda Allah swt krna melimpahkan rezeki kpda mama n Bby Iesya.....

Aktiviti Putera n Puteri2 Mama

Nie lah antara aktiviti putera n puteri2 mama di rumah yg sempat mama ambil.....

Pic Adik Iesya n walkernya.......

Pic Abg Syahmi n Ultraman kesayangannya......

Pic Kak Iqa n buku2 nya.......

Pic Adik Iesya n Kak Iqa............

Pic Abang Syahmi n Kak Iqa......

Monday, March 21, 2011

Menyusu Si Manja


Firman Allah S.WT :
Maksudnya:
Para ibu hendaklah menyusukan anak2nya selama dua tahun penuh, iaitu bg yg ingin menyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah 2:233)

Dah lama mama tak bercerita pasal susu kan. Jadi mama n papa mmg seronok. Tapi tanggungjawab yg perlu digalas jg perlu diingat. Alhamdulillah skrg ni pun dah ramai yg breastfeed anak. Mama bukanla kaunselor laktasi ke apa, tp kdg2 sedih jugak bila org2 terdekat buat tak paham saje betapa pentingnya susu ibu untuk anak.. memang it's not easy as it looks TAPI sekurang2nya cubalah dl jgn menyerah sebelum masanya.

Susu ibu adalah hak anak n tanggungjawab yg perlu dilunaskan oleh ibu/bapa. TAK TAHU - silala belajar/baca/cari maklumat@info, semuanya bermula dr kosong, cari info di internet, tanya orang2 yg berkelayakan, yg dah berpengalaman, pergi kelas penyusuan [tp mama x pergi pun, just byk cari info melalui internet @ buku2 penyusuan aje]. Ianya tidak mudah, tetapi tidak mustahil!. Jom kita sama2 share info yg mama dapat ini.....

1. Bila sah mengandung, tanamkan niat awal2 n doa supaya anak ini nanti akan disusukan dgn susu IBU shja!
2. Bersedia mental n fizikal - cari sebanyak mana ilmu penyusuan yg boleh - persediaan, teknik, masalah2 biasa penyusuan etc - begitu banyak sources nya, forum, blogs, BANYAK, JIKA KITA MAHU!
3. Educate org2 di sekeliling ttg penyusuan, at least bagitau niat kita utk menyusukan kelak.
4. Kuatkan semangat - ini paling penting. Ibu menyusu kena kuat semangat n jg degil kadangkala :) abaikan anasir2 luar yg cuba jatuhkan semangat @ nasihat2 yg tak perlu
5. Ketahuilah paling penting adalah sokongan padu n doa dr suami. Kalau suami menyokong, org lain x sokong pun masih boleh survive Insyaallah.
6. Bersedia sekiranya anak jaundis - terapkan dlm ingatan - ubatnya hanyalah susu ibu!!! tak perlu top up susu formula even kalau doktor/nurse suggest. please ya,
7. Kalau pun anak tu diberi susu formula masa di hospital, takpe. jgn pulak kita pun pegi beli susu dgn andaian nak buat top up, susu tak cukup, anak tak puas, tak kenyang bla bla bla. ini alasan saja. ingat ya, kata2 itu doa. kalau kata susu x cukup selalu, maka x cukup la dia. be positive, doa banyak2, apa yg ada itulah rezeki Allah untuk anak kita. Insyaallah cukup. Allah itu Maha mengetahui setiap kejadian. INGAT ITU SAJA.
8. Wahai ibu, berusahalah. Susu ibu adalah yang terbaik!

Separuh Akhir Piala FA 2011


Tahniah kpda 4 pasukan yg berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala FA 2011. Ketiga2 pasukan tersebut semuanya dr Pantai Timur iaitu terdiri dr Pasukan Kelantan, Pahang n Terengganu. Tahniah n syabas kpda pasukan Kelantan yg berjaya ke separuh akhir Piala FA 2011. Kelantan mara dgn agregat 5–2 stlh menewaskan Felda United 3-0 dlm perlawanan kedua. Terengganu pula mara ke separuh akhir slps berjaya menundukkan Perak dgn agregat 5-4, dlm perlawanan kedua mrka menang 3-1. Malang bg Johor yg tewas 1-3 dlm kedua2 perlawanan suku akhir kpda Selangor. Sebuah pasukan lg yg berjaya mara ke separuh akhir ialah Pahang. Walau pun seri 0-0 pd suku akhir kedua ttpi pd perlawanan pertama mrka telah berjaya menundukkan Kuala Lumpur dgn jaringan 2-1.

Satu pasukan dr Pantai Timur sama ada Terengganu atau Pahang sudah pasti akan ke perlawanan akhir. Terpulang kpda Kelantan, berjaya atau tidak menyekat kemaraan Selangor. Kalau berjaya, kedua2 pasukan di perlawanan akhir Piala FA tahun ini adalah pasukan dari Pantai Timur.

Inilah keputusan penuh perlawanan Suku Akhir Piala FA 2011 yg telah berlangsung baru2 ini:-
Suku Akhir Pusingan Pertama
Mac 15, 2011 (Selasa)

1]K.Lumpur 1-2 Pahang Std
2]Perak 2-1 Terengganu Std
3]Selangor 3-1 Johor Std
4]Kelantan 2-2 Felda FC Std
Suku Akhir Pusingan Kedua
Mac 19, 2011 (Sabtu)

1]Pahang(layak) 0-0 K.Lumpur Std
2]Terengganu 3-1 Perak Std
3]Johor 1-2 Selangor Std
4]Felda Fc 0-3 Kelantan Std

Separuh Akhir Perlawanan 1:

Dijangka pada 13 Mei 2011
Pahang vs Terengganu
Selangor vs Kelantan

Manakala Separuh Akhir Perlawanan 2:
Dijangka pada 16 Mei 2011
Terengganu vs Pahang
Kelantan vs Selangor

Dan Perlawanan Akhir dijangka akan bersiaran langsung pada 11 Jun 2011 nnti, sama2lah kita saksikan siapakah bakal bergelar JUARA PIALA FA 2011???

Berakhir Sudah Cuti Sekolah

Hari ini adalah first day Kak Iqa ke sekolah slps seminggu bercuti. Cuti sekolah telah bermula dari 12hb Mac 2011 n berakhir smlm 20hb. Mac 2011. Cam mn Kak Iqa seronok tak cuti sekolah kali nie???mestilaa seronok mama...Tok ma n Acik dtg sn, dapat jumpa Pok Lo, dapat jumpa bby Pak Ngoh n Mak Ngoh (Bby Zuyyin Mahira Mahadir, lahir pd 15hb Februari 2011, jam 11.05am), g jln umah Tok Muda n yg paling seronok mama n papa bw Kak Iqa g jalan2 Melaka, g tengok belon udara, main taman n mcm2 lg la......mestila best....nnti mama n papa bwla jalan2 lg tau.....

Belon Udara Di Putrajaya


Semalam (Ahad, 20hb Mac 2011) mama n papa bawa putera n puteri2 mama jalan2 di sekitar Putrajaya. First skli, mama n papa bawa putera n puteri2 mama g tengok Pesta Belon Udara Antarabangsa Putrajaya yg ke-3 yg berlangsung di Menara Alaf Baru Putrajaya. Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 bermula dr 17hb. Mac n berakhir pd 20hb. Mac 2011.


Wah....terpegunnya tengok anak2 mama tengok belon udara tuu......
Setelah selesai tengok belon udara, mama n papa membawa putera n puteri2 mama jalan2 di sekitar Masjid Putrajaya n bw g tengok ikan kat tepi tasik Masjid Putrajaya skli.

Tengokla gelagat anak2 mama, cam mn nak bergambo..pandang sinilah anak2 mama....

Dan Last sekali mama n papa bawa putera n puteri2 mama main kat taman permainan plak, bila dapat bermain kat taman permainan putera n puteri mama lg la seronok sampai tak nak balik umah....lama memujuk balik tak nak balik2 jg....last2 skli mama cakap jom balik kita g makan KFC plak hhmmmm barulah semua nak balik sbb nak g makan KFC.... Last2 mama belanjala putera n puteri2 mama g makan KFC dl sblm balik umah....

Saturday, March 19, 2011

Bank Negara Catu Kad Kredit


Untuk dikongsi bersama n sbg peringatan buat diri mama jg. Bank Negara Malaysia (BNM) menguatkuasakan bbrpa peraturan drastik bg pemilikan kad kredit khususnya utk mrka yg berpendapatan di bwh RM36,000 setahun utk mengawal perbelanjaan boros selain membendung risiko generasi muda diisytiharkan muflis. Oleh yg demikian, BNM menyemak semula syarat permohonan n pemilikan kad kredit bg mengelak orang ramai terjerumus dlm kancah hutang. Peraturan baru itu dijangka memberi kesan kpda lebih 480,000 pemilik kad kredit di negara ini yg berada dlm segmen pendapatan itu.

Antara syarat yg dikuatkuasakan serta2 itu ialah kadar kelayakan gaji minimum bg setiap permohonan baru kad kredit dinaikkan drpd RM1,500 kpda RM2,000 sebulan.Pd masa yg sama, mrka yg mempunyai gaji RM3,000 sebulan @ RM36,000 setahun hanya dibenarkan memiliki kad kredit drpd dua buah bank shja.

Timbalan Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, jk seseorang itu mempunyai kad kredit drpd byk bank, individu itu perlu memilih dua bank shja n membatalkan kad kredit yg ln menjelang akhir tahun ini (2011). "Kpda mrka yg terpaksa membatalkan kad msg2 di bawah syarat ini, mrka diberi masa dua tahun utk melangsaikan baki kredit tanpa sebarang syarat drpd bank,". Manakala syarat umur sekurang2nya 21 tahun utk memohon kad kredit masih lg dikekalkan. Smga usaha yg dilakukan oleh BNM ini akan berhasil spti yg disasarkan.

Friday, March 18, 2011

Bagaimana Menjayakan Fully BF Selama 2 Tahun?



Mama ingin kongsikan info ini kpda semua, Semoga ianya menjadi pencetus semangat kpda diri mama sndiri n jg untuk momma n anda semua dlm perjalanan penyusuan susu ibu selama 2 tahun @ seterusnya, InsyaAllah.

Bagaimana nak pastikan perjalanan 2 tahun penyusuan dapat dipenuhi? Bagaimana nak melakukannya tanpa tekanan?

Tetapkan Matlamat Jangka Pendek

Mama mulakan journey penyusuan dgn meletakkan target selama 6 bulan yg pertama. Maka Mama akan pastikan ianya tercapai. Selepas dah 6 bulan, rasa sayang nak stop .... teruskan lg sampai umur 12 bulan. Ia berlarutan sehingga la umur mrka ini melebihi 2 tahun.

Matlamat Jangka Panjang

Ianya akan hadir dgn sendiri apabila Mama merasakan betapa untungnya memberi susuibu berbanding susu formula. Terutama melihat anak2 kawan yg seangkatan dgn umur anak Mama sering demam n sakit yg bergilir gantinya. Alhamdulillah anak2 Mama jarang sakit. Jika demam, selsema atau batuk memadai hanya 3 hari shja. 2 tahun itu sebenarnya sekejap shja ditambah apabila anak mula makan. Maka susuibu bukanlah makanan utama seperti pd 6 bulan pertama kelahiran anak.

Adakah MALAS akan melanda?

Tidak dinafikan kita mempunyai mood yg adakala tidak seimbang. Terutama jika terlalu banyak kerja pejabat atau pun apabila si ibu melalui keletihan tahap melampau, sifat malas akan menyinggah. Namun jika MATLAMAT kita jelas, penyakit ini tidak akan berlarutan sebenarnya. Dalam bbrpa pembacaan ibu, benarlah kata penulis buku tersebut : Malas hanya akan wujud jika individu itu tidak nampak dgn jelas matlamat hidupnya. Mama juga manusia biasa yg melalui ujian ini, namun Mama akan sentiasa kasihan jika penyusuan susuibu itu terhenti sedangkan segalanya ada dalam mind set. Jika hati mahu, insyaALLAH jalan terbuka luas.


Mengapa mama bersungguh menyusukan anak2 mama?

Secara peribadi, Mama mendapati bahawa susuibu itu adalah satu kesinambungan yg menyambungkan pengaliran darah dari ibu kepada si anak. Susuibu inilah yg akan berterusan membentuk hati anak2 kita. Orang zaman dulu lain, zaman mak ibu dulu... susuibu n kepentingannya tidak disebarkan spti skrg. Malah zaman turut berubah. Banyak anasir jahat pd zaman ini yg berleluasa. Mama meletakkan harapan agar melalui menyusu Mama berdoa hati yg terbentuk dlm diri anak2 adalah hati yg penuh tawaduk n yg mudah dibentuk dgn doa n di iringan zikir selama menyusukan anak2. Mama berdoa semoga dgn penyusuan ini anak2 menjadi anak yg baik n mudah dibentuk. Sebagai seorang ibu pastinya mahu melihat anak2nya berjaya di dunia dan akhirat.

Mama sangat menggalakkan bg ibu2 diluar sana yg tidak mampu menyusukan anak2 sepenuhnya dgn susuibu dan mungkin terpaksa mencampurkan dgn susu formula....tak pe, teruskan sekurang2nya anak2 kita masih minum susuibu. Memang benar bukan semua mampu menyusukan anaknya dgn susuibu sepenuhnya tapi sekurang2 tidak terus menerus mengalah...memadailah menyusukan pd malam hari slpas pulang dr kerja. Namun ape yg penting kita jgn cepat berputus asa, usaha n terus berusaha..kita pasti boleh...

Nikmat n Hikmat Kehidupan


Hidup ini ibarat putaran roda. Adakalanya kita gembira, n adakalanya kita bersedih. Bila kesedihan melanda, hati mula terasa pedih, semangat mula terpadam sdkt demi sdkt. Tiada lg keghairahan utk melakukan kerja. Tiada lg kekuatan utk meneruskan kehidupan. Tiada lg senyuman yg terpancar di wajah. Semuanya tampak suram. Tb2 dunia menjadi gelap. Sangat2 gelap utk kita…... Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jauhkanlah keluargaku@rumahtangga yg ku bina bersama suamiku yg tercinta dr sbrg musibah, Kau kuatkanlah ikatan kasih n sayang antara kami sekeluarga, mama doakan smga ikatan kasih ini akan terus berkekalan hendak-Nya hgga ke akhir nyawa @ hgga ke Syurga… Insyaallah………….

Tp jgnlaa bersedih…………..

Setiap musibah itu datangnya drpd Allah swt. Hakikatnya, Allah swt tidak mendatangkan musibah itu krna Dia zalim kpda kita. Akan ttpi, Allah swt berikan kita sesuatu musibah krna Dia CINTAkan kita. Dikatakan bhwa, Allah swt kasih kpda seorang manusia, 70 kali ganda melebihi drpd kasihnya seorang ibu kpda anaknya. Seandainya benar Allah swt kasih n sayang kpda kita, sudah tentu di sebalik setiap musibah, ada tersimpan satu hikmah. Tiada siapa yg mengetahuinya, melainkan Allah swt. Namun apa yg pasti, setiap hikmah itu sgt berkait rapat dgn dasar CINTA Nya terhadap kita…..

Alhamdulillah, mama bersyukur kpda Allah swt krna memberi mama rezeki/anugerah yg tak ternilai n peluang kpda mama utk bergelar IBU…… sesungguhnya Kau permudahkanlah segala urusanku n suamiku dlm membesar n mendidik/membimbing anak2ku agar menjadi anak2 yg soleh n solehah… tanpa anugerah n nikmat/hikmat yg kau kurniakan ini, apalah ertinya hidup ku ini..Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui akan Segala-NYA...

Ya Allah ...Engkau berikanlah aku n suamiku kekuatan, kesabaran, keimanan n ketakwaan kepada-Mu Ya Allah n jg kesihatan yg baik utkku n suamiku mendidik anak2ku menjadi anak2 yg hebat di dunia n di akhirat... Amin!Insyaallah......

Wednesday, March 16, 2011

Tsunami Melanda Jepun

Baru2 ini dunia di kejutkan dgn kejadian Tsunami yg melanda Jepun..sebuah negara maju yg kaya dgn teknologi..timbul keinsafan dlm diri bila melihat kemusnahan di negara itu..Marilah kita renungkan bersama n ambil iktibar drnya...




Sungguh mengerikan....lihatla dunia....besarnya kuasa ALLAH swt....

Gempa 8.9 skala richter cetus tsunami di Jepun pada 11 Mac yg lalu. Gempa bumi bermagnitud 8.9 pd skala richter melanda Jepun awal ptg td mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda bbrpa bandar kawasan pantai negara itu. Kejadian itu mengakibatkan byk kes kecederaan, namun kes kematian masih belum diperolehi dr kawasan yg dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan byk kapal, kereta n sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yg dihuni 30 juta penduduk. Sekurang2nya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan org ramai berpusu2 keluar dr bangunan. Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang2nya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain bbrpa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pd jam 2.46 petang (0546 GMT) slma dua minit dgn gempa pertama kira2 400 kilometre di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey. Ia diikuti bbrpa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 skala richter. Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik n turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya. Amaran tsunami turut dikeluarkan kpda Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana.

Gempa bumi n tsunami yg melanda Jepun baru2 ini bleh memberi kesan buruk ke atas aktiviti perdagangan Malaysia pd tempoh jangka pendek. "Sektor elektrik n elektronik akan merasai kesannya krna keluaran bbrpa komponen utama yg diimport dr Jepun akan berkurangan dgn banyak,". Sektor Pelaburan n pelancongan Jepun jg akan berkurangan apabila usaha pembinaan semula di Jepun memerlukan pelaburan yg besar, sekaligus pengurangan pelaburan Jepun di Malaysia adalah satu kemungkinan yg besar.


Ermmmm....ngeri mama tengok jalan sampai terbelah sebegitu, bersyukurlah kita di Malaysia ni masih aman n jauh dr malapetaka gempa bumi.Tapi kuasa Allah siapa yg tahu?Setidaknya orang Jepun dah bersedia dgn semua ini. Bagaimana keadaan/situasi kita agaknya jika di takdirkan berlaku di sini???minta dijauhkanlah dr sgla bencana..

Update EBM stok

Sekejap jerk masa berlalu...dah pun beralih bulan...skrg dah pertengahan Bulan Mac 2011, Alhamdulillah Bby Iesya minum stok EBM Bulan November 2010.

Dah bbrpa bulan mama tak update pasal EBM stok Bby Iesya. Jom kita kira n tengok stok EBM Adik Iesya......nie antara pic yg smpat mama ambil....

Nie adalah stok EBM bg Bulan Disember 2010......


Yg nie stok EBM Bulan Januari 2011.......



Yg nie plak stok EBM Bulan Februari 2011.......


Ini adalah sbhgn dr stok EBM bg Bulan Mac 2011 yg belum ditransfer ke freezer.....

Syukur Alhamdulillah, mama bersyukur tak terhingga kpda Allah swt krna melimpahkan rezeki kpda mama untuk terus menyusukan Bby Iesya. Mama berharap agar berpanjangan kuantiti susu spti sediakala. Semoga niat n usaha murni mama untuk fully BF Bby Iesya atleast 2 tahun akan tercapai dgn jayanya....INSYAALLAH mudah2an dipermudahkan sgla-NYA......Amin-amin...Mama sentiasa berdoa n berharap smga Bby Iesya membesar dgn sihat berkat dr susu ibu yg tak ternilai khasiatnya.....INSYAALLAH.....

Tuesday, March 15, 2011

Jalan2 Di Melaka


Sempena menunaikan permintaan putera n puteri mama, so mama tunaikan janji mama membawa anak2 melawat Zoo Melaka, Bandaraya Bersejarah sempena cuti sekolah yg baru saja bermula. Akhirnya tertunai jg janji mama pd anak2....

Jom layan keletah anak2 mama sepanjang berada di Zoo Melaka.



Takutnya nak dekat dgn kuda nie...mama Abg takutlaa...kuda nie nak gigit abg...

Berehat seketika untuk menghilangkan penat n lenguh2 berjalan...........

Tengokla Adik Iesya pun dah terlena kepenatan.....cian anak mama.....

Tengokla ape anak2 mama buat tuuu.........macam2 aksi.....

Tengokla Abg n Kak Iqa naik penyu.....pandang sape tuu....tgk monyetlaa mama...

Niela monyet yg Abg n Kak Iqa dok tengok2 td....

Eeii takutnya Kak Iqa nak naik kuda nie papa......

Bestnya mama n papa bawa Adik Iesya jalan2..........

Cuba tengok kura2 nie cantikkan...lain dr yg lain, siap ada corak2 lg...

Setelah kepenatan berjalan.....

Ape yg Adik Iesya pandang2 tuu.....Adik Iesya nak turun jalan sndri la plak mama cian Tok Ma penat dukung Adik Iesya tau....

Dikesempatan yg ada jg, mama sekeluarga berkunjung ke A Famosa, di Banda Hilir, Melaka.


Inilah tempat memorial pengisytiharan kemerdekaan yg menjadi sejarah......

Ramainya orang kat sini mama.....


Inilah sejarah peninggalan org2 terdahulu..........

Sebagai tanda kenang2an........cantikkan beca nie dihias......

Selamat tinggal Melaka, nnti ada kelapangan kita berkunjung lg next time......

Abg nak balik Bangi dah nnti mybe next time Abg dtg lg.....