Islamic Clock

Thursday, August 27, 2009

Penyusuan Eksklusif Perlukan Usaha dan Kesabaran



Penyusuan SUSU IBU adalah sesuatu yg perlu dipelajari dan diberi perhatian penuh sekiranya kita berazam untuk melengkapkan penyusuan SUSU IBU scra eksklusif selama 6 bulan dan seterusnya 2 tahun @ lebih. Semasa ibu2 sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran bayi, ramai ibu2 terlupa @ tidak mengendahkan untuk menambah pengetahuan tentang penyusuan SUSU IBU sebaliknya sibuk dgn persiapan2 fizikal spti baju bayi, katil, mainan, alatan mandian dll. Perkara2 tersebut memang perlu diberi perhatian kerana kita mahukan yg terbaik untuk anak2 kita. Namun ada satu yg TERBAIK yg kita lupakan iaitu SUSU IBU. Siapa berani menyangkal yg SUSU IBU adalah makanan terbaik untuk bayi??? Jadi berikan yg terbaik untuk bayi kita iaitu SUSU IBU. Sesungguhnya tiada susu di dunia yg mampu menandingi kehebatan SUSU IBU, malah pengeluar2 susu formula di dunia masih terus berusaha untuk menghasilkan susu formula yg “menyamai” khasiat SUSU IBU. Tetapi saya amat percaya yg original itulah yg terbaik [untuk anak2 mama] dan tiada tandingannya.


Penyusuan SUSU IBU mestilah dimulai 1 jam pertama kelahiran, beri bayi menyusu seberapa kerap yg bayi mahu @ setiap 1-2 jam sekali. Penyusuan kerap akan merangsang penghasilan lebih banyak susu. Maka tidak akan terjadi isu “tiada susu” @ “susu kurang”. Memberi bayi susu formula @ air masak akan mendedahkan bayi kepada ”pencemaran”. Sebab itu penyusuan eksklusif bermaksud SUSU IBU SAHAJA tanpa susu formula @ air masak sekali pun.


Kejayaan ibu2 yg BERJAYA menyusu bayi mereka scra eksklusif byk mendorong mama untuk mencuba menyusu scra eksklusif [kalau ibu2 lain boleh buat nape mama xboleh..betul x]. Dari situlah mama mula berazam untuk menyusukan anak2 scra eksklusif. Azam saja tanpa USAHA kita xkan berjaya. Hasil dari pembacaan artikel2 berkenaan penyusuan SUSU IBU, berkongsi pengalaman dgn ibu2 yg dah berjaya dll lagi banyak membantu mama dlm meneruskan usaha murni mama ini. Selain itu, majalah PA&MA jg byk membantu dlm usaha menambah pengetahuan tntg kekeluargaan, keibubapaan dsbnya. Mama merupakan pelanggan setia majalah PA&MA sejak dari awal perkahwinan lg [nak timba ilmu, xmembaca kita tak tahu..]...Nak menjadi seorang ibu yg baik @ sempurna tak semudah yg kita sangka, kita perlukan ilmu untuk membentuk dan mendidik anak2 kita nnti. Selain ilmu, kita jg perlukan kesabaran dan pengorbanan yg tinggi dalam menguruskan anak2. Jesteru itu, kita perlulah betul2 bersedia [persiapkan diri] dari segala aspek samaada dari segi mental, fizikal, rohani, jasmani dsbnya.




Perlu kita tahu bahawa pengeluaran SUSU IBU akan berkurangan jika ibu rungsing, stress, tidak yakin, bimbang, malu, dlm kesakitan, merokok @ minum minuman keras. Uniknya SUSU IBU. Percayalah bahawa SUSU IBU itu begitu unik dan tiada tolok bandingnya. Kerana SUSU IBU…

*sentiasa segar (fresh)
*tersedia dalam suhu yang optimum
*tersedia steril
*tiada pencemaran
*tersedia bila-bila masa
*tiada tarikh luput
*species-specific
*susu yg paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
*mengandungi semua nutrien yang perlu untuk bayi
*mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
*mengandungi antibodi
*mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
*tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
*mudah hadam
*komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
*komposisinya berbeza mengikut umur bayi
*komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
*komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
*mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu (sebab itu selalunya bayi akan tertidur selepas menyusu… dan ibu juga!)

Banyak lagi sebab dan keunikan susu ibu. Sebab itu US FDA pernah mengakui bahawa “…the exact chemical makeup of breast milk is still unknown.” Malah khasiat dan komposisi susu ibu tidak mampu ditiru oleh mana2 susu lain di dunia! Subhanallah…

Wednesday, August 26, 2009

Alhamdulillah Puteri Mama Beransur Pulih

Sudah lama mama tak berkesempatan nak update blog nie. Hari ini mama curi2 masa update blog jap [janji keje mama beres & x menyusahkan org ln]... Hari nie dah masuk hari ke-5 umat islam berpuasa, syukur alhamdulillah krna masih berpeluang bertemu Ramadhan kali ni dan semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 sebelum2nya.....

Alhamdulillah, syukur jg krna puteri mama dah beransur baik dari demamnya sejak bbrpa hari lalu. Mama risau sgt bila puteri mama demam lama2 tambahan plak skrg ni tgh musim wabak Influenza A H1N1 [biasa puteri demam kejap jer baiknya]. Demam kali nie lain mcm sikit dr kebiasaannya, badan puteri mama panas sgt2 tu yg membuatkan mamanya risau. Selalunya kalau demam sekali g klinik dah baik dah, tp kali ni smpai 3 x kena g klinik and last skli DR. refer ke Hospital terus sebab demam [suhu tinggi sgt bg kanak2 seusianya] dah masuk hari ke-4 tp belum baik2 lg. So nak xnak terpaksalah mama ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan [mencegah lebih baik dr mengubati]. Tak sangka plak mama smpai kene refer ke Hospital nasib baik mama bawa skli bekalan [susu, bubur,puri, biskut dll] putera mama [lama betul kat hospital ni]. Alhamdulillah, hasil ujian yg telah dijalankan semuanya normal [lega sgt rasanya].... Pagi td jugak, DR. call mama bertanyakan khabar puteri mama samada dah baik @ kene tahan wad [hospital]...

Sejak puteri mama demam, tidur mama xpernah lena. Mana nak lenanya dok risau memikirnya np badan puteri panas sgt2 demam kali ni. Suhu badan puteri mencecah hampir 40 darjah celcius...last2 ngan mama2 skli demamnya...tp alhamdulillah skrg nie puteri dah beransur baik dan DR. minta contn. makan ubat2 sampai betul2 baik.....

Akukah Yang Bersalah...

Akukah yg bersalah dlm perkara ini...mmgla aku xsibuk mcm org lain [aku sedar sape diri aku]...kesibukan aku cuma kadangkala ajee.. kadangkala aku pun boring jg bl xder keje yg nak diuruskan tp bl berlaku sesuatu knpa aku yg dipersalahkan??? betulkah mmg aku yg bersalah???adakah kesalahan itu berpunca dari aku seorg??? aku terima jika ianya berpunca dr kesalahan diriku.... macam mana plak kalau orang lain yg buat salah tp aku yg dipersalahkan??? berfikiran positiflah dalam membentuk jatidiri [tabahkan hatiku dlm mengharungi cabaran & dugaan]... aku terima jk mmg aku yg bersalah. Aku bukannya kaki ampu @ kaki bodek. Aku xkisah orang nak tegur aku tp aku tak suka org mengata dibelakang aku.....

Sesungguhnya DIA Maha Kaya dan DIA Maha Mengetahui akan segala2-NYA....................

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak bulan yg penuh keberkatan ini kepada semua musliman dan muslimat semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun2 sebelum2nya.

Puasa Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yg telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa spti sakit dan dlm perjalanan(musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yg uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yg lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yg kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yg bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa2nya yg telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dgn sepuluh yg seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yg dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yg membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yg puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yg berpuasa itu lebih harum drpd bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Ibadat puasa adalah ibadah yg dikerjakan dgn berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya. Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tntg hikmah puasa Ramadhan yg bermaksud:

"Wahai orang2 yg beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat2 yg terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

*Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yg tidak terhingga
*Mendidik nafsu ammarah (yg lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
*Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang2 yg susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
*Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain2 lagi
*Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
*Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yg lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Untuk dikongsi2kan bersama......

Papa Cuti Menguruskan Putera Puteri

Malam td badan puteri mama panas semula, panas sangat2 agaknya kalau panggang ikan pun leh masak. Pastu entah kenapa malam td puteri mama xnak makan ubat plak. Katanya ubat tu xbestla mama xmacam biasa pedas...macam2 mama cuba pujuk puteri mama tetap taknak jugak makan ubat tu, pelikla plak mama biasa senang aje puteri mama makan ubat. Mama pun mulala risau, ubat taknak makan pastu badan plak makin panas..apelagi mama pun bawala puteri mama g klinik lg skli ambik ubat yg jenis lain plak. Balik klinik terus suap ubat yg baru pastu tuam2 skli kepala dan badannya nak bg cepat kebah sbb risaukan panas badan yg tak turun2...pastu badan puteri beransur kebah tp bila tengah malam panas semula...tak tidola jawabnya mama....

Bangun pagi td pun badan puteri mama masih panas lg...mama pujuk2 untuk makan ubat alhamdulillah puteri mama nak makan ubat kali ni,lega mama. Tapi cam mana nak uruskan putera puteri mama arini dahla cuti dibekukan so nak xnak kenala papa ambik cuti and uruskan putera puteri......

Thursday, August 20, 2009

Putera Puteri Mama Tak Sihat

Arini mama agak kelam kabut sikit dtg keje, dah kol 8 lebih baru mama sampai opis, putera puteri mama tak berapa sihat sebenarnya. Tengah malam tadi badan puteri mama tb2 jee panas...Bangun pagi td pun masih panas lg. Mama apelagi mulala risau tambah2 dgn situasi sekarang yg agak membimbangkan.... putera mama plak asyik merengek2 je dari malam td, tidurnya cam tak lena sangat asyik terjaga aje....mgkin putera mama rasa tak berapa selesa ngan hidungnya yg berair/meleleh dicampur plak dgn batuk2... cian plak kat putera puteri mama....mama doakan semoga putera puteri mama agar cepat sembuh... nak xnak mama terpaksa jg datang opis arini sbb mama ada Audit Dalaman... tambahan plak Cuti Rehat dibekukan dari 20 hingga 21 Ogos 2009 so nak xtak nak mama terpaksala suruh papa yg bawa puteri mama g klinik jumpa Dr. and ambik ubatnya. Alhamdulillah papa kata ok. So, papa hantar mama g keje dulu and then barulah papa hantar puteri mama g klinik.


KONGSI PENGALAMAN PENYUSUAN SUSU IBU


Kat sini jg mama nak kongsi bersama rakan2 yg lain tentang "Rahsia Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Selama 2 Tahun", kagumnya mama dgn kejayaan beliau. Masih ingat tak Majalah PA&MA keluaran OGOS & SEPTEMBER 2008, PA&MA telah membongkar rahsia kejayaan seorg doktor muda [Nor 'Ain bertugas sbg pegawai perubatan di Jabatan Oftalmologi dan dlm masa yg sama mengikuti program Master dlm bdang kepakaran Oftalmologi di PPUKM] yg BERJAYA mengumpul 266 botol susu ibu perahan dlm masa dua bulan untuk kegunaan bayinya sepanjang dia bertugas. Kini, anak beliau [Nazmi] telah berumur melebihi dua tahun tapi masih lg menyusu susu ibu secara eksklusif. Kagumnya mama dgn azam, semangat & pengorbanan beliau yg begitu tinggi walaupun sibuk bekerja dan dlm masa yg sama menyambung pengajian di peringkat master [masuk tahun 2].

Disebabkan kagum dgn semangat dan pengorbanan beliaulah mama telah menanam azam dan tekad untuk menyusukan anak2 mama [akan datang, insyaallah] secara eksklusif. Alhamulillah syukur kehadrat Allah S.W.T., azam dan tekad yg mama impikan telah tercapai/berjaya. Mama telah berjaya menyusukan putera kedua mama secara eksklusif dan skrg ni umo putera mama dah hampir lapan bulan.... [puteri mama dl menyusu smpai umo 1 tahun setengah tp bukan scra eksklusif + ngan susu formula sbb masa tu masih cetek ilmu tntg penyusuan susu ibu scra eksklusif walaupun tahu akan zat/khasiat2 yg terkandung dlm susu ibu yg tak ternilai berbanding susu formula], Alhamdulillah syukur kehadrat illahi dgn berkat kesabaran dan ketekunan mama akhirnya berjaya dan mama bersyukur atas nikmat kurniaan-NYA yg tak terhingga semoga menjadi permulaan yg baik kepada anak2 mama yg bakal lahir nnti [insyaallah]...... terima kasih yg tak terhingga jg kepada papa dan keluarga yg byk membantu dan memberi sokongan dlm meneruskan usaha murni mama ini.......
smbg eskla plak xsempatla...hubby dah smpaila plak

Tuesday, August 18, 2009

Ancaman Virus Influenza A [H1N1]



Saja nak kongsi bersama kawan2 tntg isu yg PANAS skrg ni..ape lg kalau bukan isu H1N1 Kadar kematian H1N1 semakin hari semakin meningkat dgn begitu mendadak sekali.. sehingga jam 9.00 pagi ini shja 3 org lagi korban kematian telah dilaporkan menjadikan keseluruhan kes kematian H1N1 meningkat kepada 67 kes kematian. Mengikut laporan itu juga, jumlah sebenar pesakit H1N1 yg masih dirawat di wad ialah berjumlah 276 org pesakit manakala 36 pesakit lagi di Unit Rawatan rapi (ICU) di sekuruh negara. Drpd 36 kes yg sedang dirawat di ICU, 21 kes mempunyai pelbagai faktor berisiko seperti penyakit kronik, kegagalan buah pinggang, asma, obesiti, kecacatan otak, hamil & bersalin dan kanak2 di bawah setahun. Mama bukan apee, risaukan putera puteri mama jee. Tambah2 pulak dengan keadaan cuaca skrg yg tak menentu, sekejap panas, sekejap hujan, sekejap jerebu sukar nak dijangkakan....Oleh itu, sama2 la kita mengambil langkah berjaga2 [beringat sblum kena] untuk menangani wabak ini dari terus menular.......

Maklumat terkini dari semasa ke semasa berkenaan H1N1 ini juga boleh didapati drpd laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my.

Monday, August 17, 2009

Aktiviti Santai Di hujung Minggu

Dah beberapa hari mama tak berkesempatan nak update blog nie...maklumlaa cam2 hal nak diuruskan. Nie mama curi2 masa jap, sambil2 wat keje sambil2 berblog..haha2... [boleh plak cam gitu] jgn mare yee.....



Pada hari Sabtu lepas [15 OGOS 2009] sebagaimana yg telah dirancang, mama sekeluarga [mama, papa, putera & puteri mama] bersama rakan2 seperjuangan INSPEM pergi bersukaria di Pantai Port Dickson [UPM cawangan PD].

Tengakla gelagat putera puteri mama....


Aikk puteri mama main sorang2 je kee..ciannya, mana gengnya..


Aikk puteri mama naik pelampung kat atas darat plak.....
Cam mana nak naik kat laut puteri mama takutkan ombak lautlaa.....


Tengakla putera mama tengah seronok berjemur pantai.....
Sorry eikk seksi..baju basahlaa mandi laut tadi...


Sorry seksi lg...panasla plak....

Antara rakan2 yg turut serta kali ini ini ialah Fairus [sbg pengelola program], Feziul [bersama puteranya], Kak Sal [bersama suami], Ifa [bersama suami & puterinya], Kak Jun [bersama suami & putera puterinya], Ida, Wanie, Nurul, Hanim, Yus, Helmi & Boy [ada lg ke yg tertinggal nama nie].... Seronok bila g bercuti beramai2 nie...tengakla gelagat2 diorang semua....[boleh ke nak upload gambo kawan2 ni sbg tanda kenang2an]....












Amboi bestnya port papa bersantai...hati2, jatuh bangun sendiri tau...hehehe2

p/s:- kalau ada kawan2 yg tak suka gambornya dipublishkan sila inform, mama boleh tukar gambo lain....

Thursday, August 13, 2009

Cepatnya Masa Berlalu

Sedar tak sedar sekarang nie dah nak masuk pertengahan bulan OGOS, terasa cepatnya masa berlalu. Lagi seminggu RAMADHAN bakal membuka tirainya, rasanya cam baru lg kita puasa & menyambut Aidilfitri. Ketibaan bulan yg penuh keberkatan itu sememangnya cukup dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Peluang keemasan ini sewajarnya dimanfaatkan oleh semua umat islam dgn sebaik2 mungkin. Anggaplah Ramadhan kali ini adalah yg terakhir dlm hidup kita, ini adalah utk membangkitkan motivasi diri agar kita dapat beramal dgn lebih baik. Jesteru, kita perlu memperbaiki azam untuk mrnjadikan Ramadhan ini lebih bermakna drpd tahun2 sebelumnya. Oleh itu, kita perlulah memperbetul dan memperelokkan niat. Kita perlu ikhlas bhwa ibadah ini demi Allah S.W.T. semata2. Niat yg betul kerana Allah berupaya mendorong kita untuk lebih berusaha memperoleh pelbagai ganjaran. Nabi Muhammad SAW bersabda : Sesungguhnya setiap amalan dinilai berdasarkan niat dan bagi setiap orang apa yg diniatkannya. [Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim].
[ekhhh ni dah melaut2 kelain dah nie...dah lari topik nampaknya....]

Sedar tak sedar, putera puteri mama pun dah makin membesar. Rasanya cam baru lagi mama lahirkan putera mama [zuriatku yg ke-2], sedar tak sedar umur putera mama dah nak masuk 8 bulan dah skrg nie...Doa mama semoga putera puteri mama sihat2 selalu hendak-NYA. Tak terucap rasanya anugerah dan nikmat kurnian Allah S.W.T. yg tak ternilai ini, mama bersyukur sgt2 kehadrat Illahi [baru mama tahu peranan & tanggungjawab seorg IBU dlm mencorakkan anak2].




Inilah gambar putera puteri mama semasa baru2 dilahirkan....

Putera Puteri mama adalah AMANAH yg dikurniankan Allah S.W.T. yg tak ternilai... Doakanlah semoga mama berjaya menjadi seorang IBU yg baik [Di Dunia & Di Akhirat] dalam mencorakkan [Bak kata pepatah "Anak2 Ibarat Kain Putih, Ibubapalah yg Mencorakkannya...."] masa depan putera puteri permata hati mama...Insyaallah

Sesungguhnya kehadiran anak2 adalah penyeri dalam hidup berumahtangga. Mama panjatkan kesyukuran yg tak terhingga kepada Allah S.W.T. kerana telah mengurniakan mama sepasang cahayamata [putera puteri] yg menjadi penawar dan pengubat duka dalam kehidupan mama. Alhamdulillah azam mama nak menyusukan putera mama secara ekslusif telah BERJAYA. Inilah hasil berkat kesabaran dan pengorbanan mama untuk permata hati mama yg tak ternilai....sesungguhnya kehadiran anak2 memberi sinar dalam kehidupan mama sekeluarga.

Wednesday, August 12, 2009

Permata Hati Mama Papa

Inilah foto putera puteri mama yg terkini.....



Amacam cute tak putera puteri mama...hihihi....



Apalah agaknya yg kakak dok tunjuk2 tuu...kakak nak ape sebenarnya...

Adiknya plak tengah seronok dapat main walker..siap pose lg



Inilah antara aktiviti2 putera puteri mama kat rumah....





Puteri mama tengah bagi putera mama makan...sedap x adik [agaknya laaa]...
Adik ape lg pantang bagi makanan semuanya adik nak makan..rezeki laa katakan...
Kakaknya memang makan ape2 je semuanya nak syer ngan adik, padahal adiknya gigi pun lum tumbuh lg...kwang kwang....



Hooreyy bestnya.....macam2 adik dah boleh buat sekarang nie..

Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja?




Untuk bersama2 kita renung2kan, fikir2an dan kongsi2kan pandangan @ pendapat kawan2 berkenaan isu ini........

Satu perkara yg memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yg bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yg mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yg mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian.

Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yg terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan.

Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yg kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami. Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas drpd tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yg betul2 ada harga diri, beliau akan berusaha dgn sedaya upaya bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak2 dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri. Ingat lagi kisah seorang suami yg sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yg menghargai isteri. Namun, berapa ramai lelaki yg sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini.

Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yg bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yg mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah.

Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yg kita cintai. Seperti yg ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yng sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yg patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat2 kepada isteri. Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya.

Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yg kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yg bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yng terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak2 pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yg telah beringat2 sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yg tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah.

Tuesday, August 11, 2009

Suami Sebagai Ketua Keluarga

Suami ibarat payung nahkoda para isteri. Isteri merupakan amanah Allah yg dipertanggungjawabkan ke atas suami untuk memeliharanya. Lazim kejadiannya memang berasal dari kejadian yg lemah atas sifat perempuannya maka sudah semestinyalah suami menjaga isterinya dgn sebaik2 jagaan. Seorang suami mestilah tahu hak2 yg dimiliki oleh seorang isteri dan melaksanakannya dgn sebaik mungkin. Sabda Rasulullah saw:

“Takutlah kepada Allah tentang wanita (isterimu).Sebab dia engkau ambil (kahwin) dengan amanah daripada Allah.”

“………dan bagi mereka (isteri) mempunyai hak atas kamu(suami) menduduki satu darjat di atas mereka, dan Allah adalah Maha bijiksana. Yakni suami menduduki tempat sebagai pemimpin kehidupan berumahtangga yg bertanggungjawab.”

“Lelaki (Para suami) adalah pelindung dan pembela atas perempuan (isteri) berdasarkan apa2 yg telah dilebihkan Allah bagi yg satu drpd yg lain. Dan berdasarkan apa2 yg mereka nafkahkan dgn harta mereka.”


Pemberian nafkah adalah wajib semenjak mula berlakunya akad nikah, meskipun isterinya itu seorang yg kaya raya. Hak isteri itu tidak berubah dan kewajipan itu tetap ke atas suami. Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

Firman Allah

"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yg baik."

(Al-Baqarah:233)

Suami juga hendaklah memberikan wang yg secukupnya kpda si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yg sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri jg berhak utk mendapatkan tempat tinggal yg selesa, selamat dan sekurang2nya mempunyai keperluan yg minimum. Nafkah anak2 juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dgn orang yg berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yg dilakukan adalah ibadah.

Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.



Takrif nafkah, ia adalah suatu bhgn drpd hartanya yg dibelanjakan kepada orang2 yg dipertanggungjawabkan kepadanya. Manakala yg dikatakan harta itu pula mestilah dari sumber yg halal, ia bukan hak anak yatim atau bukan hak orang lain yg disimpan kepada kita serta ia bukan dari usaha curi, rasuah, riba dan sebagainya. Jadi, harta yg dijadikan nafkah untuk perbelanjaan isteri dan anak2, ia mestilah harta yg diperolehi dari jalan yg halal. Harta yg haram, ia tidak boleh dijadikan nafkah. Sabda Rasululla saw

“Setiap daging yg tumbuh dari harta yg haram,nerakalah yg senang kepadanya kelak.”

Nafkah terbahagi kpda 3 bahagian. Iaitu yg PERTAMA ialah kepada isteri, yg KEDUA kepada anak dan yg KETIGA kepada usul. Nafkah kepada isteri, mestilah isteri yg sah atau isteri dlm ‘Iddah raj’i atau ‘Iddah yg boleh dirujuk kembali, ertinya ialah ‘Iddah dari talak satu @ dari talak dua. Tetapi ‘Iddah talak tiga tidak berhak diberi nafkah kerana ia adalah talak yg tidak boleh dirujuk kembali.

Nafkah yg diberi kepada anak, mestilah bagi anak yg sah. Anak yg di luar nikah @ anak zina,tidak wajib diberi nafkah. Takrif wajib nafkah kepada anak jg ialah anak yg bukan akil baligh. Tetapi bg anak yg sudah akil baligh, tidak wajib lg bagi ayah untuk memberi nafkah kecuali anak itu tidak boleh mencari nafkahnya sendiri. Katalah seorang anak itu akil baligh ketika umurnya 15 tahun sedangkan masa itu dia masih belajar di sekolah. Ertinya, anak itu belum berupaya lg mencari rezeki. Makna, ayahnya wajib memberi nafkah kepada anaknya.

Nafkah usul, ialah nafkah keturunan. Umpamanya, anak memberi nafkah kepada ayahnya. Syaratnya mestilah ibu bapa itu tadi adalah terlalu susah hingga tidak mampu menyara hidupnya. Seorang ayah yg sudah tidak mampu mencari nafkahnya sendiri, adalah berkewajipan bagi anak2nya memberi ibu bapa nafkah. Ertinya, seorang anak yg memberi belanja hidup kepada orang tuanya, bukan dibuat suka2 hati. Ia adalah satu tangggungjawab yg wajib.

Semoga suamiku menjadi seorang ketua keluarga yg berjaya dlm membentuk jati diri serta mampu membimbing isteri serta putera puteriku agar menjadi insan yg soleh solehah untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

KESIMPULAN:-

S – Sunnatullah & Syaratullah

U – Uswah hasanah

A – Amanah

M – Matlamat

I – Istiqamah

Hari ni kita berkongsi rasa, dari pandangan saya, tentang apa ertinya seorang SUAMI. Saya huraikan ringkasan sahaja.

Sunnatullah dan Syariatullah

Memahami syariatullah , iaitu segala hukum hakam yg termaktub di dalam quran dan hadis. Seorang suami juga, perlu memahami sunnatullah seorang wanita (isteri), yg Allah jadikannya lain dari dirinya. Seorang wanita, sifatnya lain sifat seorang lelaki, pelengkap dirinya, maka perlu difahami akan hakikat seorang wanita yg perasaannya lebih halus dari dirinya.

*Syariatullah pada seorang suami kepada isteri :

Nafkah zahir – tempat tinggal, makan minum .

Nafkah batin – merasa selamat dibawah naungan suaminya, tempat berteduh bagi dirinya, tempat tumpuan kasih sayang , tempat kemesraan dan segala yang berkait rapat dengan perasaan. Inilah hak-hak kejiwaan yang perlu dimainkan peranan oleh seorang suami kepada isterinya.

Seorang suami perlu juga melihat dunia kekeluargaan dari sudut pandang seorang isteri. Kerana seorang wanita punyai pandangan yg berbeza dari seorang lelaki. Kombinasi pandangannya dan isteri memainkan peranan dalam menjamin keutuhan dan keharmonian keluarga.

Kombinasi antara pengetahuan tentang syariatullah dan kefahaman terhadap sunnatullah, insyaallah, akan melahirkan keluarga yg penyejuk di mata penawar di hati, bahagia di dunia cemerlang di akhirat.

Uswah Hasanah

Seorang suami merupakan suri tauladan untuk keluarganya. Segala tindak-tanduknya menjadi perhatian seisi keluarganya. Anak2 lebih mudah meniru apa yg dibuat berbanding mendengar apa yg diucap oleh ayahnya. Seorang isteri juga lebih mudah mengikut apabila suaminya lebih perihatin terhadap dirinya juga perasaannya.

Seorang suami merupakan pemimpin bg keluarganya. Jadikan diri contoh terbaik di dalam keluarga.

Amanah (Tanggungjawab)

Menjadi seorang suami merupakan amanah besar yg dipikul bg seorang lelaki. Bila berjayanya akad nikah, maka seorang lelaki memikul tanggungjawab seorang wanita yg sebelumnya berada di bawah tanggungan ayahnya, kini berada di bawah tanggungannya. Didikan, agama, nafkah dan sebagainya yg ditanggung oleh seorang ayah.

Perkataan amanah ini perlulah selalu diletakkan di dalam minda bahawa bukan perkara kecil dalam membina daulah islamiyah yg terkecil dalam masyarakat,iaitu keluarga. Ilmu memainkan peranan dalam menjalankan amanah sebagai suami, dan juga amanah apabila sudah bergelar seorang ayah.

Matlamat

Seorang suami @ ayah @ lelaki, perlulah punyai matlamat kemanakah hala tuju yg ingin dibawa olehnya dalam kehidupan berkeluarga ini. Sama ada ke syurga @ ke neraka?.. Mahu memberikan kemewahan dunia yg sementara dan berpoya2 selagi nyawa masih ada? Mahu menjadikan anak2 dan isteri sebagai perhiasan dunia semata @ sehingga ke dalam syurga? Jika mahu dibawa ke syurga, bagaimana caranya, apakah sudah ada?

Matlamat ini perlulah disematkan seboleh2 sebelum perkahwinan dilangsungkan , @ selepas bergelar suami. Jika sudah terlajak, masih boleh diperbetulkan matlamat ini, selagi nyawa dikandung badan.

Istiqamah

Dalam menjalankan tanggungjawab sbg suami, sifat istiqamah @ berterusan dlm melakukan amalan sangat2 menjadi titik penting dlm menjaga keharmonian dan juga kesan didikan kepada isi keluarga. Jika seorang suami @ ayah, tidak istiqamah dalam perbuatannya, manakan mungkin dia akan menjadi uswah (ikutan) terbaik bagi isteri dan anak2nya.

Didikan seorang ayah/suami yg dalam tegasnya terselit didikan, dalam garangnya punyai asuhan dan dalam tuturnya penuh dgn kemesraan. Semuanya perlulah dlm kadar yg berterusan. Didikan kepada anak2 dan isteri jika tiada sifat istiqamah ini, boleh runtuh sebuah instiusi keluarga.

Sama2 kita mengambil pengajaran. Buat teman2 yg bakal melangsungkan perkahwinan @ yang sudah berumahtangga, moga Allah luaskan pintu rezeki buat kita semua, dan semoga dikurniakan zuriat yg soleh lagi solehah dan sebagai pengganti risalah Islam di hari kemudian.

[Haih, tengah-tengah malam boleh fikir pasal ni….Sudah layakkah saya??…Anda pula bagaimana?..tepuk dada, tanya iman. Sama2 muhasabah diri.Jangan difikir tentang hidup berkeluarga jika hanya mahu hidup berdua, tetapi fikirkan juga yg ketiga dan seterusnya]

Melayari Bahtera Hidup Rumahtangga




PERKAHWINAN adalah manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumahtangga bukan sandaran yg kukuh untuk satu hubungan yg kekal hingga ke hujung nyawa. Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yg paling utama ialah kejujuran. Dalam usaha memberi kefahaman itu kpda pasangan suami isteri seharusnya sikap kerjasama dan tolak ansur adalah penting dlm melayari hubungan rumahtangga.

Selain aspek kasih sayang, tanggungjawab, kewangan dan hubungan seksual jg mempengaruhi kebahagian hidup rumahtangga. "Setiap perhubungan mesti ada kerjasama, baru hidup berkekalan". Malah sikap terbuka dlm hubungan termasuk seks amat penting untuk mengekalkan hubungan. Yg paling utama kita sbg pasangan perlulah berkongsi hidup sama ada dari segi intelektual, sosial, emosional, kerohanian dan kebatinan serta fizikal. Begitu jg dlm memenuhi kehendak seksual, suami harus memainkan peranan dlm memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua2 pihak. Jadi, dlm mendapatkan kenikmatan itu, suami isteri harus bersama2 bertanggungjawab memberi kepuasan. Seks merupakan salah satu kehendak manusia yg perlu bg tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dlm satu ikatan yg sah. "Namun jgn jadikan seks segala2nya dlm perkahwinan semata2 tetapi suami harus memberi keutamaan dalam perkara yg lain dlm meneruskan bahtera rumahtangga".

Bercerita tntg tanggungjawab, suami sebenarnya mempunyai kuasa yg cukup besar, tidak semata2 memberi nafkah batin, tetapi sbg ketua atau pemimpin dlm sebuah keluarga. Tanggungjawab kepimpinan dlm sebuah rumahtangga ada kaitan dgn pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dlm sesebuah rumahtangga. Dalam melayari sebuah rumahtangga, pasangan digalakkan supaya sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami dan sentiasa berbincang antara satu sama lain. Lebih menarik, dlm meneruskan hubungan, sikap membelai2 antara satu sama lain perlu diamalkan dlm hubungan suami isteri. Malah pasangan juga digalakkan untuk berterus terang mengenai semua perkara. "Sememangnya kita tidak mahu badai besar merempuh rumahtangga kita, oleh itu hanya melalui sikap berterus terang dan bersemuka adalah cara yg paling tepat". "Berterus teranglah dgn pasangan kita, malah jadikan pasangan kita sbg kawan karib kita yg boleh berkongsi suka dan duka yg berlaku pd diri kita". "Apa jua krisis yg dihadapi, harungilah sbg satu unit dan bukan secara individu". Buatlah keputusan bersama2 dlm meneruskan bahtera perkahwinan.

Ketidakupayaan suami isteri berkomunikasi secara efektif adalah punca menyebabkan timbul pelbagai masalah seperi buruk sangka di antara satu sama lain. "Oleh itu, kurangkan sikap sering bergaduh, saling tidak mempercayai dan salah sangka antara pasangan". Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yg bermula dari dlm diri individu itu sendiri. Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan. Malah dgn cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yg boleh menghancurkan hati. "Komunikasi yg berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia. Hanya melalui perkongsian bersama, ia mampu menyelesaikan permasalahan". Cuba amalkan sebelum tidur, bercerita dan berkongsi dgn pasangan mengenai kejadian yg berlaku pd diri anda hari ini. Pastinya ada komen dan jg pandangan antara satu sama lain, malah ia jg boleh menghangatkan lagi perhubungan suami isteri.

Monday, August 10, 2009

Putera Puteri Mama

Putera Puteri Mama

Istimewa untuk Permata Hati Mama

Blog ini diilhamkan khas untuk putera puteri permata hati mama. Moga anak2 mama sentiasa mengingati mama walau dimana berada....insyaalah mama akan catatkan/lakarkan setiap perkembangan terkini anak2 mama...