Islamic Clock

Wednesday, October 28, 2009

Kisah Putera Puteri Mama

Dah agak lama mama tak bercerita pasal putera puteri permata hati mama nie,, sebenarnya mood nak menulis tu yg xder tu yg dah lama xupdate blog niee...umo putera mama dah masuk 10 bulan and then tengah belajar bertatih buat masa skrg, kalau berpegang tu dah merata2 tempat dah dia jalan tp nak jalan sendiri lum boleh lg laa...tp satu perkara yg mama perasan putera mama nie dah mula tak nak makan bubur sangat dah buat masa skrg nie....agaknya putera mama dah jemu kot, putera mama lebih suka makan nasi lecek. Tapi yg bestnya putera mama dah mula makan pelbagai jenis sayur2an. Putera mama makan semua makanan yg orang lain makan...putera juga sangat aktif....tak terlayan kadang2 tuuu........hehehehee

Tak lupa juga puteri mama, umor puteri mama dah nak masuk 3 tahun 10 bulan..kejap jer masa berlalu. Skrg nie hari2 puteri minta mama n papa hantar g sekolah, nak sekolah katanya. Harap2 semangat puteri mama kali nie berkekalanlah sampai bila2. Sebab sebelum nie pun mama dah pernah hantar sekolah tapi bertahan untuk sebulan jer. Alasan yg puteri mama bagi "kakak tak nak dah la g sekolah mama...bila petang cikgu paksa suruh kakak tido...kakak tak nak tido"..rupanya tuu sebabnya nape puteri mama dah tak nak g sekolah... bila mama ingat2kan semula rasa cam geram jee tp kdg tu rasa cam nak tergelak pun ada,, masa ari yg last mama jemput puteri kat sekolah puteri bgtau mama "mama esok kakak tak nak g sekolah dah, bekas susu pun kakak dah bawa balik umah dah, esok kakak nak g umah umi sama adik...". Mama ingatkan sajalaa puteri mama ckap cam tu, rupanya betul2..esok paginya bila mama kejutkan bangun pagi nak suruh mandi nak g sekolah kakak cakap tak nak. Kakak dah tak nak g sekolah nak dok umah umi. Jenuhla mama n papa pujuk g sekolah mmg kakak tak nak pegi sekolah, tak pasal2 mama n papa g keje lambat aritu...last2 mama n papa mengalah "ok xperla kalau kakak tak nak g sekolah arini mama hantar umah umi sama adik tup tup bila mama cakap cam tu automatik terus bangun nak g umah umi sama adik.

Apa yg mama harapkan ialah agar putera puteri mama sihat2 selalu hendak-NYA. Dan insyaallah tahun depan kakak akan mula sekolah... buat masa skrg nie mama masih servey2 mencari sekolah untuk kakak. Sesungguhnya setiap ibubapa pastinya mengharapkan yg terbaik untuk anak2 mereka. Mama n papa akan buat yg terbaik untuk anak2 mama selagi berupaya/mampu demi untuk masa depan putera puteri permata hati mama n papa.

Tuesday, October 20, 2009

hhhmmm

Tajuk yg tak bertajuk...Dah agak lama mama tak bercerita tentang putera puteri mama,,,alhamdulillah putera puteri mama sihat hendak-NYA....puteri mama makin hari makin aktif dan lasak manakala putera mama pun dah makin aktif nak bertatih jalan dan dah mula tumbuh gigi...adalaa dua batang...hihihi...

Mama nak menulis pun xder moodla sekarang ni..xcukup masa terluang nak update blog skrg ni maklumla INSPEM skrg nie tengah sibuk buat persiapan ICREM4 yg akan berlangsung mulai esok sehingga jumaat ini [21 hingga 23 oktober 2009] bertempat di Renaissance Hotel Kuala Lumpur.

Harap konferen kali ini berjalan lancar seperti yg telah dijadualkan dan mendapat kerjasama dari semua pihak yg terlibat....[kerjasama tu penting dalam menjayakan sesuatu acara.....]

Nanti bila berkesempatan mama sambung lagi.........

Wednesday, October 14, 2009

Akhirnya.............

Alhamdulillah, akhirnya exam mama dah selesai, pagi tadi last paper. Semoga mama berjaya.
Hari ini mama nak teruskan kerja2 icrem4 yg masih belum setle, klau boleh mama nak siapkan secepat yg boleh sblum icrem4 bermula lg beberapa hari je lg [lebik krg 1week kot]....harap2 icrem4 kali ini berjaya dgn jayanya sbgaimana yg telah direncanakan.

Tiba2 mama rasa xder idea plak nak menulis.....kepala pun rasa pening2 lalat......Nnti ada masa mama sambung plak laaa.........

Monday, October 5, 2009

Exam Ditunda

Exam KPSL mama ditunda pada 9 Oktober, 12 Oktober and last pada 14 Oktober kerana bertindih ngan tarikh Exam PTK yg akan berlangsung pd 6 Oktober, buku pun mama xsempat nak baca lg tak tau laa cam mana mama nak menjawab exam kali nie..cam tak bersedia jer nak g exam. Mana ada masanya surat panggilan exam pun mama baru dapat tup2 terus exam mana mama sempat nak study...Doa2kanla semoga mama berjaya dan tenang dalam menjawab exam nnti...jawab je la ape yg masih melekat kat kepala nie..sedihnya tak sempat nak wat preparation......

Selamat menjalani Peperiksaan dan Selamat maju Jaya....
GooD LuCk mama..........

Friday, October 2, 2009

Khasiat Roselle


Rosella dikenal oleh masyarakat dgn nama Rosela, Rasella, Roselle (Hibiscus Sabdariffa L.). banyak yg bisa kita dapatkan dari tanaman berbunga ini terutama dari segi kesihatan dan juga kecantikan. Di Malaysia rosella disebut juga dgn Asam Paya, Asam Kumbang, atau Asam Susur. Asal mula bunga rosella ada yg mengatakan dari Afrika Barat, ada jg yg mengatakan dari India, atau India Barat, dimana rosella dikenal dgn nama Jamaican Sorrel. Namun, tumbuhan Rosella baru dikenal oleh masyarakat Malasyia sendiri lebih dari 3 abad yg lampau.

Banyak yg bisa kita peroleh dari tumbuhan ini, dari kelopak bunganya, benih rosella, bunga rosella, biji rosella, kuncup bunga rosella sendiri juga dapat dimanfaatkan oleh manusia (subhanallah…). Dari segi kesihatan banyak hal yg bisa kita peroleh dari bunga rosella, antara lain:
Mencegah penyakit, Sbg antiseptic, Penambah syahwat, Agen astringen,Pengobatan tradisional utk batuk, lesu, demam, stress, dll, Mencegah penyakit hati
Menurut penelitian Balitas Malang, bunga rosella yg berasal dari tanaman berkelopak bunga telabl (juicy), misalnya rosella merah berguna untuk pencegahan penyakit kancer dan radang, mengendalikan tekanan darah, melancarkan peredaran darah, dan melancarkan buang air besar.

Dari kelopak bunga rosella jg dapat diambil manfaat spti dibuat untuk minuman segar spti the, sirup, selai, jg jelly. Selain itu, kelopak bunga rosella jg mengandung vitamin C, Vitamin A, dan asam amino yg diperlukan oleh tubuh. Dan rosella pun mengandung byk protein serta kalsium, yg tentunya akan sangat membantu pertumbuhan buah hati anda serta keluarga. Sedangkan kelopak bunga rosella kering dapat bermanfaat untuk :
Menurunkan asam urat, hipertensi, Kadar gula, memperbaiki metabolism tubuh, Mencegah kancer, Mencerdaskan otak, Menambah vitalitas, Meredakan batuk, yg berguna bagi kita.
Manfaat Bunga Rosella antara lain :
Mengurangi kepekatan dalam darah, Membantu proses pencernaan, Mencegah keradangan, Membantu penyembuhan atau mengobati penyakit kancer, hipertensi, batu ginjal, batuk kronis, dll

Hasil penelitian yg dijalankan mengenai khasiat bunga roselle antaranya ialah :-
- Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.
- Memperlancar peredaran darah.
- Mengubati luka luar dan dalam.
- Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
- Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
- Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
- Mempunyai efek anti kejang otot.
- Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
- Membunuh bakteria penyebab TBC.
- Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
- Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
- Mencegah penyakit jantung.
- Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
- Mengubati asma dan alergi.
- Mengubati insomnia.
- Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
- Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
- Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
- Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
- Menyihatkan mata
- Menyeimbangkan berat badan.
- Mengurangi panas dalam .
- Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
- Mengubati pening kepala/migraine.
- Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
- Menghilangkan sakit sakit di badan.
- Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
- Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
- Mengobati sakit tenggorokan dan sawan.
- Mengatasi masalah stress/tekanan.

Kandungan Rozel:

Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.

HPA4u – HPA ada mengeluarkan beberapa produk yang berasaskan roselle antaranya Teh Uncang Roselle, Kordial Roselle, Minuman Roselle, Jem Roselle, Kapsul Roselle & Halwa Roselle. Terlalu banyak khasiat yang Allah berikan hanya dari sebatang pokok yang kecil. Marilah kita sama-sama ambil manfaat darinya.

p/s:- ini mama petik dari artikel2 yg pernah mama baca di internet....

Khasiat Bunga Roselle




Pada masa sekarang Roselle merupakan tanaman generasi alaf baru. Pada masa yg sama juga, usahawan mula berjinak2 dgn tanaman ini dan ianya juga membantu mempopularkan buah Roselle sbg industri baru. Buah roselle ini mengadungi Vitamin C dan pelbagai Vitamin lain termasuk B jg antosianin iaitu sejenis antioksidan. Kejayaan penanaman Roselle ini telah memberi sinar baru kepada pengusaha2 makanan dan minuman berasaskan Roselle menerusi penghasilan jus, halwa dan pelbagai makanan lg termasuk kek.

ROSELLE atau nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa L. yg dikatakan berasal dari Sudan, Afrika ini merupakan tumbuhan dlm keluarga bunga raya tetapi masih ramai yg belum benar2 mengetahui khasiatnya. Kebanyakan semua bahagian Bunga Roselle boleh digunakan antaranya bunga, daun, kelopak buah, biji dan akar

Menurut satu artikel yg pernah mama baca ia mengatakan bahawa Jus Roselle mengandungi Vitamin C sebanyak 9x ganda jk dibandingkan Oren, 3x ganda berbanding Anggur dan 2.5x ganda berbanding Blackcurrant.

Antara Kegunaan Bunga Roselle adalah seperti berikut :-

1. Batuk
2. Merawat demam
3. Darah tinggi
~ Kelopak buahnya dibuat ulam.
4. Merawat ketagihan arak(alcohol)
5. Hepatitis.
6. Menurunkan kandungan kolestrol dan lemak dalam darah
7. Membantu melancarkan pengaliran darah
8. Melawaskan pembuangan air besar
~Kelopak buah diblend dibuat jus dan diminum
9. Mengurangkan penyakit ulser perut
~Amalan meminum rebusan daunnya dapat mengurangkan penyakit ini
~ akar tunjang rozel direbus menjadi segelas air ditambah air perahan kunyit,diminum bagi ulser yang kronik
10. Melancarkan pembuangan air kecil dan mengubati kencing kotor
~Bunga rozel direbus dengan air dan diminum air rebusan tersebut.
11. Menyejukkan badan dan meningkatkan pengeluaran peluh.
~Biji rozel dibuat jus dan diminum.
12. Merawat cirit birit dan berak berdarah.
13. Membantu meningkatkan kesihatan mata dan mencegah rabun malam
~Daun dibuat ulam
14. Menghilangkan parut dan mengubati luka
15. Kelopak buahnya dibuat jus, kordial dan bahan campuran dalam pembuatan biskut dan kek.
16. Daunnya boleh dijadikan campuran ddalam masakan seperti tom yam dan sup.

Mama pun dah mula menanam Pokok Buah Roselle ni, insyallah semoga berjaya nnti leh kita sama2 menikmati hasilnya...best tau...seronok bila buah roselle ni kita petik n hasilkan jus yg fresh sendiri......terasa kenikmatannya.....inilah menu mama dihari lebaran tempohari......

Thursday, October 1, 2009

Salam Ulangtahun

Entry kali ni khas buat abang tersayang..

Selamat menyambut hari lahir yg ke --- untuk abang pada hari ini 01102009 [1 Oktober]...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.....

Semoga ulangtahun kali ni lebih mematangkan abang untuk terus melayari bahtera hidup rumahtangga kita hingga ke akhir hayat kita..insyallah..

Semoga Allah s.w.t kurniakan kesihatan yg baik pada abang untuk usia2 akan datang, rezeki yg melimpah ruah (supaya Ayg n putera puteri leh dapat tempiasnya... ;)hihihii ...), anak2 yg soleh dan solehah untuk melengkapkan rumahtangga kita (ramai lg nak capai target ni bang...) insyaallah jika ada rezeki dari Allah S.W.T, kita hanya mampu merancang tapi Allah S.W.T. lebih Mengetahui dan Dia-LAH Yang Maha berkuasa. Dan lebih kesabaran pada abang (untuk layan kerenah Ayg & putera puteri mama dan masa kena leter dgn ayg..hehe...), dan teguhkanlah iman abang untuk hadapi cabaran2 yg mendatang...amin......

Semoga ikatan suci yg kita jalinkan ini akan terus berkekalan selagi hayat dikandung badan......insyaallah......

Kehidupan.......

Kebahagian itu adalah sesuatu yg cukup indah...
Kadangkala ianya sukar untuk ditafsirkan.......
Di sebalik bahagia itu...tersingkap segala suka dan duka kehidupan....yg kadangkala terlalu manis untuk dinikmati.....dan kadangkala terlalu pahit untuk diharungi...
Setiap satunya adalah rencam dalam kehidupan berumahtangga......
Inilah KEHIDUPAN.....
Terima seadanya tanpa keraguan.............
Demi putera puteri permata hatiku
Dikaulah sinar dalam hidupku......
Dikau jugalah penyeri dan penghibur hatiku dikala suka dan duka.....
Kukorbankan segala2nya yg kumampu
Demi putera puteri yg kusayangi......
Hargailah segala jasa dan pengorbanan ibumu.....
Setiap titis air susu ibumu yg mengalir
Takkan dapat dihitung nilainya......
Begitu besar nilainya.........
Semoga putera puteriku menjadi insan yg soleh n solehah
dan berjaya di dunia dan di akhirat....
AMIN........

Tak Berkesempatan

Rasanya dah agak lama mama tak update blog nie, almaklumla sejak naik cuti raya nie mama tak berkesempatan lg nak mengadap blog nie, macam2 hal nak diuruskan. Naik2 cuti raya aje tiba2 mama diarahkan terlibat jadi juruaudit. Layak ke mama nak jadi juruaudit ni???Nak tak nak mama kenala belajar macam mana nak jadi juruaudit. Audit yg bermula dari 28 hingga 30hb September 2009 disambung sehari lg pada hari ini 1 Oktober 2009 kerana bos besar minta bentangkan report audit secara lengkap dan bertulis agar semua orang dapat melihatnya dgn jelas.

Hari ini juga [1 OKTOBER 2009] adalah Hari Lahir Suamiku yg tersayang. Happy Birthday Sayang Semoga Abang di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki... insyaallah..amin....

Banyak lg agenda yg akan berlaku dlm bulan nie...mana nak study lagi...sempat ke mama nak study ni???minggu depan ada Audit Dalaman yg akan bermula pada 6 hingga 7 Oktober 2009. Fail Meja mama pun lum siap2 lg...Exam KPSL lagi...nasib baik exam mama tu bukan hari2...sempat kot mama nak selak2 buku insyaallah...mama exam bermula pada 6 Oktober, 9 Oktober dan last pada 12 Oktober nnti, Doa2kanla semoga mama berjaya...

Nanti lain kali mama sambung lg...banyak lg urusan yg perlu diselesaikan. Jap lg nak sambung audit plak....